Monday, December 11, 2017

Khasiat Badam Meredakan Diabetes Dan  Batu Karang

Khasiat Badam Meredakan Diabetes Dan Batu Karang

Di dalam suatu kajian yang telah disiarkan di dalam The Journal of Nutrition, badam telah ditambah kepada diet sekumpulan pengidap diabetes tahap ke-2.

Khasiat Badam untuk Diabetes Dan  Batu Karang

Keputusan ujian menunjukkan diet dengan badam telah menurunkan glycemic response dan insulin response.

Kumpulan yang mengambil diet bersama badam ini telah menunjukkan penurunan kebergantungan kepada ubatan.

Ini bermakna dengan mengambil badam, masalah diabetes dapat dikurangkan.

Badam Membantu Menghalang Batu Karang

Sementara itu, kajian dan pengumpulan data ke atas wanita selama 20 tahun oleh ‘Nurses’ Health Study’ menunjukkan wanita yang memakan sekurang-kurangnya 1oz (30gm) kekacang atau mentega kacang dalam seminggu mengalami penurunan 25 peratus risiko batu karang.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: ilham4u

Thursday, October 12, 2017

Petua Berkesan Merawat Batu Karang Hempedu Secara Semulajadi

Petua Berkesan Merawat Batu Karang Hempedu Secara Semulajadi

Kepada pesakit yang menghidap penyakit batu karang dalam hempedu, pastinya tahu betapa sakitnya bila tiba-tiba diserang kesakitan penyakit tersebut. Rasa nak putus nyawa!

batu karang hempedu

Untuk artikel kali ini, kami ingin berkongsikan kepada pembaca bagaimana seorang pesakit yang menghidap penyakit batu karang hempedu mencuba sendiri petua rawatan alternatif sehingga sembuh dari penyakit yang sangat menyakitkan ini.

Bahan-bahan yang digunakan juga mudah didapati dan jauh lebih murah dari rawatan moden.

Hanya sebagai peringatan kepada anda yang mahu mencuba, jangan sesekali meninggalkan ubat-ubatan yang diberikan oleh pihak hospital.

Sebaik-baiknya gunakanlah seiring dengan rawatan alternatif ini.

***

Bila dah kena serang semula sakit hempedu ni, terus saya terfikir macam manalah nak buat. Nak 'operate' sampai sekarang takut.

Fikir punya fikir saya teringat yang dua tahun lepas saya ada baca alternatif petua buang batu karang dalam hempedu cara tradisional.

Terus teringat yang Prof Dr. Hamid Arsyat ada posting petua yang sama di wall FB beliau. Jadi saya cari balik petua tu dan study dari testimonial pesakit yang dah buat, keputusannya saya mesti buat petua tu kalau nak sihat.

Dua tahun lepas nak buat ragu-ragu sebab tak ada testimoni, takut pula keracunan bila cuba petua tersebut tambah masa tu menyusukan Ali, takut pula terkesan pada Ali. Banyak benar takut kan.

Dalam takut-takut, sebab dah sakit dalam bulan puasa ni saya redah juga buat petua tu demi nak hilang sakit.

Walaupun sekarang saya menyusukan Arif saya tetap nekad nak buat bila fikir bahan-bahan yang nak gunakan pun bahan organik. Insha Allah selamat walaupun Arif menyusu. Dalam hati cuak juga.

Asalnya petua ni dari Dr. Lai Ciu Nan, memang tak kenal, tapi ramai bloggers buat posting pasal petua ni. Kalau google mesti ada punya.

Proses mengambil masa 6 hari. Keputusan hari ke tujuh. Yang paling utama sebelum memulakan rawatan berdoalah semoga usaha ini akan berjaya. Insha Allah.

Bahan-bahan
  • Epal Hijau- 30 biji (utk 6 hari)
  • Lemon (3 biji)- setengah gelas
  • Garam Epsom - 2 sudu teh
  • Minyak Zaitun/Olive Oil - setengah gelas)

Nota:
  • Epal hijau berfungsi melembutkan batu karang.
  • Minyak zaitun melincirkan batu karang keluar dari saluran hempedu.
  • Sebaik-baiknya, sila dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu.

Cara yang saya buat;

Hari 1 hingga hari ke 5
  • Minum jus epal minimum 4 gelas bersamaan 5 biji epal atau minimum 1 liter sehari.
  • 1 gelas jus satu biji epal, (jika bulan puasa minum 2 gelas masa berbuka dan 2 gelas masa sahur). sebiji lagi makan begitu sahaja.
  • Kalau bukan puasa makan nasi seperti biasa dan seeloknya jangan makan banyak.
Garam Epsom
Garam Epsom.

Hari Ke 6
  • 6 pagi - Minum setengah gelas air suam dicampur 1 sudu teh garam epsom.
  • 12 tengahari - Ulang minum air garam epsom.
  • 6 petang - minum pati lemon (125ml) campur minyak zaitun (125ml) dapatkan anggaran 250 ml. Suamkan gelas untuk memudahkan campuran jus.

Waktu malam, jangan atau kurangkan pengambilan nasi.

Proses Pengeluaran Batu Karang
  • Tidur dan batu karang akan keluar keesokan paginya melalui pembuangan air besar.
  • Proses pengeluaran batu karang yang keluar bewarna kehijauan dan biasanya terapung.
  • Jangan terkejut jika batu yang keluar berjumlah lebih dari 100 biji bergantung pada keadaan hempedu kita ketika itu.
  • Petua ni memang menjadi, lebih dari 50 biji batu karang keluar dari hempedu, Alhamdulillah.
Batu karang
Batu karang yang terkeluar melalui air kencing.

Untuk kesan lebih baik, 3 bulan akan datang detox akan di buat sekali lagi dan 6 bulan selepas itu sekali lagi.

Petua ni juga elok diamalkan oleh semua orang untuk bersihkan hempedu dan hati.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: suficreative

Saturday, August 19, 2017

Tanda-tanda Dan Cara Merawat Penyakit Batu Karang

Tanda-tanda Dan Cara Merawat Penyakit Batu Karang

Jagalah pemakanan dan berhati-hati sebelum anda mendapat sakit batu karang kerana ia sememangnya sangat menyakitkan.

Batu Karang

Simptom batu karang adalah kesakitan yang keterlaluan sehinggakan pesakit yang menghidap batu karang akan mengerang kesakitan sehingga merengkuk atas lantai.

Tak boleh kencing dan apa yang kita boleh bayangkan adalah kesakitan yang amat sangat.

Tanda-Tanda Anda Mungkin Kena Batu Karang
  • sakit di bahagian belakang dan bawah abdomen.
  • sakit semasa nak membuang air.
  • air kencing berwarna pink, merah atau coklat.
  • rasa pening dan nak muntah.
  • jadi demam jika sudah berlaku jangkitan kuman.
  • kencing dalam jumlah yang sangat sedikit (seperti tak lawas).

Kalau agak-agak berlaku seperti tanda ini, teruslah ke hospital, jangan tunggu sehingga keadaan menjadi kronik baru hendak ke klinik sahaja, akhirnya klinik pun suruh terus hantar ke hospital.

Cara Merawat Batu Karang Pada Hempedu, Pundi Kencing dan Pinggang Secara Semulajadi
  • amalkan ambil jus lemon, olive oil dan cuka epal.
  • ambil jus delima.
  • ambil vitamin sumber magnesium.
  • makan celery.
  • amalkan jus daun selasih.
  • jauhkan makanan berproses dan makanan segera.
  • jangan minum air berkarbonat.

TETAPI! Ini semua memerlukan masa dan kesabaran.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: permatacintaku