Thursday, June 11, 2015

Siapa Artis Wanita Popular Gambar Separuh Bogelnya Tersebar?

Siapa Artis Wanita Popular Gambar Separuh Bogelnya Tersebar?

Dengan kepesatan teknologi maklumat yang serba canggih pada masa kini, tak mustahil gambar ini merupakan satu teknik pertindihan imej.

Gambar Artis Separuh Bogel

Tapi menurut sumber Ohbulan, gambar separuh bogel yang telah tersebar di laman-laman sosial ini merupakan gambar seorang pelakon wanita popular yang tidak kurang cantiknya.

Dalam foto itu, artis wanita itu dipercayai bergambar separuh bogel mendedahkan bahagian payudara dengan hanya berseluar dalam hitam.

Difahamkan gambar itu telah disebarkan oleh rakan kepada teman lelaki selebriti itu yang meminjam telefon bimbitnya sebelum ini.

Hmmm, tak tahulah sejauh mana kesahihan gambar tersebut.

Sama-sama kita tunggu maklum balas daripada artis wanita terbabit.

Bak kata orang berani kerana benar, kalau betul dirinya dianiaya pastinya artis itu tidak akan berdiam diri apabila dirinya dipedajal sedemikian rupa.

BACA INI JUGA: Gambar Terbaru Lindsay Lohan Peluk Al-Qur'an Cetus Sensasi

Sumber: Mynewshub.cc

Thursday, May 28, 2015

12 Polis Kes Penemuan Kubur Besar Perlis!

12 Polis Kes Penemuan Kubur Besar Perlis!

Seramai 12 anggota polis ditahan berhubung kes penyeludupan manusia di sempadan Malaysia-Thailand berikutan penemuan 139 kubur dan 28 kem di Wang Kelian, Perlis.

Kubur+besar+Perlis

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, berkata Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan lapan anggota polis berkenaan manakala empat lagi polis ditahan agensi itu sendiri.

“Ia masih dalam siasatan sama ada mereka terbabit secara langsung atau hanya menjadi orang tengah kepada sindiket penyeludupan itu untuk masuk ke Malaysia.

“Kita akan siasat semua pihak termasuk Unit Pencegahan Penyeludupan (UPP), Imigresen, Renjer Negeri Perlis, Pasukan Gerakan Am (PGA).

“Bukan hanya polis atau anggota penguatkuasa saja, sesiapa yang ada bukti terbabit dengan penyeludupan ini kita akan ambil tindakan,” katanya pada sidang media di Bangunan Parlimen.

Sebelum itu beliau menjawab soalan berhubung usul tergempar mengenai penemuan 139 kubur dan 28 kem mangsa pemerdagangan manusia di sempadan Malaysia-Thailand.

Usul tergempar itu dibahaskan selama sejam bermula 4.30 petang tadi, selepas dikemukakan Gooi Hsiao Leung (PKR-Alor Setar) pagi tadi dan diluluskan Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Ismail Mohamed Said.

Dalam pada itu ditanya mengenai gesaan pembangkang supaya ditubuhkan sebuah Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung penemuan kubur besar berkenaan, Wan Junaidi berkata, setakat ini tiada keperluan untuk berbuat demikian.

“Tak semua benda perlu ada RCI.

"Agensi polis ada 12,000 anggota penyelidikan, kita akan siasat dari segenap segi.

Bagaimanapun, Dr Wan Junaidi berkata ia terpulang kepada kerajaan sama ada untuk menubuhkan RCI atau tidak.

“Biar kerajaan kumpulkan cadangan daripada semua ahli Parlimen, barulah perkara ini boleh dibincangkan,” katanya.

Cadangan mengenai penubuhan RCI diajukan Sivarasa Rasiah (PKR-Subang) ketika membahaskan usul itu.

Sementara itu, Dr Wan Junaidi memberi jaminan kerajaan akan memperhebatkan kerjasama dengan Thailand dalam mengawal keselamatan di sempadan.

“Lokasi penemuan ini sangat susah diakses dari Malaysia.

Untuk sampai ke tempat itu, kita perlukan sekurang-kurangnya tiga jam berjalan kaki.

Di sebelah Malaysia sangat curam tetapi mudah diakses dari Thailand. Mungkin ini antara sebab sindiket ini memilih kawasan berkenaan,” katanya lagi.

Pada Isnin lalu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan penemuan 139 kubur pelbagai saiz di kawasan seluas 11 kilometer persegi di Gunung Perlis, Wang Kelian, Perlis.

Pihaknya juga turut menemui satu mayat yang hampir reput dan sejumlah 28 khemah yang dipercayai pernah digunakan sindiket pemerdagangan dan penyeludupan manusia yang ditinggalkan kosong sejak beberapa bulan lalu.

Mengikut KPN, penemuan itu adalah susulan daripada Ops Wawasan Khas Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA) yang dijalankan pihaknya sejak 11 Mei lalu.

Setakat ini, lebih 60 kubur besar pelarian Rohingya turut ditemui di beberapa lokasi di wilayah Songkla yang bersempadan dengan Malaysia.

BACA INI JUGA: 6,000 Hamba Abdi Masih Dikurung Di Britain?!

Sumber: Berita Harian Online

Friday, May 15, 2015

Anak Najib Nafi Kaitan Dengan Skim Ufun

Anak Najib Nafi Kaitan Dengan Skim Ufun

“Saya tidak terlibat dengan kumpulan tersebut dan sudah membuat laporan polis, memberitahu Bank Negara dan kedutaan Thai mengenai insiden tersebut apabila saya mendapat tahu mengenainya beberapa tahun yang lalu.

Nafizuddin Mohd Najib Ufun

“Saya meletak jawatan sebagai pengarah dan pengerusi Kumpulan Sagajuta pada 31 Mei 2012, sebuah syarikat yang didakwa ada kaitan dengan UFun,” kata Mohd Nazifuddin Mohd Najib dalam satu kenyataan pada Khamis.

Nafizuddin Mohd Najib, anak kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dituduh terbabit dengan syarikat pemasaran pelbagai peringkat (MLM) UFun yang mencetuskan kontroversi.

“UFun menggunakan nama saya untuk menipu pembeli bagi menggalakkan mereka mendaftar dalam skim Ponzi mereka.

UFun mencetuskan kontroversi di Thailand kerana didakwa menipu lebih 100,000 mangsa di seluruh dunia dan pihak berkuasa Thai dan Malaysia menjalankan operasi untuk mengesan dalang di sebalik skim tersebut.

Beberapa individu telah ditahan semasa siasatan berhubung skim itu. Polis Thai turut mencari tiga warga Malaysia yang melibatkan Pengerusi Eksekutif Kumpulan UFun, Datuk Daniel Tay.

Dalam dua video di laman sosial YouTube baru-baru ini, Tay menafikan dakwaan syarikat beliau terlibat melakukan penipuan.

Sementara itu bercakap kepada The Malaysiakini, Nazifuddin percaya cubaan untuk mengaitkannya dengan Skim ini merupakan sebahagian daripada usaha yang disasarkan terhadap bapanya, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak.

Ini selepas sebuah video oleh televisyen NOW26 mengenai dakwaan kaitan Nazifuddin dengan Ufun, diedarkan kepada media sosial berdasarkan bahan promosi skim Ponzi itu.

“Mereka cuba untuk memfitnah semua orang yang ada kaitan dengan perdana menteri, termasuk anak-anak dan semua orang, mereka menyerang semua orang.

“Ini sememangnya tidak wajar dan saya harap tindakan akan diambil terhadap sesiapa saja yang terlibat,” katanya ketika dihubungi.

Ianya muncul di tengah-tengah desakan, termasuk dari bekas Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad, supaya Najib meletak jawatan.

Nazifuddin berkata pengedaran video itu “mungkin bermotifkan politik”.

BACA INI JUGA: 10 Individu Paling Kaya Di Dunia Tahun 2015

Sumber: MYKMU.NET

Thursday, May 14, 2015

Kisah Sebenar Kejadian Debat Rafizi Ramli Dan Lokman Adam!

Kisah Sebenar Kejadian Debat Rafizi Ramli Dan Lokman Adam!

Pertama sekali saya hendak jelaskan bahawa saya menerima undangan untuk berdebat dengan YB Rafizi Ramli anjuran MPP UIA seminggu yang lalu.

Debat-GST

Malangnya dua hari yang lalu, pihak UIA telah memaklumkan kepada saya bahawa debat tersebut dibatalkan kerana pihak Rektor UIA tidak meluluskannya. Walau bagaimanapun, petang tadi pihak MPP UIA memaklumkan ianya diteruskan juga dan Rafizi telah bersetuju untuk hadir.

Atas nasihat Ketua Pengarah JASA, Datuk Dr Puad Zarkashi, demi menjaga nama baik dan maruah JASA, saya telah hadir. Selepas lebih kurang 10 minit berucap, pihak keselamatan UIA telah meminta saya berhenti cara baik dan saya berhenti berucap.

Pihak Pengawal juga bersetuju membenarkan Rafizi berucap selama 10 minit untuk berlaku adil. Malangnya selepas 10 minit berucap bila pihak keselamatan meminta Rafizi berhenti beliau enggan dan mengakibatkan pihak keselamatan menghentikan program secara paksa. Rafizi telah bertindak balas dengan mengeluarkan kata-kata kesat terhadap pengawal keselamatan UIA. Majlis akhirnya dihentikan oleh pihak MPP UIA.

Pertengkaran dimeja makan

Sikap biadap Rafizi diteruskan dimeja makan dengan menghalau Pengawal Keselamatan yang bertugas dari bilik makan yang disediakan. Semua pengawal keluar kecuali seorang yang memakai T-shirt Jingga.

Apabila merasakan mulut Rafizi sudah terlalu lancang dan tidak menghormati pengawal tersebut, saya telah menegur Rafizi supaya menghentikannya. Saya kata, "kita dah buat salah meneruskan program yang tidak dibenarkan pihak Universiti, kenalah terima risikonya".

Beliau yang berang dengan jawapan saya itu mula menjadikan saya sasarannya pula sehingga berlaku pertikaman lidah. Apa yang menyebabkan pergaduhan hampir tercetus tadi adalah apabila beliau mengatakan saya masuk UMNO sebaik sahaja lepas keluar ISA.

Pada hakikatnya saya dibebaskan dari ISA pada tahun 2003. Manakala saya telah dipecat dari PKR adalah pada tahun 2004 kerana menegur penyelewengan dana di dalam PKR dan tindakan Wan Azizah bertemu George Soros tahun 2003 untuk mendapatkan dana pilihanraya 2004.

Lebih menyakitkan hati ialah kerana fitnah itu keluar dari mulut Rafizi iaitu salah seorang ahli MPT Keadilan yang terlibat memecat saya untuk menutup penyelewengan dana yang berlaku dalam Keadilan.

Saya menyertai UMNO semula 3 tahun selepas dipecat iaitu pada tahun 2007. Bagi saya, debat atau wacana ilmu sedemikian rupa harus dibenarkan di Universiti. Dengan syarat, wakil kedua-dua belah pihak, kerajaan dan pembangkang harus dilibatkan sama. Ianya sihat bagi perkembangan demokrasi dan bagi membolehkan para mahasiswa mendengar penjelasan kedua belah pihak.

Jika kita terus menghalang debat sedemikian rupa, pembohong besar seperti Rafizi akan terus dipercayai oleh para Mahasiswa kita. Rafizi masih boleh melakukan hasutan dan penipuan beliau melalui youtube dan whatsapp. Tetapi sekiranya debat tadi diteruskan, setidak-tidaknya para mahasiswa kita berpeluang mengetahui perkara yang sebenar dan mendengar hujah balas kita untuk meningkatkan kefahaman mereka tentang GST dan isu semasa. -Lokman Adam

Rafizi biadap

GOMBAK – Tindakan Rafizi Ramli yang ingkar dengan arahan pihak keselamatan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) telah menyebabkan Forum GST yang sedang berlangsung aman bertukar tegang.

Pihak keselamatan mengarahkan program tersebut dihentikan kerana khuatir faktor keselamatan menjadi tidak terkawal selepas melihat kehadiran sekitar 500 orang dalam program tersebut. Rafizi yang merupakan salah seorang panel dalam forum tersebut terus bersikap keras kepala meneruskan ucapannya meskipun sudah diberi masa 10 minit untuk berucap. Setelah diminta berulang kali secara baik, pihak keselamatan akhirnya terpaksa merampas mikrofon dari Rafizi untuk menghentikan program tersebut.

Tidak berpuas hati dengan perkara itu, Rafizi terus membuat kecoh mendakwa beliau tidak diberi peluang yang adil. Program yang bermula jam 10 malam itu akhirnya berjaya dihentikan dan keadaan mula terkawal pada jam 10.45 malam. Sementara itu, seorang lagi ahli panel forum itu, Lokman Adam kecewa dengan sikap yang ditunjukkan Rafizi yang tidak peduli dengan peraturan.

Pengurusan UIA Tidak Bertamadun – DAP

Chow Yu Hui

Sementara itu, Pemuda DAP (Dapsy) mendakwa pihak pentadbiran Universiti Islam Antarabangsa (UIA) tidak bertamadun kerana menghalang Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli berucap mengenai Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dalam universiti itu.

Pengarah Hal-Ehwal Varsiti Dapsy, Chow Yu Hui mendakwa, UIA perlu meminta maaf di atas tindakan kakitangan keselamatannya merampas mikrofon Rafizi ketika pemimpin pembangkang itu sedang berucap.

“Pentadbiran UIA tidak berhak untuk bercampur tangan dalam aktiviti ataupun forum mahasiswa dan tindakan pihak keselamatan UIA yang merampas mikrofon Rafizi ketika berucap adalah amat biadab dan menjatuhkan imej dan reputasi UIA.

“Mahasiswa berhak untuk mengadakan forum ilmiah,” dakwanya dalam satu kenyataan media.

Yu Hui mendakwa, pentadbiran UIA tidak boleh menyekat hak mahasiswa untuk menjemput penceramah kerana mahasiswa adalah pewaris negara dan mampu menilai kesahihan ucapan penceramah.

Dakwanya, semua mahasiswa wajar diamanahkan untuk mengadakan aktiviti secara bebas selaras dengan semangat otonomi kampus dan kebebasan akademik.

“Pihak UIA perlu meminta maaf atas tindakannya yang menghalang forum GST serta aksi pihak keselamatan UIA yang merampas mikrofon Rafizi ketika beliau sedang berucap.

“Tindakan sebegini adalah tidak bertamadun dan patut dikutuk sekeras-kerasnya,” dakwanya.

BACA INI JUGA: Amaran Benjamin Franklin Tentang Bahaya Bangsa Yahudi

Sumber: Mynewshub/Badutrakyat

Wednesday, May 13, 2015

Suspek Sepak Pelajar Kolej Sampai Mati Ada Silat Dan Tomoi

Suspek Sepak Pelajar Kolej Sampai Mati Ada Silat Dan Tomoi

Susulan kes seorang pelajar Kolej Vokasional di Bachok, Kelantan iaitu Mohamad Nor Akram Zime, 16, yang mati disepak ketika sedang tidur, suspek kes tersebut dikatakan memiliki ilmu pertahanan diri silat dan tomoi.

Mohamad Nor Akram Zime

Kejadian tersebut dipercayai berpunca daripada sifat senioriti di mana suspek merasakan dirinya tidak dihormati sehingga bertindak menendang mangsa di bahagian kepala ketika sedang tidur.

Akibatnya, mangsa tidak sedarkan diri sebelum disahkan meninggal dunia selepas dikejarkan ke sebuah klinik kesihatan.

Sementara itu, Pengarah Pendidikan Negeri Kelantan Hussain Awang berkata, pihak pengurusan sekolah terutama guru besar dan pengetua harus mempergiatkan pemantauan terhadap gejala tersebut dalam kalangan pelajar agar situasi sama tidak berulang.

Dalam kenyataannya kepada Bernama, “Kejadian yang menyebabkan kematian pelajar adalah sesuatu yang serius dan mengejutkan. Perkara ini perlu dijadikan pengajaran penting buat semua pihak termasuk pihak sekolah dan pengajar.

“Ia tidak sepatutnya berlaku kerana bukan hanya memberi kesan yang besar kepada keluarga mangsa tetapi juga menjejaskan masa depan suspek.”

Hussain turut berkata, budaya senioriti di sekolah tidak boleh dijadikan alasan untuk melakukan sesuatu tindakan sehingga mendatangkan kecederaan, apatah lagi membawa maut.

Dalam kejadian tersebut Mohd Nor Akram ditendang di bahagian kepala sebanyak dua kali dan tindakan tersebut telah menyebabkan urat kepalanya terputus.

Jenazah mangsa selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Wakaf Berangan, Pasir Puteh, Kelantan.

BACA INI JUGA: Elisa Lam, Kematian Misteri Di Hotel Cecil

Sumber: Mynewshub.cc

Friday, May 08, 2015

SPA Diarah Bekukan Pengambilan Kakitangan Awam!

SPA Diarah Bekukan Pengambilan Kakitangan Awam!

Pekeliling daripada Jabatan Perkhidmatan Awam meminta pengawalan jumlah perjawatan dan pengisian sektor awam telah bocor dan tersebar.

SPA

Salinan yang diterima itu mendapati pembekuan pengambilan kakitangan awam dikatakan berkuatkuasa mulai 22 April lalu atas tujuan untuk mengoptimumkan pengunaan sumber manusia yang sedia ada.

Pembekuan itu melibatkan semua kementerian dan jabatan serta agensi kerajaan.

Ia diputuskan semasa Sesi Perjumpaan Khas Ketua Setiausaha Negara dengan Pengerusi dan Setiausaha Suruhanjaya Perkhidmatan pada 18 Mac lalu.

Daripada pekeliling yang ditujukan kepada Pengerusi SPA , Tan Sri Mahmood Adam yang diterima pejabat beliau pada 23 April lalu, penangguhan itu boleh dikecualikan atas beberapa sebab tertentu.

Antaranya ialah sekiranya terdapat situasi seperti urusan yang melibatkan calon-calon yang telah dipanggil temu duga untuk proses pelantikan dan pengambilan pelatih untuk mengikuti program pra-perkhidmatan dan pelantikan pelatih yang telah berjaya mengikuti program pra-perkhidmatan tertakluk kepada pengesahan kekosongan jawatan sedia ada.

awam

Tidak dinyatakan sehingga bila pembekuan itu akan dikuat-kuasakan.

Malaysia sebelum ini dilaporkan mempunyai jumlah kakitangan awam yang paling tertinggi di dunia iaitu sebanyak 1.4 juta orang atau 10 peratus daripada jumlah keseluruhan tenaga kerja dalam negara.

Jumlah yang tinggi itu dipercayai menjadi penyebab mengapa kakitangan awam baru tidak dapat ditambah dalam masa terdekat ini.

BACA INI JUGA: Tun Mahathir Kritik Gaya Hidup ‘Mewah’ Rosmah Dan Najib!

Sumber: Mynewshub.cc

Thursday, April 16, 2015

Pesara CIA Mengaku Bunuh Marilyn Monroe!

Pesara CIA Mengaku Bunuh Marilyn Monroe!

Seorang pesara CIA telah membuat pengakuan kontroversi sejak dia dimasukkan ke Hospital Sentara.

Marilyn Monroe

Normand Hodges, 78, mengaku telah melakukan 37 pembunuhan untuk kerajaan Amerika Syarikat antara tahun 1959 dan 1972, termasuk membunuh aktres kesayangan ramai, Marilyn Monroe.

Normand bekerja sebagai operatif berpangkat tinggi selama 41 tahun.

Selain dilatih sebagai penembak tepat dan pakar seni pertahankan diri, dia juga mempunyai kelebihan dalam penggunaan racun serta bahan letupan yang boleh memudaratkan.

Menurutnya, dia sering diupah untuk membunuh individu yang boleh mendatangkan ancaman kepada kerajaan.

Antaranya adalah aktivis politik, wartawan dan ketua kesatuan serta beberapa saintis dan artis yang dianggap sebagai ancaman.

Normand Hodges
Normand Hodges.

Marilyn Monroe antara mangsa dan satu-satunya wanita yang dia pernah bunuh dan dia tidak menyesal dengan tindakannya itu.

Normand mendakwa Marilyn merupakan ancaman kepada sistem keselamatan negara kerana beberapa isu skandalnya.

Oleh itu, Normand terpaksa menurut perintah untuk membunuhnya namun pembunuhan aktres itu harus dijadikan seumpama kes bunuh diri.

BACA INI JUGA: Gambar-gambar Terakhir Selebriti Terkenal Dunia

Sumber: Mynewshub.cc