Tuesday, May 01, 2018

9 Perkara Tentang Autisme Anda Perlu Tahu

9 Perkara Tentang Autisme Anda Perlu Tahu

Austime atau Autism Spectrum Disorder (ASD) adalah gangguan perkembangan saraf yang mempengaruhi kemampuan seseorang kanak-kanak dalam berkomunikasi, interaksi sosial dan tingkah laku.

9 Perkara Tentang Autisme Anda Perlu Tahu

Malangnya, masih ada dalam kalangan anggota masyarakat yang tidak memahami apa itu sebenarnya sindrom autisme kerana kebanyakan kanak-kanak yang menghadapinya kelihatan normal seperti kanak-kanak biasa.

Tahukah anda bahawa satu daripada 160 kanak-kanak di dunia adalah kanak-kanak autistik?

Ini 9 perkara yang perlu anda tahu tentang autisme.

1. Tidak menunjukkan respon

Kanak-kanak autistik kebanyakannya tidak akan menunjukkan respon semasa berinteraksi dengan orang lain. Mereka lebih gemar mengasingkan diri seolah-olah berada dalam dunianya sendiri.

2. Perkembangan bahasa berbeza

Perkembangan bahasa kanak-kanak autisme adalah berbeza bagi setiap individu. Antara masalah perkembangan bahasa adalah mereka tidak boleh bertutur dan hanya mengeluarkan bunyi.

Manakala, masalah perkembangan bahasa bagi yang boleh bertutur adalah perkataan yang dikatakan tidak mempunyai makna dan sukar untuk difahami.

3. Tiada keupayaan untuk tumpu perhatian

Kanak-kanak autisme kebanyakannya tidak tahu bagaimana untuk memulakan perbualan atau memberi respon. Ini kerana mereka tiada keupayaan untuk menumpukan perhatian.

4. Lambat dikesan oleh keluarga terdekat

Ramai kanak-kanak yang menghidap autisme lambat dikesan oleh keluarga terdekat seperti ibu bapa atau penjaga.

Biasanya, penghidap autisme boleh dikenal pasti seawal usia dua atau tiga tahun. Jika anak-anak anda menunjukkan tanda-tanda ini, segera dapatkan rawatan pakar.

5. Bantuan dan rundingan

Jika anak-anak anda menunjukkan ciri-ciri ini, anda boleh mendapatkan bantuan dan rundingan dari kumpulan sokongan seperti Kementerian Kesihatan Malaysia seperti yang tertera di laman sesawang ini.

6. Tips untuk berkomunikasi

Antara tip untuk berkomunikasi dengan kanak-kanak autistik adalah memberi arahan mudah dan jelas kepada mereka.

Selain itu, kanak-kanak autistik gemar untuk melakukan aktiviti secara berulang.

Maka, lakukan aktiviti harian anak-anak autisme berdasarkan rutin yang dijadualkan.

7. Berdaftar dengan Jabatan Pendidikan Khas dan Jabatan Kebajikan Masyarakat

Kanak-kanak autistik di Malaysia perlu berdaftar dengan Jabatan Pendidikan Khas, Kementerian Pelajaran untuk mendapatkan keperluan pendidikan.

Mereka juga perlu berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk mendapatkan pendaftaran Orang Kurang Upaya (OKU).

8. 15,484 penghidap autisme

Setakat Mei 2017, Jabatan Kebajikan Masyarakat telah mencatatkan seramai 15,484 orang dikenali menghadapi masalah autisme di seluruh negara.

Dari jumlah tersebut, 2,080 orang yang didaftar adalah berumur bawah enam tahun, 7,167 orang berumur tujuh hingga 12 tahun, 2,248 orang berumur 13 hingga 18 tahun.

9. Hari Kesedaran Autisme Sedunia

Hari Kesedaran Autisme Sedunia disambut pada 2 April setiap tahun bagi meningkatkan kesedaran masyarakat agar lebih peka terhadap individu yang menghidap autisme.

Dalam pada itu, netizen seluruh dunia turut meluahkan keperhatinan mereka kepada anak-anak ini di platform media sosial sempena Hari Kesedaran Austime Sedunia 2018.

Rata-rata menyatakan hasrat untuk memakai pakaian berwarna biru simbolik kepada hari tersebut.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: astroawani

Friday, April 29, 2016

Apa Sebenarnya Penyakit Autisme?

Apa Sebenarnya Penyakit Autisme?

Ramai ibu bapa yang tidak mengetahui apakah sebenarnya “Autisme”. Apakah simptom-simptom bagi anak-anak yang menghidap Autisme? Apakah cara untuk merawatnya? Bagaimana terjadinya Autisme? Dan pelbagai lagi persoalan yang timbul tentang penyaki Autisme ini. Sebagai ibu bapa, kita seharusnya sentiasa peka dengan perkembangan anak-anak.

Sindrom Autisme

Kanak-kanak yang menghidap sindrom autisme sama seperti kanak-kanak normal, namun mempunyai tingkah laku yang berbeza maka kesabaran diperlukan untuk mendidik insan istimewa ini, apa itu penyakit Autisme sebenarnya?

Tahukah anda apa itu penyakit Autisme? Sebenarnya autisme atau autistik bukanlah sejenis penyakit, tapi ramai yang mengatakan ianya suatu penyakit.

Penyakit Autisme adalah penyakit yang akan mengakibatkan mereka kehilangan keupayaan untuk memahami keadaan sekeliling, kecuali diri mereka sendiri sahaja.

Kanak-kanak autisme biasanya menghadapi masalah terencat akal pada tahap berbeza disebabkan proses pembelajaran mereka lebih lambat, mempunyai masalah untuk berinteraksi, berkomunikasi dan tingkah laku.

Kanak-kanak yang mengalami sindrom Autisme akan menyebabkan mereka tidak memahami perasaan orang lain, tiada usaha menggembirakan orang lain dan tidak pandai berinteraksi secara spontan.

Ciri-ciri Sindrom Autisme

1. Tidak mampu Bersosial
  • Tidak menghiraukan orang lain.
  • Kelihatan tidak sensitif pada keperluan, perasaan dan pemikiran orang lain.
  • Tidak mahu bertentang mata atau menunjukkan ekspresi muka apabila bercakap.
  • Tidak suka dipegangan, dipeluk atau dicium.
  • Susah berkerjasama, berkongsi dan menunggu giliran.
  • Lebih suka bermain sendiri.
  • Tidak suka bermain yang menggunakan imaginasi.

2. Tidak Bertutur dan Berkomunikasi
  • Lambat bercakap.
  • Mempunyai masalah bercakap dan memahami percakapan orang.
  • Tidak boleh berkomunikasi dengan baik.
  • Bercakap dalam nada yang pelik, seperti menyanyi atau bercakap macam robot.
  • Sukar memulakan percakapan. Kalau berbual, hanya kepada satu pihak sahaja.
  • Mungkin mengulang perkataan yang sama tetapi tidak memahami maksudnya.

3. Mempunyai Masalah Dalam Pemikiran dan perlakuan
  • Suka melakukan perkara yang sama/berulang dan tidak suka kepada pembaharuan.
  • Mereka mudah terganggu apabila disuruh melakukan perubahan.
  • Menunjukkan minat pelik, contohnya terhadap peta, peralatan elektronik, roda kereta dan objek berputar.
  • Sangat sensitif terhada bau, rasa dan bunyi yang menyebabkan mereka menunjukkan perlakuan diluar kawalan.
  • Mempunyai pergerakan badan yang pelik dan melakukannya berulang-ulang.
  • Tidak boleh duduk diam.
  • Menunjukkan keinginannya dengan atngan orang dewasa.

4. Masalah Tingkah Laku
  • Suka mengasingkan diri. Biasanya kekecewaan ditunjukkan dengan tindakbalas negatif seperti mengamuk, marah-marah dan agresif.
  • Bersikap positif, tidak faham keadaan semasa dan keadaan baik dan buruk.
  • Tidak tahu bersosial, jika melakukan kesalahan ianya sangat mudah dikesan.
  • Aktif tetapi perangai pelik, kanak-kanak jenis ini suka mendapatkan perhatian orang lain dan biasanya mereka diejek atau dibuli kanak-kanak lain.

Tetapi adakah anda pernah terfikir bagaimana mereka untuk menyesuaikan diri ketika berada di sekolah?

Terdapat beberapa langkah dalam mendidik kanak-kanak sindrom Autisme sebegini melalui pendekatan dan strategi pengajaran yang sesuai, kanak-kanak autisme juga akan memperoleh manfaat seperti kanak-kanak normal yang lain.

Antaranya:
  • Meningkatkan interaksi sosial
  • Lebih banyak tingkah laku normal yang dapat diperhati dan dicontohi
  • Meningkatkan perkembangan bahasa
  • Menjadi lebih berdik

Untuk pengetahuan juga, kanak-kanak autisme bukanlah kanak-kanak golongan berisiko atau bodoh, cuma kebanyakan masyarakat sekarang tidak tahu cara atau bagaimana untuk mendekati mereka.

Oleh kerana mereka ada masalah perlakuan, pemikiran dan tidak pandai bersosial, perkembangan kanak-kanak autisme biasanya lebih perlahan daripada kanak-kanak normal.

BACA INI JUGA: Sindrom Menkes, Penyakit Misteri Yang Menyerang Bayi

sumber: alkindi10autisme