Friday, November 24, 2017

Cara Penjagaan Anak Dijangkiti Cacar Air

Cara Penjagaan Anak Dijangkiti Cacar Air

Penjagaan anak-anak yang dijangkiti cacar air (chicken pox) memang meletihkan dan menduga para ibubapa. Tambahan pula jika lebih dari seorang anak yang dijangkiti pada masa yang sama.

Cara Penjagaan Anak Dijangkiti Cacar Air

Berikut adalah beberapa tips penjagaan anak yang dijangkiti chicken pox:

1. Peka dengan gejala seperti ruam (ruam merah diikuti gelembung air) dan tahap kesihatan yang merosot (kurang selera makan, demam, kurang aktif, sakit kepala, kerap meragam).

2. Sekiranya gejala chicken pox dikesan awal, rawatan dengan antiviral (Acyclovir) dalam tempoh kurang daripada 48 jam membantu mengurangkan tahap keseriusan gejala dan tempoh masa penyakit (lebih pendek).

3. Rawatan antiviral ini biasanya diberi 5 kali sehari. Anda perlu praktikal dan tidak perlu rigid untuk memberi ubat setiap 4 jam 48 minit.

4. Untuk memudahkan ibubapa, dicadangkan untuk memberi pada pukul 7 malam, 11 malam, 7 pagi, 11 pagi, 3 petang. “7-eleven, 7-eleven, 3”.

5. Kuarantin anak-anak anda daripada orang lain, terutamanya kanak-kanak, wanita hamil dan orang tua.

Tidak boleh ke taska, sekolah, pusat membeli belah, taman permainan, kenduri kendara dan rumah tok wan, mak long.

Cecair lepuhan mampu menularkan virus chicken pox (Varicella zoster) kepada orang lain yang belum diimunisasi atau yang mempunyai imuniti yang lemah.

6. Sediakan aktiviti bermanfaat kepada anak-anak dalam tempoh kuarantin ini kerana anak-anak akan mengeluh betapa bosannya duduk di rumah tanpa aktiviti yang bermanfaat.

Tempoh kuarantin bukan lesen untuk anak-anak bermain dengan smart phone atau tab sampai “lebam”.

7. Ibu bapa perlu sedia dengan menu seminggu dan bersedia memasak sendiri di rumah. Pastikan makanan berkhasiat untuk menjamin kesihatan dan pembekalan tenaga kepada anak-anak yang sedang melawan virus ini.

Berkenaan mengelak makanan berkicap dan berminyak, tiada bukti saintifik dalam perubatan tetapi perkara ini tidak mengganggu kesihatan anak-anak jika diamalkan.

8. Selera anak-anak akan merosot dalam tempoh penyembuhan. Walaupun jumlah makanan yang diambil sedikit, pastikan ianya kerap.

Pastikan anak-anak dihidrasi secara berterusan. Elakkan “junk food”.

Tawarkan alternatif kepada anak seperti roti jem, oat dan susu, sandwic, popia, pisang, minuman susu kultur, jus oren, keju dan lain-lain.

9. Mandi secara kerap untuk memastikan kebersihan anak-anak. Sapukan calamine lotion untuk mengelakkan rasa “miang” atau rengsa pada anak-anak.

10. Ubat antihistamine penting untuk mengurangkan rasa rengsa/gatal di samping mempunyai kesan sedatif (kesan mengantuk) supaya anak-anak mempunyai rehat yang cukup dan kurang menggaru untuk mengelakkan jangkitan bakteria sekunder dan penularan virus kepada orang lain.

11. Pastikan kuku anak-anak bersih dan pendek.

12. Last but not least, ibu bapa perlu bersedia mental, fizikal dan kewangan (ubat acyclovir mahal) menghadapi saat ini.

Ragam anak-anak dalam tempoh ini amat sukar dijangka kerana badan mereka tidak selesa. Ibu bapa perlu meluangkan lebih banyak masa melayan dan memastikan rawatan anak-anak tidak tertinggal serta tepat waktu.

Berbincang dengan majikan sekiranya memerlukan cuti untuk menjaga anak-anak. Yang pasti, kedua-dua ibu dan bapa perlu ambil peranan aktif dalam penjagaan anak-anak ini.

Kesimpulan

Setiap yang berlaku pasti ada hikmah. Usah mengeluh kerana ini adalah pengalaman berharga anda sebagai ibu bapa.

Anak anda akan membesar dengan lebih sihat kerana mereka akan mempunyai antibodi terhadap virus Varicella zoster selepas jangkitan ini.

Anak anda kini mempunyai imuniti yang lebih kebal terhadap virus chicken fox dan mengurangkan kebarangkaliannya mendapat jangkitan cacar air kali kedua.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Adakah Jangkitan Cacar Air Bahaya?

sumber: mmgazette

Wednesday, November 22, 2017

Pemakanan Yang Sesuai Untuk Pesakit Chicken Pox

Pemakanan Yang Sesuai Untuk Pesakit Chicken Pox

Chicken Pox atau dikenali sebagi penyakit cacar air adalah gelembung air pada kulit merupakan penyakit yang biasanya menjangkiti kanak-kanak yang disebabkan oleh virus varicella.

Pemakanan Sesuai Pesakit Chicken Fox

Chicken Pox akan menyebabkan ruam pasa badan, kulit akan menjadi seperti melepuh dan kemerah-merahan. Selepas beberapa hari ruam mula kering dan mengeras. Pada tahap ini Chicken Pox mungkin menyebabkan kegatalan.

Ruam akibat cacar air ini boleh berlaku pada mana-mana anggota badan, termasuklah di dalam mulut dan menyebabkan luka pada mukosa mulut.

Oleh itu, pesakit yang mengalami cacar air harus meminum air secukupnya dan kekal terhidrat, mengambil makanan berkhasiat supaya tubuh cepat sembuh dan pulih dari serangan virus Chicken Pox.

Ambil Makanan yang Mudah Ditelan

Kanak-kanak yang mengalami luka di dalam mulut akibat cacar air perlu mengambil makanan yang lembut dan tidak perlu dikunyah supaya ia tidak membuatkan keadaan ruam di dalam mulut bertambah teruk.

Antara contoh makanan yang lembut ialah kentang lecek, sup hirisan ayam. Elakkan mengambil makanan yang diproses dan makanan ringan (jajan) yang tidak mengandungi banyak nutrisi. Garam yang berlebihan dalam makanan ringan atau jajan ini akan menyebabkan luka dalam mulut bertambah parah.

Selain daripada masalah luka dalam mulut, demam akibat jangkitan virus boleh menyebabkan kanak-kanak mengalami selera makan yang berkurangan. Pastikan setiap hidangan yang diambil mengandungi nutrisi yang secukupnya.

Jika kanak-kanak itu tidak mampu menelan makanan separuh pepejal, galakkan dia mengambil banyak makanan yang berbentuk sup atau sekurang-kurangnya minum air suam secukupnya.

Makanan sejuk juga membantu melegakan kesakitan makanan seperti yogurt sejuk, jus buah membantu memberi kelegaan pada mulut dan tekak.

Pilih buah-buahan yang lembut seperti tembikai atau pisang

Buah-buahan yang kaya dengan vitamin, mineral dan serat adalah sesuai untuk dimakan dan baik membantu tubuh untuk lebih cepat sembuh.

Pilihlah buah yang lembut seperti pisang atau tembikai.

Elakkan mengambil buah yang berasid seperti oren dan anggur kerana boleh menyebabkan luka dalam mulut menjadi lebih pedih dan sakit. Buah-buahan ini boleh disejukkan dicampur dengan susu atau yogurt dan ais untuk mendapatkan minuman yang tinggi nutrisi dan sedap.

Elakkan Air berkarbonat

Kanak-kanak yang mengalami cacar air perlu memastikan pengambilan air yang cukup. Lapan gelas air sehari termasuklah air kosong, jus atau air berperisa.

Elakkan air berkarbonat yang akan menyebabkan kesakitan pada luk adalam mulut. Elakkan makanan yang pedas dan panas. Makanan yang rangup sepertu kerepek dan keropok perlu dihindar.

Secara saintifiknya makanan seperti kicap, telur dan daging ayam tidak menganggu proses penyembuhan, namun jika terdapat bukti seseorang itu akan mengalami kegatalan terhadap sesuatu makanan, ia harus dielakkan bagi mengelakkan ketidakselesaan akibat kegatalan yang secara tidak langsung akan melambatkan proses penyembuhan.

Secara saintifiknya, makanan seperti kicap, telur dan daging aym tidak menganggu proses penyembuhan.

Andai kata pesakit cacar air tidak boleh makan atau minum akibat luka dalam mulut yang terlalu teruk, dapatkan nasihat doktor.

Pesakit ini perlu dimasukkan ke wad untuk diberikan IV drip bagi mengekalkan hidrasinya.

Cacar air jarang menyebabkan komplikasi, kecuali individu yang mengalami risiko sistem imunisasi yang lemah seperti pesakit diabetes, pesakit kanser atau pesakit yang mengambil rawatan steroid.

Wallahu a'lam.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Apa Perbezaan Cacar Air Dan Demam Campak?

sumber: cahayavitamin

Saturday, November 18, 2017

Apa itu Cacar Ular, Gejala, Punca Dan Rawatannya

Apa itu Cacar Ular, Gejala, Punca Dan Rawatannya

Cacar ular adalah penyakit cacar yang disebabkan oleh virus varicella zoster dan disebut Shingles dalam istilah perubatan dikenali sebagai herpes zoster.

Apa itu Cacar Ular

Cacar ular (Herpes zoster) adalah ruam yang ditemui di kawasan terbatas kulit. Selepas menjangkiti kanak-kanak dengan virus varicella zoster, virus kemudiannya bersembunyi dan pergerakan virus ini akan aktif semula selepas beberapa tahun setelah jangkitan awal menyebabkan terjadinya cacar ular (herpes zoster).

Dalam kebanyakan kes, cacar ular akan hilang dengan sendiri, biasanya setelah 2-3 minggu. Cacar ular lebih kerap menyerang pada kelompok usia yang lebih tua, dipercayai kerana penurunan sistem kekebalan tubuh.

Dijangkakan 1 juta orang menderita penyakit cacar ular di Amerika Syarikat setiap tahun, namun cacar ular boleh disembuhkan meskipun jarang berlaku dan biasanya hanya terjadi sekali sahaja seumur hidup.

Penyebab Cacar Ular

Punca cacar ular adalah jangkitan virus varicella zoster yang berulang. Cacar ular hanya akan muncul pada pesakit yang telah dijangkiti virus ini pada masa lalu.

Virus varicella zoster adalah virus yang menyebabkan cacar ular pada kanak-kanak. Cacar ular akan sembuh apabila tubuh pesakit sudah mampu melawan jangkitan virus dari tubuh.

Namun, virus tidak dapat dihilangkan sepenuhnya dan akan menjadi aktif di bahagian tertentu dalam tubuh, iaitu di bahagian sumsum tulang belakang.

Ketika virus menjadi aktif, cacar ular muncul semula. Virus akan bergerak ke bahagian kulit, menyebabkan radang dan ruam khusus. Virus ini juga mempengaruhi saraf, mengakibatkan rasa ngilu.

Pada kebanyakan orang, sistem kekebalan tubuh dapat melawan virus varicella zoster. Manakala pesakit yang mengalami gangguan sistem kekebalan tubuh akan berrisiko mendapat jangkitan herpes zoster.

Kelompok-kelompok berisiko ini termasuklah orang tua, pesakit kanser, penerima organ, selalu stres, dan mereka yang kekebalan tubuhnya terganggu (immunocompromised).

Gejala utama

Cacar ular muncul dengan gejala umum seperti demam dan sakit kepala. Kemudian diikuti dengan rasa sakit atau rasa sensitif berlebihan.

Rasa sakit cacar ular dijelaskan dalam pelbagai cara, seperti terbakar, kesemutan, menyengat, menusuk dan gatal-gatal.

Pada beberapa pesakit, rasa tersebut dapat digambarkan sebagai paresthesia atau mati rasa dengan hentakan yang menjalar.

Beberapa hari setelah rasa sakit terjadi, ruam mula berkembang namun terbatas pada bentuk tertentu, atau kawasan yang memiliki saraf sensitif pada tubuh.

Ruam tampak seperti melingkar yang terletak hanya pada satu sisi tubuh dan biasanya muncul di badan, tetapi juga terjadi pada wajah dan kawasan lain ditubuh.

Setelah beberapa hari, ruam berkembang menjadi lepuh berisi cairan. Luka berair tersebut akhirnya terkupas dan jatuh sendiri setelah seminggu atau lebih, sebelum sembuh sepenuhnya.

Jika tompokan cacar yang terlibat melibatkan saraf trigeminal cabang oftalmik, mata mungkin terpengaruh.

Pesakit boleh mengalami radang selaput mata (konjungtivitis), radang lapisan pembuluh darah pada bola mata atau uvea (uveitis), malah boleh kehilangan penglihatan.

Keadaan ini dikenali sebagai cacar ular mata atau herpes zoster oftalmikus dan terjadi kepada 25 peratus pesakit.

Sementara itu, jika tompokan cacar terkena telinga, pesakit akan merasa pening dan kehilangan pendengaran. Keadaan ini dikenali sebagai cacar ular telinga (herpes zoster oticus).

Rawatan Cacar Ular

Diagnosis cacar ular adalah melalui pemantauan dan rawatan namun, dalam keadaan tertentu, doktor mungkin meminta sampel kulit untuk diagnosa cacar ular.

Jika anda mengalami rasa sakit atau melihat ruam di kawasan kulit penuh saraf sensor dengan penyebaran melingkar, anda perlu segera mendapatkan rawatan kerana ubat antivirus hanya berkesan jika diberikan pada peringkat awal.

Jika tidak diubati, gejala cacar ular umumnya akan sembuh antara dua sehingga empat minggu. Rawatan adalah untuk meredakan rasa sakit dan mencegah kemungkinan komplikasi.

Analgesik (ubat tahan sakit) adalah rawatan utama yang digunakan dalam merawat cacar ular. Untuk pesakit yang parah, blok saraf atau opioid boleh dicuba.

Sementara itu, krim yang mengandungi calamine atau jeli minyak (petroleum jelly) dapat membantu meredakan rasa sakit.

Penggunaan antihistamin juga dapat membantu meringankan rasa gatal yang dialami. Steroid yang disapukan juga boleh digunakan untuk mengurangkan radang.

Ubat antivirus, seperti acyclovir dan famciclovir, juga boleh diberikan untuk menurunkan keparahan herpes zoster. Durasi rasa sakit dan ruam dapat dikurangi.

Pada pesakit dengan fungsi kekebalan tubuh yang lemah, antivirus mungkin diberikan melalui pembuluh darah. Ubat-ubatan antivirus hanya bermanfaat jika diberikan dalam tempoh 72 jam dari waktu terjadinya ruam.

Meskipun penyakit cacar ular dapat hilang dengan sendiri, dalam keadaan tertentu, cacar ular boleh menyebabkan komplikasi serius, termasuklah kelumpuhan wajah sementara, kerosakan mata dan telinga.

Jadi, dalam keadaan tertentu dimana ruam atau sakit berkembang di wajah pesakit, terutamanya jika ia menyebar ke kawasan mata, sebaik-baiknya adalah berjumpa secepat mungkin dengan doktor

Cacar ular perlu dirawat jika ruam mula berjangkit, yang hadir dengan pembengkakan, kulit berwarna kemerahan (eritema) dan nanah. Dalam keadaan ini, antibiotik boleh digunakan untuk merawat dan mencegah penyebaran bakteria.

Sekitar 15-20 peratus pesakit cacar ular, keadaan yang dikenali sebagai postherpetic neuralgia (PHN) terjadi. Pesakit dengan PHN akan terus mengalami rasa ngilu malah ketika ruam tidak lagi ada.

Beberapa ubat boleh digunakan untuk menangani keadaan ini, termasuk blok saraf (opioid) seperti morfin atau oxycodone, amitriptyline dan gabapentin. Jika rasa ngilu semakin parah, anda mungkin perlu mengunjungi doktor pakar untuk menangani penyakit cacar ular ini.

Vaksin mencegah cacar ular

Vaksin Zostavax telah terbukti mampu mengurangkan risiko cacar ular hingga 50 peratus. Kajian juga menunjukkan bahawa vaksin Zostavax dapat menurunkan postherpetic neuralgia sekitar 66 peratus pada pesakit yang mengalami cacar ular.

Namun, ada sedikit kesan sampingan yang sebahagian besar terjadi di tempat suntikan. Vaksin ini dianjurkan untuk orang dewasa berusia 60 tahun ke atas sebagai bentuk pencegahan.

Pesakit yang dijangkiti cacar ular juga boleh menjadi pembawa selama masa penyakit.

Pada ketika ini, penting untuk menghindari sentuhan dengan orang tua, yang kekebalan tubuhnya terganggu (immunocompromised) dan mereka yang belum pernah dijangkiti cacar.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Kenapa Cacar Air Di Namakan 'Chicken Pox'?

sumber: docdoc

Thursday, November 16, 2017

Apa Perbezaan Cacar Air Dan Demam Campak?

Apa Perbezaan Cacar Air Dan Demam Campak?

Penyakit demam campak (rubeola) dan cacar air (chicken pox) adalah penyakit yang berbeza.Namun, apa perbezaan penyakit demam campak (rubeola) dan cacar air (chicken pox)?

Apa Perbezaan Cacar Air Dan Demam Campak?
Cacar air.

Demam campak (Rubeola) adalah jangkitan akut pada kanak-kanak disebabkan virus measles. Pesakit demam campak biasanya mengalami gejala jangkitan saluran pernafasan dan disertai ruam pada kulit.

Penyakit ini sangat mudah menular kepada orang lain melalui titisan cecair dari mulut dan hidung semasa bercakap, batuk atau bersin.

Virus cacar air (chicken pox) pula dikenali sebagai virus varicella, virus sama yang menyebabkan kayap.

Cacar air adalah jangkitan biasa yang berlaku di kalangan kanak-kanak yang disebabkan oleh virus.

Ia merupakan penyakit yang senang berjangkit dan boleh merebak dari seorang ke seorang. Seseorang yang dijangkiti virus ini akan mengalami demam dan timbul ruam lepuh (blisters).

Apa Perbezaan Cacar Air Dan Demam Campak?
Demam Campak.

Cacar air (chicken pox) kebiasaannya hanya akan dialami sekali sahaja seumur hidup bagi setiap orang.

Tapi boleh berkemungkinan juga terkena lebih dari sekali, bergantung pada sistem imun setiap orang.

Demam Campak (Rubeola) pula boleh dicegah dengan pengambilan vaksin MMR (Measles, Mumps and Rubella).

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Punca Penyakit Cacar Air Dan Bahaya Kepada Bayi

sumber: ciktom

Wednesday, November 15, 2017

Apa Itu Cacar Air Dan Pantang Larangnya

Apa Itu Cacar Air Dan Pantang Larangnya

Cacar air atau cengkering yang berpunca daripada virus varicella zoster adalah sejenis penyakit virus sangat mudah berjangkit.

Apa Itu Cacar Air Dan Pantang Larangnya

Seseorang boleh dijangkiti virus ini daripada pesakit lain yang mengalami cacar air melalui sentuhan atau titisan cecair. Virus cacar juga didapati di dalam bintik yang mengandungi cecair.

Cacar air berlainan daripada penyakit kayap walaupun kedua-dua penyakit ini disebabkan oleh virus yang sama tetapi mempunyai simptom berbeza.

Penyakit kayap dihidapi pesakit yang pernah dijangkiti cacar air dan akan menyerang apabila sistem imuniti pesakit ini rendah.

Pesakit boleh menjangkiti orang lain sehari atau dua hari sebelum ruam muncul, namun mereka yang dijangkiti mungkin tidak mengalami sebarang simptom hingga 10 ke 21 hari selepas bersentuhan dengan pesakit.

Bagaimanapun, cacar air dapat dicegah dengan proses vaksinasi. Ia langkah paling berkesan untuk mencegah penyakit ini dan komplikasinya.

Di Malaysia, cacar air tidak termasuk dalam jadual imunisasi wajib untuk anak tapi ia tetap digalakkan.

Pantang Larang Penyakit Cacar

Selain kita mencuba kaedah perubatan dari klinik, apa salahnya kita turut praktiskan cara rawatan menggunakan petua orang tua-tua untuk penyakit demam campak.

Terdapat banyak pantang larang dan ada pelbagai versi;

1. Minum air kelapa yang segar dari pokok kelapa. Selawat 3 kali dan doa minta cepat sembuh. Air kelapa segar berfungsi untuk mengeluarkan semua virus demam campak dari badan.

2. Untuk mengelakkan gatal pada badan, gunalah daun semambu dari pokok semambu dengan meletakkan daun itu dibawah cadar dan bantal sebagai alas tidur. Selain itu, boleh tumbuk lumat dengan beras, kemudian sapukan pada bintik-bintik di badan. Boleh juga mandikan anak dengan daun semambu. Caranya ramas daun ni dalam sebaldi air dan mandikan seperti biasa. Daun semambu hendaklah di cuci sebersih-bersihnya terlebih dahulu untuk mengelakkan kegatalan.

3. Mesti mandi dengan kadar yang agak banyak (untuk sejukkan badan) dan mandi dengan perlahan (supaya bintik-bintik pada badan tidak pecah).

4. Elakkan makan kicap atau makanan berkicap sebab makan berkicap menyebabkan parut atau kudis berbekas hitam.

5. Elakkan makan makanan terlalu berminyak yang boleh menyebabkan badan bertambah gatal.

6. Elakkan terkena air hujan kerana boleh menyebabkan parut itu kekal.

7. Elakkan menggaru badan. Jika bintik air pecah akan menyebabkan cepatnya tersebar pada bahagian badan yang lain.

8. Elakkan minum minuman berais (sejuk) dan elakkan makan telur.

9. Elakkan bercampur dengan orang lain kerana penyakit cacar adalah jenis penyakit yang sangat mudah berjangkit.

Pentingnya vaksin

Vaksin cacar air patut diberikan kepada kanak-kanak pada umur 12 ke 15 bulan dengan dos tambahan diberikan di antara umur empat hingga enam tahun.

Untuk kanak-kanak yang berumur lebih daripada 13 tahun yang tidak pernah dijangkiti penyakit ini, mereka patut menerima dos pertama diikuti dos kedua empat ke lapan minggu kemudian.

Bagaimanapun, pesakit yang pernah mengalami penyakit cacar air atau kayap tidak memerlukan vaksin ini.

Selain kanak-kanak melebihi umur 12 bulan, orang dewasa yang belum dijangkiti patut mendapatkan vaksin ini, namun ia tidak disyorkan untuk bayi bawah umur setahun.

Vaksin ini juga tidak boleh diberikan kepada ibu mengandung. Wanita yang baru menerima vaksin cacar air pula digalakkan supaya tidak hamil dalam tempoh sebulan selepas mendapatkan vaksin berkenaan.

Jika anak pernah dijangkiti cacar air atau menerima vaksin, tiada rawatan yang diperlukan manakala jika mereka sudah terdedah kepada pesakit cacar air tetapi belum menunjukkan tanda jangkitan, vaksin boleh didapati di klinik.

Dia berkata, vaksin itu perlu diberikan dalam jangka masa tiga ke lima hari selepas pendedahan bagi mengelak daripada dijangkiti atau mengurangkan kemudaratan penyakit.

Ini kerana, walaupun anak tidak terjangkit, vaksin cacar air akan mengelakkan penyakit itu pada masa hadapan.

Kumpulan pesakit berisiko tinggi yang tiada imuniti kepada virus varicella seperti ibu mengandung, pesakit yang bermasalah imuniti rendah atau mengalami penyakit kronik perlu menerima suntikan VZIG yang boleh diberi hingga 10 hari selepas pendedahan.

VZIG (varicella zoster immunoglobulin) ialah vaksin yang memberi imuniti pasif kepada pesakit yang terdedah kepada virus cacar air. Jika mereka mula menunjukkan simptom cacar air, mereka perlu memulakan ubat antivirus.

Ubat antivirus seperti acyclovir atau valacyclovir digunakan untuk merawat pesakit berisiko tinggi seperti pesakit remaja, dewasa dan ibu mengandung. Ia juga digunakan untuk kes yang serius dan yang mengalami komplikasi.

Penyakit ini tidak akan berulang untuk majoriti pesakit yang pernah dijangkiti, bagaimanapun ada beberapa pesakit yang boleh dijangkiti kali kedua terutama jika jangkitan pertama sangat ringan.

Jangkitan kali kedua mungkin tidak terlalu serius dan pesakit hanya akan mengalami sedikit ruam dan jangka masa penyakit juga lebih singkat.

Manakala untuk pesakit yang sudah menerima dos pertama vaksin cacar air, mereka akan mendapat perlindungan sehingga 80 ke 85 peratus dan ini akan meningkat ke 98 peratus selepas dos kedua.

Baki dua peratus pesakit yang mendapat cacar air akan mengalami jangkitan yang amat ringan. Oleh itu, pengambilan vaksin akan mencegah penyakit cacar air yang serius dan berkomplikasi.

Tanda awal cacar air

Untuk kanak -kanak, tanda awal penyakit ialah ruam manakala pesakit dewasa mungkin akan mengalami demam, hilang selera makan, sakit otot atau pening sebelum ruam timbul.

Ruam merah yang akan berubah menjadi bintik mengandungi cecair dan sangat gatal itu akan berkuping, dan akhirnya tanggal meninggalkan parut.
  • Demam
  • Sakit otot
  • Hilang selera makan
  • Pening kepala

Perbezaan Cacar Air Dan Ruam Lain

Ramai yang keliru antara ruam cacar air dengan demam campak tetapi ciri-ciri dan agihan ruam cacar air berbeza daripada demam ruam yang lain.

Penyakit cacar air lebih ketara dalam kalangan bayi dan dewasa. Golongan pesakit ini mungkin mengalami ruam yang lebih banyak, demam yang berpanjangan dan komplikasi seperti radang paru-paru dan jangkitan bakteria seperti staphylococcus dan streptococci.

Kadar mortaliti bertambah tinggi untuk pesakit yang mengalami komplikasi ini.

Ibu mengandung yang dijangkiti cacar air pada trimester pertama mempunyai risiko kepada janin untuk mengalami sindrom kongenital varicella yang boleh menjejaskan tumbesaran serta pembentukan sifat dan organnya.

Jangkitan cacar air pada trimester ketiga pula boleh berjangkit ke bayi yang baru lahir. Ia boleh mendatangkan bahaya kepada bayi yang baru dilahirkan dan kanak-kanak yang berimuniti rendah.

Rawatan cacar air

Kebanyakan pesakit yang sihat hanya memerlukan rawatan sokongan iaitu:
  • Rehat mencukupi
  • Banyakkan minum air
  • Ubat demam
  • Ubat dan krim untuk mengurangkan gatal

Ibu bapa digalakkan untuk memotong kuku anak supaya tidak melukakan bintik cacar air apabila digaru.

Jika luka, lebih mudah untuk kulit diserang bakteria lain yang mungkin menimbulkan lebih banyak komplikasi.

Penyakit cacar air dapat dikesan dari sejarah pesakit dan kemunculan ruam cacar air yang unik. Jika kurang pasti, dinasihatkan berjumpa doktor agar mendapatkan diagnosis yang tepat.

Pesakit mudah menjangkiti sehari ke dua hari sebelum ruam timbul hingga semua bintik kering dan berkuping serta tiada bintik baru yang timbul.

Proses itu akan mengambil masa seminggu hingga dua minggu. Dalam tempoh itu pesakit digalakkan berehat di rumah dan mengelak daripada mengunjungi tempat awam.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Adakah Jangkitan Cacar Air Bahaya?

sumber: hmetro | ciktom

Tuesday, November 14, 2017

Punca Penyakit Cacar Air Dan Bahaya Kepada Bayi

Punca Penyakit Cacar Air Dan Bahaya Kepada Bayi

Cacar air ialah penyakit yang senang dijangkiti yang disebabkan satu kumpulan virus herpes yang menyebabkan ruam bersifat tersendiri dan simptom sama seperti flu ringan. Ramai kanak-kanak akan mendapat cacar air semasa kecil dan selalunya ia merupakan penyakit ringan.

Punca penyakit cacar air

Sebaik saja bayi anda dijangkiti, simptom penyakit akan kelihatan antara 10 dan 21 hari. Bayi anda mudah menjangkiti orang lain dari masa dua hari sebelum ruam timbul sehingga masa semua bintik-bintik sudah kering, lazimnya dalam masa lebih kurang lima hari.

Jika bayi anda menghadiri taska, jangan hantar dia selama lima hari dari masa ruam itu mula timbul.

Bagaimana bayi saya boleh dijangkiti cacar air?

Seorang yang sudah dijangkiti, apabila bersin atau berada rapat dengan bayi, boleh memberi dia cacar air.

Anak anda boleh dijangkiti cacar air cuma dengan berada sama sebilik dengan seorang yang menghidap penyakit itu.

Cacar air boleh juga dijangkiti dari seorang yang mempunyai kayap. Kayap disebabkan virus yang sama seperti cacar air.

Apakah simptom-simptom cacar air?

Cacar air selalunya bermula dengan simptom-simptom flu yang ringan:
  • demam
  • sakit kepala
  • mual
  • sakit-sakit badan
  • kurang selera

Lebih kurang dua hari kemudian, ruam cacar air timbul. Ia bermula sebagai bintik-bintik merah yang kecil yang akan bergelembung di sebelah atas dalam beberapa jam.

Anda mula memerhatinya di muka bayi anda. Bintik-bintik itu akan merebak ke dada dan perut, kemudian ke lain-lain bahagian badan, dan keluar secara berkelompok.

Kadangkala disebabkan terlalu banyak bintik, ianya kelihatan seakan-akan bercantum, tetapi kadangkala terdapat bintik jarang-jarang sahaja.

Bintik-bintik yang lebih sakit terdapat atas kulit kepala, dalam mulut dan tekak, dan di keliling genital.

Haruskah saya bawa bayi berjumpa doktor?

Bawalah bayi anda jika anda fikir dia mempunyai cacar air. Doktor anda boleh mendiagnosis cacar air dengan memeriksa bintik-bintik itu.

Jika bayi anda kurang dari usia empat minggu, bawa dia berjumpa doktor jika dia telah berdekatan dengan seorang yang mempunyai cacar air, atau jika dia memperlihatkan simptom.

Cacar air boleh menjadi sangat bahaya dan menyebabkan komplikasi dalam bayi muda.

Adakah sebarang rawatan untuk cacar air?

Cacar air adalah virus, jadi tidak memberi respon kepada antibiotik. Ia akan sembuh dengan sendiri, tetapi anda boleh melegakan simptom bayi anda dengan beberapa rawatan di rumah.

Anda boleh beri bayi anda paracetamol untuk bayi bagi menurunkan suhu badannya dan melegakan sakit dan lenguh-lenguh.

Bayi anda boleh mengambil paracetamol untuk bayi dari usianya dua bulan, asalkan saja dia dilahirkan selepas 37 minggu dan mempunyai berat badan lebih daripada 4kg. Periksa maklumat dos pada bungkusannya atau tanyalah doktor atau ahli farmasi.

Doktor biasanya lebih berhati-hati sebelum menyarankan ibuprofen untuk bayi, kerana ia mungkin meningkatkan risiko bayi anda mendapat jangkitan pada bintik-bintik di badannya atau menjadikan jangkitan yang telah berlaku semakin teruk.

Jangkitan seperti ini jarang berlaku, tetapi ia boleh menjurus kepada sakit yang lebih serius.

Anda juga boleh:
  • Beri bayi anda banyak cecair untuk mengelakkan daripada dia menjadi nyahhidrat. Beri dia lebih susu ibu atau susu botol, dan jika dia mengambil formula atau makan makanan bayi dia boleh diberikan air juga.
  • Untuk melegakan bintik-bintik gatal, anda boleh guna losen kalamin.
  • Jika bayi anda lebih dari usia satu tahun dan gatal-gatal itu sangat mengganggukan dia di sebelah malam, doktor anda mungkin mempreskripsikan antihistamina chlorphenamine. Ini juga mempunyai kesan sedatif yang boleh membantu dia lebih mudah tidur.
  • Pastikan kuku bayi pendek jika dia suka menggaru. Ini membantu mengelakkan parut dan mencegah bintik mendapat infeksi.
  • Pakaikan bayi baju kain kapas yang longgar supaya kulitnya sentiasa sejuk dan rasa kurang gatal.

Bolehkah saya dijangkiti cacar air bayi saya?

Jika anda tak pernah menghidap cacar air, anda boleh dijangkiti oleh bayi anda. Penyakit ini boleh menjadi lebih serius bagi orang dewasa dan belasan tahun, jadi berjumpalah dengan doktor anda jika anda fikir anda dijangkiti.

Jika anda sudah mendapat cacar air, anda tidak akan mendapat untuk kali kedua. Tetapi, sebagai orang dewasa, kita berkemungkinan ada membawa dalam badan kita virus herpes yang menyebabkan cacar air.

Kadangkala, jika kita keletihan, virus itu akan terpicu, menyebabkan kita mendapat simptom. Ini akan muncul sebagai virus yang berbeza, dikenali sebagai kayap.

Adakah cacar air bahaya bagi wanita yang hamil?

Jika bayi anda mempunyai cacar air, jauhkan dia dari wanita hamil yang belum pernah menghidap cacar air sebab ianya boleh mendatangkan masalah bagi bayi belum lahir.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: babycenter

Saturday, November 04, 2017

Adakah Jangkitan Cacar Air Bahaya?

Adakah Jangkitan Cacar Air Bahaya?

Cacar air ialah jangkitan biasa yang berlaku di kalangan kanak-kanak disebabkan oleh virus dikenali sebagai virus varicella. Ia adalah virus sama yang menyebabkan kayap dan merupakan penyakit yang mudah berjangkit dan boleh merebak. Seseorang yang dijangkiti virus ini akan mengalami demam dan timbul ruam lepuh (blisters).

Bahaya Cacar Air

Cara cacar air merebak melalui udara apabila seseorang yang menghidap cacar air itu mengalami batuk atau bersin.

Cacar air juga berjangkit melalui sentuhan atau dengan pernafasan oleh “partikel virus” yang terdapat pada cecair yang keluar daripada lepuh (blister) .

Apakah tanda dan gejala cacar air?

Anak anda akan mendapat cacar air 10-21 hari selepas terdedah kepada seseorang yang mengidap cacar air.

Cacar air boleh merebak 1–2 hari sebelum ruam kelihatan pada orang yang di jangkiti sehingga semua ruam kering.

Kebanyakan kanak-kanak mengalami jangkitan yang tidak serius, namun jangkitan cacar air bagi orang dewasa,remaja serta anak kecil kurang dari setahun boleh menjadi lebih serius.

Gejala cacar air:
  • Demam, rasa tidak sihat dan letih lima hari sebelum ruam timbul.
  • Ruam bermula bintik merah yang kecil dan gatal (seperti jerawat) pada semua badan termasuk mulut. Biasanya ruam bermula di dada dan belakang, kemudian merebak ke muka, kepala, kedua-dua lengan dan kaki.
  • Dalam masa 24 jam, ruam-ruam akan kelihatan seperti lepuh air (blister), kemudian pecah, kering dan menjadi keruping (4 -5 hari).
  • Bintik-bintik baru akan terus timbul untuk lima hari dan mengambil masa dua minggu untuk hilang.

Biasanya jangkitan cacar air ini menghasilkan pelalian seumur hidup. Walau bagaimanapun, virus ini mungkin bersembunyi dan berulang sebagai kayap (shingles) kepada orang dewasa dan kadang-kala kepada kanak-kanak.

Apakah komplikasi cacar air?

Biasanya cacar air ialah masalah kesihatan ringan bagi kanak-kanak dan kebanyakannya akan pulih.

Walau bagaimanapun, sesetengah orang berisiko mendapat komplikasi yang teruk, iaitu bayi yang baru lahir, orang dewasa dan seseorang yang mempunyai sistem pertahanan badan yang lemah.

Komplikasi lain yang boleh berlaku termasuk:
  • Jangkitan kuman pada kulit.
  • Jangkitan pada darah (blood stream infection).
  • Radang paru-paru.
  • Keradangan otak (“encephalitis,cerebellar ataxia”).

Bagaimana jangkitan cacar air dirawat?

Amnya:
  • Elakkan anak anda ke sekolah atau taman asuhan kanak-kanak sehingga ruam menjadi berkerak (lebih kurang tujuh hari daripada permulaan ruam). Jika tidak kemungkinan kawan-kawannya akan turut dijangkiti. Elakkan dari naik kapal terbang pada masa ini.
  • Ambil ubat paracetamol untuk mengurangkan demam.
  • Minum banyak air masak.
  • Ambil makanan yang seimbang.
  • Sentiasa membasuh tangan.

Untuk rasa gatal:
  • Sapu losen kalamine di tempat ruam.
  • Potong kuku pendek untuk mengelakkan kecederaan kulit semasa menggaru.
  • Ubat antihistamine mungkin diberi oleh doktor jika rasa gatal yang teramat sangat sehingga anak anda tidak dapat tidur.

Ubat antivirus untuk cacar air (dalam bentuk makan) boleh didapati dan selalunya akan diberi oleh doktor kepada mereka yang berisiko mendapat jangkitan yang teruk, iaitu:
  • Berumur 12 tahun ke atas.
  • Mengidap penyakit paru-paru/kulit yang kronik.
  • Mereka yang menjalani terapi lama dengan mengambil ubat “salicylate” seperti aspirin.
  • Mereka yang menjalani terapi steroid sama ada jangka pendek atau berkala (dalam bentuk sedut).
  • Segolongan ibu-ibu mengandung.

Bagaimana cacar air boleh dicegah?
  • Cacar air boleh dicegah dengan suntikan pelalian. Vaksin “varicella” ini tiada di dapati dalam program immunisasi sekarang akan tetapi terdapat pada sektor swasta. Minta nasihat doktor.
  • Jika anda mendapat cacar air, elakkan jangkitan kepada orang lain dengan tidak pergi ke sekolah atau ke tempat kerja sehingga lepuh menjadi kering dan berkerak.
  • Vaksin juga boleh diberi kepada anak anda yang belum pernah dijangkiti penyakit ini jika terdedah kepada individu yang menghidap cacar air untuk mengelakkan anak anda daripada mendapat penyakit ini. Sila berjumpa doktor untuk mendapatkan nasihat.
  • Seseorang yang berisiko mendapat cacar air yang teruk (bayi yang baru lahir, yang mempunyai sistem pertahanan badan yang lemah, wanita mengandung) yang terdedah kepada seseorang yang mengidap cacar air, mungkin diberi antibodi dalam bentuk immunoglobulin untuk memberi perlindungan segera.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: myhealth

Tuesday, October 31, 2017

Penyakit Cacar Air, Vaksin Sebagai Langkah Pencegahan

Penyakit Cacar Air, Vaksin Sebagai Langkah Pencegahan

Cacar air atau cengkering berpunca daripada virus varicella zoster sejenis penyakit virus sangat mudah berjangkit melalui sentuhan atau titisan cecair. Virus cacar biasanya didapati dalam bintik yang mengandungi cecair.

Cacar Air

Cacar air berlainan daripada penyakit kayap walaupun kedua-dua penyakit ini disebabkan oleh virus yang sama tetapi mempunyai simptom berbeza. Penyakit kayap dihidapi pesakit yang pernah dijangkiti cacar air dan akan menyerang apabila sistem imuniti pesakit ini rendah.

Pesakit boleh menjangkiti orang lain sehari atau dua hari sebelum ruam muncul, namun mereka yang dijangkiti mungkin tidak mengalami sebarang simptom hingga 10 ke 21 hari selepas bersentuhan dengan pesakit.

Bagaimanapun, cacar air boleh dicegah dengan proses vaksinasi, langkah paling berkesan untuk mencegah penyakit ini dan komplikasinya. Di Malaysia, cacar air tidak termasuk dalam jadual imunisasi wajib untuk anak tetapi digalakkan.

Pentingnya vaksin

Pakar kanak-kanak menyarankan vaksin cacar air patut diberikan kepada kanak-kanak pada umur 12 ke 15 bulan dengan dos tambahan diberikan di antara umur empat hingga enam tahun.

Untuk kanak-kanak berumur lebih daripada 13 tahun yang tidak pernah dijangkiti penyakit ini, mereka patut menerima dos pertama diikuti dos kedua empat ke lapan minggu kemudian.

Bagaimanapun, pesakit yang pernah mengalami penyakit cacar air atau kayap tidak memerlukan vaksin ini.

Selain kanak-kanak melebihi umur 12 bulan, orang dewasa yang belum dijangkiti patut mendapatkan vaksin cacar, namun tidak disyorkan untuk bayi bawah umur setahun.

Vaksin cacar tidak boleh diberikan kepada ibu mengandung manakala wanita yang baru menerima vaksin cacar air pula digalakkan supaya tidak hamil dalam tempoh sebulan selepas mendapatkan vaksin berkenaan

Jjika anak pernah dijangkiti cacar air atau menerima vaksin, tiada rawatan diperlukan manakala jika mereka sudah terdedah kepada pesakit cacar air tetapi belum menunjukkan tanda jangkitan, vaksin boleh didapati di klinik.

Vaksin cacar perlu diberikan dalam jangka masa tiga ke lima hari selepas pendedahan bagi mengelak daripada dijangkiti atau mengurangkan kemudaratan penyakit.

Ini kerana, walaupun anak tidak terjangkit, vaksin cacar air akan mengelakkan penyakit itu pada masa hadapan.

Kumpulan pesakit berisiko tinggi yang tiada imuniti kepada virus varicella seperti ibu mengandung, pesakit yang bermasalah imuniti rendah atau mengalami penyakit kronik perlu menerima suntikan VZIG yang boleh diberi hingga 10 hari selepas pendedahan.

VZIG (varicella zoster immunoglobulin) ialah vaksin yang memberi imuniti pasif kepada pesakit yang terdedah kepada virus cacar air. Jika mereka mula menunjukkan simptom cacar air, mereka perlu memulakan ubat antivirus.

Ubat antivirus seperti acyclovir atau valacyclovir digunakan untuk merawat pesakit berisiko tinggi seperti pesakit remaja, dewasa dan ibu mengandung. Ia juga digunakan untuk kes yang serius dan yang mengalami komplikasi.

Penyakit cacar tidak akan berulang untuk majoriti pesakit yang pernah dijangkiti, bagaimanapun ada juga kes pesakit yang dijangkiti buat kali kedua terutama jika jangkitan pertama sangat ringan.

Jangkitan kali kedua mungkin tidak terlalu serius dan pesakit hanya akan mengalami sedikit ruam dan jangka masa penyakit juga lebih singkat.

Untuk pesakit yang sudah menerima dos pertama vaksin cacar air, mereka akan mendapat perlindungan sehingga 80 ke 85 peratus dan ini akan meningkat ke 98 peratus selepas dos kedua.

Baki dua peratus pesakit yang mendapat cacar air akan mengalami jangkitan yang amat ringan. Oleh itu, pengambilan vaksin akan mencegah penyakit cacar air yang serius dan berkomplikasi.

Tanda-tanda awal cacar air

Untuk kanak-kanak, tanda awal penyakit cacar ialah ruam manakala pesakit dewasa mungkin akan mengalami demam, hilang selera makan, sakit otot atau pening sebelum ruam timbul.

Ruam merah yang akan berubah menjadi bintik mengandungi cecair dan sangat gatal itu akan berkuping dan akhirnya tanggal meninggalkan parut.

Ramai yang keliru antara ruam cacar air dengan demam campak tetapi ciri-ciri dan agihan ruam cacar air berbeza daripada demam ruam yang lain.

Katanya, penyakit cacar air lebih ketara dalam kalangan bayi dan dewasa. Golongan pesakit ini mungkin mengalami ruam yang lebih banyak, demam yang berpanjangan dan komplikasi seperti radang paru-paru dan jangkitan bakteria seperti staphylococcus dan streptococci.

Kadar mortaliti bertambah tinggi untuk pesakit yang mengalami komplikasi ini.

Ibu mengandung yang dijangkiti cacar air pada trimester pertama mempunyai risiko kepada janin untuk mengalami sindrom kongenital varicella yang boleh menjejaskan tumbesaran serta pembentukan sifat dan organnya.

Jangkitan cacar air pada trimester ketiga pula boleh berjangkit ke bayi yang baru lahir. Ia boleh mendatangkan bahaya kepada bayi yang baru dilahirkan dan kanak-kanak yang berimuniti rendah.

Rawatan cacar air

Kebanyakan pesakit yang sihat hanya memerlukan rawatan sokongan iaitu:
  • Rehat mencukupi
  • Banyakkan minum air
  • Ubat demam
  • Ubat dan krim untuk mengurangkan gatal

Ibu bapa digalakkan untuk memotong kuku anak supaya tidak melukakan bintik cacar air apabila digaru.

Jika luka, lebih mudah untuk kulit diserang bakteria lain yang mungkin menimbulkan lebih banyak komplikasi.

Penyakit cacar air dapat dikesan dari sejarah pesakit dan kemunculan ruam cacar air yang unik. Jika kurang pasti, dinasihatkan berjumpa doktor agar mendapatkan diagnosis yang tepat.

Pesakit mudah menjangkiti sehari ke dua hari sebelum ruam timbul hingga semua bintik kering dan berkuping serta tiada bintik baru yang timbul.

Proses itu akan mengambil masa seminggu hingga dua minggu. Dalam tempoh itu pesakit digalakkan berehat di rumah dan mengelak daripada mengunjungi tempat awam.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: hmetro