Friday, June 30, 2017

Apa Itu Penyakit Autoimun, Sistem Pertahanan Tubuh Yang Menyerang Diri Sendiri

Apa Itu Penyakit Autoimun, Sistem Pertahanan Tubuh Yang Menyerang Diri Sendiri

Sebenarnya sistem imun tubuh atau disebut imuniti (kekebalan) adalah sistem yang berfungsi untuk melindungi tubuh dari ‘ancaman’ yang membahayakan tubuh seperti jangkitan bakteria, virus dan fungus.

Autoimun

Penyakit autoimun (AI) adalah penyakit dimana sistem imun tubuh seseorang menyerang sel atau tisunya sendiri.

Ia terjadi kerana sistem imun badan gagal membezakan sel atau tisu badan dan menganggap sel tersebut adalah sel asing dan disebabkan kegagalan tersebut maka ia menyerang pelbagai organ dan tisu.

Tanda-tanda seseorang mungkin menghidap penyakit autoimun;
  1. Sakit sendi, sakit otot atau kelemahan otot.
  2. Susut berat badan.
  3. Ruam yang berulang, amat sensitif pada cahaya matahari, ruam berbentuk rama-rama pada hidung dan pipi.
  4. Sukar untuk memberikan perhatian atau tumpuan.
  5. Rasa letih, berat badan bertambah atau tidak tahan sejuk.
  6. Rambut gugur ataupun keputihan pada kulit.
  7. Kekeringna pada bahagian mata, mulut dan kulit.
  8. Kebas pada bahaian tangan dan kaki.
  9. Kerap mengalami keguguran.

Untuk mengesahkan kehadiran gangguan autoimun pada manusia biasanya memerlukan beberapa ujian darah.

Punca Autoimun

Secara realitinya penyebab penyakit autoimun hingga saat ini belum diketahui meskipun beberapa teori telah diutarakan.

Secara umumnya penyakit autoimun disebabkan oleh faktor-faktor berikut:-
  1. Sejarah keluarga yang mempunyai penyakit autoimun.
  2. Jantina dan status hormone (75% penyakit autoimun berlaku di kalangan wanita).
  3. Jangkitan virus atau bakteria.
  4. Pendedahan kepada persekitaran dan bahan kimia toksik.
  5. Tekanan (stress) dan trauma.
  6. Merokok.
  7. Kekurangan nutrisi.

Satu teori menarik yang dikemukan oleh Dr. Stephen B. Edelson (salah seorang pakar penyakit autoimun di USA) menyatakan penyakit autoimun adalah kombinasi dari faktor genetik dan persekitaran. Faktor genetik menyumbang kepada penyakit autoimun dan dipengaruhi oleh keadaan persekitaran.

Satu lagi teori menarik yang dikemukakan oleh Dr. Thomas Nissen (pakar kesihatan alam sekitar) mengatakan bahawa semua manusia mempunyai faktor genetik yang cenderung kepada satu-satu penyakit.

Jika seseorang terlalu lama terdedah kepada persekitaran yang tidak sihat (toksin) ia akan mencetuskan pembentukan radikal bebas dalam tubuh manusia.

Radikal bebas ini akan merubah pH tubuh manusia yang memudahkan virus,bakteria dan fungus untuk hidup dan merangsang pembentukan radikal bebas yang berperanan merosakkan sel-sel dalam tubuh manusia.

Autoimmuniti akan terhasil apabila sistem imun badan bertindak menyerang sel-sel yang rosak ini.

Jenis-jenis penyakit autoimun

1. Anemia hemolitik autoimun

Punca
  • Sel darah merah

Implikasi
  • Anemia (penurunan dalam tahap sel-sel darah merah di dalam darah), keletihan, lemah, pening. Pembesaran limpa. Anemia boleh berlaku dalam keadaan yang sangat teruk dan kadang-kadang menyebabkan kematian pesakit.

2. Pemphigoid Bullous

Punca
  • Kulit

Implikasi
  • Lepuh besar berwarna merah, radang kulit; gatal-gatal.

3. Sindrom Goodpasture

Punca
  • Paru-paru dan buah pinggang

Implikasi
  • Gejala: sesak nafas, batuk kahak yang mengandungi darah, lemah, bengkak dan gatal-gatal. Boleh disembuhkan jika rawatan dimulakan segera sebelum berlaku kerosakan serius paru-paru dan buah pinggang.

4. Penyakit Graves

Punca
  • Tiroid

Implikasi
  • Ini adalah penyakit autoimun yang menyerang kelenjar tiroid iaitu kelenjar di leher yang menghasilkan hormon tiroid. Antara tanda-tandanya: suhu badan yang tinggi, bergegar, pengurangan berat badan, cemas.

5. Penyakit Hashimoto

Punca
  • Tiroid

Implikasi
  • Berbeza dengan Grave’s disease, Hashimoto’s disease umumnya menyebabkan kelenjar tiroid kurang aktif (hipotiroid) sehingga tidak menghasilkan cukup hormon tiroid. Gejala yang akan timbul di antaranya adalah peningkatan berat badan, gangguan emosional, keletihan tanpa sebab yang jelas, susah mengingat serta mengantuk.

6. Multiple Sclerosis (MS)

Punca
  • Axion

Implikasi
  • Sistem imun pesakit akan menyerang pelindung saraf (mielin) otak atau tulang belakang (medulla spinal) sehingga mengganggu fungsi saraf untuk berkomunikasi dengan saraf lain di otak, tulang belakang atau bahagian lain tubuh.

7. Myasthenia Gravis

Punca
  • Kelemahan otot

Implikasi
  • Dalam bahasa yunani dan latin Myasthenia gravis di ertikan sebagai kelemahan otot. Myasthenia gravis adalah penyakit autoimun yang menyebabkan kelemahan otot yang serius.

8. Pemphigus

Punca
  • Kulit

Implikasi
  • Kemunculan lepuh besar pada kulit yang boleh mengancam nyawa.

9. Anemia

Punca
  • Sel-sel lapisan dalam dinding perut

Implikasi
  • Kerosakan kepada membran sel perut, yang merupakan ciri gangguan autoimun ini, penyerapan vitamin B12 adalah perlu bagi sel-sel darah dan mengekalkan sel-sel saraf.

10. Rheumatoid Arthritis (RA)

Punca
  • Sendi dan tisu-tisu lain, seperti tisu paru-paru, saraf, kulit dan hati.

Implikasi
  • Rheumatoid arthritis adalah penyakit autoimun sistemik yang menyerang sendi-sendi bukan kelenjar eksokrin.

11. Systemic Lupus Erythematosus (SLE)

Punca
  • Sendi, buah pinggang, kulit, paru-paru, jantung, otak dan sel darah

Implikasi
  • Systemic lupus erythematosus (SLE) adalah penyakit autoimun yang paling popular. SLE merupakan penyakit autoimun yang melibatkan lebih dari satu organ. Oleh itu kesan dari penyakit ini amat berat kerana melibatkan banyak organ dan gejala-gejala yang timbul adalah tidak spesifik.

12. Diabetes Mellitus jenis 1

Punca
  • Beta-sel pankreas (yang membuat insulin)

Implikasi
  • Antara tanda-tanda: dahaga yang melampau, kerap membuang air kecil, selera makan meningkat dan pelbagai komplikasi jangka panjang. Pesakit perlu dirawat dengan insulin sepanjang hayat mereka.

13. Vaskulitis

Punca
  • Saluran darah

Implikasi
  • Vaskulitis boleh memberi kesan kepada saluran darah di dalam satu atau lebih bahagian badan. Prognosis bergantung kepada jenis Vaskulitis dan tahap kerosakan tisu.

14. Scleroderma

Punca
  • Kulit

Implikasi
  • Seperti Psoriasis, Scleroderma adalah juga penyakit autoimun yang menyerang kulit. Kulit penderita Scleroderma akan menjadi pengerasan berbentuk oval atau memanjang.

Myasthenia Gravis

Punca
  • Otot

Implikasi
  • Dalam bahasa yunani dan latin Myasthenia gravis di ertikan sebagai kelemahan otot. Myasthenia gravis adalah penyakit autoimun yang menyebabkan kelemahan otot yang serius.

15. Sjögren’s Syndrome

Punca
  • Kelenjar

Implikasi
  • Sjögren’s syndrome adalah penyakit autoimun sistemik yang menyerang kelenjar eksokrin yang menghasilkan cairan pelembab seperti air mata, air liur dan peluh.

16. Celiac Disease

Punca
  • Usus.

Implikasi
  • Adalah penyakit autoimun yang menyerang usus kecil sebagai respon dari intoleransi terhadap produk gluten iaitu bahan yang terdapat dalam gandum. Ia akan menyebabkan gangguan absorpsi (malabsorpsi) sehingga pesakit tidak mendapatkan gizi yang cukup. Pada kanak-kanak, keadaan ini menyebabkan gangguan pertumbuhan dan perkembangan. Gejala-gejala lain adalah seperti penurunan berat badan, ketidakselesaan perut, kembung, cirit dan Anemia.

17. Addison’s Disease

Punca
  • Kelenjar

Implikasi
  • Addison’s disease, sistem imun akan menyerang kelenjar adrenal yang letaknya diatas ginjal yang menghasilkan hormon steroid berupa mineralokortikoid, glukokortikoid serta gonadokortikoid.

Diagnosis

Diagnosis untuk penyakit autoimun adalah amat mencabar. Ia memerlukan kombinasi di antara tanda-tanda dan gejala yang dialami oleh pesakit serta disokong oleh penyiasatan makmal.

Ujian Makmal

Prinsip asas penyiasatan makmal adalah mengesan kehadiran antibodi dalam darah pesakit.

Ada 2 kaedah yang sering dijalankan dimakmal iaitu:
  1. Ujian Elisa
  2. Ujian Immuno Flourescent (IF)

Rawatan
  • Vitamin D
  • Cahaya matahari
  • Teh Hijau Organik
  • Normalisasi Tabiat kebersihan diri (jangan fanatik memantau kebersihan)
  • Mengurangkan penggunaan minyak wangi
  • Mengurangkan penggunaan aspartame
  • Diet yang mengurangkan keradangan

Objektif rawatan penyakit autoimun adalah;
  1. Mengurangkan simtom.
  2. Mengawal proses autoimun (ubat immunosuppressive –kawal atau kurangkan tindakbalas imun.
  3. Mengekalkan kebolehan badan menentang penyakit.
  4. Rawatan mana yang akan digunakan bergantung kepada gejala dan penyakit AI tertentu.

Untuk merawat gangguan autoimun adalah dengan menggunakan ubat-ubatan yang melawan sistem imun

Walau bagaimanapun, banyak ubat-ubatan ini akan mengganggu keupayaan badan untuk melawan penyakit.

Immunosuppressants, seperti azathioprine, chlorambucil, cyclophosphamide, cyclosporin, methotrexate, mycophenolate perlu diambil untuk masa yang lama dan sepanjang rawatan ia akan meningkatkan risiko pelbagai penyakit, termasuk kanser.

Kortikosteroid bukan sahaja menekan sistem imun, jika digunakan dalam jangka masa yang panjang, ia menyebabkan banyak kesan sampingan.

Etanercept, infliximab dan adalimubab menyekat aktiviti faktor nekrosis tumor, bahan yang boleh menyebabkan keradangan di dalam badan.

Ubat-ubatan ini adalah sangat berkesan dalam rawatan artritis reumatoid, tetapi ia boleh menyebabkan bahaya jika digunakan untuk merawat penyakit tertentu yang lain autoimun seperti multiple sclerosis.

Kadang-kadang rawatan penyakit autoimun menggunakan plasmapheresis, dari darah antibodi yang tidak normal kemudiannya dikeluarkan, selepas itu darah dipindahkan semula k edalam badan pesakit .

Sesetengah penyakit auto-imun boleh disembuhkan namun, dalam kebanyakan kes kronik pesakit akan memerlukan rawatan sepanjang hayat mereka.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Daun Ajaib Rerama Hijau Penawar Kanser Dan Penyakit Kronik!

sumber: myhealth