Sunday, May 05, 2019

Kisah Kemiskinan Shah Rukh Khan Sebelum Menjadi Pelakon

Kisah Kemiskinan Shah Rukh Khan Sebelum Menjadi Pelakon

Tidak perlu lagi diperkenalkan siapakah jejaka kacak di dalam gambar di bawah ini. Sebut sahaja namanya, sudah membuatkan kita terbayang-bayang lakonan romantiknya di dalam Kuch Kuch Hota Hai ataupun Mohabbatein.

Kisah kemiskinan Shah Rukh Khan
Shah Rukh Khan.

Shah Rukh Khan atau SRK. Nama yang cukup popular di dunia Bollywood serta di dalam industri perfileman dunia dan secara khususnya mendapat tempat istimewa di hati para peminatnya di Malaysia.

Namun, sedikit yang mengetahui sejarah kehidupan beliau yang hebat ini bermula dengan kisah lampau yang telah mencorakkan beliau antara pelakon yang paling berjaya di dunia Bollywood.

Shah Rukh Khan akan berumur 54 tahun pada 2 November 2019 nanti dan beliau dilahirkan di dalam keluarga Islam di New Delhi.

Beliau telah berkahwin dengan Gauri Khan dan mempunyai 3 orang anak. Shah Rukh Khan merupakan pelakon, pengarah dan juga pernah menjadi pengacara televisyen.

Ayahnya bernama Meer Taj Mohammed Khan dan ibunya bernama, Lateef Fatima berasal dari Peshawar. Ayahnya mempunyai beberapa perniagaan seperti restoran dan hidup sederhana di apartment yang disewanya.

Beliau membesar di kejiranan Rajendra Nagar di Delhi dan bersekolah di St. Columbus. Di sini, beliau aktif dalam bidang sukan, drama dan juga seorang pelajar yang cemerlang dari segi akademik. Malah, beliau juga dianugerahkan Sword of Honour, iaitu anugerah tahunan St. Columbus bagi pelajar contoh sekolah.

Selepas itu, beliau menghadiri Kolej Hansraj dari tahun 1985 sehingga 1988 dan telah mendapat ijazah di dalam bidang ekonomi. Kemudian, beliau meneruskan pengajian dalam bidang Sarjana di Jamia Millia Islamia, namun beliau berhenti separuh jalan kerana minatnya dalam bidang lakonan begitu mendalam.

Namun, beliau telah dikejutkan dengan tragedi malang apabila ayahnya telah meninggal dunia disebabkan kanser pada tahun 1981. 10 tahun kemudian, ibunya turut meninggalkannya akibat komplikasi penyakit diabetes.

Akibat kematian kedua ibubapanya, kakak Shah Rukh Khan iaitu Shahnaz telah mengalami tekanan perasaan dan Shah Rukh Khan telah bertindak menjaganya. Kini, kakaknya masih lagi tinggal bersama Shah Rukh Khan dan keluarganya di rumahnya di Mumbai.

Akibat ketiadaan tempat bergantung, Shah Rukh Khan telah kehabisan duit dan bagi menyara hidup, beliau telah bekerja di tempat konsert dengan bayaran Rs.50 iaitu kira-kira RM3.40.

"Ketika saya datang ke Mumbai untuk berlakon, saya tiada tempat untuk tidur dan juga tiada wang." - Shah Rukh Khan

Beliau bermula dengan watak kecil di dalam filem dan drama. Beliau dibayar Rs.25,000 atau RM1700 sahaja untuk lakonannya di dalam filem yang bertajuk "Kabhi haan Kabhi naa".

Di hari pembukaan filem itu, beliau sendiri yang menjual tiket filem itu kepada orang ramai. Ketika itu, beliau hanya tidur di tepi pantai ataupun di perhentian bas kerana tiada tempat tinggal.

Namun, pada tahun 1992, hidupnya berubah. Selepas 5 tahun berusaha keras di dalam industri filem, filem "Deewana" telah menjadi filem box office dan telah memenangi Pelakon Debut atau Baru Terbaik untuk FilmFare.

Beliau berkata, "Saya berlakon kerana takutkan kemiskinan berbanding dengan minat lakonan."

Shah Rukh Khan telah berlakon di dalam filem-filem yang tidak diingini oleh pelakon lain namun tuah manusia siapa yang tahu, satu persatu filem yang dilakonkannya menjadi hits.

Hari ini, Shah Rukh Khan digelar "King Khan" dan merupakan pelakon Bollywood paling kaya dalam sejarah.

Pada tahun 2016, beliau mendapat bayaran sebanyak $33 juta ataupun RM145.55 juta, meletakkan beliau di tangga ke 86 dalam 100 selebriti paling kaya tahun 2016 lalu.

Dari RM3 kepada RM145.55 juta, siapa sangka hidup beliau berubah kerana tindakan yang berani itu.

Cerita Shah Rukh Khan ini mengajar kita bahawa, kejayaan dan kegagalan adalah sebahagian rencah kehidupan. Kedua-duanya tidak kekal dan percayalah kepada usaha anda.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: iluminasi

Tuesday, December 05, 2017

Aktor Bollywood Shashi Kapoor Meninggal Dunia

Aktor Bollywood Shashi Kapoor Meninggal Dunia

Pelakon ikon veteran terkenal Bollywood, Shashi Kapoor, yang pernah muncul dalam 116 judul filem, menghembuskan nafas terakhirnya pada usia 79 tahun di Mumbai pada Isnin (4/12/2017).

Aktor Bollywood Shashi Kapoor Meninggal Dunia

“Mendiang disahkan meninggal dunia pukul 5.20 petang pada 4 Disember di Hospital Kokilaben Dhirubhai Ambani selepas sehari dimasukkan,” dedah Dr. Ram Narain, pengarah eksekutif hospital berkenaan di Versova, Mumbai.

Dalam petikan laporan portal Indian Express, legenda filem Hindi itu yang pernah menjadi produser dan sutradara; dilaporkan dimasukkan ke hospital berkenaan pada malam Ahad, bagi menjalani rawatan jangkitan paru-paru.

Aktor tersebut pernah bertarung dengan keadaan serupa pada tahun 2014, selepas menjalani pembedahan pintas.

Shashi Kapoor meninggalkan anak perempuan, Sanjana Kapoor serta dua anak lelakinya iaitu Kunal dan Karan.

Merupakan anak Prithviraj Kapoor dan Ramsarni Kapoor serta adik lelaki bongsu kepada Raj Kapoor dan Shammi Kapoor, menurut media tempatan, mendiang pertama kali berlakon dalam filem Dharmputra pada tahun 1961.

Dilahirkan dengan nama Balbir Prithviraj Kapoor di Calcutta (kini Kolkata) di wilayah Bengal pada 18 Mac 1938, beliau pernah menjadi bintang filem ‘pecah panggung’ iaitu Deewaar, Kabhi Kabhie, Aa Gale Lag Jaa dan Trishul.

Mendiang berkahwin dengan aktres British, Jennifer Kendal pada 1958 lalu setelah dua tahun berkenalan sehingga isterinya itu meninggal dunia di London pada 1984 akibat kanser.

BACA INI JUGA: Lagak Menjengkelkan Bintang-bintang Tersohor Bollywood

sumber: mynewshub

Thursday, October 19, 2017

9 Rahsia 19 Tahun Filem Kuch Kuch Hota Hai

9 Rahsia 19 Tahun Filem Kuch Kuch Hota Hai

Pada 16 Oktober yang baru berlalu, genaplah usia 19 tahun filem Kuch Kuch Hota Hai arahan sulung Karan Johar ditayangkan. Masih berbisa malah makin segar hingga kini!

Kuch Kuch Hota Hai

Siapa yang boleh lupa kisah cinta tiga segi antara Rahul lakonan Shah Rukh Khan, Tina (Rani Mukherjee) dan Anjali (Kajol) yang diadun dengan pelbagai sinematografi indah, babak-babak ikonik dan lagu-lagu merdu.

Sempena sambutan ke-19 tahun Kuch Kuch Hota Hai, kami senaraikan 9 rahsia yang dipendam sejak pembikinan filem itu.

1. Watak Tina lakonan Rani Mukherjee asalnya diwujudkan untuk Twinkle Khanna. Nama Tina itu sendiri merupakan panggilan manja Twinkle.

2. Watak Aman lakonan Salman Khan pula sebenarnya ditawarkan kepada Saif Ali Khan namun pelakon itu menolak. Salman menawarkan diri kepada Karan Johar dan berjaya mendapatkan peranan tersebut.

3. Idea asal filem itu adalah cinta antara gadis cantik, tomboy dan jejaka poyo namun ditolak. Muncul pula idea kedua tentang kehidupan seorang balu membesarkan anak, juga telah ditolak. Hingga akhirnya, kedua-dua idea itu digabungkan menjadi Kuch Kuch Hota Hai yang kita tonton sekarang.

4. Seluruh kru produksi menangis ketika penggambaran babak pertemuan semula Rahul dan Anjali.

5. Rani Mukherjee berusia 19 tahun ketika membintangi Kuch Kuch Hota Hai.

6. Shah Rukh Khan dan Kajol sudah berjanji dengan Karan Johar (pengarah) untuk membintangi filem itu ketika penggambaran Dilwale Dulhaniya Le Jayenge. Karan hanya menjadi penolong pengarah ketika itu.

7. Kajol pernah tersembam ketika menaiki basikal untuk penggambaran lagu Yeh Ladka Hai Deewana.

8. Watak kanak-kanak lelaki Sikh sangat rapat dengan Shah Rukh Khan kerana imejnya direka sendiri oleh anak kandung SRK, Aryan yang datang ke set penggambaran.

9. Shah Rukh Khan memberitahu, babak dia membaling bola keranjang secara membelakangi dan memasuki jaring satu insiden tidak disengajakan. Saya sendiri pun terkejut, katanya.

Jadi, jika anda baru dilahirkan ketika filem ini muncul, bolehlah tonton lepas ni. Tangkap leleh weii..

BACA INI JUGA: Lagak Menjengkelkan Bintang-bintang Tersohor Bollywood

sumber: astroawani

Tuesday, July 11, 2017

Gambar Cantik Anak Dara Shah Rukh Khan Sudah Berusia 17 Tahun

Gambar Cantik Anak Dara Shah Rukh Khan Sudah Berusia 17 Tahun

22 Mei lalu, anak gadis Shah Rukh Khan, Suhana, meraikan ulang tahunnya yang ke-17, namun, apa yang menjadi perhatian anak aktor filem Kuch Kuch Hota Hai kini berubah menjadi gadis yang menawan.

Shah Rukh Khan and suhana

Kecantikan Suhana jelas terlihat menerusi foto yang dimuat naik ibunya di Instagram.

Bintang popular Bollywood, Shah Rukh Khan memiliki tiga orang anak hasil perkahwinannya dengan Gauri Khan dan salah seorang anak aktor itu merupakan gadis bernama Suhana Khan.

Shah Rukh Khan and suhana

Menerusi Indian Express, foto yang dimuat naik Gauri itu dibidik oleh jurufoto terkenal, Avinash Gowarika.

Ternyata, selepas Gauri memuat naik foto anaknya, ramai netizen yang memuji kecantikan Suhana.

BACA INI JUGA: Filem Shahrukh Khan Dan Kajol Terus Ditayang Selepas 20 Tahun!

sumber: sehinggit

Thursday, June 08, 2017

Video Shah Rukh Khan Kena Prank, Rupanya Dibayar RM1.7 Juta

Video Shah Rukh Khan Kena Prank, Rupanya Dibayar RM1.7 Juta

Nak buat prank pun ada batasnya bukan sampai ke tahap ini. Mungkin itu yang difikirkan Shah Rukh Khan (SRK) selepas kecewa dengan kaki prank terkemuka dunia dari Mesir, Rames Galal.

Shah Rukh Khan Prank

Dalam 1 klip video, SRK kelihatan tenang tetapi resah apabila dia bersama seorang wanita dan seorang lelaki terperangkap di dalam pasir jerlus, kemudiannya dihampiri biawak komodo gergasi.

Namun selepas mendapat tahu ia hanya guraun semata-mata, hero Bollywood itu marah dan merajuk dengan krew terutamanya Galal yang juga seorang pelakon komedi dan pengacara rancangan Ramez Underground.

“Ini tak kelakar. Kamu ingat saya datang jauh dari India untuk *** ini?” tanya SRK yang ternyata berang dengan lawak tersebut.

SRK berada kawasan gurun di Dubai untuk 1 temuramah bersama pengacara televisyen Nishan yang turut berlakon dalam prank tersebut.

Pemandu yang membawa mereka berdua seolah-olah hilang imbangan dan terperangkap di dalam pasir jerlus. Kereta itu mula tenggelam bersama ketiga-tiga mereka dan si pemandu dalam keadaan memerlukan pertolongan.

SRK kekal tenang mengendalikan situasi itu di sebalik tindakan pengacara wanita yang menjerit kuat selepas bersemuka dengan seekor biawak komodo gergasi.

Rupa-rupanya Galal yang memakai kostum biawak itu untuk menambahkan elemen “thrill” dalam percubaan prank tersebut.

Apapun, SRK jelas tidak selesa malah lebih marah selepas mendapat tahu ia hanyalah drama untuk mengenakannya.

Menariknya, Galal yang terkenal dengan prank selebriti antarabangsa seperti Paris Hilton dan Antonio Banderas terpaksa sujud di kaki SRK bagi menenangkannya.

SRK pula bertindak menolak Galal dan hampir mahu menumbuknya.

“Kamu nak saya buat rancangan ini lebih kelakar?” tanya SRK sambil menolak kaki Galal sehingga dia terjatuh.

Selepas itu, Galal memuat naik sekeping gambar dia bersama SRK, tidak pasti jika ia diambil selepas menenangkannya atau diambil sebelum prank berkenaan dilakukan.

Galal sebelum dikecam selepas dia mengenakan prank terhadap Paris Hilton dengan insiden kapal terbang yang dinaiki mereka hampir terhempas. Ia hanya lakonan yang dirancang lebih awal.

Ramez kemudiannya tidak putus-putus meminta maaf daripada Shah Rukh sambil menyanyikan lagu Marjani Marjani (filem Billu).

Bagaimanapun, menurut pengurus Shah Rukh, Pooja Dadlani, pelakon itu dibayar AS$400,000 (RM1.7 juta) untuk melakonkan aksi marah itu.

Selain Shah Rukh, Paris Hilton pernah menjadi mangsa 'prank' rancangan tersebut dalam situasi pesawat hampir terhempas.

BACA INI JUGA:


sumber: fmt

Tuesday, December 06, 2016

Aishwarya Rai Cuba Bunuh Diri Namun Berjaya Di Selamatkan Doktor?!

Aishwarya Rai Cuba Bunuh Diri Namun Berjaya Di Selamatkan Doktor?!

Aishwarya Rai Bachchan dikatakan menjadi mangsa terbaharu khabar angin berhubung kematiannya beberapa bulan selepas bapa mertuanya Amitabh Bachchan serta pelakon Katrina Kaif mengalami nasib yang sama.

Aishwarya Rai

Laporan mendakwa, Aishwarya mengambil dos penenang berlebihan berikutan pertengkaran keluarga berhubung gambar intim dengan pasangannya dalam filem Ae Dil Hai Mushkil, Ranbir Kapoor.

Laporan itu mendakwa tindakan aktress yang juga bekas ratu cantik dunia itu tidak dihebahkan anggota keluarganya.

Bagaimanapun, penipuan itu terbongkar selepas pelakon yang berusia 43 tahun itu dilihat di sebuah parti oleh pereka fesyen Manish Malhotra.

"Saya bersama Aishwarya dan Abhishek hingga jam 2.00 pagi pada Isnin di rumah Manish. Dia kelihatan berseri-seri dan gembira.

"Ramai tetamu memuji penampilannya dalam filem Ae Dil Hai Mushkil dan suaminya kelihatan agak gembira mengenainya, "kata satu sumber kepada Hindustan Times.

Sebelum itu, khabar angin tersebar mendakwa keluarga Bachchan memanggil doktor ke kediaman mereka selepas mendapati Aishwarya telah membunuh diri dan bagi menyembunyikan perkara itu, mereka didakwa tidak membawanya ke hospital.

Sementara itu, menurut laporan lain, bertajuk Outlook Pakistan, Aishwarya Rai menyalahkan khabar angin mengenai masalah perkahwinannya menjadi punca untuk membunuh diri.

Laman web itu juga memetik kenyataan doktor yang merawat pelakon itu.

Blog itu memetik doktor yang tidak dinamakan sebagai berkata, "Selepas diselamatkan, Aishwarya berkata kepada saya, "biarkan saya mati, lebih baik mari daripada hidup seperti ini."

Terdahulu, pelakon Bollywood Katrina Kaif, Amitabh Bachchan, Ayushmann Khuranna, Dilip Kumar, Honey Singh, Rajinikanth dan Lata Mangeshkar turut pernah berdepan khabar angin berkaitan kematian.

BACA INI JUGA:

Sumber: SH

Tuesday, June 21, 2016

Ketiak Priyanka Chopra Jadi Sensasi!

Ketiak Priyanka Chopra Jadi Sensasi!

Memang payah kalau jadi terkenal, sampai ketiak pun menjadi isu. Itu yang dialami oleh aktres Bollywood Priyanka Chopra, 33, apabila dia tiba-tiba menjadi tumpuan selepas menjadi muka depan majalah Maxim India, untuk keluaran Jun/Julai.

Priyanka Chopra.png

Priyanka yang membintangi siri Quantico tidak bernasib baik apabila peminatnya mendakwa gambar ketiaknya di muka depan majalah lelaki itu telah diedit dengan Photoshop.

Ini kerana dalam majalah berkenaan, ketiak Priyanka begitu licin dan disamakan dengan patung Barbie.

Keadaan ini menenggelamkan aksi menggoda yang ditampilkan oleh Priyanka.

Namun ada juga peminatnya yang menyifatkan perbuatan mereka yang mempertikaikan ketiak Priyanka sebagai tidak wajar kerana banyak lagi benda lain yang boleh dibincangkan, bukannya anggota badan pelakon berkenaan.

Dalam pada itu, Maxim India belum mengulas mengenai perkara tersebut.

BACA INI JUGA: 10 Artis Wanita Asia Paling Popular Tahun 2015

Sumber: Mynewshub.cc