Friday, June 24, 2022

Asal-Usul Candlestick Jepun: 'The Three Monkey Record of Money'

Asal-Usul Candlestick Jepun: 'The Three Monkey Record of Money'

Tahukah anda, kelahiran Futures Market di Jepun adalah perdagangan Futures pertama di dunia yang telah membuka peluang kepada kelahiran instrumen perdagangan lain seperti saham, komoditi, forex dan sebagainya.

The Three Monkey

Negara Jepun adalah yang pertama menggunakan analisa teknikal untuk memperdagangkan Futures Market, iaitu Rice Futures pada kurun ke-16.

Berdagang dalam Rice Futures Market banyak dipengaruhi oleh spekulasi dan disebabkan inilah orang Jepun mula menggunapakai analisa teknikal.

Dan kerana tahap populariti Futures Market di Jepun pada masa itu, telah melahirkan seorang legenda yang terkenal dikenali sebagai Homma pada kurun ke-17.

Dia mendapati bahawa spekulasi daripada para speculator sangat memberi kesan kepada Futures Market.

Malah, terdapat hubungkait psikologi iaitu emosi pemain pasaran dengan pergerakan harga dalam menentukan supply and demand.

Dalam kajiannya yang terperinci, beliau telah membuat kesimpulan bahawa emosi pemain pasaran boleh membantu meramalkan harga beras pada masa akan datang.

Emosi Mempengaruhi Harga Pasaran

Dalam erti kata lain, emosi turut memainkan peranan dalam menentukan nilai dan harga beras pada masa akan datang. Homma memahami bahawa aspek psikologi pasaran adalah penting untuk kejayaan pemain pasaran.

Semasa era kejayaannya, beliau telah menulis buku yang bertajuk The Fountain of Gold - The Three Monkey Record of Money, dengan mengulas keseluruhan rangkuman kejayaannya selama 60 tahun berdagang dalam Rice Futures Market.

Di antara ulasan dalam buku tersebut ialah, "When all are bearish, there is cause for prices to rise. when everyone is bullish there is cause for the price to fall."

Pada hari ini, aktiviti serupa dengan apa yang kita gelar sebagai pendekatan atau kaedah seorang Contrarian.

Ia merupakan perkara yang sangat penting untuk menjadi seorang pelabur atau pemain pasaran yang baik.

Menariknya, buku hasil tulisan beliau ini telah dicatatkan pada tahun 1755 dan merupakan buku tertua serta yang pertama menitikberatkan soal analisa teknikal dan psikologi pelabur/pedagang pada masa itu.

Melihat tajuk buku itu sahaja sudah menggambarkan prinsip 3 ekor monyet dan bagaimana mereka menjana kekayaan di dalam bidang ini.

Berikut adalah 3 prinsip asas karakter monyet tersebut:

The Three Monkey Record of Money

1. See No Evil

Bila anda melihat trend Bull (kenaikan) atau Bear (penurunan) jangan terperangkap dengan ilusi trend tersebut. Lakukan persediaan untuk Sell/Buy (Jual atau beli) pada portfolio anda.

Menurut beliau lagi, putaran seperti ini saling berhubung kait, kerana ketika berlaku Yin (Bearishness) akan sentiasa terdapat Yang (Bullishness).

Dalam erti kata lain, setiap kali berlaku kejatuhan pasti akan ada kenaikan. Begitu juga sebaliknya.

2. Hear No Evil

Jika anda mendengar berita Bullish/Bearish jangan berdagang kerana berita tersebut. Ia mungkin lebih selamat untuk mengambil tindakan selepas anda melihat bagaimana pasaran bertindak balas kepada bentuk berita tersebut, berbanding memulakan perdagangan ketika berita itu dikeluarkan.

Seorang pelabur tersohor ada mengingatkan perihal ini kepada orang ramai.

"Apa yang sangat penting ketika berlaku harga turun atau naik, bukan berdasarkan sejauh mana berita tersebut positif atau negatif, tetapi bagaimana reaksi pasaran kepada berita tersebut." - Bernard Baruch

Forex Markets Reaction

Contoh perkara seperti di atas, pada awal bulan Ogos tahun 1990, Peperangan Iraq telah berlaku ketika harga komoditi emas (Gold) berada di paras tertinggi (All-time high) dalam sejarah pada ketika itu, di atas paras $425.

Jika dilihat pada paparan dalam carta tersebut, harga emas beberapa kali gagal untuk cuba naik ke paras lebih tinggi.

Namun, peperangan di Timur Tengah telah membuka peluang untuk komoditi emas naik mendadak, disebabkan berita atau spekulasi telah berlaku dan ramai orang menyediakan safe heaven.

Malangnya, catatan harga emas makin hilang kilauannya sehingga mengakibatkan harga komoditi emas jatuh merudum dua (2) bulan selepas itu pada harga $360.

Oleh itu, kita dinasihatkan agar berhati-hati semasa membuat penilaian terhadap sebarang berita atau sentimen ketika ingin melabur atau berdagang.

3. Speak No Evil

Jangan beritahu atau berkongsi dengan orang di luar sana tentang apa yang anda lakukan terhadap portfolio pelaburan atau perdagangan anda!

Contohnya, ketika anda melakukan analisa terhadap matawang CHFJPY, anda berpandangan bahawa ada penurunan pada masa akan datang.

Kemudian anda bersedia untuk membuat Position Short terhadap matawang CHFJPY.

Malangnya anda telah berkongsi pendapat ini kepada komuniti luar yang mana mereka berpandangan berbeza daripada anda.

Disebabkan ini, psikologi anda pun terjejas hingga menyebabkan anda tidak melakukan Position Short tersebut. Malangnya, anda mendapati bahawa pandangan anda betul dan matawang CHFJPY turun mendadak.

Jika anda belajar baik-baik bagaimana pasaran terhasil, anda akan mendapati bahawa lebih selamat untuk kita merahsiakan semua perancangan kita tentang pasaran.

Kecuali anda percaya ada orang atau kenalan terdekat yang lebih mahir untuk dijadikan rujukan sejauh mana anda salah.

Memetik semula petikan kata-kata emas dalam buku tersebut, "To learn about the market ask the market. Only then can you become a detestable Market Demon."

Kesimpulanya di sini, jika anda amati dengan elok-elok prinsip asas The Three Monkey Record of Money, sangat penting untuk kita gunakan dalam memantapkan perjalanan hidup kita sebagai pelabur profesional.

Adakah ini bakal menjadi satu titik permulaan baru kepada anda?

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:
sumber: (1)

Friday, May 27, 2022

Kaedah Pengiraan Zakat Emas

Kaedah Pengiraan Zakat Emas

Dengan dijadikan emas sebagai barang perhiasan dan kegunaan peribadi, emas berkenaan tidak lagi bersifat subur dan berkembang. Manakala hukum asal sebarang bentuk pemakaian tidak diwajibkan zakat.

Pengiraan Zakat Emas

Namun, barang perhiasan tetap diwajibkan zakat sekiranya pemakaiannya terlalu banyak sehingga berlebihan dan melampaui kadar yang biasa (uruf) dipakai.

Apa yang berlebihan dengan adat dan kebiasaan adalah dilarang atau tidak digalakkan oleh syariah.

Yusuf al-Qaradawi menyebut, perhiasan wanita yang diperbuat selain emas dan perak, seperti mutiara, berlian dan batu berharga dikecualikan zakat, kerana ia dikhaskan untuk kegunaan peribadi dan tidak dianggap sebagai aset yang berkembang.

1. Emas Perhiasan Dipakai

Wilayah Persekutuan telah menetapkan kadar uruf (kadar kebiasaan) emas perhiasan sebanyak 800 gram. Justeru sebarang pemakaian yang berulang ataupun sekali dalam tempoh setahun melebihi 800 gram wajib dikeluarkan zakat ke atasnya.

Sebagai contoh, sekiranya jumlah emas perhiasan yang dipakai dalam tempoh setahun ialah 900 gram:

= Berat emas dipakai (jika melebihi nilai uruf Nota 1) x Harga Emas Semasa x 2.5% Kadar Zakat
= 900 gram x RM260 (contoh) x 2.5%
= RM5,850.00

2. Emas Yang Disimpan (Tidak Dipakai)

Emas yang disimpan adalah emas yang tidak dipakai, iaitu emas yang benar-benar menjadi simpanan dan tidak digunakan sebagai perhiasan walaupun fizikalnya sama seperti emas perhiasan. Ianya termasuk barang kemas yang tidak dipakai kerana sudah rosak atau lama.

Ianya juga termasuk barang perhiasan yang dimiliki oleh lelaki sungguhpun pemakaiannya haram disisi syarak. Jika jumlah berat emas yang disimpan itu menyamai atau melebihi nisab 85 gram, serta melepasi tempoh masa 12 bulan atau setahun (cukup haul), maka wajib dikeluarkan zakat keatasnya sebanyak 2.5 peratus (%).

Hal ini sebagaimana sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

"Tiada wajib atas kamu sesuatu pun iaitu pada emas sehingga ada 20 dinar (85 gram) dan telah cukup haul wajib padanya setengah dinar. Apa yang lebih dari itu, mengikut kiraan yang sama." HR Abu Dawud

Formula Kiraan

Berat emas disimpan (jika melebihi nilai nisab Nota 2) x Harga Emas Semasa x 2.5% Kadar Zakat

Sebagai contoh, sekiranya jumlah emas yang disimpan dalam tempoh setahun ialah 200 gram maka,

= Berat emas dipakai x Harga emas semasa 1gram x Kadar Zakat 2.5%
= 200 gram x RM260 (contoh) x 2.5%
= RM1,300.00

3. Emas Pelaburan Patuh Syariah

Pelaburan emas yang patuh syarak lazimnya dibahagikan kepada dua bentuk iaitu: Pelaburan dalam emas fizikal dan Pelaburan dalam bentuk akaun emas (Passbook).

Pelaburan Emas Fizikal

Emas fizikal yang dimiliki lazimnya diniatkan sebagai pelaburan untuk mendapatkan keuntungan. Biasanya emas ini berbentuk syiling, jongkong, bar dan wafer. Wajib dizakatkan sekiranya berat emas menyamai atau melebihi nisab 85 gram.

Sebagai contoh, jumlah emas yang dimiliki diniatkan untuk pelaburan adalah sebanyak 400 gram maka:

Zakat Emas (pelaburan/perniagaan)

= Berat Emas x Harga Semasa x 2.5%
= 400 gram x RM260 (contoh) x 2.5%
= RM2,600

Akaun Emas (Passbook)

Terdapat bank menawarkan emas pelaburan berbentuk passbook atau Akaun Simpanan Emas. Akaun ini mencatatkan jumlah simpanan dalam unit gram emas yang dilaburkan.

Pelaburan yang patuh syarak ialah fizikal emas itu wujud dan boleh dimiliki oleh pelabur. Wajib dizakatkan sekiranya ada niat pelaburan dan berat emas mencukupi nisab 85 gram.

Sebagai contoh, jika jumlah emas yang dimiliki dalam passbook sebanyak 200 gram maka:

Zakat Emas (pelaburan/perniagaan)

= Berat Emas x Harga Semasa x 2.5%
= 200 gram x RM260 (contoh) x 2.5%
= RM1,300

4. Emas Pelaburan Tidak Patuh Syariah

Pelaburan emas yang tidak patuh syarak lazimnya dibahagikan kepada dua bentuk iaitu; Pelaburan dalam bentuk akaun emas (Passbook) yang tidak menyediakan emas fizikal dan Pelaburan emas melalui alam maya.

Akaun Emas (Passbook) Tanpa Fizikal Emas

Emas pelaburan passbook atau akaun simpanan emas tidak patuh syarak sekiranya tiada pegangan emas fizikal. Zakat hanya dikenakan ke atas pelaburan pokok sahaja sekiranya jumlahnya melebihi nilai nisab tahunan. Ia dikira mengikut formula Zakat Wang Simpanan.

Akaun Emas Maya

Emas maya adalah emas yang diniagakan untuk pelaburan secara bukan fizikal. Perniagaan emas maya menggunakan platform elektronik.

Pelabur yang mempunyai akaun di broker tertentu boleh membuat arahan belian dan jualan emas dengan harga semasa dipaparkan di platform tetapi tidak boleh menuntut emas fizikal yang dibelinya.

Memandangkan jualbeli emas ini tidak melibatkan emas fizikal maka ia adalah tidak patuh syariah. Zakat hanya dikenakan ke atas pelaburan pokok sekiranya jumlah melebihi kadar nisab tahunan. Ia dikategorikan sebagai bayaran Zakat Wang Simpanan.

Kaedah kiraan Zakat emas pelaburan tidak patuh syarak:

Zakat

= Pelaburan pokok @ baki terendah x kadar zakat
= RM40,000 (contoh) x 2.5%
= RM1,000

Nota 1: Uruf Emas ialah kebiasaan pemakaian emas masyarakat setempat. Berat uruf emas di Wilayah Persekutuan bersamaan dengan 800 gram.
Nota 2: Nisab ialah nilai semasa 85 gram emas.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:
sumber: (1)

Monday, May 09, 2022

Emas Pelaburan Atau Barang Kemas, Mana Lebih Baik?

Emas Pelaburan Atau Barang Kemas, Mana Lebih Baik?

Emas sebenarnya terbahagi kepada dua kategori. Kategori pertama adalah emas yang digunakan untuk melabur, manakala kategori kedua pula adalah emas untuk tujuan dijadikan barang kemas. Ia adalah dua perkara yang berbeza.

Kategori Emas

Sebagai contoh, emas labur berbentuk gold bar, di mana ianya akan digunakan sebagai aset fizikal untuk tujuan pelaburan atau boleh juga dalam bentuk akaun simpanan emas secara online.

Manakala barang kemas adalah perhiasan yang biasa digunakan oleh wanita seperti rantai emas, gelang emas, cincin emas dan sebagainya.

Berikut adalah merupakan ciri-ciri dan perbezaan di antara emas labur dan barang kemas.

Dinar emas

Dinar
  • Boleh digunakan untuk muamalat dan ibadah Aqiqah.
  • Digunakan atas tujuan untuk membayar zakat.
  • Dijadikan sebagai hantaran dan mas kahwin.
  • Cenderamata dan hadiah untuk orang yang tersayang.
  • Simpanan untuk menunaikan haji dan umrah.
  • Tabungan/simpanan/pelaburan.

Daripada segi perbezaan harga, syiling emas lebih mahal berbanding dinar dan gold bar disebabkan oleh kos pembuatannya yang tinggi.

Gold Bar

Gold Bar
  • Harganya lebih murah berbanding barang kemas kecuali jongkong 1 gram kerana kos pembuatannya yang tinggi.
  • Memberi pilihan kepada mereka yang ingin membuat simpanan semata-mata.
  • Pilihan untuk mereka yang sudah banyak barang kemas dan ingin simpan emas dalam bentuk jongkong.
  • Bentuk fizikalnya yang lebih menyerlah berbanding emas untuk simpanan ataupun pelaburan yang lain dan menjadi kebanggaan kepada pemiliknya.
  • Sesuai untuk simpanan jangka masa panjang seperti untuk pendidikan anak-anak, perkahwinan, simpanan hari tua, membeli rumah dan sebagainya.

Barang Kemas
  • Dijadikan sebagai barang perhiasan wanita.
  • Menarik perhatian kaum wanita dengan rekaan yang cantik dan kilauannya yang memukau.
  • Mempunyai 4 fungsi utama: Simpanan, perhiasan, pelaburan, perniagaan.
  • Mudah untuk mendapatkan tunai kerana diterima di semua kedai pajak ataupun Ar-Rahnu.

Barang kemas amat sesuai untuk dimiliki bagi mereka yang hendak mempelbagaikan bentuk simpanan emas fizikal sebagai salah satu alternatif jika kehendak membuat pajakan kelak.

Sebaiknya, elakkan membeli emas putih kerana ia mengalami susut nilai yang mencecah sehingga 70%.

Selain itu, elakkan juga daripada membeli barang kemas yang memiliki banyak batu permata.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:
sumber: (1)

Thursday, May 05, 2022

5 Kesalahan Apabila Melabur Emas Yang Anda Wajib Hindari!

5 Kesalahan Apabila Melabur Emas Yang Anda Wajib Hindari!

Ramai yang memasang impian untuk menjadi seorang pelabur emas yang berjaya, tetapi bagi yang baru hendak berkecimpung dalam dunia pelaburan emas ini, anda sebenarnya perlu memahami terlebih dahulu selok-belok tentang emas, kerana setiap pelaburan pastinya ada risikonya yang tersendiri.

Pelaburan emas

Berikut merupakan 5 kesilapan yang sering dilakukan oleh pelabur emas.

1. Melabur Tanpa Ilmu

Ilmu sangat penting agar anda mampu menjadi kaya dengan emas. Lagi banyak ilmu yang ada, bermakna lagi banyak keuntungan yang mampu anda raih.

Dapatkan ilmu daripada buku-buku tentang pelaburan emas di mana buku tersebut ditulis dan dihasilkan oleh sifu-sifu pelaburan emas yang telah berjaya meraih keuntungan berlipat kali ganda dalam pelaburan emas mereka.

Jika anda bukan jenis yang suka membaca, maka rajinkanlah diri untuk datang ke mana-mana seminar yang dianjurkan khususnya tentang pelaburan emas untuk belajar terus daripada pakar-pakar yang mempunyai pengalaman yang banyak.

2. Tunggu Harga Emas Rendah Untuk Beli

Harga emas sama seperti harga komoditi lain dunia ada naik dan turunnya. Kita sebenarnya sukar untuk memastikan sama ada harga emas sudah pun betul-betul murah atau tidak.

Ini kerana melihat kepada sejarah, harga emas akan berterusan meningkat sepanjang zaman.

Satu dinar emas boleh membeli seekor kambing 1,400 tahun yang lalu ketika zaman Nabi Muhammad SAW dan hari ini satu dinar emas juga boleh membeli seekor kambing.

Oleh itu, boleh tetapkan sasaran untuk membeli emas satu gram setiap bulan atau ada saja duit lebih, tukarkannya kepada emas.

3. Pinjam Duit Untuk Beli Emas

Pelaburan adalah apabila kita menggunakan duit lebihan anda yang tidak digunakan untuk sebarang komitmen anda. Meminjam duit untuk membeli emas adalah cara yang salah untuk melabur.

Kalau betul nak melabur ke dalam emas, pastikan kita ada simpanan terlebih dahulu dan bila ada lebihan daripada simpanan tersebut, barulah tukarkan sebahagian daripadanya kepada emas.

4. Membeli Emas Paling Murah Tanpa Mengira Faktor Lain

Tahukah anda, dengan membeli emas yang murah, apabila anda jual semula ia juga memberikan nilai yang murah? Sebagai contoh anda beli emas yang telah dilelong oleh Ar-Rahnu, ianya belum lagi menguntungkan.

Anda perlu mengambil kira tentang kadar susut nilainya, kadar upahnya, syarat-syarat jual semula, tahap ketulenan emas dan juga kredibiliti pengeluar.

5. Beli Emas Menggunakan Duit Yang Perlu Digunakan Dalam Masa Terdekat

Pembelian emas adalah satu bentuk pelaburan jangka masa panjang. Jika anda membeli emas menggunakan duit yang bakal anda gunakan dalam masa terdekat, kemudian harinya anda perlu menjual semula emas tersebut, ia sebenarnya boleh merugikan anda.

Simpanlah emas untuk jangka masa yang lebih panjang. Gunakan duit lebihan yang tidak digunakan dalam masa terdekat.

Selamat melabur.

BACA INI JUGA:
sumber: (1)

Wednesday, August 26, 2020

4 Jutawan 'Covid-19' Di Malaysia

4 Jutawan 'Covid-19' Di Malaysia

Kebanyakan peniaga dan usahawan bukan saja terpaksa 'mengikat perut', malah ada antaranya terpaksa gulung tikar akibat terkesan dengan pandemik Covid-19, namun situasi berbeza berlaku kepada beberapa individu yang dikurniakan rezeki berlipat ganda sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan kerajaan sejak 18 Mac 2020 lalu.

Jutawan Covid-19

Malah, golongan ini dilaporkan mampu menjana jualan sehingga jutaan ringgit atau mencecah tujuh angka.

Bagaimanapun, kejayaan itu bukan datang bergolek sebaliknya dengan kesungguhan, pengorbanan dan komitmen tinggi selain bijak menggunakan peluang bagi menjayakan perniagaan hingga bergelar jutawan.

Harian Metro menemu bual kisah empat usahawan yang bergelar jutawan hasil pelaksanaan PKP disebabkan virus Covid-19 supaya menjadi inspirasi kepada seluruh rakyat Malaysia. Ikuti perkongsian ini.

1. Pengasas Madam Printing & Packaging, Siti Mariam Abd Rauf, 33

Siti Mariam Abd Rauf

"Minggu pertama PKP, saya dan rakan kongsi berjaya jana jualan pelitup muka dan cecair pembasmi kuman sebanyak RM400,000.

"Kejayaan itu disusuli dengan membekalkan lebih tiga juta botol (cecair) pembasmi kuman," katanya yang lebih senang disapa sebagai Mar.

Mar berkata, idea untuk mencari kilang pelitup muka dan cecair pembasmi kuman hadir ketika dalam perjalanannya dari Kedah ke Johor.

"Syukur, saya dan rakan kongsi segera bertindak dan membekalkan pelitup muka dan pembasmi kuman ke seluruh Malaysia. Minggu pertama PKP kami berjaya jana jualan RM400,000 dan selepas itu terus menjual keperluan orang ramai berkaitan PKP," katanya yang turut mengeluarkan set lengkap terdiri daripada sarung tangan, pelitup muka dan pembasmi kuman.

Menurutnya, dia sebelum ini terbabit dalam perniagaan percetakan di Kedah, namun disebabkan ditipu pelanggan, perniagaannya terjejas teruk hingga terpaksa memberhentikan 14 pekerja.

Mar berkata, selepas 'terjun' dalam perniagaan penjualan pelitup muka dan cecair pembasmi kuman itu, dia kemudian mengembangkan perniagaan dengan mengeluarkan produk kesihatan untuk meningkatkan sistem imun badan di bawah jenama M'Care Mixberry.

"Dari situ, jualan berjaya mencapai tujuh angka dan saya membeli semula aset seperti rumah, kedai dan kereta yang saya terpaksa jual sebelum ini.

"Inilah rezeki 'corona' saya dan kalau bukan sebab PKP, saya tidak tahu apa nasib saya dan anak," katanya yang juga pemegang Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Reka Bentuk Industri dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) Merbok, Kedah.

Diminta berkongsi kenapa perniagaan percetakannya terjejas, Mar berkata, pelanggan menempah sehingga 80,000 cetakan sampul raya namun apabila siap dia tidak bayar.

"Saya dikejar pelabur hingga akhirnya terpaksa melepaskan aset peribadi bagi melunaskan pembayaran kepada mereka (pelabur)," katanya mengakui, ia adalah asam garam bergelar usahawan.

2. Pengasas Erni House Sdn Bhd, Ernie Uzliana Mohamed Yatim, 34

Ernie Uzliana Mohamed Yatim

Sejak PKP, jualan kek dan kuih 'meletup' hingga mampu menjana pendapatan tujuh angka berbanding kebiasaannya hanya lima angka.

Itu kisah dikongsikan Ernie yang mampu mencatat jualan kek dan kuih Mamasab Bakery sebanyak RM5.23 juta terutama ketika PKP dikuatkuasakan.

Pemegang Ijazah Sarjana Muda Kimia Gunaan dari UiTM Shah Alam itu berkata, selepas menamatkan pengajian dia gagal mendapatkan pekerjaan sebelum menjadi suri rumah.

Ernie berkata, dia kemudian berjinak-jinak dalam perniagaan online sebagai ejen Mamasab Bakery atas saranan rakan.

Katanya, bermula dengan jualan RM100 dia kini mempunyai 1,000 dropship, ejen dan lima Master Stokis yang berjaya dilahirkan berkat ilmu perniagaan dikongsi pengasas Mamasab Bakery, malah jualan juga berganda ketika PKP.

"Sejak PKP rezeki datang tanpa disangka-sangka dan jualan turut meningkat naik hingga tujuh angka," katanya.

Ernie berkata, impiannya adalah untuk membantu seramai mungkin suri rumah atau sesiapa saja yang ingin menjana pendapatan lumayan walaupun bukan melalui produk sendiri.

"Sedangkan saya yang serba kekurangan ini boleh membuat jualan sehingga tujuh angka, saya pasti orang lain juga mampu. Saya hanyalah suri rumah sebelum ini boleh berjaya dengan usaha dan komitmen tinggi," katanya.

3. Pengasas Cik Mi International Sdn Bhd, Nursyamimi Ramli, 32

Nursyamimi Ramli

Tinggalkan kerjaya sebagai pegawai bank adalah langkah terbesar dilakukan Nursyamimi bagi memberi tumpuan terhadap perniagaan sampingan dilakukannya.

Siapa sangka, atas dasar sekadar mencuba perniagaan secara kecil-kecilan dengan menjadi pengedar Mamasab Bakery, dia akhirnya membulatkan tekad melepaskan kerjaya yang menjamin pendapatan tetap setiap bulan sebelum melakukan jualan sehingga RM7.29 juta.

"Saya menyertai Mamasab Bakery secara sambilan dengan tujuan utama untuk menambah simpanan anak-anak.

"Sudah dua tahun saya menjual produk Mamasab Bakery dan tidak terfikir untuk mengeluarkan produk sendiri kerana sistem yang ada sekarang mudah apabila saya bermula tanpa modal dengan menjadi dropship.

"Sehingga sekarang saya menjadi Master Stokis dan mempunyai pasukan jualan sendiri di bawah Cik Mi Squad (kira-kira 7,000 dropship, ejen, stokis di bawahnya).

"Secara rasmi, saya meletakkan jawatan sebagai pegawai bank pada Mac 2020 lalu dan terus konsisten membantu mengembangkan pasukan yang kini sudah terdapat 57 leader yang saya lahirkan berjaya membuat jualan lima ke tujuh angka.

"Biarpun tanpa produk sendiri, saya mampu menjana pendapatan melebihi gaji yang diterima sebelum ini dan platform Mamasab Bakery banyak membantu saya mencapai impian," katanya.

Katanya, selain doa keluarga terutama suami, hikmah pelaksanaan PKP membuka peluang buatnya untuk berjaya sekali gus bergelar jutawan.

"Dengan (pelaksanaan) PKP, saya mampu menjana jualan tujuh angka dan sasaran tahun ini adalah untuk membantu 1,000 ahli pasukan membuat jualan minimum enam angka," katanya.

Untuk rekod, Nursyamimi berjaya menjadi Master Stokis Mamasab Bakery yang meraih jualan tertinggi, RM7.29 juta bagi Januari hingga Mei 2020 lalu dan peningkatan jualannya paling banyak disumbangkan sepanjang tempoh PKP.

4. Pengasas dan Pengarah Khayr Biz Group, Muhamad Khair Sulam, 37

Muhamad Khair Sulam

"Alhamdulillah, ketika pelaksanaan PKP saya dan rakan kongsi terima tender kerajaan dengan memasang karpet di beberapa unit bangunan.

"Tender bernilai tujuh angka itu banyak membantu saya dan boleh dikatakan sebagai penyelamat kami," katanya yang menjana jualan kira-kira RM1.5 juta sepanjang PKP.

Muhamad Khair juga berkata, dia sememangnya memberi fokus dan melakukan pemasaran secara online terutama bagi syarikatnya, Hobby Shack yang menjual koleksi permainan kanak-kanak dari luar negara.

"Bisnes memang seronok sebenarnya walaupun cabarannya besar.

"Namun saya akui, kejayaan yang saya capai sekarang ini adalah disebabkan doa seorang ibu.

"Oleh itu, bagi yang mempunyai orang tua dapatkan doa dan restu mereka," katanya.

Pemegang Sarjana Sains Politik dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berkata, dia 'terjun' ke dunia perniagaan secara tidak sengaja.

Katanya, dia memiliki tujuh anak syarikat di bawah Khayr Biz Group dengan pelbagai segmen perniagaan antaranya, Hobby Shack dan tiga syarikat utama iaitu Khair Inspirasi, Khair Carpet Centre (KCC) dan Caffe Don Cortez.

Menurutnya, kejayaan dikecapinya sekarang tidak datang bergolek sebaliknya pernah dua kali diuji menjadi homeless.

"Saya pernah mengalami kerugian sebelum ini kerana membuka perniagaan francais dan saya bangkit mencari kelebihan diri yang saya mempunyai kelebihan sebagai master planner dan dalam pemasaran.

"Saya mula menjalin kerjasama dengan beberapa rakan yang saya lihat mempunyai potensi tersendiri.

"Disebabkan itu, setiap syarikat saya mempunyai rakan kongsi yang berbeza dengan kepakaran masing-masing," katanya yang dilahirkan daripada keluarga pendidik.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: hmetro

Tuesday, August 18, 2020

Ini Formula Rahsia Bisnes Online, Tanpa Ilmu Anda Tidak Akan Berjaya!

Ini Formula Rahsia Bisnes Online, Tanpa Ilmu Anda Tidak Akan Berjaya!

Ramai orang mengimpikan untuk menjadi usahawan berjaya dalam bisnes online, tanpa perlu bersusah payah merungut makan gaji bulan tapi tak cukup, kerana menjual barangan di internet kepada pasaran yang sangat besar di seluruh dunia lebih mendatangkan keuntungan yang sangat lumayan.

Berani kaya

Dan tidaklah sukar sebenarnya untuk menjana pendapatan dengan memulakan perniagaan online ini kerana ramai dari kita lebih selesa dan membeli dan menjual tanpa perlu bersemuka dengan penjual atau pembeli. Malah, setiap produk ada pembeli dan sentiasa berpotensi terjual.

Cuma masalahnya, bagaimana jika anda mengimpikan untuk menjalankan bisnes online dari rumah tetapi dengan jumlah pendapatan melebihi 5 angka sebulan? Kita bercakap tentang belas ribu atau puluh ribu, malah ratusan ribu keuntungan, bukan sekadar 500 atau 1 ribu sebulan.

ILMU. Ya. itulah rahsia sebenar apabila anda mahu berjaya dalam bisnes online.

Ramai orang berjaya dalam bisnes internet bukan kerana ada ilmu power tahap PHD pun. Mereka ada hanya sedikit pengetahuan asas, tetapi dipraktikkan dengan bersungguh-sungguh. Dan mereka berjaya selepas pengalaman selama bertahun-tahun.

Lebih banyak pengalaman, lebih mudah untuk berjaya dalam bisnes. Mana nak dapat pengalaman ini? Semuanya adalah dari TINDAKAN! Bulan sekali-kali tidak akan turun ke riba.

Kali ini kami akan berkongsikan kepada anda ilmu dari seorang Online Seller yang boleh dianggap antara yang paling berjaya di Malaysia dengan pendapatan beribu ribu ribu ribu sebulan.

JOM KITA BACA PERKONGSIANNYA

Pernah tak korang terfikir, jual barang-barang yang biasa nampak dekat sekeliling kita ke pasaran antarabangsa pun boleh untung berganda-ganda?

Ramai orang tak tahu. Sebenarnya terdapat segelintir underground seller yang dah kaut keuntungan besar melalui bisnes online selama bertahun-tahun sambil tersenyum.

Salah seorang daripada mereka adalah saya!!!

Saya dan yang sorang lagi kawan, Fazley, kami berdua sudah lebih 6 tahun buat bisnes online secara fulltime. Sekarang masing-masing ada ofis dan staf sendiri!

Selama beberapa tahun ni, kami cuma fokus jual produk-produk yang boleh didapati di sekeliling kita (pasaran tempatan) ke pasaran antarabangsa melalui platform Ebay.

Hasilnya Alhamdulillah. Kami bukan saja boleh maintain income bersih 4-5 angka sebulan sejak hujung 2014, bahkan mampu juga beli rumah, kereta, settle PTPTN, renovate rumah, settle kereta wife dan banyak lagi menggunakan duit bisnes Ebay.

Sebelum ini memang ramai yang tanya saya. Bro, ko kerja apa?

Diorang pelik agaknya tengok saya santai-santai setiap hari. Hujung minggu pula, mesti hilang! Balik kampung la, jalan sana sini la. Memang itulah rutin saya sekarang.

Untuk tak pening-pening, saya jawab je; Aku jual barang online.

Malas pula saya nak terangkan panjang lebar. Saya lebih selesa orang tak tau saya buat apa. Lebih baik low profile je.

Berani melangkah

BONGKAR RAHSIA!

Walau bagaimanapun, ada sorang brader berjaya mengubah persepsi saya. Lepas sembang beberapa kali dekat mapler, barulah saya sedar betapa kita perlu berkongsi ilmu dengan orang lain lebih-lebih lagi dalam keadaan ekonomi macam sekarang!

Saya terus jumpa Fazley dan berbincang. Akhirnya kami berdua bersetuju untuk dedahkan rahsia bisnes Ebay kami pada umum, kepada anda. Maka terhasillah satu panduan yang diberi nama Export Mudah.

Waktu awal-awal buat dulu, income boleh dikatakan agak sendu. Maklumlah waktu tu masih lagi dalam fasa try and error. Tak nampak lagi produk apa yang ok, teknik apa yang ok dan sebagainya.

Tapi bila dah faham permainan dia macam mana, Alhamdulillah 4 ke 5 angka bersih setiap bulan tu stable je masuk akaun.

NAK BERJAYA BISNES ONLINE? Baca rahsia seterusnya di sini; RAHSIA BERJAYA BISNES ONLINE 'EXPORT MUDAH'.

Walaupun nampak senang tetapi anda perlu ada ilmu yang cukup tentang bisnes online. Anda perlu belajar untuk memantapkan pengetahuan tentang bisnes ini.

Klik di bawah



Sekadar info tambahan buat anda pembaca yang mungkin salah seorang bakal jutawan, ini adalah alasan penting dan rahsia nak berjaya serta kenapa anda perlu menceburi bidang jualan secara online sebagai kerja sepenuh masa.

1. PANTAS

Semua urusan di hujung jari. Pemasaran, pembelian dan pembayaran hanya secara dalam talian. Produk pun dihantar ke hadapan pintu rumah. Urusan jual beli selesai dalam tempoh beberapa minit.

2. KOS IKLAN LEBIH MURAH

Kos pengiklanan produk pun jauh lebih rendah berbanding pengiklanan cara tradisional. Anda boleh tarik pelanggan baru dan kekalkan pelanggan lama dengan menggunakan email dan media sosial. Jimat kos printing, envelop dan kos upah pekerja penghantaran.

3. PASARAN SELURUH DUNIA

Saya kaya

Bukan sahaja untuk pasaran tempatan, produk anda juga boleh dijual di luar negara. Jangan pelik jika ada pelanggan dari Brunei, Indonesia, Australia atau Jepun tergila-gilakan produk anda. Dengan pemasaran online juga, anda mudah memasarkan produk kepada golongan sasaran.

4. MUDAH

Selain komputer, anda boleh menjalankan bisnes online dirumah hanya dengan telefon bimbit.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

-Sentiasapanas.com

Thursday, August 06, 2020

Suri Rumah Mampu Jana 4 Angka Sebulan Di eBay!

Suri Rumah Mampu Jana 4 Angka Sebulan Di eBay!

Siapa sangka, keropok 'Super Ring' merupakan antara barang yang mendapat permintaan tinggi daripada rakyat di luar negara! Bunyinya seperti lucu, tapi itulah hakikatnya. Perkara itu didedahkan oleh seorang peniaga dalam talian (online) yang berjualan barangan menerusi platform eBay.

Rabiatul Adilah Ibrahim eBay

Wanita bernama Rabiatul Adilah Ibrahim ini berkata makanan ringan tersebut juga mendapat permintaan tinggi daripada pembeli di luar negara.

"Sejak menjalankan perniagaan menerusi platform eBay hampir setahun lalu, saya dapat permintaan daripada rakyat luar negara khususnya Amerika Syarikat untuk membeli barang yang langsung tak terfikir dek akal.

"Contohnya, saya dapat permintaan tinggi untuk jajan Super Ring. Pelik juga sebenarnya.

"Permintaan itu memang banyak datang dari Amerika Syarikat sebab saya jual di eBay.

"Bayangkan, jajan yang berharga RM1.60 di sini mampu dijual sehingga mencecah AS$12 dolar di sana," ujarnya yang lebih dikenali sebagai Adilah.

Berkongsi lebih lanjut mengenai pengalamannya sebagai peniaga dalam talian, surirumah yang juga ibu kepada tiga anak ini berkata dia pernah menerima permintaan daripada warga negara Uncle Sam itu yang mahu membeli daun pandan.

"Pada mulanya ingat ada orang Malaysia yang tinggal di sana nak beli daun pandan sebab nak buat nasi lemak.

"Tapi bila lihat namanya, rupa-rupanya mat salih pula. Tapi tak hairanlah sebab daun pandan baunya wangi.

"Saya fikir mereka mungkin membelinya untuk dibuat pot pouri atau di sini kita panggil bunga rampai. Mungkin juga digunakan dalam masakan.

"Cuma kini saya sudah tidak menjual daun pandan sebab ia rupa-rupanya termasuk dalam kategori life plant yang dilarang untuk dijual. Selepas tahu, memang tak jual dah," kata wanita berusia 40 tahun ini lagi.

Bukan sahaja daun pandan dan Super Ring, dedah Adilah, dia juga pernah mendapat permintaan yang tinggi untuk ubat nyamuk!

"Pernah satu ketika, saya dapat permintaan untuk ubat nyamuk yang berbentuk kepingan itu sehingga 24 bungkusan dalam masa dua hingga tiga hari.

"Dan permintaan itu datang dari Finland. Dalam kepala terlintas 'banyak sangat ke nyamuk dekat sana'. Itulah antara barang unik yang pernah saya jual," ujarnya sambil berkata, permintaan terhadap petai dan tempe juga tidak kurang hebatnya.

Adilah sudah setahun berkecimpung sebagai peniaga dalam talian menerusi platform eBay.

Menceritakan secara ringkas bagaimana dia mula berkecimpung dalam perniagaan di platform tersebut, ujar Adilah, segala-galanya bermula selepas dia melihat rakan-rakannya mampu menjana pendapatan yang tidak kurang lumayannya.

"Bila lihat kawan-kawan yang mampu jana pendapatan sehingga empat angka, saya teringin nak cuba. Sebelum ini saya hanya suri rumah dan ada juga menjalankan perniagaan menerusi Facebook.

"Selepas itu, saya belajar menerusi e-book. Alhamdulillah bila dah hampir setahun terlibat, memang kalau setakat empat angka tu, kita boleh dapat.

"Kini saya juga ada jual e-book untuk sesiapa yang nak belajar meniaga di eBay dan ada juga buat bengkel. Kalau boleh, saya mahu kongsikan dengan orang ramai agar sama-sama dapat menjana pendapatan.

"Tapi apa-apapun, ia perlulah diiringi dengan usaha yang bersungguh-sungguh dan konsisten," ujarnya mengakhiri bicara.

TIPS SURI RUMAH: Rahsia Jual Barang Murah Dari Supermarket Anda Ke Pasaran Antarabangsa dan Untung Besar Hanya Dari Rumah!

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: mstar