Friday, May 15, 2015

Peraturan Kementerian Pendidikan, Guru Dilarang Berleter Kepada Murid!

Peraturan Kementerian Pendidikan, Guru Dilarang Berleter Kepada Murid!

Terdapat beberapa senarai bentuk-bentuk hukuman yang dilarang dikenakan terhadap pelajar sekolah tersebar meluas di laman sosial baru-baru ini.

Berleter

23 senarai yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) ini bertujuan memberi garis panduan kepada warga pendidik.

Difahamkan, gambar ini sebenarnya dirakam ketika Unit Disiplin Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengadakan sesi taklimat beberapa tahun lalu.

Senarai bentuk-bentuk hukuman yang dilarang adalah seperti berikut;

HUKUMAN TERHADAP FIZIKAL
  • Berdiri lama di tengah panas
  • Lari keliling padang
  • Berdiri lama dalam/luar bilik darjah
  • Memukul diri sendiri/sesama sendiri
  • Berdiri di atas kerusi atau meja
  • Menarik rambut/tarik telinga
  • Belasah dengan alat seperti tali pinggang atau pembaris
  • Junjung kerusi/buku
  • Cubit
  • Enjut/ketuk ketampi/mendada
  • Ketuk/sekel kepala

HUKUMAN TERHADAP MENTAL DAN EMOSI
  • Gunting Rambut
  • Berdiri membuat latihan
  • Berleter
  • Gantung tulisan di badan
  • Memalukan di khalayak ramai
  • Kelas tahanan pada waktu rehat
  • Memaki hamun
  • Conteng muka dengan kapur
  • Koyak buku latihan
  • Mengugut atau menggertak murid
  • Tidak menghiraukan murid
  • Tidak menanda buku latihan
  • Rotan

Menurut satu sumber, larangan hukuman ini sememangnya sudah dilaksanakan oleh KPM beberapa tahun lalu namun ianya baru mendapat perhatian meluas rakyat Malaysia.

Dalam pada itu, ramai yang tertarik dengan larangan bagi hukuman ‘berleter’ kepada pelajar yang dianggap sebagai sesuatu perkara yang lucu.

Tidak kurang juga, ada yang menyifatkan beberapa hukuman larangan sebagai tidak relevan kerana akan menjadi pelajar lebih manja dan degil.

Apa pula pendapat anda?

BACA INI JUGA: Apa Sebenarnya Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3)

Sumber: Mynewshub.cc

Tuesday, April 28, 2015

Dengan RM3, Mari Kita Bantu Meringankan Beban Adik Ini

Dengan RM3, Mari Kita Bantu Meringankan Beban Adik Ini

Sebak rasanya apabila melihatkan kisah seorang remaja ini yang masih bersekolah, terpaksa menjual kerepak dan maruku di hadapan sebuah bank di Dangga Bay, Johor.

RM3

Meskipun usianya yang masih muda, dia tetap dengan misinya untuk menghabiskan segala jualannya demi menyara keperluan seisi keluarga.

Kisah asal yang dikongsikan oleh saudari Felica Ng di halaman Facebooknya telah mendapat pelbagai reaksi postifi netizen dan di sini kami kongsikan kepada anda pengalaman Felica beserta beberapa gambar dan dialog perbualannya.

“Saya ternampak budak lelaki ini duduk di koridor CIMB Bank dengan cahaya matahari terik menerangi badannya.” ceritanya

Berikut adalah perbualan beliau dan kanak-kanak tersebut.

Felicia: “Tak panas ke dik?”

Budak: “Tak,”

Felicia: “Kenapa jual kerepek kat sini? Masih sekolah?”

Budak: “Ya, di SMK Taman Daya,”

Felicia: “Dah tu kenapa jual kerepek?”

Budak: “Saya jual kerepek sebelum saya pergi ke sekolah. Di hujung minggu, saya jual dari jam 1 petang hingga 11 malam,”

Felicia: “Kalau adik tak jual kerepek ni habis, adik tak boleh balik rumah kan?”

Budak: “Ya,” katanya sambil mengangguk kepala.

Jadi, saya membeli kesemua 30 bungkus kerepek tersebut dan mempelawa untuk menghantar beliau pulang ke rumah.

RM3 [3]

Semasa di dalam perjalanan, remaja terbabit telah menceritakan kepada Felicia bukan dia sahaja yang menjual maruku dan kerepek tersebut malah turut dijual oleh dua adik beradiknya di Public Bank Taman Daya dan seorang lagi di Danga Bay.

Apa yang membuatkan kami merasa sangat terkesan ialah mesej yang disampaikan oleh remaja terbabit ketika menjual, kertas tersebut tetulis…

Bantulah saya. Hanya RM3 agar saya dapat balik awal ke rumah untuk buat kerja sekolah.Bapa saya kemalangan motosikal dan tulang di lehernya patah. Ibu pula telah meninggalkan kami sejak kecil. Kami tiada wang dan hidup seramai 5 orang. Nenek saya masak kesemua kerepek ini untuk kami bertiga jual di Public Bank, CIMB Bank Taman Daya dan seorang lagi di Danga Bay.Ini saja cara kami untuk mencari pendapatan dan RM3 ini amat bermakna kepada saya dan juga keluarga.Bantulah kami, terima kasih

Di kala ramai kanak-kanak kecil hanya menunggu wang dari ibu bapa untuk ke sekolah, tetapi mereka pula perlu mencari wang untuk menanggung keluarga walaupun masih bersekolah.

RM3 [2]

Ada sesetengah pengguna laman sosial menyifatkan remaja tersebut adalah di bawah sindeket haram yang memperalatkan remaja sebagai penggemis.

Disebabkan perkara itu, Felicia telah membuktikan yang mereka adalah di pihak yang benar dengan memuat naik sekeping gambar keratan akhbar Harian Metro (diatas) untuk membuktikan situasi remaja tersebut adalah benar-benar terjadi.

Malah beliau telah mengunjungi rumah remaja terbabit bagi melihat sendiri keadaan sebenar dan situasi yang dihadapi oleh mereka.

Felicia juga turut menyifatkan makanan yang dijual oleh keluarga terbabit amat bersih dan proses pembuatanya juga amat baik, berbanding sesetengah peniaga yang menjual ‘entah apa-apa’ di pasaran.

Kepada anda yang berada di sekitar Johor Bahru yang menjumpai mereka di sekitar sana, bolehlah singgah membeli kerepek dan maruku dari adik-beradik remaja ini.

Pastinya kerepak yang dijual oleh mereka sangat sedap.

BACA INI JUGA: Kisah Benar Menjadi Jutawan Kerana Amalan Sedekah

Sumber: Mynewshubb.cc

Wednesday, April 22, 2015

Pencarum KWSP Diminta Daftar i-Akaun Dalam Tempoh Dua Minggu

Pencarum KWSP Diminta Daftar i-Akaun Dalam Tempoh Dua Minggu

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) meminta ahli yang belum memiliki i-Akaun segera membuat pendaftaran dalam tempoh dua minggu ini bagi menyertai tinjauan maklum balas dan kaji selidik mengenai empat inisiatif penambahbaikan skim persaraan.

KWSP i-Akaun

Menurut jurucakap KWSP, ada tiga cara untuk mendaftar i-Akaun iaitu dengan terlebih dahulu mendapatkan ‘Kod Pengaktifan’ menerusi kios-kios KWSP atau kaunter di cawangan-cawangan di seluruh negara.

Selain itu, ‘Kod Pengaktifan’ boleh diperoleh dengan menghubungi pusat panggilan pelanggan di nombor 03-89226000 yang mana kod pengaktifan i-Akaun dihantar akan menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS).

Jelas jurucakap tersebut, tiga kaedah itu sudah memadai untuk membantu pencarum di bandar dan di luar bandar membuat pendaftaran i-Akaun kerana proses pendaftarannya sangat mudah dan tidak mengelirukan.

“Kita memahami setakat ini hanya 1.43 juta pencarum memiliki i-Akaun dan majoriti daripada pencarum tidak memiliki akaun tersebut.

“Namun, kami memohon supaya pencarum-pencarum yang belum mendaftar supaya segera membuat pendaftaran bagi menjelaskan pendirian mereka menerusi tinjauan kaji selidik tersebut,” katanya lagi.

Elak keliru rakyat, KWSP patut kekalkan status quo

Beberapa cadangan yang dibuat Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, (KWSP) kebelakangan ini menimbulkan pelbagai reaksi dalam masyarakat.

Cadangan itu dikemukakan KWSP susulan kebimbangan ketidakcukupan simpanan persaraan di kalangan ahli dalam jangka panjang.

Belum pun reda isu pengeluaran pada usia 60 tahun, Ketua Pegawai Eksekutif KWSP mengemukakan pula empat cadangan terbaru untuk didebatkan rakyat.

1. Memberi pilihan terhadap penyelarasan umur Pengeluaran Penuh dengan Umur Persaraan Minimum yang ditetapkan Kerajaan. Tiada perubahan dibuat terhadap pengeluaran pra-persaraan.

2. Penyelarasan amaun caruman minimum berdasarkan Gaji Minimum yang ditetapkan di bawah undang-undang berkaitan.

3. Melanjutkan bayaran dividen daripada umur 75 sehingga 100 tahun

4. Memperkenalkan simpanan persaraan patuh Syariah sebagai tambahan kepada skim simpanan persaraan sedia ada. Ahli boleh membuat pilihan untuk bertukar kepada simpanan persaraan patuh syariah apabila ia diperkenalkan kelak.

BNBBC.my mendapatkan reaksi Ahli-Ahli Parlimen Barisan Nasional yang tentunya diserbu rakyat di kawasan mereka serta menjadi tumpuan penerangan maklumat terbaru.

Ahli Parlimen Gerik, Datuk Hasbullah Osman berkata, cadangan-cadangan yang dilontarkan KWSP menimbulkan pelbagai keraguan dalam kalangan rakyat.

Sebagai Ahli Parlimen yang bertanggungjawab dan sentiasa berada di kawasan, sukar baginya menjawab isu itu apabila pelbagai cadangan dikemukakan serentak dalam tempoh terdekat.

“KWSP tidak memberi penerangan kepada Ahli Parlimen dan tidak membekalkan sebarang maklumat, apabila berlaku perkara sebegini sukar untuk kita menerangkan kepada rakyat. Jangan buat rakyat panik dan marah kerana itu adalah wang simpanan persaraan mereka,” katanya.

Rakyat tambahnya, sudah biasa menggunakan wang KWSP untuk melakukan kerja ‘haji’ selepas bersara manakala sebahagian lagi mahu menyelesaikan pinjaman rumah dengan pihak bank.

Dua perkara itu tegasnya dekat di hati rakyat kerana kebanyakan mereka merancang hidup dengan tenang tanpa hutang dan dapat mengerjakan haji pada usia sedemikian.

“Tidak semua mampu pergi haji di usia muda, ada yang mengharapkan semata-mata wang simpanan itu, jadi KWSP harus peka dengan kehendak rakyat juga atau pencarum,” tambahnya.

Pendapat serupa turut disuarakan Ahli Parlimen Setiu, Che Mohamad Zulkifly Jusoh.

Beliau mahu opsyen lama dikekalkan kerana sehingga kini opsyen itu belum lagi memberikan masalah besar.

“Jika pencarum mahu menyambung simpanan hingga 60 tahun kerana masih bekerja, itu hak mereka. Lebih baik ikut kehendak pencarum bukannya diwajibkan. Ini wang rakyat, rakyat harus diberi pilihan,” katanya.

Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Moktar Radin juga mahu KWSP mengekalkan dasar sedia ada.

“Pengeluaran wang KWSP pada usia 60 tahun dilihat kurang praktikal, sebab mereka yang bekerja berpuluh-puluh tahun juga mahu menikmati kehidupan yang baik selepas bersara,” terangnya.

Sehubungan itu, apa yang dilakukan KWSP selama ini katanya, harus dikekalkan kerana rakyat sudah selesa dengan perancangan sedia ada mereka.

BACA INI JUGA: Pencarum KWSP Diminta Daftar i-Akaun Dalam Tempoh Dua Minggu

Sumber: Utusan/BNBBC

Wednesday, April 08, 2015

Nur Farisha Perlukan Bantuan Rawat Kanser Mata

Nur Farisha Perlukan Bantuan Rawat Kanser Mata

Hati ibu bapa mana yang tidak sayu dan sedih apabila mengenang penderitaan dan kesakitan anak yang dikasihi.

Nur Farisha [2]

Demikianlah yang dirasai buat pasangan suami isteri, Mohd Firdaus Abd Kadir,29 dan Safina Mohd Rethuan, 27 apabila anak mereka yang baru berusia 12 bulan disahkan menghidap kanser mata kiri sejak tiga bulan lalu.

Tambah menyayat hati, penyakit kanser adik Nur Farisha dikatakan telah mula merebak ke bahagian otak hingga mengakibatkan dia tidak mampu lagi berjalan.

“Saya sedih apabila melihat anak saya terbaring lemah dan selalu menangis kerana penyakit yang dihadapi.

“Kalau boleh biar saya sahaja yang menanggung kesakitan dan saya berdoa agar dia kembali pulih,” kata Safina.

Nur Farisha

Menurutnya, anak tunggalnya itu pernah mendapatkan rawatan di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), Sungai Petani.

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.. diharap semoga adik Farisha pulih dan sihat seperti biasa suatu hari nanti.

Bagi yang bersimpati boleh menghulurkan sumbangan dengan menghubungi Intan Safina di talian 019-5682636 atau menggunakan akaun Bank Simpanan Nasional di 0211929000158015 (Intan Safina Mohd Rethuan).

Jadi, kepada anda yang membaca ini, marilah kita sama-sama menghulurkan bantuan setakat yang termampu. RM1 sekalipun tetap membawa perbezaan yang besar buat mereka yang memerlukan.

BACA INI JUGA: Kisah Benar Hakim Yang Adil Di Zaman Moden

Sumber: Mynewshub.cc

Tuesday, April 07, 2015

Vin Diesel Kongsi Mesej Sedih Kenang Paul Walker Di Facebook

Vin Diesel Kongsi Mesej Sedih Kenang Paul Walker Di Facebook

Bagi mengenang Paul Walker sebagai pelakon utama filem Furious 7, Vin Diesel berkongsi emosi sedihnya melalui video yang dikongsikan di laman sosial Facebook.

Paul Walker, Vin Diesel

Vin Diesel yang juga antara tonggak utama filem itu telah memuat naik video muzik khas bagi mengenang Paul telah mendatangkan kesedihan kepada peminat mereka.

Sememangnya filem Furious 7 yang mula ditayangkan minggu lepas memberi impak kepada penonton kerana membuat mereka selitkan tribute kepada Paul sebagai penutup.

Video itu disampaikan bersama mesej menyentuh perasaan yang ditujukan kepada Paul.

Paul Walker, Vin Diesel [2]

“Pablo, this weekend you turned the world into family, thanks for the love.”

Itulah mesej yang ditulis oleh Vin kepada Paul.

Pablo merupakan nama dalam bahasa Spanish yang bermaksud Paul.

Kepada yang belum menonton filem Furious 7 lakonan terakhir Paul Walker itu, disarankan untuk pergi menonton kerana memang berbaloi.

BACA INI JUGA: Selebriti Hollywood Yang 'Menyesal' Tolak Watak Penting


Sumber: Mynewshub.cc

Friday, March 27, 2015

Anwar Ibrahim Tidak Diberi Pengampunan, Bukan Lagi Ahli Parlimen

Anwar Ibrahim Tidak Diberi Pengampunan, Bukan Lagi Ahli Parlimen

Menurut Ketua Bahagian Guaman dari Pejabat Peguam Negara, Amarjeet Singh, petisyen permohonan maaf yang telah diberi oleh keluarga Anwar kepada Yang Dipertuan Agong telah ditolak dan dengan ini Anwar tidak lagi menjadi ahli parlimen Permatang Pauh.

Anwar Ibrahim

“Pendirian kami ialah keputusan telah dibuat dan perlembagaan telah bercakap dengan sendirinya” katanya kepada pemberita.

Dengan pelupusan petisyen itu, Perlembagaan boleh dikatakan mempunyai pendirian yang jelas berkaitan dengan isu ini.

Afidavit yang disahkan oleh Ketua Pengarah bahagian undang-undang Jabatan Perdana Menteri telah dihantar kepada pemohon.Afidavit itu menyeru bahawa Anwar harus kekal dalam tahanan.

Bagaimanapun peguam-peguam Anwar seperti N. Surendran, Latheefa Koya dan Dr Dheeraj Bhar mengatakan mereka masih menunggu pengumuman rasmi dari Lembaga Pengampunan yang akan diumumkan pada hari rabu depan(1 April 2015).

Keputusan itu telah disampaikan kepada peguam Anwar dalam bentuk afidavit yang dikeluarkan oleh Datuk Nursiah Arshad, Ketua Pengarah Undang-Undang Jabatan Perdana Menteri yang juga salah seorang urus setia Lembaga Pengampunan.

BACA INI JUGA: Pemimpin Terbaik Yang Disebut Dalam Hadis Nabi

Sumber: The Star

Thursday, March 26, 2015

Pilot Terkunci Dari Luar Punca Pesawat Germanwings Terhempas!

Pilot Terkunci Dari Luar Punca Pesawat Germanwings Terhempas!

Tanda tanya tentang punca kecelakaan pesawat Airbus 320 Germanwings milik syarikat penerbangan Jerman Lufthansa masih kabur kerana ia berlaku dalam keadaan cuaca baik.

Pilot Panic

Namun menurut pakar, berdasarkan bukti dari suara perakam yang berjaya ditemui, salah seorang juruterbang gagal untuk masuk semula ke dalam kokpit setelah keluar sebentar akibat pintu terkunci.

Memetik laporan The New York Times, permulaan perjalanan tidak menampakkan sebarang masalah dan salah seorang pakar yang melakukan siasatan dari perakam, menyifatkannya sebagai ‘lancar’.

Namun demikian, pada satu masa, perakam audio berjaya merekodkan salah seorang dari juruterbang meninggalkan kokpit dan gagal untuk masuk semula.

“Individu di luar mengetuk secara perlahan, namun tiada tindak balas dari dalam.

“Dia kemudiannya mengetuk pintu itu secara kuat dan masih tiada jawapan,” ujar salah satu sumber.

Individu tersebut kemudiannya cuba memecahkan pintu untuk masuk kembali ke dalam kokpit.

Walau bagaimanapun, ketika banyak pihak mengandaikan teori tersebut bakal merungkai misteri pesawat tersebut terhempas, ia membangkitkan lebih banyak persoalan.

“Kami masih belum mengenalpasti sebab individu tersebut keluar dari kokpit. Namun pada saat-saat terakhir sebelum pesawat tersebut terhempas, kami pasti seorang lagi juruterbang hanya mengendalikan pesawat secara berseorangan dan tidak membuka pintu.”

Lantas ia menjadikan misteri tersebut semakin kompleks dan memerlukan masa untuk terjawab.

Tambahan pula, mana-mana pihak masih gagal mendapat jawapan tentang aktiviti seorang lagi juruterbang sejurus sebelum pesawat menjunam.

Pesawat malang yang dalam perjalanan dari Barcelona ke Dusseldorf, Jerman terhempas di Pergunungan Alps, Perancis hingga mengorbankan kesemua 150 penumpang termasuk kru.

BACA INI JUGA: 10 Syarikat Penerbangan Paling Selamat Di Dunia

Sumber: MYNEWSHUB.CC