Moratorium Covid-19 iaitu penangguhan rasmi bayaran ansuran bulanan daripada pembayar kepada pihak bank tanpa caj penalti atau denda, adalah untuk membantu meringankan beban kewangan rakyat Malaysia.
Kerajaan dan Bank Negara telah memperkenalkan moratorium COVID-19 pada 1 April 2020 selama 6 bulan, yang asalnya berakhir pada 30 September 2020.
Seterusnya, bank Negara Malaysia telah mengeluarkan maklumat lanjut mengenai moratorium bersasar dan fleksibiliti pembayaran balik kepada pihak bank bagi individu dan peminjam lain termasuk Perniagaan Kecil dan Sederhana (PKS) yang terkesan dengan penularan wabak COVID-19.
Golongan B40 dan peniaga kecil telah mendapat lanjutan moratorium secara automatik, juga tersedia untuk golongan M40 dan T20 yang boleh dimohon kepada bank masing-masing.
Berikut kami kongsikan dengan anda syarat-syarat kelayakan dan cara permohonan moratorium lanjutan ini.
Untuk makluman, moratorium lanjutan ini tidak akan menjejaskan laporan kredit CCRIS peminjam.
CARA PERMOHONAN MORATORIUM LANJUTAN
Mereka yang ingin membuat permohonan moratorium lanjutan dan fleksibiliti bayaran balik pinjaman boleh mengikuti cara-cara yang disediakan di bawah:
-
Peminjam boleh mula menghubungi bank atau AKPK bermula sekarang.
-
Hubungi pihak bank yang terlibat.
-
Menerusi panggilan, peminjam perlu memohon untuk melaksanakan moratorium bersasar atau fleksibliti pembayaran balik.
-
Pihak bank akan menyatakan jadual dan terma pembayaran balik yang baharu.
-
Pihak peminjam perlu memahami dan jika berpuas hati, pihak peminjam boleh menyatakan persetujuan.
-
Jika pelan yang ditawarkan tidak dipersetujui, terdapat dua langkah lain yang boleh dilakukan iaitu:
-
Peminjam boleh menghubungi Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK).
-
Bagi PKS, peminjam boleh memohon bantuan di bawah Skim Penyelesaian Pinjaman Kecil.
NOMBOR TELEFON BANK:
-
Bank Simpanan Nasional: 1300-88-1900
-
Maybank: 1-300-88-6688
-
CIMB Bank: 03-62047788
-
Bank Islam: 03-26900900
-
Bank Rakyat: 1-300-80-5454
-
Bank Muamalat: 1-300-88-8787
-
Agro Bank: 1-300-88-2476
-
AmBank: 03-21788888
-
Affin Bank: 03-82302222
-
Hong Leong Bank: 03-76268899
-
Public Bank: 1-800-22-5555
-
RHB Bank: 03-9206 8118
-
HSBC Amanah: 1-300-88-2626
-
MBSB Bank: 03-20963000
-
Alliance Bank: 03-55169988
-
OCBC Bank: 03-83149310
-
Standard Chartered Bank: 1-300-88-8888
-
SME Bank: 03-26037700
-
Bank Pembangunan Malaysia Berhad: 03-26113888
MORATORIUM MAYBANK
CARA MEMOHON LANJUTAN MORATORIUM BAGI B40 PELANGGAN SECARA ONLINE
Malayan Banking Berhad (Maybank), telah melanjutkan tempoh permohonan bantuan pembayaran balik untuk pinjaman atau pembiayaan (Moratorium) sehingga 30 Jun tahun 2021, sebagai usaha meneruskan bantuan kewangan kepada pelanggan individu dan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang terjejas.
Bagi mereka yang berminat dengan penawaran tersebut, peminjam perlu berjumpa dengan bank-bank dan mendapatkan khidmat nasihat dan juga bantuan dengan lebih jelas.
Bagi golongan B40, anda sebenarnya tidak perlu pergi ke mana-mana cawangan bank, sebaliknya permohonan boleh dibuat secara online sahaja.
Caranya cukup mudah, anda hanya perlu melayari laman web rasmi Maybank2u dan ikuti beberapa langkah mudah seperti berikut:
-
Layari laman utama Maybank2 di https://www.maybank2u.com.my/ dan tidak perlu pun login walaupun tiada akaun maybank2u.
-
Klik pada icon Covid-19 Assistance.
-
Anda boleh baca terlebih dahulu terma dan syarat sebelum membuat permohonan.
-
Di bahagian ruangan Email us, terdapat butang pada bahagian "For eligible B40" dan klik send email for TRA.
-
Selepas klik, pemohon hanya perlu mengisi beberapa butiran peribadi seperti Nama, No kad Pengenalan, No telefon dan remark pada pakej yang ingin diambil.
-
Pemohon boleh memilih pakej penangguhan selama 3 bulan atau 6 bulan bayaran balik dengan potongan 50 peratus.
-
Selepas butiran lengkap diisi, langkah terakhir pemohon hanya perlu menghantar email tersebut kepada weassist@maybank.com atau hanya perlu klik send.
Untuk golongan B40, setiap permohonan akan diluluskan dengan syarat mereka membuat permohonan online yang mana ia bukan lagi secara automatik seperti sebelum ini.
Jadi, bagi golongan B40 yang mempunyai akaun dan potongan pinjaman di Maybank, anda boleh memohon jika berminat.
MORATORIUM BANK RAKYAT
PERMOHONAN LANJUTAN MORATORIUM DAN BANTUAN BERSASAR KEPADA PELANGGAN KATEGORI M40
Susulan ucapan Belanjawan 2021 oleh Menteri Kewangan dan pengumuman Bank Negara Malaysia (BNM) pada 6 November 2020, Bank Rakyat mengambil inisiatif membantu pelanggan merancang komitmen pembiayaan menerusi program Bantuan Bayaran Pembiayaan Bersasar tambahan kepada pelanggan individu dan perusahaan mikro.
Tawaran ini khusus buat pelanggan B40 dan Pembiayaan Mikro-i yang menghadapi kesukaran meneruskan pembayaran pembiayaan mereka berikutan penularan wabak COVID-19. Bagi pelanggan M40 pula, anda boleh memohon bantuan Lanjutan Moratorium dan Bantuan Bersasar sedia ada Bank melalui proses yang dipermudahkan.
PROGRAM BANTUAN BAYARAN PEMBIAYAAN BERSASAR B40
Apakah kriteria pelanggan yang layak menikmati Program Bantuan Bayaran Pembiayaan Bersasar bagi pelanggan kategori B40?
Pelanggan yang layak adalah seperti berikut:
-
Individu golongan B40 yang didaftarkan dalam pangkalan data dan menerima Bantuan Sara Hidup (BSH)/Bantuan Prihatin Rakyat (BPR).
-
Turut layak:
-
Pelanggan yang mana pasangannya adalah penerima BSH/BPR.
-
Sekiranya pelanggan tidak memilih moratorium secara automatik (pada bulan Mac 2020), mereka juga layak untuk menerima bantuan ini.
Bagaimana pula dengan pelanggan kategori B40 yang telah mendaftar untuk mendapatkan Bantuan Bayaran Pembiayaan Bersasar sebelum ini?
Bank akan mempertimbangkan permintaan pelanggan yang sudah mendaftar untuk mendapatkan Bantuan Bayaran Pembiayaan Bersasar sebelum ini untuk menukar pilihan bantuan mereka jika diperlukan.
Apakah bentuk Bantuan Bayaran Pembiayaan Bersasar yang ditawarkan kepada pelanggan B40?
Pilihan 1
-
Menangguhkan ansuran bulanan selama 3 bulan (moratorium).
-
Bagi pembiayaan menggunakan kadar terapung, keuntungan akan terus diakru sepanjang tempoh tangguhan dan semasa dalam tempoh tambahan.
Pilihan 2
-
Mengurangkan ansuran bulanan sebanyak 50% selama 6 bulan.
-
Bagi pembiayaan menggunakan kadar terapung, keuntungan akan terus diakru sepanjang tempoh tangguhan dan semasa dalam tempoh tambahan.
Apakah produk yang terlibat dalam Bantuan Bayaran Pembiayaan Bersasar B40 ini?
Pembiayaan yang diluluskan sebelum 1 Oktober 2020 dan pembiayaan tidak terjejas (tidak tertunggak melebih 90 hari) melibatkan produk pembiayaan berikut:
-
Pembiayaan Peribadi-i
-
Pembiayaan Perumahan-i
-
Sewa Beli Kenderaan-i
-
Pembiayaan Mikro-i
Nota: Pembiayaan Perumahan-i dan Pembiayaan Pendidikan-i yang masih dalam tempoh tangguhan tidak dibenarkan untuk penjadualan semula. Walau bagaimanapun, pelanggan layak untuk mendapatkan lanjutan moratorium.
Bagaimanakah cara untuk memohon Bantuan Bayaran Pembiayaan Bersasar ini?
Pelanggan boleh memohon melalui borang elektronik yang disediakan di laman web rasmi Bank Rakyat,
www.bankrakyat.com.my.
Pelanggan juga boleh menghubungi Bank melalui saluran komunikasi rasmi seperti berikut:
-
E-mel ke bankrakyatrnr@bankrakyat.com.my. (Sila sertakan nama penuh, nombor kad pengenalan dan nombor telefon bimbit untuk dihubungi).
-
Pusat Panggilan di talian 1300800800.
-
Mengunjungi cawangan yang berdekatan.
Apakah dokumen yang perlu disediakan oleh pelanggan kategori B40 untuk memohon?
Pelanggan tidak perlu mengemukakan sebarang dokumen. Penilaian akan dibuat berdasarkan kepada semakan maklumat menerusi pangkalan data BSH/BPR.
Bilakah permohonan untuk Bantuan Bayaran Pembiayaan Bersasar ini boleh dilakukan dan berapa lamakah tempoh bantuan ini akan diberikan?
Pelanggan boleh mula memohon Bantuan Bayaran Pembiayaan Bersasar ini bermula 23 November 2020. Bantuan ini ditawarkan untuk pelanggan yang layak sehingga 30 Jun 2021. Bantuan akan bermula bagi ansuran pelanggan pada bulan berikutnya.
Adakah terdapat sebarang kos tambahan seperti pertambahan keuntungan, duti setem dan takaful yang dikenakan kepada pelanggan yang memohon kemudahan ini?
Ya, bagi pembiayaan kadar terapung, keuntungan akan terus terakru sepanjang tempoh tangguhan dan semasa dalam tempoh tambahan. Ini akan mengakibatkan keuntungan terkumpul bertambah.
Walau bagaimanapun, jumlah keuntungan yang dikenakan adalah tertakluk kepada baki keuntungan pada kadar siling pembiayaan.
Adakah akan berlaku perubahan jumlah ansuran bulanan selepas tamat tempoh moratorium?
Tidak. Walau bagaimanapun, bagi pembiayaan yang menggunakan kadar terapung sebarang perubahan jumlah ansuran bulanan adalah tertakluk kepada perubahan kadar asas (KA)/kadar asas pembiayaan (KAP) atau
perubahan dari semasa ke semasa.
Adakah akan berlaku perubahan pada tempoh pembiayaan selepas tamat tempoh moratorium?
Ya. Bilangan bulan tambahan yang diperlukan untuk menjelaskan pembiayaan boleh melebihi bilangan bulan moratorium yang diambil.
BANTUAN BAYARAN BERSASAR PEMBIAYAAN MIKRO-i
Apakah kriteria pelanggan yang layak menikmati Program Bantuan Bayaran Bersasar Pembiayaan Mikro-i?
Perusahaan mikro yang layak dengan nilai jumlah pembiayaan yang diluluskan sehingga RM150,000, diluluskan sebelum 1 Oktober 2020 dan pembiayaan tidak terjejas (tidak tertunggak melebih 90 hari).
Pelanggan yang didefinisikan sebagai perniagaan mikro berdasarkan Garis Panduan Definisi Industri Kecil Sederhana (IKS) yang dikeluarkan oleh SME Corporation Malaysia merangkumi entiti perniagaan di semua sektor dengan:
-
Perolehan jualan kurang dari RM300,000; atau
-
Kurang daripada 5 pekerja sepenuh masa Bank juga tidak memerlukan penyerahan dokumen untuk membuktikan kelayakan. Bank akan membuat keputusan berdasarkan maklumat terkini dalam pangkalan data dalaman Bank atau borang perakuan diri oleh pelanggan.
Apakah bentuk Bantuan Bayaran Pembiayaan Bersasar yang ditawarkan kepada pelanggan Mikro-i?
Pilihan 1
-
Menangguhkan ansuran bulanan selama 3 bulan (moratorium).
Pilihan 2
-
Mengurangkan ansuran bulanan sebanyak 50% selama 6 bulan.
Bagaimakah cara untuk memohon Bantuan Bayaran Pembiayaan Bersasar ini?
Pelanggan boleh memohon melalui borang elektronik yang disediakan di laman web rasmi Bank Rakyat, www.bankrakyat.com.my.
Pelanggan juga boleh menghubungi Bank melalui saluran komunikasi rasmi seperti berikut:
-
E-mel ke bankrakyatrnr@bankrakyat.com.my. (Sila sertakan nama penuh, nombor kad pengenalan dan nombor telefon bimbit untuk dihubungi)
-
Pusat Panggilan di talian 1300800800.
-
Mengunjungi cawangan yang berdekatan.
Apakah dokumen yang perlu dikemukakan untuk memohon?
Borang perakuan diri pelanggan yang menyatakan perolehan jualan kurang dari RM300,000.00 atau pekerja sepenuh masa kurang daripada 5 orang.
Bilakah permohonan untuk Bantuan Bayaran Pembiayaan Bersasar ini boleh dilakukan dan berapa lamakah tempoh bantuan ini akan diberikan?
Pelanggan boleh mula memohon Bantuan Bayaran Bersasar ini bermula 23 November 2020. Bantuan ini ditawarkan untuk pelanggan yang layak sehingga 30 Jun 2021. Bantuan akan bermula bagi ansuran pelanggan
pada bulan berikutnya.
Adakah terdapat sebarang kos tambahan seperti pertambahan keuntungan, duti setem dan takaful yang dikenakan kepada pelanggan yang memohon kemudahan ini?
Tidak.
Adakah akan berlaku perubahan jumlah ansuran bulanan selepas tamat tempoh moratorium?
Tidak.
Adakah akan berlaku perubahan pada tempoh pembiayaan selepas tamat tempoh moratorium?
Ya. Bilangan bulan akan ditambah untuk memastikan baki pembiayaan dapat dijelaskan.
PERUBAHAN PROSES PERMOHONAN LANJUTAN MORATORIUM DAN BANTUAN BERSASAR BAGI PELANGGAN KATEGORI M40
Apakah kriteria pelanggan yang layak?
Pelanggan golongan M40 yang didaftarkan dalam pangkalan data Bantuan Prihatin Nasional (BPN).
Apakah perubahan yang dinyatakan?
Pelanggan M40 hanya perlu membuat pengisytiharan kendiri berhubung pendapatan mereka atau pendapatan isi rumah telah berkurangan akibat penularan pandemik. (Contohnya, pendapatan suami dan isteri yang telah berkurangan apabila digabungkan).
Adakah Bank boleh meminta dokumen tambahan selain yang dinyatakan di atas selepas permohonan diluluskan?
Ya, Bank boleh meminta dokumen tambahan untuk tujuan pengesahan setelah permohonan diluluskan dengan memaklumkan pelanggan terlebih dahulu perkara tersebut semasa menerima permohonan dari pelanggan.(Contoh dokumen adalah seperti penyata gaji dan penyata bank.)
Apakah yang perlu dilakukan oleh pelanggan yang berhasrat mendapatkan Bantuan Bayaran Pembiayaan Bersasar ini?
Pelanggan boleh memohon melalui borang elektronik yang disediakan di laman web rasmi Bank Rakyat, www.bankrakyat.com.my.
Pelanggan juga boleh menghubungi Bank melalui saluran komunikasi rasmi seperti berikut:
-
E-mel ke bankrakyatrnr@bankrakyat.com.my. (Sila sertakan nama penuh, nombor kad pengenalan dan nombor telefon bimbit untuk dihubungi)
-
Pusat Panggilan di talian 1300800800.
-
Mengunjungi cawangan yang berdekatan.
Bilakah permohonan ini boleh dilakukan dan berapa lamakah tempoh bantuan ini akan diberikan?
Pelanggan boleh mula memohon bermula 23 November 2020. Bantuan ini ditawarkan untuk pelanggan yang layak sehingga 30 Jun 2021. Bantuan akan bermula bagi ansuran pelanggan pada bulan berikutnya.
Semoga artikel ini dapat membantu anda berkaitan dengan informasi moratorium lanjutan bersasar.
BACA INI JUGA:
sumber:
1 |
2