Di antara dua negara besar di Asia, iaitu China dan India, terletaknya sebuah kerajaan yang jarang kita dengar namanya disebut di persada antarabangsa.
Walaupun negara tersebut berada dalam posisi terpencil, namun mereka tidak pernah dijajah oleh negara lain.
Mendengar tentangnya pun jarang, apatah lagi mahu melawatnya. Pernahkah anda terfikir untuk melawat Bhutan?
Bhutan sebenarnya adalah sebuah misteri yang masih belum diketahui ramai.
Bhutan, Negara Paling Bahagia Di Dunia
Inilah negara Bhutan. Negara ini meletakkan konsep kebahagiaan, iaitu ‘Gross National Happiness’ (GNH) yang terfokus terhadap kesejahteraan manusia sebagai indikator.
Sedangkan hampir semua negara di dunia menggunakan ‘Gross Domestic Product’ (GDP) untuk mengukur tahap perkembangan sesebuah negara berdasarkan ekonominya.
Menurut statistik yang dijalankan oleh kerajaan Bhutan pada tahun 2005, 95% rakyatnya menganggap diri mereka sangat bahagia.
Sejak itu, negara ini terkenal dengan gelaran ‘Kingdom Of Happiness’.
6 Sebab Anda Perlu Melawat Negara Bhutan
1. Pemandangan Yang Mengagumkan
Ibarat sebuah mutiara yang tersimpan rapi di dalam perut bumi, begitulah keadaan muka bumi negara Bhutan yang masih tidak tersentuh oleh sebarang pengaruh globalisasi.
Negara yang diliputi oleh 70% hutan ini mempunyai kekayaan hasil semulajadi yang belum dieksploitasi kerana kerajaan Bhutan sangat menekankan hal-hal berkaitan pemeliharaan bumi.
Bhutan sering dikaitkan dengan unsur magikal dan kepercayaan, dan ia dikenali sebagai ‘Shangri-La’ terakhir. Istilah ‘Shangri-La’ ini merujuk pada novel fiksyen “Lost Horizon” karya James Hilton (1933), yang ada menyebutkan sebuah syurga di Himalaya sebagai ‘Shangri-La’.
Maka, tidak hairanlah negara 4 musim ini memiliki pemandangan yang begitu indah dan menakjubkan, terutama jika anda melawat Bhutan pada musim bunga dan musim luruh.
2. Keunikan Budaya dan Agama
Pakaian tradisional mereka adalah ‘dress code’ untuk tempat-tempat awam. Pakaian ini bukan sahaja dipakai dalam majlis rasmi, malah dalam kegiatan sehari-hari.
Uniform rasmi sekolah mereka adalah gho dan kira.
Upacara keagamaan juga amat dititikberatkan memandangkan mereka adalah penganut agama Buddha yang sangat berpegang teguh pada prinsipnya. Selain Buddha, bilangan penganut Hindu adalah yang kedua terbanyak di Bhutan.
Selari dengan praktis Tibetan-Buddha, kehiduan seharian mereka sangat berwarna-warni, seperti yang ditampakkan dalam kepelbagaian festival dan tokong-tokong yang dibina.
3. Tradisional, Tetapi Selesa Untuk Pelancong
Walaupun Bhutan adalah destinasi pelancongan luar negara yang kurang popular, namun ia lengkap dengan hotel dari 3 bintang hingga 5 bintang.
Jangan tak tahu, terdapat selebriti dunia seperti Leonardo di Caprio dan Keira Knightley, dikatakan pernah menginap di Resort Uma Paro, salah sebuah hotel mewah untuk kelas atasan.
Oh ya, satu fakta unik menurut WWF, Bhutan adalah negara terakhir di dunia yang mengakhiri pengharaman televisyen pada tahun 1999, dan mula mempunyai ‘line’ telefon bimbit secara rasminya pada tahun 2003. Kemudahan internet dan wifi bermula sejak sekitar tahun 2000.
Berbanding kebanyakan negara, Bhutan masih lagi belum terkesan akibat perindustrian atau globalisasi. Oleh itu, banyak aktiviti tradisional yang mereka jalankan sehari-hari.
Semasa melawat Bhutan, anda pasti akan terserempak dengan pelbagai aktiviti yang unik untuk dipelajari.
4. Aktiviti Luar & Lasak Untuk Diterokai
Bagi yang sukakan aktiviti lasak, inilah ‘taman permainan’ yang paling sesuai untuk anda!
Aktiviti seperti trekking, berkhemah, berkayak, berbasikal, memanah, bird-watching, dan segala hidupan flora dan fauna seolah-olah memanggil-manggil anda.
Tahukah anda, Bhutan adalah satu-satunya negara bergantung kepada ‘renewable energy’, iaitu kuasa hidro sebagai hasil eksport terbesar mereka!
5. Penduduk Yang Mesra
Rakyat Bhutan, tidak kiralah yang tua atau muda semuanya ramah dan mesra, amat mudah untuk mengukir senyuman.
Mengikut pengalaman pengembara, anak-anak di sana juga sangat beradab dan saling menghormati.
Mana tidaknya, kebanyakan daripada mereka tidak terikat dengan televisyen, internet, dan media sosial yang boleh membuat kita sentiasa dalam dunia sendiri. Tak payah risau nak ‘selfie’, nak cari ‘Like’ di Facebook, dan tak rasa ketinggalan nak cari video terbaru di Youtube.
6. Pelbagai Makanan & Barangan Unik
Oleh kerana agama yang mereka anuti, kebanyakan penduduk Bhutan adalah vegetarian. Walaubagaimanapun, ayam dan daging masih lagi boleh dicari dengan mudah di restoran.
Mereka terkenal dengan cili dan makanan pedas. Salah satu makanan tradisional mereka, Ema Datshi adalah berasaskan keju dan cili.
Selain itu, mereka juga menghasilkan pelbagai kraftangan yang unik dan sesuai untuk dibawa pulang sebagai ole-ole ke Malaysia.
Cepat Melawat Bhutan Sementara Ia Masih Belum ‘Terkenal’
Buat masa ini, bilangan pelancong ke Bhutan masih dalam bilangan yang terkawal. Ini kerana, pelancong yang datang adalah sentiasa diselia oleh agensi pelancongan berdaftar.
Malah, menurut laman web rasmi Tourism Bhutan, mereka mengamalkan polisi “High Value, Low Impact Tourism” yang amat ketat.
Sungguhpun begitu, negara ini tidak dapat lari daripada kesan globalisasi dengan dunia luar makin terbuka luas, terutamanya selepas internet dan televisyen yang dibenarkan untuk penduduknya.
Perlu bayar RM867.50 sehari untuk lawat Bhutan
Pada 2016, jumlah pelancong ke negara ini hanyalah 209,570 orang iaitu peningkatan sebanyak 35 peratus berbanding tahun 2015.
Antara sebab utama negara ini jarang dilawati adalah kerana kesukaran untuk tiba di lokasi apatah lagi Bhutan hanya mempunyai satu lapangan terbang sahaja.
Dianggarkan hanya beberapa juruterbang di dunia ini mempunyai lesen untuk menerbangkan pesawat melalui gunung-ganang di sana.
Disebabkan itulah, mereka yang berjaya menjejakkan kaki ke Bhutan akan merasa bagai diberi ganjaran yang tidak ternilai ditambah dan disajikan keindahan semula jadi yang tidak pernah diterokai oleh manusia lain.
Bagaimanapun, Kerajaan Bhutan mempunyai polisi iaitu pelancongan mewah di mana para pelancong perlu membayar sekurang-kurangnya $200 (RM867.50) seorang untuk tempoh sehari berada di negara itu.
Namun begitu, kos tersebut boleh digunakan dari segi penginapan, kos transit, pemandu pelancong, makanan dan lain-lain.
Selain itu, terdapat program dijalankan untuk melindungi keindahan semula jadi kawasan yang turut dikenali sebagai ‘The Land of The Thunder Dragon’ kerana ribut petir mereka yang ganas itu.
Sementara itu, landskap di Bhutan menawarkan landskap yang begitu mengasyikkan, tradisi purba dan pemandangan yang berbeza di beberapa kawasan, memberikan pengalaman yang memuaskan buat para pelancong.
***
Sementara kita saling berharap agar Bhutan dapat mengekalkan konsep ‘mesra alam’ yang dipegang sejak dahulu lagi, jangan lepaskan peluang untuk menikmati keindahan alam yang asli di sini.
Kita tidak tahu bila pula masanya mereka akan mula menjadi sebuah negara yang lebih berdaya saing dan mula dikerumuni ramai!
BACA INI JUGA:
sumber: siraplimau