Wednesday, November 30, 2016

Rizab Malaysia Susut AS$97 Bilion Dari AS$170 Bilion!

Rizab Malaysia Susut AS$97 Bilion Dari AS$170 Bilion!

Malaysia tidak mempunyai pilihan selain perlu menghadapi keadaan turun naik ringgit sekarang di samping menumpukan untuk meningkatkan asas-asas ekonomi, kata Menteri Kewangan Kedua, Datuk Johari Abdul Ghani.

Rizab Malaysia Jatuh

Beliau berkata, walaupun Malaysia sebelum ini menambat mata wangnya semasa krisis ekonomi 1997, langkah yang diambil oleh bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad, itu tidak praktikal dilakukan sekarang dalam keadaan ekonomi global terbuka kerana negara akan kehilangan pertumbuhan ekonominya.

Menurutnya, kerajaan tidak akan menambat mata wang tempatan atau mengenakan kawalan modal meskipun keadaan turun naik sekarang dan sudah tentunya tidak akan menaikkan kadar faedah bagi menarik pelaburan asing.

“Tambatan bukan satu pilihan dalam ekonomi terbuka hari ini kerana dunia kini menjadi semakin terbuka.

Malah China, negara yang menutup ekonominya 20 hingga 30 tahun lepas kini telah membukakannya kepada dunia.

“Jika kita mahu menjadi sebuah negara maju kita tidak boleh menambat mata wang kita, kita tidak boleh mengenakan kawalan modal kerana jika kita melakukannya sekarang kita akan ketinggalan jauh dan tidak ada orang yang akan melabur di sini,” katanya dalam ucapan beliau semasa program Women Power Talk, Effective Networking the Way Forward, di Kuala Lumpur.

Johari berkata, menaikkan kadar faedah untuk menarik pelabur asing juga bukan satu pilihan kerana kerana langkah itu akan meningkatkan hutang isi rumah di negara ini.

“(Jika kita menaikkan kadar faedah) rakyat akan terjejas kerana bayaran ansuran akan meningkat, jadi kita tidak ada sebarang pilihan kecuali terpaksa melalui peralihan ini,” katanya.

Menjelas lebih lanjut, beliau berkata sebab utama yang membawa kepada penurunan nilai ringgit adalah pemilihan Donald Trump sebagai Presiden Amerika Syarikat (AS).

Beliau berkata semasa kempen pilihan raya presidennya, Trump banyak mengeluarkan kenyataan politik retorik dan berjanji untuk menumpukan kepada ekonomi didorong domestik.

“Jadi, untuk berbuat demikian (ekonomi dipacu domestik) mereka perlukan wang, mereka perlukan tunai, mereka perlukan dana.

"Selama ini, pelabur Amerika melabur di luar negeri dan dianggarkan kira-kira AS$2 hingga AS$3 trilion daripada pelaburan mereka berada di negara-negara ASEAN.

“Untuk membawa balik wang ini, mereka akan menaikkan kadar faedah di AS, dan apabila ini berlaku, kadar faedah kita akan menjadi tidak begitu menarik,” kata Johari.

Katanya, penurunan ringgit diburukkan lagi dengan aktiviti spekulatif dalam pasaran luar pesisir.

“Kini ringgit berada di bawah tekanan, menyebabkan penurunan nilainya dan itulah sebabnya mengapa rizab kita turun daripada AS$170 bilion kepada AS$97 bilion sekarang kerana ramai pelabur menarik diri,” katanya.

BACA INI JUGA: RM14 Bilion Wang 1MDB 'Ditipu' Syarikat Palsu!

Sumber: BH

Monday, April 06, 2015

Siapa Wanita Misteri Insiden Helikopter Terhempas?

Siapa Wanita Misteri Insiden Helikopter Terhempas?

Status penumpang wanita dikenali Aidana Baizieva yang berada di dalam helikopter AS365N2 yang terhempas di Jalan Sungai Lalang, Kampung Pasir Baru, Semenyih, di sini masih lagi menjadi misteri.

Aidana Baizieva

Ini berikutan identiti wanita tersebut yang didakwa sebagai pembantu juruterbang pada awalnya kini disahkan sebagai seorang kakitangan Syarikat Penerbangan Cempaka.

Pada insiden Sabtu lalu, enam orang termasuk seorang wanita misteri, Aidana Baizieva terkorban apabila helikopter Dauphin AS365N2 yang dinaiki mereka dalam perjalanan pulang dari Pekan, Pahang ke Kuala Lumpur, terhempas di kawasan kebun getah di Kampung Sungai Pening, Semenyih pada 4.55 petang.

Difahamkan, nama Aidana Baizieva yang berasal dari Kyrgystan itu diperoleh daripada kenyataan Kementerian Pengangkutan yang memaklumkan wanita berkenaan adalah salah seorang daripada enam yang menaiki pesawat tersebut.

Hospital Kuala Lumpur turut mengklasifikasikan status mayat tersebut sebagai ‘tidak diketahui’.

Gambar Copilot Tersebar Bukan Foto Aidana Baizieva

Dzuriasikim Dzulkifli

Foto co-pilot yang tersebar ini bukanlah foto Aidana Baizieva. Menurut kenyataan rasmi pemilik foto, Dzuriasikim Dzulkifli, 46, foto tersebut adalah gambar kenangan selfienya bersama Kapten Clifford Fournier (mangsa maut nahas helikopter).

Misteri Siapa Aidana Baizieva Akhirnya Terungkai

Aidana Baizieva - Waris

Wakil dari kedutaan Kyrgyzstan dipercayai adik kandung kepada Aidana Baizieva mangsa nahas helikopter Dauphin AS365N2 datang untuk menuntut mayat kakaknya.

Difahamkan wanita terbabit tiba untuk menuntut jasad Aidana pada jam 10.45 pagi tadi. Wanita itu dipercayai ditemani seorang lelaki dari kedutaan Kyrgystan di Kuala Lumpur.

Terdahulu, seorang jurucakap kedutaan mengesahkan Aidana merupakan warga Kyrgyzstan dan pernah bekerja di Malaysia untuk seketika.

"Rekod menunjukkan beliau berada di Malaysia sekurang-kurang selama setahun,"

Dengan kehadiran seorang gadis dipercayai adik kepada Aidana Baizieva di Hospital Kuala Lumpur, akhirnya misteri mengenai identiti Aidana Baizieva satu-satunya penumpang wanita dalam nahas helikopter terjawab.

BACA INI JUGA: Kemalangan Dan Kematian Misteri Yang Membingungkan!

Sumber: Rossacalla.blogspot.com/Melvister.com

Sunday, March 08, 2015

Harun Salim Bachik Meninggal Dunia

Harun Salim Bachik Meninggal Dunia

Harun Salim Bachik, 55, pelakon dan pelawak terkenal, meninggal dunia ketika berhenti mengisi minyak di sebuah stesen minyak di Bukit Merah, Perak, jam 5 petang, 8 Mac 2015.

Harun Salim Bachik

Berita itu disahkan oleh rakan baik arwah yang juga pelakon, Den Wahab ketika dihubungi untuk mengesahkan kesahihan khabar duka tersebut.

Harun meninggal dunia ketika berhenti mengisi minyak di sebuah stesen minyak di Bukit Merah, Perak ketika dalam perjalanan pulang daripada majlis perkahwinan di Pulau Pinang.

Pada ketika ini, punca kematian belum dapat dipastikan.

Bagaimanapun, sebelum ini Harun dikatakan menghidap penyakit asma sejak lima tahun lalu.

Al-Fatihah..

BACA INI JUGA: Pelbagai Cara Kematian Yang Sangat Pelik

Sumber: Berita Harian Online