Tuesday, March 21, 2023

Boikot Kurma Medjoul Keluaran Israel, Beli Kurma Dari Palestin!

Boikot Kurma Medjoul Keluaran Israel, Beli Kurma Dari Palestin!

Umat Islam di seluruh dunia digesa menyemak label pada produk buah-buahan bagi mengelakkan daripada membeli kurma keluaran negara haram Israel.

Penganjur boikot, Friends of Al-Aqsa (FOA - foa.org.uk) – yang berpangkalan di UK – berkata, langkah itu sebagai usaha menentang jenayah apartheid pengganas Israel ke atas Palestin.

Boycott-israeli-dates-2023

Dengan cara tidak membeli kurma Israel, masyarakat Islam boleh menghantar mesej jelas mengecam pendudukan haram Israel dan apartheid di Palestin.

Israel ialah pengeluar kurma Medjoul terbesar di dunia, dengan 50 peratus kurma Israel dieksport ke Eropah, yang dijual di pasaraya utama serta kedai tempatan di seluruh benua, kata FOA dalam satu kenyataan.

SENARAI SYARIKAT ISRAEL PENGELUAR KURMA
*Setakat yang diketahui.

MEHADRIN

Mehadrin_medjoul_israel

Jenama: Mehadrin
Laman web: mehadrin.co.il

GALILEE

Galilee_dates_israel

Jenama: Galilee
Laman web: galilee-export.com

HADIKLAIM

hadiklaim_king_solomon_dates_israel

Jenama: King Solomon Dates
Laman web: hadiklaim.com

MEDJOOLPLUS

medjoolplus_dates_israel

Jenama: MedjoolPlusMp
Laman web: medjoolplus.com

AGRIFOOD-MARKETING

agrifood-marketing_israel_dates

Jenama: Star Dates
Laman web: agrifood-marketing.com

JORDAN RIVER-DATES

jordan_river_israel_dates

Jenama: Jordan River Dates
Laman web: jordanriver-dates.com

CARMEL AGREXCO

Jenama: King Medjoul Dates
Laman web: agrexco.com

URBAN PLATTER

urban_platter-israeli_dates

Jenama: Urban Platter
Laman web: urbanplatter.in

NAVAFRESH

NAVAFRESH - King Solomon Dates

Jenama: King Solomon Dates -Medjoul Natural Dates
Laman web: navafresh.com

NEGARA EROPAH PENGIMPORT KURMA PENGGANAS ISRAEL

KURMA TESCO ISRAEL
Menurut FOA, United Kingdom (UK), Belanda, Perancis, Sepanyol dan Itali antara yang mengimport buah kering dalam kuantiti banyak.

Pada tahun 2020, UK mengimport lebih 3,000 tan kurma dari Israel bernilai AS$8.9 juta.

Atas dasar itu, FOA mendesak boikot berkenaan dilancarkan berikutan tindakan kejam Israel membunuh sekurang-kurangnya 62 rakyat Palestin termasuk 13 kanak-kanak setakat tahun ini.

Kerajaan Israel meningkatkan perobohan rumah pada kadar yang membimbangkan dan berjanji untuk mengembangkan penempatan haramnya, katanya.

FOA menegaskan, organisasi hak asasi manusia antarabangsa termasuk Amnesty International dan Human Rights Watch menyatakan bahawa Israel melakukan jenayah apartheid, namun negara Eropah gagal mengenakan sekatan ke atas Tel Aviv atau menegakkan undang-undang antarabangsa.

KEMPEN BELI KURMA MEDJOUL DAN PRODUK PALESTIN

BELI KURMA PRODUK PALESTIN

Kurma Medjoul Palestin

Berikut adalah kenyataan dan fakta ARIHA bagi menjawab persoalan-persoalan berkaitan Kurma Medjoul ARIHA dari Palestin.

1. Objektif ARIHA

Objektif utama ARIHA ialah untuk membantu meningkatkan ekonomi dan pendapatan para peladang, pekerja dan peniaga Palestin untuk menjamin 'sustainability' rakyat Palestin di Tebing Barat yang situasinya berlainan dari Gaza.

Projek pertanian Palestin terutamanya kurma sudah terbukti membantu rakyat Palestin dan bukannya memberi mudarat (contoh oleh Palestinian Agricultural Relief Committees, PARC seperti di bawah).

ARIHA turut menyalurkan bantuan kewangan hasil keuntungan jualan ke Palestin.

Pek media PARC: https://zaytoun.uk/frequently-asked-questions/

2. Sumber kurma Medjoul ARIHA

Kurma Medjoul ARIHA diambil dari ladang kurma di daerah Ariha (Jericho) yang berada dibawah pentadbiran kerajaan Palestinian Authority (boleh rujuk Oslo Accord 1993).

ARIHA mempunyai 'Certificate of Origin' dari Palestinian Authority yang membuktikan produk kurma ARIHA adalah hasil rakyat Palestin.

ARIHA juga mempunyai rakan kongsi yang memeriksa sendiri ladang-ladang kurma dan kilang pembungkusan untuk memastikan setiap biji kurma ARIHA adalah hasil tulen rakyat Palestin.

3. 100% hasil keluaran rakyat Palestin

Ladang kurma di ARIHA dimiliki sepenuhnya oleh peladang kurma Palestin dan tidak mempunyai apa-apa hubungan dengan Israel.

Malah, peladang kurma Palestin bersaing dengan peladang Israel yang menerima subsidi pertanian dari kerajaan Israel.

ARIHA berharap pembeli kurma sentiasa berhati-hati dan memeriksa label, jenama kurma untuk memastikan kurma yang dibeli adalah produk tulen rakyat Palestin (lawati https://www.foa.org.uk/campaigns).

4. Tiada 'cukai export' oleh Israel

Tiada sebarang 'cukai export' dikenakan oleh Israel ke atas semua produk Palestin yang diexport.

Malangnya, semua pintu masuk/keluar Tebing Barat dikawal oleh Israel, oleh itu peniaga Palestin terpaksa menghantar export mereka melalui pelabuhan yang dikendalikan oleh Israel.

Semua rakyat Israel dan Palestin hanya perlu membayar yuran yang sangat minima (yuran pemeriksaan, dsb) untuk menggunakan kemudahan pelabuhan.

5. Kapal/kontena

Kurma ARIHA dihantar oleh pembekal Palestin menggunakan kapal/kontena milik Jepun/Taiwan/Singapura dan TIDAK dihantar menggunakan kapal/kontena syarikat Israel.

6. ARIHA dan Aqsa Syarif

ARIHA bertanggungjawab sepenuhnya terhadap import dan pengurusan kurma Medjoul Palestin.

Aqsa Syarif Berhad tidak mengeluarkan modal dan tenaga kerja serta tidak terlibat dalam pengurusan.

ARIHA memberikan hasil keuntungan jualan ke Aqsa Syarif untuk disalurkan ke projek-projek perladangan Palestin.

ARIHA mengharapkan agar semua pihak tidak menyebarkan sebarang maklumat tidak tepat atau meragukan yang boleh menutup pintu rezeki rakyat Palestin.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:
-Sentiasapanas.com

Friday, July 24, 2020

Apple 'Hapuskan' Palestin Dari Peta, Teruskan Sokongan Anda Kepada Zionis Dengan Membeli Jenama Hebat Ini!

Apple 'Hapuskan' Palestin Dari Peta, Teruskan Sokongan Anda Kepada Zionis Dengan Membeli Jenama Hebat Ini!

Semua tahu negara Palestin adalah negara yang merdeka walaupun tanah mereka telah dirampas oleh negara Israel, kerana kedudukan negara ini diiktiraf oleh Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan 136 anggotanya, namun tidak bagi Amerika Syarikat yang menjadi pangkalan bagi jenama kesukaan anda, Apple dan Google.

GOOGLE APPLE REMOVE PALESTIN FROM MAPS

Menerusi penelitian pada aplikasi Google Maps, Palestin didapati telah lenyap sepenuhnya daripada Google Maps dan telah digantikan dengan negara haram Israel!

Nama Palestin tidak lagi terlihat sebaliknya serpihan daripada negara ini telah digantikan dengan Jerusalem yang merujuk kepada Baitulmaqdis dan Gaza.

Berdasarkan isu yang berlaku, netizen telah mendesak Google untuk meletakkan nama Palestin semula pada Google Maps.

Isu yang berlarutan ini sebenarnya pernah dijawab pihak Google dimana syarikat ini mengatakan bahawa nama Palestin tidak pernah tertera dalam Google Maps.

'Penghapusan' nama Palestin pada Google Maps mula dikesan selepas Presiden Israel, Benjamin Netanyahu berjanji untuk merampas beberapa wilayah di negara tersebut.

Selain Google Maps, Apple turut mengikut jejak langkah yang sama dengan tidak menyertakan nama Palestin pada Apple Maps.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: thevocket

Saturday, June 22, 2019

4 Syarikat Yang Di Boikot Dunia Kerana Membantu Yahudi Tetapi Bebas Di Malaysia

4 Syarikat Yang Di Boikot Dunia Kerana Membantu Yahudi Tetapi Bebas Di Malaysia

Pembedilan oleh Israel ke bumi Palestin sejak sekian lama sentiasa mendapat liputan meluas dunia. Ribuan bedilan roket sudah dilancarkan ke bumi Gaza sejak berpuluh tahun. Banyak bangunan rosak termasuk yang dibiayai hasil sumbangan rakyat Malaysia. Begitu juga masjid, kediaman dan lain lagi.

Boikot Produk Israel

Teruskanlah berdoa agar roket-roket dilancarkan zionis Israel ini tidak mengorbankan terlalu banyak nyawa mereka yang tidak berdosa. Mohonlah perlindungan Allah taala agar rakyat Palestin terselamat.

Di sebalik isu pembedilan berterusan zionis Israel ini, ada lagi isu yang perlu rakyat Malaysia tahu iaitu pemboikotan terhadap empat syarikat besar dunia.

Dalam laman Facebook Aqsa Syarif, terdapat kempen boikot produk Israel dan masih berterusan sehingga kini.

Mereka menyiarkan empat syarikat antarabangsa yang diboikot dunia tetapi agak menyedihkan, tidak mendapat sambutan dari rakyat Malaysia.

1. HP

HP atau Hewlett Packard mendakwa mereka syarikat yang terkehadapan dalam melaksanakan tanggungjawab sosial tetapi sebenarnya terlibat dalam penindasan bersistematik di seluruh dunia.

Di Palestin, HP bertanggungjawab menyediakan teknologi yang membolehkan penjajahan, pendudukan haram, sekatan, pengusiran, pemenjaraan, kurungan dan pelbagai lagi bentuk penindasan terus berlaku.

Di saat kanak-kanak dan remaja kita masih leka dengan gadget di tangan, di bumi Palestin remaja dan kanak-kanak dibunuh tanpa rasa bersalah oleh zionis Israel.

HP bersalah kerana membekalkan aset-aset IT yang penting untuk tentera darat dan laut Zionis Israel untuk mengepung Gaza. Sistem kepungan ini menghadkan barangan masuk keluar di Gaza.

HP juga memberi khidmat sistem sekuriti berteknologi kepada penjara-penjara Zionis Israel yang semua sedia maklum bahawa kanak-kanak di bawah umur juga turut di penjara.

Selain itu, HP juga bertanggungjawab membekalkan sistem teknologi di check point, tembok dan kad pengenalan apartheid.

Sistem ini menyukarkan petani Palestin untuk ke ladang mereka, pelajar ke sekolah dan lain-lain.

2. G4S

Mungkin ramai tidak pernah dengar apa itu syarikat G4S. Di Malaysia, van-van G4S sering kelihatan di atas jalanraya ataupun di bank atau di ATM.

G4S adalah syarikat keselamatan terbesar di dunia membantu sistem penjara Israel, terlibat dalam penyediaan peralatan dan perkhidmatan kepada pusat pemeriksaan tentera Israel, tempbok Apartheid, penempatan haram, bangunan tentera dan polis.

Seperti HP, G4S mengaut keuntungan dengan menjalankan perniagaan dengan Zionis Israel.

BDS Ecuador mencapai kejayaan pertama apabila satu institut penyelidikan, International Center for Advanced Studies in Communications for Latin America (CIESPAL) memutuskan untuk tidak memperbaharui kontrak bersama syarikat sekuriti G4S setelah mendapat pendedahan mengenai penglibatan G4S di dalam membantu Zionis Israel.

Syarikat G4S pernah mengumumkan pada Disember 2016 bahawa mereka merancang menamatkan semua perniagaan dengan Israel dalam masa 12 hingga 24 bulan akan datang, maksudnya pada akhir tahun 2018 lalu.

Jika ia berlaku, rakyat Palestin mengatakan pengumuman ini sebagai kemenangan besar hasil boikot BDS.

Sejak 2010, G4S telah kehilangan kontrak bernilai jutaan dolar sebagai hasil daripada kempen-kempen boikot.

Info lanjut tentang sumbangan G4S kepada Israel boleh dirujuk di: https://www.whoprofits.org/company/g4s-israel-hashmira

3. CATERPILLAR & HYUNDAI HEAVY INDUSTRIES

Satu lagi Syarikat yang menjadi sasaran boycott di peringkat Global ialah syarikat Caterpillar dan Hyundai Heavy Industries yang membuat jentolak.

Caterpillar adalah senjata paling ‘destructive’ yang digunakan oleh Israel untuk merobohkan puluhan ribu rumah rakyat Palestin.

Jentolak raksasa D-9 dan D-11 lebih berbahaya dari jet pejuang F-18 kerana ia digunakan untuk merobohkan seluruh kawasan perumahan Palestin untuk dibina penempatan baru Israel.

Seperti yang kita lihat dalam peta dari tahun ke tahun, tanah milik Palestin semakin mengecil akibat tindakan ini.

Dalam masa yang sama, rumah-rumah mereka dirobohkan bagi memberi laluan kepada penempatan haram Israel.

Pasti kita ingat peristiwa tahun 2003, jentera Caterpillar telah membunuh seorang aktivis berbangsa Amerika, Rachel Corrie ketika mempertahankan sebuah rumah milik rakyat Palestin dari dirobohkan.

8 orang rakyat Palestin juga terkorban ketika rumah mereka diroboh tentera Zionis pada tahun 2002.

Di Malaysia, Sime Darby merupakan pengedar jentera pembinaan Caterpillar. Terbaik!

Orang awam yang mempunyai kereta jenama Hyundai tidak perlu risau kerana menurut BDS Korea, pengeluar kererta Hyundai berbeza dengan syarikat Hyundai Heavy Industries.

4. AHAVA

Produk kecantikan ini menjanjikan “Beauty Secrets from the Dead Sea” tetapi menyembunyikan ‘the ugly truth’ kepada anda.

Produk-produk Ahava dibuat menggunakan sumber asli bumi Palestin yang dirompak. Penempatan haram Yahudi di Mitzpe Shalem, Tebing Barat adalah tempat di mana produk-produk Ahava dihasilkan.

Jika wanita di sini sibuk nak kurus takut nampak gemuk, sibuk pasal lipstik yang tak merah menyala, berbeza di bumi Palestin di mana wanitanya turut berjuang demi pembebasan Palestin.

Nilailah dengan mata hati. Memang kehidupan kita tidak sama namun kita wajib membantu sesama Islam.

Menurut Lazada.com [Prohibited Brands], Ahava dilarang dijual di platform online tersebut tetapi anda boleh mendapatinya di Lazada Malaysia.

(https://www.lazada.com/docume…/CB%20Prohibited%20Brands.xlsx)

Gerakan Codepink antara jaguh dalam mempelopori boikot Ahava.

Layari http://www.stolenbeauty.org/ yang dibuat khas untuk memboikot produk Ahava.

Pada tahun 2011, Ahava telah menutup satu retailnya di London akibat tekanan boikot yang sangat kuat.

Selepas 7 tahun perjuangan boikot Ahava, akhirnya syarikat tersebut mengumumkan untuk memindahkan kilang mereka.

Walaupun begitu, boikot akan diteruskan sehingga Ahava di penempatan haram ditutup sepenuhnya.

ISRAEL KERUGIAN $ 4,700,000,000 Dollar SETAHUN!

Menurut BDS, Israel telah memperuntukkan jumlah kewangan yang besar, cybertrooper yang ramai dan usaha membawa BDS ke mahkamah.

Gabenor New York, Andrew M. Cuomo telah mengharamkan gerakan BDS di New York.

Namun, BDS telah berjaya membuatkan syarikat telekomunikasi gergasi, Orange untuk menarik khidmat mereka terhadap tentera Zionis Israel. Syarikat multinasional CRH juga menarik diri daripada memberi khidmat kepada Zionis Israel.

Di Sepanyol, beberapa majlis bandar telah mengumumkan bandar mereka sebagai “Kawasan Bebas Apartheid Israel”. Ratusan para akademik di Brazil dan Itali pula menyertai boikot akademik terhadap Israel.

Suara BDS juga kedengaran sehingga di anugerah Oscar. Penerima-penerima anugerah Oscar mendapat peluang satu trip ke Israel dengan beberapa pakej yang dipropagandakan oleh Israel tetapi telah ditolak oleh mereka.

Benjamin Netanyahu telah juga mengumumkan perang terhadap gerakan BDS (Boycott, Divestment and Sanctions) kerana gerakan boikot ini mengakibatkan Israel kerugian 4,700,000,000 Dollar setahun.

Ibu negara Iceland, ReykjavĂ­k juga telah bersetuju untuk tidak mengambil sebarang produk buatan Israel sebagai tanda solidariti bersama Palestin.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: remaja

Wednesday, July 26, 2017

Boikot Produk Israel, Bukan Produk Yahudi

Boikot Produk Israel, Bukan Produk Yahudi

Profesor Datuk Dr Asri Zainul Abidin menyifatkan pembela zionis gagal membezakan antara memboikot produk Israel dengan produk Yahudi.

Boikot Produk Israel

Menurutnya, kegagalan membezakan boikot itu termasuklah di Malaysia.

Para pembela zionis termasuk yang ada di Malaysia gagal membezakan antara 'memboikot produk Israel dan yang menyumbang kepada Israel' dengan produk orang Yahudi, katanya.

Beliau mengingatkan bahawa penentangan terhadap Israel adalah ekoran segala kejahatan dan kezaliman yang dilakukan oleh negara itu.

Kita tidak anti setiap individu Yahudi sebagai satu bangsa tapi kita menentang dan boikot Israel atas segala kejahatannya.

Dalam pada itu, Dr Asri turut menegur pihak yang memperkecil usaha memboikot produk Israel.

Orang yang menyatakan boikot produk Israel itu satu kebodohan, dialah yang bodoh dan menjadi jurucakap Perdana Menteri Israel.

Sebelum ini, media asing melaporkan Israel ketakutan susulan peningkatan kempen boikot produk-produk keluaran mereka.

Malah, Israel menganggap kempen boikot tersebut adalah masalah terbesar jika ia benar-benar dilaksanakan.

BACA INI JUGA:

sumber: sinarharian

Friday, August 08, 2014

McDonald’s Kesal Boikot Rakyat Malaysia

McDonald’s Kesal Boikot Rakyat Malaysia

McDonald’s Malaysia dalam satu kenyataan media mendakwa, perbuatan memboikot McDonald’s Malaysia tidak adil kerana McDonald Malaysia tidak menyalurkan keuntungan atau yuran francais dari restorannya untuk menyokong mana-mana konflik politik di dunia ini.

Boikot-McDonalds

McDonald’s Malaysia melahirkan kekesalan kerana produk itu menjadi sasaran boikot segelintir rakyat Malaysia sebagai tanda bantahan ke atas kekejaman tentera Israel ke atas rakyat Palestin.

“Kami kecewa McDonald’s Malaysia telah dijadikan sasaran secara tidak adil. Kami menyeru rakyat Malaysia bertenang dan mengelak daripada melakukan tindakan yang boleh memudaratkan mana-mana pihak.

“Kami ingin menyatakan dengan jelas bahawa McDonald Malaysia tidak menyokong konflik di Timur Tengah. Seperti semua rakyat Malaysia, kami bersimpati ke atas mangsa-mangsa yang tidak bersalah di Gaza,” kata kenyataan itu hari ini.

Menurut kenyataan itu, McDonald’s Malaysia secara konsisten dan telus berkomunikasi tentang perkara itu kepada umum, tetapi malangnya maklumat itu telah disalah tafsir oleh pihak-pihak tertentu.

Akibatnya, kata kenyataan itu, pekerja McDonald’s Malaysia yang rata-rata mereka rakyat Malaysia kini berhadapan gangguan dan ancaman secara lisan

Dakwa kenyataan itu, beberapa restoran McDonald’s Malaysia turut berhadapan tindakan vandalisme hingga terpaksa dihentikan operasi sementara.

“Realitinya adalah pekerja kami tidak melakukan apa-apa yang salah dan adalah sangat tidak adil mereka menjadi sasaran.

“Marilah kita mengingatkan diri kita bahawa kita adalah rakyat Malaysia dan kami berkongsi matlamat yang sama. Marilah kita terus berdoa untuk keamanan di Gaza,” kata kenyataan itu.

Kempen Boikot McDonalds Berjaya

Boikot-McDonalds [2]

Kempen memboikot rangkaian makanan segera McDonalds di kalangan umat Islam nampaknya berjaya dan menjadi apabila tiada seorang pun orang Islam ditemui dalam premis makanan tersebut.

Hasil pemerhatian di cawangan Jalan Kuari dan Taman Connaught, Cheras mendapati tiada satu pun kelibat umat Islam menjamu selera di McDonalds seperti sebelum-sebelum ini.

Walau bagaimanapun, terdapat segelintir pelanggan yang masih setia mengunjungi dan menjamu selera di situ walaupun usaha boikot giat dijalankan di seluruh negara.

Rata-rata yang masih setia mengunjungi McDonalds ialah masyarakat Cina serta beberapa warga asing dari negara kulit hitam.

Rata-rata pelanggan yang ditemubual enggan diri mereka dikenali, mengatakan mereka tidak mengetahui kempen boikot ini dijalankan dan hanya menikmati makanan di situ seperti biasa, seperti hari-hari lain sebelum ini.

Walaupun masih lagi menjamu selera di situ, seorang pelanggan mengatakan tidak bermaksud dia menyokong tindakan rejim Zionis yang terus-terus menganiaya penduduk Palestin.

Sementara itu, seorang lagi pelanggan yang enggan dikenali mengatakan, dia langsung tidak peduli akan nasib penduduk di sana kerana masih banyak lagi masalah sosial di kalangan masyarakat Malaysia yang masih tidak dapat diselesaikan yang harus lebih diberi perhatian oleh penduduk di sini.

Kempen boikot McDonalds mula menjadi trending di laman-laman sosial sejak Selasa lalu dengan slogan ‘Hari Boikot McD Malaysia!!! Bermula 8 Ogos 2014 jam 7 pagi hingga 7 pagi. Boikot McD bermula Jumaat ini sehingga Zionis Israel seratus peratus keluar dari Palestin’.

Walau pun ianya merupakan pilihan masing-masing sama ada mahu memboikot atau pun tidak, namun tanyalah pada diri anda sendiri, tidakkah anda sampai hati melihat penderitaan penduduk Palestin terutama kanak-kanak dan kaum wanita yang tidak berdosa menjadi mangsa bedilan peluru dan roket tentera Israel?

Jadi untuk menamatkan keangkuhan rejim Zionis ini, kita sebagai rakyat Malaysia haruslah berganding bahu agar segala usaha untuk memboikot produk keluaran Israel atau pun perniagaan yang membantu Israel akan terus berterusan sehingga mereka tidak lagi mampu untuk membeli senjata-senjata hebat yang mengalirkan darah saudara Islam kita di Palestin.

Ini bukan soal keagamaan semata-mata, tapi ini melibatkan soal keprihatinan dan kemanusiaan sejagat!

-Sentiasapanas.com

Sumber: Mynewshub.my

Thursday, August 07, 2014

Perlukah Boikot Sampai Ludah Pekerja Starbucks?

Perlukah Boikot Sampai Ludah Pekerja Starbucks?

Menerusi status Shazwan Sazali yang dikongsikan di Facebook Friends of BN – Barisan Nasional, dia menegur perbuatan biadap individu yang bertindak meludah pekerja Starbucks kerana mahu menunjukkan protes terhadap restoran itu.

Boikot-Starbucks

Sebenarnya, bukannya susah sangat untuk memahami kaedah ‘boikot’ produk yang menyumbang kepada dana kewangan kepada Israel.

Hanya perlu berhenti membeli, itu saja.

Malangnya, ada rakyat Malaysia yang 'menyalahgunakan' peluang ini untuk menunjukkan kebiadapan mereka terhadap para pekerja restoran segera sehingga sanggup menghina mereka.

Boikot-Yahudi

Bukankah Islam tidak mengajar umatnya untuk menzalimi orang lain, apatah lagi orang yang langsung tidak berdosa terhadap kita!

Jangan pula kerana terlalu mengikut perasaan, kempen memboikot Israel akan bertukar menjadi kempen menjatuhkan nama baik umat Islam pula.

Boikot dengan bijak..

-Sentiasapanas.com

729, Barkod Produk Israel

729, Barkod Produk Israel

Di saat usaha memboikot produk Israel giat dijalankan di seluruh dunia dengan merujuk kepada tiga nombor pertama barkod iaitu 729, tersebar khabar menyatakan Israel telah menukar nombor barkod mereka.

729 - 871 Jews Barcode

Sesetengahnya menyatakan produk Israel kini dijual dengan menggunakan nombor barkod 871 dan ada juga menyatakan, 500.

Dipercayai hal ini berpunca daripada salah faham tentang bagaimana barkod berfungsi.

Sebenarnya barkod hanya memberitahu kita tentang negara syarikat pengeluar produk dan bukannya negara asal produk diperbuat.

Barkod 871 mewakili negara Belanda manakala 500 pula mewakili England jadi kemungkinan besar produk Israel yang menggunakan barkod tersebut dijual oleh syarikat dari negara berkenaan.

Hal ini samalah juga apabila Tesco misalnya menjual daging cincang yang diimport dari Israel namun oleh sebab pasar raya ini didaftarkan di UK maka barkod yang tertera bermula dari 500.

729 - 871 Jews Barcode [2]

Malah pada 2009, sebuah syarikat di Cyprus mengaku telah mengelirukan pengguna apabila melabel kembali buah-buahan dari Israel menggunakan barkod negara berkenaan untuk mengelakkan produk tersebut daripada menjadi mangsa boikot (boikot produk Israel sudah lama dilakukan sebilangan umat Islam seluruh dunia).

Manakala sesetengah produk kadangkala mungkin tertera ‘Made in Taiwan’ tapi barkod pada kotak bermula dari 729 disebabkan ia dipasarkan oleh syarikat Israel.

729 - 871 Jews Barcode [3]

Harus diingat tidak mudah untuk satu-satu negara mengubah barkod negara mereka begitu sahaja kerana ia boleh merumitkan urusan perdagangan yang melibatkan seluruh dunia.

Kesimpulannya, rujuk sahaja nombor 729 untuk mengenalpasti produk dari Israel jika anda menyertai kempen boikot.

Dalam pada itu, luangkan juga masa untuk meneliti label produk yang dibeli – manalah tahu jika ia rupa-rupanya berasal dari Israel namun dipasarkan syarikat negara lain.-Mynewshub.my

Download aplikasi mobile Buycott

Aplikasi mobile Buycott

Kalau siapa-siapa yang menggunakan smartphone iPhone atau Android, boleh download aplikasi mobile Buycott seperti berikut:
Caranya, register terlebih dahulu (atau boleh juga sign-in pakai Facebook profile), lepas tu pilih kempen (Campaign) seperti "Long live Palestine boycott Israel" dan "Avoid Israeli Settlement Products".

Aplikasi mobile Buycott [3]

Antara barang-barang yang berkaitan Israel dan perlu diboikot:

Aplikasi mobile Buycott [2]
Aplikasi mobile Buycott [4]
Aplikasi mobile Buycott [6]
Aplikasi mobile Buycott [5]

Kita juga boleh melihat Family Tree bagi sesuatu produk yang telah discan, siapakah Syarikat Induk, anak syarikat dan kumpulan jenama yang di bawahnya.

Aplikasi mobile Buycott [7]

Aplikasi ini berbentuk komuniti, lagi ramai orang join, lagi ramai orang masukkan data, lagi banyak maklumat yang boleh disalurkan untuk membantu dan memudahkan orang lain.

Ini kerana ada juga barang yang kita scan tapi tak jumpa maklumat produk tersebut, jadi kita boleh masukkan sendiri maklumat tersebut.

Dengan adanya mobile app ini, lebih mudah untuk kita boikot produk berkaitan Israel.

Oleh itu marilah kita mulakan untuk cuba memboikot semua produk berkaitan Israel.

*Jom sebarkan..

BACA INI JUGA: Yahudi Perancang Perang Dunia Pertama!

Sumber: Buasirotak