Thursday, June 25, 2020

Asal-usul Perayaan Hantu Lapar Masyarakat Cina

Asal-usul Perayaan Hantu Lapar Masyarakat Cina

Istilah Perayaan Hantu Lapar (Hungry Ghost Festival) dikatakan adalah rekaan istilah orang British semasa mereka menjejakkan kaki ke negara-negara Timur Asia dan hasil dari itu sambutan perayaan ini diberi satu gambaran sebagai sesuatu yang menakutkan.

Festival Hantu Lapar

Menurut Routledge Encyclopedia of Religious Rites, Rituals and Festivals (Religion and Society), hlm. 92, perayaan ini dikenali sebagai Yulanhui atau Yulanpen dalam hari ke-15 pada bulan ke-7 mengikut kalendar Buddha.

Sementara itu, istilah sebenar sambutan hantu lapar adalah Zhongyuan Jie, Gui Jie atau Yulan Festival (Yú lán pén jié), adalah sebuah perayaan yang disambut oleh penganut Buddha dan Tao di negara Asia.

Yu Lan adalah perkataan asing yang bermaksud "nasib malang orang yang digantung terbalik di dalam neraka", manakala Pen adalah mangkuk.

Yu Lan Pen dilihat sebagai: mangkuk yang disediakan makanan di dalamnya untuk para sami, dengan niat untuk menyelamatkan nasib moyang mereka yang "digantung terbalik" di dalam neraka.

Perayaan Hantu Lapar ini dikatakan bermula pada sekitar kurun ke-7 (antara 601-700 Masihi).

ASAL-USUL

Sambutan Festival Hantu Lapar adalah berbeza kerana penganut Tao, menumpukan perhatian untuk menenangkan roh-roh yang sedang berkeliaran kerana dilepaskan dari neraka, sementara bagi para penganut Buddha pula adalah lebih kepada membina nilai bakti anak-anak kepada orang tua mereka.

1. Buddhisme

Kebanyakan orang mengetahui tentang kisah perayaan ini melalui tukang cerita profesional, yang menceritakan sebuah kisah bertajuk "The Transformation Text on Mu-lien Saving His Mother from the Dark Regions".

Kisahnya tentang seorang pengikut Siddhratha Gautama Buddha bernama Mu-Lien (sanskrit: Maudgalyayana), yang mempunyai kebolehan untuk melihat alam ghaib, serta misinya untuk mencari kedua ibu bapanya yang telah meninggal dunia.

Kisah ini juga tertulis di dalam Ullambana Sutra (juga dikenali Yulanpen Sutra, dipercayai ditulis antara 266- 313 Masihi).

Maudgalyayana beri ibu makan
Maudgalyayana datang memberi makanan kepada ibunya di neraka.

Sejarahnya bermula daripada kisah ibu Maudgalyayana yang menyembunyikan derma kepada kuil dan kemudiannya menjadi hantu lapar di neraka.

Ini adalah balasan kepada ibunya kerana tidak membelanjakan wang peninggalan suaminya dengan memberikan makanan kepada orang ramai sepertimana diwasiatkan oleh suaminya itu.

Ketika Maudgalyayana sedang bertapa, dia ternampak ibunya sedang merana di dalam neraka akibat daripada balasan amalan buruk semasa hidup.

Ibunya telah menjadi hantu lapar dengan memiliki perut yang besar tetapi dengan leher yang sempit, menyebabkan ia sukar untuk menelan makanan, manakala perut yang besar menyebabkan perut selalu kosong dan selalu kelaparan.

Ibu Mu Lien diberi makan
Ibu Mu Lien diberi makan di neraka, yang memiliki leher kecil tetapi perut yang besar.

Hal ini membuatkan Maudgalyayana berasa sedih, terseksa dan bertekad untuk menyelamatkan ibunya.

Dia telah mengurangkan seksaan ibunya itu dengan meminta tunjuk ajar daripada Buddha, cara untuk memberi makan kepada ibunya itu.

Buddha mengarahkannya untuk meletakkan makanan di atas pinggan yang bersih dan membaca mantera tertentu sebanyak tujuh kali, dan memetik jari untuk memanggil roh yang telah meninggal lalu meletakkan makanan itu di atas lantai yang bersih.

Perbuatan Maudgalyāyana ini telah dapat menyelamatkan ibunya, yang kemudian telah menjelma menjadi anjing yang dijaga oleh sebuah keluarga bangsawan.

Dia lalu meminta bantuan Buddha sekali lagi untuk menghidupkan semula ibunya menjadi manusia.

Buddha pun menetapkan suatu hari (iaitu hari ke-14 bulan ke-7 tahun lunar) di mana Maudgalyāyana perlu memberi makan kepada 500 bhikkhu (para sami), sehingga ibunya dapat dihidupkan kembali dalam bentuk manusia.

Ada juga sebahagian sarjana berpendapat bahawa perayaan tradisi ini diamalkan sebelum kedatangan agama Buddha dan ia adalah lebih kepada kepercayaan kuno (Chinese folk religion) yang merangkumi seluruh daerah.

Namun, asal-usulnya tidak dapat dipastikan kerana budaya ini terdapat di negara-negara Asia dan India sehinggakan di Kemboja dan Jepun juga mempunyai perayaan yang hampir serupa dan diraikan pada bulan berkenaan.

2. Taoisme

Mengikut kepercayaan Tao, pintu neraka terbuka pada hari pertama bulan 7 dan hantu lapar akan bebas untuk mencari makanan ataupun membalas dendam kepada mereka yang berbuat jahat.

Mengikut satu cerita lain, Raja Yama (Raja Neraka) membuka pintu neraka dan membenarkan hantu liar untuk menikmati penyembahan pada hari pertama pada bulan 7.

Pintu akan ditutup pada hari terakhir pada bulan berkenaan agar hantu ini balik ke neraka, dan masyarakat Cina percaya pintu syurga juga terbuka pada bulan berkenaan, lalu mereka menyembah nenek moyang serta dewa-dewi yang datang daripada syurga.

Secara tradisinya pada bulan ini, para agamawan Taoisme akan melaksanakan upacara dan membuat persembahan makanan, sementara para penyembah akan mengunjungi kuil, serta berdoa untuk kebahagiaan dan menghindarkan bencana.

PERAYAAN

Walaupun Festival Hantu Lapar berbeza antara Tao dan Buddha, akan tetapi sambutan ini diamalkan bersekali (sinkretis) oleh masyarakat Cina di Malaysia pada hari ini.

Ketika sambutan perayaan ini, kuil, biara dan masyarakat cina akan melakukan sembahyang dan membuat persembahan makanan dan membakar kertas yang dibuat pakaian, keperluan harian dan juga barangan mewah kertas yang lain.

Mereka juga akan membuat persembahan opera Cina untuk menghiburkan hantu-hantu, akan tetapi trend telah beralih ke arah muzik Cina Moden dikenali sebagai Gei Tai. Ada juga sebahagian tempat disertakan dengan tarian dan joget.

Pada majlis tersebut, kerusi bahagian hadapan akan dibiarkan kosong untuk membenarkan hantu-hantu duduk disitu dan kerusi itu tidak dibenarkan untuk peserta mendudukinya.

Acara itu berakhir dengan makan malam untuk semua peserta, dan lelongan diadakan untuk mengumpulkan dana untuk badan amal.

Oleh itu, sementara upacara-upacara itu bertujuan untuk meraikan roh-roh yang melawat alam manusia, aktiviti-aktiviti ini juga memberi manfaat kepada masyarakat yang kurang bernasib baik melalui lelongan amal.

KESIMPULAN

Perayaan ini merupakan perayaan masyarakat Cina, kerana kepercayaan tentang roh adalah sangat menebal dan kompleks sehingga mewujudkan perayaan-perayaan yang membentuk 'penyelamatan' kepada orang yang sudah meninggal.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: askislam

Wednesday, June 17, 2020

Asal-usul Istilah 420 Sebagai Kod Untuk Menghisap Ganja

Asal-usul Istilah 420 Sebagai Kod Untuk Menghisap Ganja

Kebanyakan golongan 'bani tenang' tidak mengetahui asal usul perkataan '420' kerana ada segelintir dari mereka percaya bahawa 420 adalah jumlah bahan kimia aktif yang terdapat di dalam ganja, manakala yang lain pula merujuk nombor tersebut sebagai masa minum petang di Belanda.

420 Marijuana Code

Ada juga yang percaya 420 merujuk kepada hari ulang tahun kelahiran Adolf Hitler iaitu 20 April 1889 namun, cerita sebenar di sebalik nombor 420 adalah mengenai pengembaraan lima orang remaja yang masih bersekolah di California.

Mereka menghabiskan masa dengan duduk melepak di kawasan luar Sekolah Tinggi San Rafael, tempat pertemuan bagi kumpulan yang dipanggil sebagai Waldos.

Semuanya bermula pada musim gugur tahun 1971, apabila kumpulan Waldos yang dianggotai oleh pelajar sekolah telah 'menemui' satu peta rahsia ke tempat penanaman ganja yang dimiliki oleh seorang pengawal pantai yang telah dilarang untuk menanam tanaman tersebut.

Malah, ada yang menyatakan bahawa peta itu diberikan sendiri oleh tuan tanah itu.

Setiap minggu, mereka akan bertemu di luar kawasan sekolah atau lebih tepat lagi di bawah patung Louis Pasteur, seorang ahli biologi, ahli mikrobiologi dan ahli kimia yang terkenal dari Perancis.

Pertemuan mereka membawa kepada satu misi, iaitu mencari 'harta karun' yang ditinggalkan.

Patung Louise Pasteur
Patung Louise Pasteur Di San Rafael High School.

Jam berapa mereka akan berkumpul?Jawapannya ialah 4:20 petang, selepas latihan, kerana kelima-lima pelajar ini adalah atlet di sekolah.

Kumpulan Waldos terlebih dahulu akan duduk melepak di dalam kereta, menghisap ganja dan seterusnya menjelajahi Hutan Point Reyes bagi menjalankan misi mereka untuk mendapatkan tanaman ganja yang ditinggalkan.

Salah seorang anggota Waldos, Steve Capper, berkata kepada Huffington Post, "Kami akan saling mengingatkan antara satu sama lain yang kami akan berkumpul pada jam 4:20.

"Pada mulanya ia dipanggil dengan nama 4:20-Louis, tapi kami akhirnya membuang Louis."

Istilah Terkenal 420

Namun, selama melakukan misi pencarian 'harta karun' tersebut, mereka telah gagal menemui tanaman ganja yang ditinggalkan.

Tetapi mereka tidak gagal untuk mencipta sesuatu yang bertahan sehingga ke hari ini, iaitu istilah 420 yang sering digunakan oleh anak-anak disekitar Amerika Syarikat dan Eropah sebagai kod untuk menghisap ganja tanpa diketahui oleh ibu bapa.

Waldos

TIGA AHLI KUMPULAN WALDOS. (DARI KIRI) MARK GRAVITCH, DAVE REDDIX DAN STEVE CAPPER DENGAN BENDERA ASAL 420 – HISTORY/CARLY SCHWARTZ.

Tetapi, bagaimana pertemuan kecil lima orang pelajar di bawah patung Louis Pasteur mampu menyebarkan satu kod rasmi yang diguna pakai oleh semua penghisap ganja di seluruh dunia?

Jawapannya ada pada kumpulan rock tahun 1965, iaitu Grateful Dead, kerana kumpulan Waldos mempunyai hubungan yang baik dengan kumpulan ini.

Ayah kepada salah seorang ahli kumpulan Waldos adalah individu yang bertanggungjawab menguruskan harta salah seorang ahli kumpulan rock tersebut.

Manakala kakak kepada salah seorang ahli kumpulan Waldos adalah teman baik kepada pemain bass Grateful Dead.

Capper memberitahu Huffington Post bahawa Grateful Dead antara kumpulan yang bertanggungjawab menyebarkan kod ini dikalangan peminat mereka.

Salinan akhbar San Rafael

SALINAN AKHBAR SEKOLAH TINGGI SAN RAFAEL DENGAN RUJUKAN 420. – HISTORY/CARLY SCHWARTZ.

"Ada tempat bernama Winterland dan kami selalu berada di belakang pentas atau bahagian panggung.

"Kami menggunakan kod tersebut apabila seseorang memberi tanda atau berkata sesuatu seperti, "Hei, 420."

"Jadi dari situ, ia mula tersebar ke seluruh komuniti itu," kata Capper.

Selain itu, Steven Bloom, wartawan di High Time Magazine juga adalah antara individu yang bertanggungjawab menyebarkan dakyah 420.

Pertama kali dia mendengar ungkapan 420 adalah pada hujung minggu tahun 1990 ketika konsert kumpulan Grateful Dead di Oakland, California.

Pada hari konsert tersebut, Bloom berasa pelik apabila sesetengah hippies dan peminat kumpulan Grateful Dead berkumpul awal sebelum konsert itu bermula.

Salah seorang peminat Grateful Dead menyerahkan poster kepada beliau yang tertulis, "Kami akan berkumpul pada pukul 4:20 di tarikh 4/20 untuk 420 di Marin County, tempat matahari terbenam Bolinas Ridge di Mt. Tamalpais."

Setelah mengetahui maksud di sebalik makna 420, Bloom mengambil inisiatif dengan mengeluarkan risalah berkenaan pertemuan rahsia itu pada tahun 1991 di High Time Magazine.

Tidak lama kemudian, nombor itu dikenali di seluruh dunia sebagai kod ganja dan pada tahun 1998, kebanyakan media mengakui bahawa kumpulan Waldos adalah pencipta kod 420.

Hari ini, budaya ini disambut di seluruh dunia dengan Universiti Colorado di Bounlder dan Universiti California di Santa Cruz berusaha keras untuk menolak dakyah 420 yang semakin popular di kalangan pelajar.

Mereka dilaporkan telah memohon para pelajar untuk tidak menyertai mana-mana sambutan 420, tapi arahan ini langsung tidak mendapat sambutan.

Kod ini juga telah dirujuk dalam beberapa filem klasik seperti Pulp Fiction, di mana jam di dalam filem tersebut telah ditetapkan pada jam 4:20.

Manakala di TV pula, di dalam rancangan Price Is Right, nombor yang ditetapkan hanya melibatkan 420 – iaitu $420 atau $1,420.

Malah, kartun Nickelodeon, Rocko's Modern Life yang dikeluarkan pada tahun 1990-an turut memaparkan jam yang menunjukkan waktu 4:20.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: thevocket

Sunday, June 07, 2020

Apa Sebenarnya Feng Shui?

Apa Sebenarnya Feng Shui?

Feng shui yang bermaksud feng sebagai 'angin' dan shui adalah 'air' pada dasarnya adalah kepercayaan masyarakat Cina yang mempercayai kaitan antara kehidupan manusia dengan alam semulajadi, lalu mempelajari bagaimana agar manusia dapat hidup selaras dengan alam di sekitarnya.

Apa itu Feng shui

Perkataan 'feng shui' yang bermaksud 'angin-air' ini dipetik dari satu rangkap dalam buku Zangshu yang dikarang oleh Guo Pu ketika zaman Dinasti Jin.

Semua benda di alam ini memiliki tenaga 'Chi', dikategorikan kepada 5 unsur iaitu air, api, logam, tanah, kayu dan air, lalu disusun memberikan keseimbangan tenaga yang dikenali sebagai "yin" dan "yang".

Feng Shui bukan agama atau amalan spiritual, lebih difahami sebagai satu "sains" yang menyusun 5 objek tadi agar berada di dalam keadaan seimbang dan harmoni.

Sebarang tapak yang dianggap penuh tuah ditentukan (begantung kepada jenis ilmu yang diamalkan) melalui rujukan kpeada ciri persekitaran setempat seperti jasad air (sungai, tasik dan sebagainya) mahupun arah ditunjuk bintang ataupun kompas.

FENG SHUI DALAM MASYARAKAT CINA

Feng Shui adalah ilmu yang berkaitan astronomi dan geografi untuk membantu masyarakat Cina memperbaiki kehidupan, ia wujud lebih 3,500 tahun dahulu. Tujuan utama Feng Shui adalah untuk memilih lokasi yang bersesuaian mengikut kedudukan dan paksi masa dan kini pengaruhnya kian menular ke negara Barat.

Namun, ada juga masyarakat Cina yang tidak mempercayai Feng Shui. Ia terbahagi kepada dua iaitu Yang Feng Shui dan Ying Feng Shui yang melibatkan lima elemen atau 'Wu Xiang'.

Wu Xiang melibatkan lima unsur alam yang dapat mempengaruhi individu iaitu tanah, air, api, kayu dan logam. Semua unsur ini memberi kesan kepada individu dalam aspek kesihatan, kesesuaian hubungan, bakat, pekerjaan, perwatakan dan sifat setiap individu.

Daripada unsur yang terdapat dalam Wu Xiang ini juga, ia memberi pemahaman terhadap kesan sekeliling individu dan menjadi konsep yang penting dalam menganalisa nasib seseorang.

Masyarakat Cina percaya bahawa sesuatu yang nyata di dunia ini sama ada jelas ataupun tidak, dikategorikan sebagai tanah, air, api, kayu dan logam. Unsur yang ada dalam setiap individu boleh dinilai mengikut waktu kelahiran di bawah:

Warna melambangkan kerjaya

Menurut pengamal Feng Shui, warna emas adalah kerjaya yang berkaitan dengan logam, perkakasan, barang kemas, kakitangan kerajaan, peguam, dan industri perbankan.

Warna sesuai ialah warna emas dan warna tanah dan warna tidak sesuai adalah warna api dan warna air kerana ia mencairkan emas.

Warna tanah ialah berkaitan kristal, marmar, jubin dan batu dan kerjaya yang berkaitan ialah industri hartanah, konsultan dan kecantikan.

Warna yang sesuai ialah warna tanah merah dan warna api manakala yang tidak sesuai ialah warna hijau tumbuhan dan warna emas.

Warna air berkaitan kerjaya ialah pengangkutan, kelasi, dan nelayan dan warna sesuai ialah warna air dan warna emas serta warna yang tidak sesuai ialah warna bumi dan warna tumbuhan.

Warna api berkaitan kerjaya ialah polis, tentera, automotif, industri elektrik, restoran dan sebagainya serta warna sesuai ialah warna api dan warna tumbuhan dan warna tidak sesuai ialah warna bumi dan warna tumbuhan.

Warna tumbuhan ialah kerjaya berkaitan perladangan, restoran vegetarian, industri surat khabar, percetakan dan sebagainya dan warna yang sesuai ialah warna tumbuhan dan warna air manakala warna yang tidak sesuai ialah warna emas dan warna api.

Pembinaan Dan Hiasan

Secara tradisinya, feng shui dibahagikan kepada Yang Feng Shui (rumah) dan Ying Feng Shui (perkuburan).

Terdapat empat elemen utama dalam menentukan lokasi pembinaan rumah untuk mendapatkan kemakmuran dan kesejahteraan penghuninya.

Elemen tersebut ialah Kura-kura Hitam (Black Turtle) atau 'Huo Xuan Wu', Pheonix Merah (Red Pheonix) atau 'Qian Zhu Que', Naga Hijau (Green Dragon) atau 'Zua Qing Long' dan Harimau Putih (White Tiger) atau 'You Bai Hu'.

Sebuah rumah yang berada di belakang bangunan besar dan tinggi adalah bagus kerana mempunyai sokongan yang kuat atau 'Kao Shan' disebabkan ada elemen Kura-kura Hitam. Rumah yang membelakangkan bukit juga memberi petunjuk baik kerana mudah mendapatkan bantuan.

Namun, jika rumah berhampiran pasar yang bising atau pusat hiburan, tidak akan mendapat bantuan yang diharapkan ketika menghadapi kesusahan. Oleh itu, alat perhiasan Feng Shui seperti kura-kura berkepala naga bersama pagoda perlu diletakkan.

Selain itu, penghuni akan bertuah jika bangunan di sebelah kiri lebih tinggi daripada tempat kediaman kerana ia membawa unsur Naga Hijau. Selain itu, jika terdapat banyak bangunan, kawasan perumahan, pokok-pokok tinggi dan bukit-bukau di sebelah kiri, akan sentiasa mendapat dorongan untuk melakukan pekerjaan yang diceburi.

Elemen Harimau Putih yang terletak di sebelah kanan rumah haruslah rendah dan tidak boleh tinggi daripada Naga Hijau. Jika keadaannya terbalik, isteri pemilik rumah akan lebih berkuasa daripada tuan rumah.

Kawasan perkuburan

Secara umumnya, Feng Shui di tanah perkuburan tidak sama seperti Feng Shui yang diketahui oleh masyarakat. Feng Shui di tanah perkuburan memerlukan lebih banyak kepakaran dan pengalaman untuk memperincikan setiap perkara apabila meninggal dunia.

Tanah perkuburan perlu memenuhi beberapa kriteria penting agar ahli keluarga yang masih hidup dapat hidup dengan tenang dan bernasib baik.

Menurut kepercayaan masyarakat Cina, kubur mestilah berada di kawasan lereng bukit supaya membawa tuah kepada si mati.

Kawasan yang baik mengikut kepercayaan masyarakat Cina ialah tempat yang membelakangkan bukit yang berunsurkan elemen Kura-kura Hitam sebagai simbolik kepada teras yang kukuh dan mempunyai aliran sungai atau lapangan tanah yang luas di bahagian depannya yang menunjukkan elemen Pheonix Merah.

Di bahagian kiri pula perlulah bahagian yang tinggi kerana menunjukkan elemen Naga Hijau. Manakala, di sebelah kanan perlu lebih rendah bagi menunjukkan elemen Harimau Putih.

VASTHU SASTRA DAN MASYARAKAT INDIA

Feng Shui dalam masyarakat India pula dikenali sebagai Vasthu Sastra, membantu mencapai kesempurnaan hidup. Mereka percaya bahawa Vasthu Sastra adalah fakta kehidupan dan bukannya sesuatu yang tahayul.

Vasthu Sastra adalah seni bina masyarakat India purba yang menumpukan kepada reka bentuk dan lanskap, dipercayai dibangunkan antara 10,000 S.M.

Masyarakat India percaya bahawa sesuatu boleh dibaiki sebelum menyusun semula tempat bekerja atau rumah dengan menggunakan mandala dalam Vaasu.

Mandala adalah satu rajah Vaasu iaitu pengamalnya akan berunding untuk memutuskan reka bentuk terbaik untuk sesebuah bangunan.

Vasthu Sastra menggunakan sistem grid tiga lapisan untuk penyediaan susun atur terbaik bagi rumah, pejabat atau tapak perdagangan.

Masyarakat India mempercayai Vasthu Sastra bukan sesuatu yang tahayul, sihir, dan bukan persoalan tentang iman, tetapi adalah satu fakta kehidupan.

Vasthu Sastra adalah seni bina India yang sangat lama. Cendekiawan India di zaman purba menciptanya untuk kebajikan manusia. Pengetahuan mengenainya membantu dalam keamanan mental, kesihatan, dan kekayaan.

Lima elemen asas

Dalam elemen bumi, pemilihan tapak pembinaan adalah sangat penting. Persekitaran yang hijau, ketersediaan air dan tanah amat sesuai untuk membina bangunan. Elemen air pula berkaitan dengan arah aliran. Aliran air domestik mesti keluar dari Utara ke Timur seperti air di bilik mandi kerana dianggap bertuah.

Elemen kebakaran pula yang melibatkan peralatan dapur, air dan sebagainya perlu diletakkan pada arah Tenggara.

Untuk elemen udara ia perlu memasuki bangunan Utara ke Timur. Semua bukaan untuk kemasukan udara seperti pintu, tingkap, penghawa dingin, beranda dan balkoni harus mengikut arah yang betul.

Elemen ruang pula mempunyai pengaruh yang banyak dalam mendapatkan tenaga darat tanpa halangan.

Namun, bangunan menjadi penghalang kepada kesan langit terbuka. Secara tradisinya setiap rumah di India mempunyai ruang terbuka atau Court Yard di pusat rumah.

FENG SHUI DALAM MASYARAKAT MELAYU

Seni ukiran sememangnya terkenal dalam tradisi masyarakat Melayu sejak dari dulu lagi. Menurut pengukir yang berpengalaman, terdapat beberapa kayu yang mempunyai semangat dari segi fizikal dan batin.

Orang-orang tua dahulu kala percaya bahawa kayu di hutan belantara mempunyai jenggi atau roh pada pokok dan ini menyebabkan ia berpuaka atau berpenunggu.

Ukiran dan tiang seri rumah

Peletakan kayu untuk tiang seri mempunyai caranya yang tersendiri iaitu dengan meletakkan bahagian akar kayu di pangkal tiang, manakala bahagian pucuk kayu diletakkan pada hujung tiang.

Tukang kayu akan turut serta semasa menebang pokok bagi mengelakkan kekeliruan. Bahagian akar dan pucuk kayu akan ditanda sebelum ditebang.

Pada kebiasaannya, penebang pokok akan memberi salam kepada pokok dan dan doa-doa tertentu akan dibaca dengan menghadap kiblat sebelum memulakan kerja menebang.

Sesetengah tukang kayu atau pengukir percaya bahawa mereka perlu berada di dalam hutan dalam tempoh tertentu sehingga mendapat pokok kayu yang bersemangat.

Bulan Islam yang sesuai untuk ke hutan adalah bulan Ramadhan, Syaaban, Zulhijah, Safar dan Rabiulakhir dan kerja-kerja menebang perlu dielakkan pada hari Rabu dan Sabtu.

Sebelum menebang pokok, upacara menepung tawar akan dilakukan untuk menghalau jenggi kayu tidak kiralah semangat itu baik atau jahat.

Kayu yang tidak berpenunggu akan menyebabkan sesuatu ukiran yang dihasilkan akan hilang seri dan tiada nilai seni.

Kayu merbau yang dipercayai menjadi tempat persinggahan makhluk halus misalnya tidak digunakan sebagai bahan binaan rumah terutamanya untuk membuat tiang seri kerana tiang seri adalah nadi atau semangat rumah.

HUKUM ISLAM

Dalam Islam, Feng Shui adalah bid'ah iaitu sesuatu yang diada-adakan dalam bentuk yang belum ada contohnya sama ada baik atau buruk.

Feng Shui terbahagi kepada tiga jenis bid'ah:
  • Pertama, Bid'ah Mubahah kerana Feng Shui menyuruh kita menjaga kelestarian alam dengan cara membataskan pembangunan yang memaksa alam.
  • Kedua adalah Bid'ah Makruhah kerana Feng Shui membuat perhitungan dengan menggunakan kompas dan 'ba gua' untuk menentukan arah yang baik bagi sesebuah bangunan atau kawasan.
  • Ketiga adalah Bid'ah Muharromah kerana Feng Shui percaya dan yakin terhadap perkara yang bertentangan dengan syariat.

Contohnya, jika seseorang meletakkan benda, lukisan atau tempat air pada lokasi yang ditentukan, maka akan mendapat kemakmuran ekonomi.

Sebagaimana sabda Rasulullah SAW yang menyatakan bahawa: "Ketahuilah bahawa sebaik-baik ucapan adalah kitab Allah (Al-Qur'an), sebaik-baik petunjuk adalah petunjuk Muhammad SAW dan sejelek-jelek perkara agama sepeninggalanku adalah melakukan sesuatu yang baru dalam agama, yang demikian itu disebut bid'ah dan setiap bid'ah itu pasti sesat." (Hadis Riwayat Muslim)

Teori-teori Feng Shui tidak ada dalam dalil syarak, maka ia adalah Bid'ah Sayyiah kerana hal-hal yang diajar Rasulullah dengan bersumberkan Al-Quran dan As-Sunnah tidak dapat dipastikan kebenarannya.

Pembudayaan nilai Islam dalam rekabentuk rumah tradisional Melayu

Konsep pembudayaan masyarakat Melayu dahulu memang dikenali sebagai masyarakat yang sangat berpegang teguh kepada ajaran agama.

Reka bentuk rumah tradisional masyarakat Melayu juga mengambil kira batas-batas pergaulan serta hubungan antara lelaki dan perempuan.

Syariat Islam mewajibkan bilik tidur di antara anak lelaki dan perempuan diasingkan bagi mengelakkan berlakunya perkara yang tidak diingini seperti sumbang mahram.

Selain itu, rumah Melayu mempunyai ciri-ciri keislaman yang terdapat pemisahan bagi tetamu lelaki dan perempuan.

Ruang beranda lazimnya menjadi tempat bagi kaum lelaki berhimpun sebaliknya ruang tamu dan dapur untuk kaum wanita berbual-bual dan menyediakan hidangan.

Tempayan atau guri diletakkan di setiap anak tangga bertujuan mencuci kaki sebelum menaiki rumah kerana masyarakat Melayu amat mementingkan kebersihan diri dan rumah.

Rumah Melayu juga memisahkan bilik air dan tandas daripada struktur rumah seperti binaan masjid atau surau yang memisahkan struktur masjid daripada tandas atau bilik air.

Bentuk binaan tandas

Melayu juga menepati tuntutan syariat antaranya tidak mengadap kiblat dan tidak membelakangi kiblat, mestilah tertutup dari pandangan umum, mengelakkan bau busuk, jauh daripada saliran atau sungai, jauh daripada rumah atau penempatan umum.

Aspek keselesaan

Struktur tiang rumah yang tinggi bertujuan membenarkan peredaran udara yang baik di bahagian bawah rumah kerana udara dapat mengalir dengan baik melalui celah-celah lantai. Kayu merupakan bahan utama penghasilan rumah tradisional Melayu.

Dari segi keselesaan, binaan daripada kayu mempunyai tahap penyerapan haba yang rendah sekali gus mengurangkan haba di dalam rumah dan menjadikan penghuni merasa lebih selesa.

Struktur bumbung yang dihasilkan daripada daun nipah, diikat dengan rotan nipis. Daun nipah senang diperolehi dan tahan lebih lama serta dapat mengurangkan penyerapan haba secara optima daripada sinaran matahari.

Menanam pokok di halaman dan di sekeliling rumah telah berfungsi sebagai penanda membezakan sempadan tanah dengan orang lain. Maka pagar tidak perlu di kawasan rumah mereka. Pokok-pokok ini akan membebaskan wap air yang akan menyejukkan kawasan sekitar rumah dan halaman.

Wallahu a'lam.

BACA INI JUGA:

sumber: 1 | 2

Thursday, May 14, 2020

Asal-usul Perintah Kawalan Pergerakan

Asal-usul Perintah Kawalan Pergerakan

Perintah Kawalan Pergerakan adalah paling dekat dengan perintah darurat, iaitu di mana rakyat yang terlibat diberikan tempoh terhad untuk menjalankan aktiviti harian, bahkan sesetengah situasi hanya membenarkan seorang atau dua sahaja ahli daripada setiap keluarga untuk keluar rumah, itu pun untuk situasi tertentu sahaja.

Perintah Kawalan Pergerakan

Dan tahukah anda, perintah kawalan pergerakan sebenarnya bukanlah satu isu yang baharu, bahkan telah diamalkan oleh kerajaan besar dunia sejak dahulu lagi dengan pelbagai tujuan, seperti menangani wabak penyakit, peperangan, bencana alam dan sebagainya.

Beza PKP Dan Darurat

Secara ringkasnya, Perintah Kawalan Pergerakan boleh dikatakan sebagai satu tindakan terhad bagi manusia melakukan aktiviti di luar rumah dengan kebenaran pihak berautoriti.

Bagi darurat pula, pergerakan rakyat akan terbatas. Hendak keluar rumah mesti mendapat kebenaran daripada pihak berkuasa.

Darurat bermaksud, "Keadaan susah yang datang dengan tidak disangka-sangka; keadaan yang menyusahkan."

Dalam Bahasa Inggeris perkataan darurat disebut 'curfew' yang bermaksud, "A regulation requiring people to remain indoors between specified hours, typically at night."

Perkataan curfew diambil dari kalimah Perancis curfeu atau couvre-fe; iaitu sejenis loceng yang dibunyikan oleh pihak pemerintah di Barat, pada zaman Kegelapan (Dark Ages) bagi menandakan waktu bagi semua penduduk memadamkan api rumah masing-masing, menghentikan segala aktiviti dan tidur.

Sesiapa yang ingkar arahan akan ditangkap dan dihukum oleh pemerintah ketika itu.

Asal-usul Perintah Berkurung

Terdapat banyak punca asal terjadinya peristiwa membunyikan loceng ini sebagai perintah 'berkurung' dan tidur, namun ramai sejarawan Barat mengatakan ianya dimulakan oleh Norman King antara tahun 1066 sehingga 1087 iaitu William The Conquerer di kepulauan United Kingdom.

Sewaktu menjadi pemerintah Normandy, beliau melihat situasi penduduk ketika itu menyalakan api di rumah sebagai kaedah pemanasan, namun ramai yang tidur tanpa memadamkan api sehingga mengakibatkan kematian akibat terbakar atau lemas dalam asap tebal.

Jadi, timbul idea supaya dibunyikan loceng agar semua penduduk memadamkan api tepat pukul 9 malam sebagai langkah keselamatan.

Tindakan membunyikan loceng ini disebut 'curfew' dan menjadi amalan di sesetengah negara Eropah selepas itu.

Jadi, aktiviti berkurung di rumah ini bukanlah perkara baru kerana sejak dari dulu lagi perintah berkurung atau darurat telah dilaksanakan agar keselamatan dan keadaan rakyat terjaga.

Sebagai rakyat yang bertanggungjawab, adalah menjadi satu kemestian untuk kita mematuhi arahan pemimpin, bersabar dan yakin bahawa segala ujian dan kesukaran yang berlaku pasti akan berakhir.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

-Sentiasapanas.com

Friday, May 01, 2020

Simbol Bulan Sabit Dan Bintang Berasal Dari Tamadun Yunani Kuno dan Rom

Simbol Bulan Sabit Dan Bintang Berasal Dari Tamadun Yunani Kuno dan Rom

Hari ini, umumnya jika kita melihat bendera negara-negara Islam di seluruh dunia, boleh dikatakan hampir kesemuanya terpapar ikon bulan sabit dan bintang dalam pelbagai bentuk dan variasi gaya, dengan Jalur Gemilang kita sendiri menggunakan bulan sabit dengan bintang 14 bucu sebagai lambang perpaduan 13 buah negeri dan Wilayah Persekutuan.

Simbol bulan sabit

Namun, asal-usul bulan sabit dan bintang yang digunakan dalam kebanyakan bendera-bendera negara Islam sebenarnya boleh dijejak di Konstantinople (kini Istanbul) yang ketika itu berada dibawah pemerintahan kerajaan Rom Timur atau Byzantine ketika itu.

Asal-usul ikon bulan sabit dan bintang tidak bermula dengan sejarah Turki seperti yang kebanyakan kita semua sangkakan selama ini.

Simbol Islam?

Kajian ikonografi menunjukkan bahawa bulan sabit dan bintang, adalah ikon yang sangat bernilai dan telah digunakan sejak zaman purba.

Manakala dari sudut yang lain, hampir seluruh dunia samada Islam dan bukan Islam menganggap bahawa bulan sabit dan bintang, secara umumnya dianggap sebagai simbol negara-negara Islam, dan sering menghiasi kubah-kubah masjid di serata dunia.

Namun, apabila kita teliti sejarah dari zaman ketamadunan sejauh Tamadun Sumeria, kita dapat menjejaki simbol bulan sabit dan bintang telah digunakan terlebih dahulu namun dalam kaedah yang sangat berbeza.

Bulan sabit mewakili "Sin" yang dianggap sebagai Tuhan Bulan. Bintang pula mewakili Venus dalam mitologi Rom Purba.

Simbol bulan sabit dan bintang sebenarnya telah muncul sebelum kedatangan Islam di tamadun Yunani Kuno dan Rom. Penggunaannya yang ketara boleh ditemui dari sejarah Byzantium yang berkaitan dengan tuhan-tuhan seperti Artemis dan juga Hecate, yang dianggap sebagai dewi pelindung kota.

Rekod sejarah juga menunjukkan bahawa, simbol ini telah digunakan secara bersama untuk kali pertama oleh kerajaan monarki Israel pada abad ke-13 dan ke-14 SM.

Selain itu, simbol bulan sabit dan bintang kebanyakannya digunakan sebagai cap mohor dalam pelbagai urusan kerajaan.

Jika kita telusuri lebih jauh lagi sekitar abad ke-2 dan ke-1 SM, kita akan menemui artifak berbentuk kepingan syiling di mana kedua simbol itu dikeluarkan sejak Ketamadunan Mesopotamia.

Dalam konteks geografi di Anatolia, Raja Pontus Mithridates VI adalah amat sinonim dalam penggunaan bulan sabit dan bintang. Bulan sabit dan bintang digunakan secara bersama pada panji-panji raja.

Zaman Helenistik dan Empayar Rom

Elagabalus Marcianpolis
Elagabalus Marcianpolis, syiling era Rom Purba.

Sekitar tahun-tahun terakhir zaman Helenistik, penggunaan bulan sabit dan bintang juga ditemui terutamanya pada duit syiling.

Di zaman Rom Pertama, bulan sabit dan bintang digunakan pada kebanyakan duit syiling juga, tidak kurang banyak juga figura dewa-dewi menurut naratif mitos Yunani digabungkan bersama dengan bulan sabit dan bintang.

Bulan sabit dan bintang telah digunakan pada beberapa tempoh berbeza sepanjang zaman Empayar Rom.

Pada abad ke-4 SM, simbol bulan sabit dan bintang digabungkan bersama-sama. Teori punca yang paling penting menjurus kepada maksud penggunaan gabungan bulan sabit dan bintang itu membawa makna "penyatuan".

Oleh itu, ketika Rom menghadapi masa yang kritikal, harapan dan keinginan untuk bersatu menghadapi ancaman dari luar telah diabadikan ke dalam bentuk syiling.

Bulan Sabit Dan Bintang Tamadun Turki

Pada tahun 1299, penggunaan bulan sabit juga telah muncul dalam Empayar Uthmaniyyah yang semakin bangkit menghampiri sempadan Byzantium, namun ia tiada simbol bintang.

Simbol-simbol bulan sabit dan bintang yang digunakan oleh Rom dan Byzantium untuk jangka masa yang lama merupakan simbol kota Konstantinople pada zaman ia baru ditakluk Uthmaniyyah.

Simbol-simbol Konstantinopel sebelum penaklukan Uthmaniyyah adalah seperti berikut: helang berkepala dua, empat ikon salib yang berlainan, bulan sabit dan bintang.

Simbol asal Kostantinople
Simbol-simbol asal Konstantinople sebelum penaklukan ditemui pada syiling.

Selepas menakluki Konstantinople dan kemudian menamakannya sebagai İstanbul, Sultan Mehmed II telah menyerap bulan sabit dan bintang, yang akhirnya menjadi simbol yang sangat dekat dengan budaya Turki dan Islam, demi memastikan kesinambungan hidup pelbagai kaum di kota.

Ia juga sekali gus menjelaskan mengapa Sultan Mehmet II menganggap dirinya sebagai pewaris Empayar Rom hingga digelar sebagai Kaiser-i Rumi (Maharaja Rom).

Apa yang menarik ialah, semasa suku Turki Gokturk mula muncul pada abad ke-8, bulan sabit dan bintang adalah kali pertama digunakan di Asia Tengah.

Sultan Mehmet II secara kebetulan telah mengadaptasi simbol versi Byzantine sebagai simbol Uthmaniyyah ketika penaklukan Konstantinople dan boleh dikatakan sangat ironi.

Bukan sahaja kita melihat bulan sabit dan bintang yang digunakan bersama-sama pada duit syiling Uthmaniyyah, tetapi juga apabila kita melihat tughra (tandatangan/cap mohor Sultan), angka-angka bulan sabit dan bintang berada dalam bentuk yang saling berkait rapat.

Bulan sabit dan bintang juga mempunyai kemungkinan besar berasal dari simbol kaum Turkic yang kemudiannya dipopularkan di dunia Islam setelah Uthmaniyyah menakluk dan memerintah timur tengah.

Turkic yang dimaksudkan adalah suku-suku bangsa berbahasa Turki.

Suku Turki
Kristian Turki

Dua gambar di atas adalah suku kaum Székelys Turk dari Hungary atau Romania, bahkan orang Kristian Székelys Turk juga turut menggunakan bulan sabit dan bintang sebagai simbol mereka.

Walaupun kini bulan sabit dan bintang diinterpretasikan sebagai "Islam" dan berbeza tafsiran dicipta mengikut budaya sesebuah negara Islam pada zaman kita.

Sesungguhnya, apabila kita melihat dari perspektif sejarah, makna dan asal usul bulan sabit dan bintang pada bendera kita mahu pun Turki sendiri jauh lebih mendalam dan mungkin sukar untuk kita terima hakikat itu.

Ia kerana, walaupun simbol bulan sabit dan bintang juga turut ditemui pada nenek moyang orang Turki dari suku kaum Gokturk, namun ia masih tidak boleh menjelaskan kaitannya dengan Islam kerana ketika itu bangsa Turk dari Asia Tengah adalah penganut agama-agama Pagan, Buddha, atau Tengrisme, dan jarak masanya masih jauh sebelum kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

Kemudian, pada abad ke-19 ketika Uthmaniyyah melalui proses Reformasi Tanzimat, bendera Uthmaniyyah ditetapkan pada 1844, dengan simbol bulan sabit dan bintang berwarna putih digelar sebagai ay-yıldız (bahasa Turki untuk "bintang bulan sabit") dilampirkan pada latar belakang merah.

Ia terus digunakan sebagai bendera zaman moden Republik Turki, dengan pengubahsuaian kecil yang tidak ketara.

Salah Faham Dan Kontroversi

Kuil bulan sabit
Kuil yang pernah tular dan menjadi isu di Malaysia.

Pada abad ke-20, bintang dan bulan sabit telah mendapat interpretasi yang popular sebagai "simbol Islam", malah pernah diangkat oleh nasionalisme Arab atau Islamisme pada tahun 1970-an hingga 1980-an, tetapi akhirnya ditolak kerana salah faham dan tanggapan bahawa ia adalah simbol rasmi Islam sebagai tidak berasas pada waktu itu.

Kini, budaya salah faham itu kembali popular di Malaysia sejak ketegangan yang berpunca daripada tindakan penganut Hindu dan Sikh meletakkan arca bulan sabit dan bintang pada kubah kuil mereka.

Bahkan, budaya kubah masjid sendiri pun bukan berasal dari Islam sepenuhnya. Identiti simbolik yang paling jelas berkait dengan Islam adalah warna hijau yang jadi warna kegemaran Rasulullah SAW.

Tidaklah kita maksudkan, meneruskan penggunaan simbol bulan sabit dan bintang itu sebagai salah atau berdosa, cuma sekadar mahu mengajak masyarakat Muslim untuk membetulkan pemahaman masing-masing dalam sebarang isu.

Ini supaya agama kita tidak dijadikan bahan jenaka hanya kerana kejahilan segelintir dari kita akibat sikap semberono.

Bendera bulan bintang

Ada kesilapan pada poster yang diambil dari luar ini. Bintang dalam bendera ini diletakkan lima, tetapi hakikatnya Malaysia ada 14 buah bucu.

Setakat hari ini terdapat kira-kira 15 buah negara yang memiliki simbol gabungan bulan sabit dan bintang pada bendera masing-masing sebagai simbol identiti kebangsaan, ini termasuklah negara Malaysia.

Namun, terdapat dua negara bukan Islam yang menggunakan simbol ini dengan amat jelas pada bendera mereka iaitu Singapura dan Nepal.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: thepatriots

Friday, April 24, 2020

Asal-usul Penyembahan Berhala Menurut Islam

Asal-usul Penyembahan Berhala Menurut Islam

Sejarah penyembahan berhala dikatakan bermula sebelum kerasulan Nabi Nuh a.s., kerana saat kehadirannya kepada kaumnya, majoriti masyarakat pada masa itu telah pun menyembah berhala-berhala.

Penyembahan Berhala
Penyembahan berhala di zaman Nabi Musa - Gambar hiasan.

Islam bermula pada zaman nabi Adam a.s. dengan membawa akidah yang bersih iaitu hanya menyembah Allah, satu-satunya Tuhan.

Namun, lama-kelamaan, akidah ini mula menghakis lalu wujudnya konsep penyembahan berhala (pemujaan) terhadap orang-orang soleh.

Berhala secara umumnya adalah sebuah patung dewa-dewa yang disembah (dipuja) dan kebiasaannya diukir daripada batu, kayu, tanah liat, dan besi untuk membentuk manusia atau makhluk hidup yang lain.

Zaman Sebelum Banjir Besar

Pada zaman antedulivian (istilah Bible merujuk zaman sebelum banjir besar), terdapat lima orang wali Allah yang soleh bernama Wadd, Suwa, Yaghuth, Ya'uq dan Nasr.

Mereka mempunyai ramai pengikut yang setia kerana kesolehan mereka yang membawa ajaran nabi Syith a.s., seorang nabi dan anak nabi Adam a.s.

Menurut Ibnu Katsir dalam bukunya Qhisasul Anbiya', setelah mereka semua meninggal dunia (para wali), syaitan telah datang membisikkan kepada masyarakat ketika itu untuk membina patung di tempat kebiasaan mereka beribadat dan dinamakan sempena dengan nama-nama mereka.

Ya'kub dari Baul Muthahhar berkata ketika Abu Ja'far, al-Baqir ada menyentuh tentang nama Wadd.

Katanya, "Wadd adalah seorang hamba Allah yang soleh. Beliau sangat dicintai oleh masyarakatnya. Ketika Waad meninggal dunia, mereka menempati di sekitar kuburnya di Babylon.

"Di tempat itulah mereka meratapi kematiannya. Apabila iblis melihat ratapan mereka di sana, ketika itu juga dia menyamar berupa seorang pemuda.

"Iblis berkata, "Dari pemerhatianku, rupanya kamu tidak habis-habis lagi meratapi kematian orang di dalam kubur ini. Bagaimana jika aku buatkan sebuah patungnya untukmu.

"Kamu boleh menempatkannya di rumah. Dengan begitu kamu akan teringat kepadanya secara berterusan.

Mereka menjawab, "Ya! Kami setuju."

Maka Iblis membuat patung orang soleh tersebut.

Kemudian, patung tersebut ditempatkan di rumah salah seorang antara mereka untuk mengingatinya.

Ketika iblis melihat keinginan mereka untuk mengingatinya begitu bersungguh-sungguh, dia sekali lagi membuat cadangan.

"Bagaimana jika aku buatkan beberapa buah patung yang boleh diletakkan pada setiap rumah kamu. Dengan demikian akan mempermudahkan kamu untuk mengingatinya, tanpa terus berpindah-pindah."

Mereka menjawab: "Ya! Kami setuju."

Iblis memenuhi janjinya. Setiap rumah mereka dibuatkan sebuah patung orang soleh itu. Di hadapan patung inilah mereka menumpahkan segala kerinduannya dan mengingatinya.

Taksub Menjadi Syirik

Dalam perkembangan keturunan seterusnya, anak cucu mereka melihat kaedah yang dilakukan oleh ayah dan moyang yang menjadi pengikut setia orang soleh itu tadi.

Dengan berlakunya pertukaran generasi demi generasi, maka sedikit demi sedikit sejarah kehidupan orang soleh itu terhakis dan berganti menjadi orang yang dipuja kerana kesolehannya.

Sehingga dalam perkembangan generasi selanjutnya, mereka menjadikan patung-patung itu sebagai Tuhan yang disembah selain Allah. Di sinilah berlakunya syirik yang pertama di muka bumi.

Dari apa yang dinyatakan ini menggambarkan bahawa, segala patung berhala inilah yang mula-mula disembah oleh segolongan manusia selain dari Allah.

Ini bertitik tolak apabila perkembangan manusia berlalu, mereka kehakisan ilmu kerana ketiadaan pembimbing dari kalangan mereka untuk menghalang supaya tidak menjadikan patung orang soleh itu untuk disembah selain dari Allah.

Allah merakamkan nama mereka di dalam al-Quran yang bermaksud: "Dan (ketua-ketua) mereka (menghasut dengan) berkata: "Jangan kamu meninggalkan (penyembahan) tuhan-tuhan kamu, terutama (penyembahan) Wadd, dan Suwaa' dan Yaghuth, dan Ya'uq, serta Nasr." (Surah Nuh: 23)

Setelah mereka meninggal dunia (Wadd, Suwa', Yaghuth, Ya'uq, dan Nasr), maka syaitan segera memanfaatkan peluang ini dengan membisikkan kepada kaum mereka agar membuat patung-patung orang soleh ini di tempat mereka beribadat supaya ia dapat menaikkan semangat untuk beribadat sekali gus melambangkan kehormatan mereka terhadap orang soleh tersebut.

Di samping itu, ada juga yang berpendapat bahawa mereka juga mempunyai sembahan yang lain sebagaimana yang dinyatakan oleh ayat yang berbunyi: "Janganlah kamu meninggalkan (penyembahan) Tuhan kamu," yang mana ayat ini berkemungkinan ialah bintang-bintang, bulan dan matahari yang saling kelihatan di malam dan siang hari.

Sayyid Qutub dalam Fi Zhilalil Quran menyatakan bahawa mereka mempunyai berhala dan patung yang beraneka macam mengikut selera dan citara rasa kebangsaan mereka.

Dakwah Rasul Pertama

Apabila mereka telah mensyirikkan Allah dengan berhala sembahan dalam pelbagai bentuk, maka Allah mengutuskan rasul-Nya iaitu Nabi Nuh untuk berdakwah kepada kaumnya seperti dirakamkan di dalam al Quran yang bermaksud:

"Sesungguhnya Kami telah mengutuskan Nuh kepada kaumnya. Dia berkata, "Wahai kaumku! Sembahlah Allah. Sama sekali tiada Tuhan bagimu selain Dia. Aku takut jika kamu akan mendapat azab yang besar." (Surah al-A'raf: 59)

Nabi Nuh a.s. merupakan rasul pertama yang berdepan dengan umatnya yang mensyirikkan Allah.

Sebab itu di dalam sebuah hadis Shahih menyatakan, Nabi Nuh merupakan rasul yang pertama.

Mengenai situasi di akhirat kelak apabila manusia mula meminta syafaat kepada rasul-rasul mereka yang bermaksud:

"Adam a.s. berkata: "Aku tidak berhak demikian, kemudian Adam menceritakan kesalahan yang menimpanya. (Adam berkata): "Akan tetapi datanglah kepada Nuh, kerana Dia adalah Rasul pertama yang Allah utus kepada penduduk bumi. Maka orang-orang kemudian mendatangi Nuh." (Shahih Bukhari no: 7410)

Berpandukan kepada hadis ini, maka dapat diketahui bahawa Adam hanyalah seorang nabi, manakala Nuh merupakan seorang rasul yang pertama diutus, untuk menegakkan tauhid di kalangan kaumnya yang telah mensyirikkan Allah.

Kesimpulan

Pengajaran daripada kisah kaum nabi Nuh a.s. ini yang dapat kita ambil adalah, jangan membelakangi hukum Allah yakni menduakannya.

Jangan memiliki sifat taksub kepada orang soleh sehingga berlaku pemujaan dan menyebabkan perbuatan syirik kepada Allah.

Pada awal mulanya, mereka beralasan ianya adalah perkara baik agar lebih khusyuk beribadah, lama-kelamaan talbis iblis mengheret mereka kepada penyembahan kepada orang soleh tersebut.

Tugas menegakkan kalimah tauhid adalah peranan berat yang ditanggung oleh para rasul terdahulu.

Semoga Allah memelihara kita daripada melakukan dosa syirik dan menjadikan kita insan yang menyambung sunnah utama iaitu dakwah menegakkan tauhid.

Wallahu a'lam.

BACA INI JUGA:

sumber: askislam

Sunday, February 02, 2020

Sejarah Dan Asal-usul Agama Majusi, Ajaran Yang Menyembah Api

Sejarah Dan Asal-usul Agama Majusi, Ajaran Yang Menyembah Api

Majusi atau Zoroastrianisme adalah sebuah ajaran purba Parsi yang diasaskan oleh Zarathustra, yang bukan sahaja sebuah agama, tetapi sebuah falsafah kehidupan, juga disebut agama penyembah api dan Magianisme.

Asal-usul Agama Majusi

Agama ini dikenali sebagai agama Parsi lama, Zarathustra, Zoroaster, Zoroasterisme, sebelum kemudiannya dikenali sebagai Agama Majusi.

Sebelum kelahiran nabi Muhammad, agama ini merupakan agama yang utama di Timur Tengah dan Asia Tengah, namun pada hari ini, penganutnya adalah minoriti dimana kebanyakan mereka bertumpu di India.

Sejarah

Catatan pertama mengenai agama Majusi bertarikh sekitar pertengahan abad ke lima sebelum masihi (SM). Ia adalah tulisan Herodotus yang bertajuk Sejarah (diterbitkan pada 440 SM) yang mana penulisan ini menceritakan mengenai bangsa Iran purba.

Tulisan beliau merupakan sumber utama mengenai sejarah awal Empayar Achaemenid (648 SM – 330 SM) dan dalam penulisan beliau, orang Parsi digelar sebagai Medes atau Mada dan Parsi ketika itu, yang terbahagi kepada beberapa puak.

Puak-puak ini kemudiannya disatukan dibawah pemerintahan Cyrus Agung yang merupakan raja Achaemenid.

Dalam penulisan ini juga, tersebut puak ke-enam Medes yang digelar Magi, yang berkemungkinan adalah golongan paderi dan mereka ini mempunyai pengaruh yang kuat dalam pentadbiran Medes.

Magi berpegang kepada ajaran Zurvanisme, salah satu cabang agama Majusi.

Empayar-empayar Parsi kemudiannya disatukan dibawah pimpinan Cyrus Agung diikuti dengan puteranya, Cambyses II.

Kuasa Magi ketika zaman mereka ini disekat menyebabkan pemberontakan pada tahun 522 SM.

Golongan Magi ini kemudiannya mencalonkan Smerdis sebagai raja Parsi dan mendakwa bahawa beliau adalah putera Cyrus.

Pencalonan ini tidak mendapat bantahan daripada jajahan-jajahan Parsi kerana Cambyses yang memerintah Parsi ketika itu adalah seorang ketua dengan sikap kuku besi dan selalu menghabiskan masa di Mesir berbanding Parsi.

Malah, Smerdis menjanjikan pelepasan cukai selama tiga tahun kepada rakyat Parsi. (Herodotus iii. 68).

Inskripsi Behistun
Inskripsi Behistun.

Menurut Inskripsi Behistun, Smerdis memerintah selama tujuh tahun sebelum digulingkan oleh Darius I pada tahun 521 SM.

Golongan Magi kemudiannya ditindas dibawah pemerintahan Darius walaupun beliau mendakwa berpegang kepada ajaran Ahura Mazda, sebuah konsep ketuhanan dalam agama Majusi.

Terdapat beberapa cubaan dari golongan Magi untuk menjatuhkan Darius, tetapi cubaan-cubaan ini berakhir dengan kegagalan.

Namun begitu, agama Majusi mula membina kegemilangannya didalam masyarakat Parsi ketika zaman Achaemenid dan banyak manuskrip-manuskrip lama mengenai agama ini diterbitkan ketika pemerintahan Achaemenid.

Malah, kalender Majusi juga turut diperkenalkan ketika zaman ini.

Ketika pemerintahan dinasti Seleucid dan Parthia pula, status agama ini kurang jelas.

Kemudian, Parsi jatuh ke tangan Iskandar Agung dimana banyak hasil tulisan agama Majusi dimusnahkan.

Ketika zaman Sassanid, agama Majusi sekali lagi mencapai kegemilangannya.

Dimana saja Sassanid menawan sesebuah wilayah itu, mereka akan membina kuil Majusi bagi mempromosikan agama ini.

Namun begitu, pada masa yang sama, mereka mula menindas orang Nasrani dan penganut Manichaeisme.

Pemerintah Sassanid berasa curiga terhadap Nasrani kerana mereka mempunyai hubungan yang rapat dengan Empayar Rom.

Kepercayaan Majusi kemudiannya berkembang sehingga ke China melalui Jalan Sutera.

Pada abad ke tujuh, empayar Sassanid kalah di tangan Arab dan titik ini merupakan penutup kegemilangan Majusi.

Penganut Majusi kemudiannya mula memeluk agama Islam namun begitu, terdapat beberapa kumpulan yang enggan diperintah oleh kerajaan Islam dan mereka ini melarikan diri ke India.

Nabi Agama Majusi

Zarathustra dipercayai hidup sekitar 500-600 tahun SM dan dikatakan lahir dalam keadaan tersenyum.

Lahir sahaja Zarathustra, Raja Durasan terus bergementar, kerana tukang tiliknya memberitahu bahawa ada seorang anak akan dilahirkan, yang akan menggugat kedudukan raja.

Raja Duarasan telah memerintahkan 3 orang suruhan menculik bayi itu dan mencampakkannya ke dalam nyalaan api sebuah kuil agama Parsi. Bayi itu tidak terbakar, malah bermain-main dengan api tersebut.

Sekali lagi bayi itu diletakkan di tengah padang lembu agar dia dipijak-pijak, tetapi salah seekor lembu datang dan mengawal bayi itu.

Kemudian, bayi ini diletakkan dalam gua serigala, namun ketika serigala-serigala hendak masuk, kaki serigaal-serigala itu terpaku ke tanah. Kemudian datang dua ekor kambing menyusukan si bayi.

Cubaan Raja Durasan membunuh Zarathustra gagal.

Setelah dewasa, Zarathustra pergi beruzlah, berkhalwat, bermeditasi di Gunung Sabalan.

Suatu hari Zarathustra didatangi Vonu Manah (utusan Tuhan iaitu malaikat) yang menyampaikan kata-kata Tuhan (wahyu) kepadanya.

Antara wahyu yang sampai kepadanya ialah, “Orang inilah yang Aku (Tuhan) temui di sini, yang dia seorang sahaja sudah menerima wahyu Kami.”

Menurut Zarathustra, Tuhan iaitu Ahura Mazda sentiasa menyeru manusia ke arah cahaya, kebaikan dan kebenaran.

Manakala ada satu lagi kuasa jahat iaitu Ahriman (atau Angro Mainyu) yang sentiasa menyeru manusia ke arah kegelapan, kesesatan dan kejahatan.

Cara untuk mengalahkan Ahriman ialah melalui tiga cara: fikir yang baik-baik, cakap yang baik-baik dan buat yang baik-baik. Tiga cara ini disebut humata, hukata dan huvarsta.

Zarathustra juga melarang penyembahan berhala dan dewa-dewi. Lebih kurang 10 tahun berdakwah, dia hanya dapat seorang pengikut yang benar-benar beriman.

Pada usia 40 tahun, dia menukar strategi dengan berdakwah kepada raja zaman itu iaitu Kavi Vishtapa.

Raja kemudiannya bersetuju memeluk agama Zarathustra sekiranya Zarathustra menang perdebatan dengan tokoh-tokoh agama kerajaan.

Perdebatan berlangsung selama 3 hari dan ternyata Zarathustra di pihak yang benar. Raja dan rakyat pun memeluk ajaran Zarathustra.

Jiwa orang yang mati akan diserahkan kepada Pemegang Buku Kehidupan. Humata, hukata dan huvarsta akan disemak.

Sekiranya banyak kebaikan, jiwa itu akan dihantar ke langit (syurga). Yang banyak keburukan, akan dihantar ke neraka yang penuh seksaan.

Kitab Majusi

Kitab suci agama Majusi dikenali sebagai Kitab Avesta atau Zend Avesta.

Kitab Avesta terdiri daripada 21 bab dan setiap bab mengandungi 200 muka surat. Namun, yang tinggal sekarang hanya 5 bab, kerana sebahagian besar kitab yang lain telah musnah ketika serangan Alexander the Great.

Asalnya Kitab Avesta ditulis dalam bahasa Zand (bahasa Parsi kuno). Oleh kerana semakin ramai yang tidak tahu bahasa itu, kitab Avesta diterjemah ke dalam bahasa Pahlavi.

5 bab itu ialah Yasna, Vispered, Vendidad, Yasht dan Khorda Avesta.

Ahura Mazda ada banyak nama, dikatakan ada 101 nama seperti Yang Mencipta, Yang Melihat, Yang Mengetahui, Yang Pengasih, Yang Pemurah, Yang Berkuasa, Yang Besar, Yang Dipuja, Yang Tidak Aad Akhirnya, Yang Suci, Yang Tinggi, Yang Benar, Yang Menyebabkan Segala-galanya, Yang Menolong, Yang Menjaga, Yang Tidak Dapat Dilihat (Yang Ghaib), Yang Agung, Yang Kekal Abadi, Yang Menghitung, dan lain-lain.

Dalam Buku Yashna dikatakan, "Sebutlah dan ulanglah (berzikir) namaKu pada setiap hari dan setiap malam."

Kitab suci agama Majusi terdapat dalam dua bahasa iaitu Zendi dan Pahlvi, namun disamping dua ini, beberapa bentuk tulisan Cuneform juga ditemui.

Naskah Pahlvi menyerupai naskah Parsi kini, tetapi Zendi dan Cuneform berbeza bentuknya.

Dalam kitab suci kuno, ada dua pembahagian penting, satu dikenali sebagai Zend Avesta atau Avesta Zend, dan yang lain adalah Dasatir.

Masing-masing terbahagi lagi dalam dua bahagian iaitu Khurda Avesta dan Kalan Avesta, juga dikenali Zend dan Maha Zend, Khurda Dasatir dan Kalan Dasatir.

Begitu banyak versi yang berbeza-beza tentang jumlah, bahasa, serta bila wahyu diturunkan, namun tidak ada satu pun yang dapat dipastikan.

Menyembah Api

Api dianggap sebagai simbol cahaya, terang dan kebenaran dan selepas zaman Zarathustra, api yang dinyalakan di rumah-rumah ibadah agama Zarathustra mula dianggap mulia dan akhirnya sampai ke peringkat dipuja dan disembah.

Dari sinilah wujudnya agama yang dikenali sebagai agama Majusi pada zaman Rasulullah SAW. Pada hari Akhirat, manusia akan dihidupkan semula untuk diadili oleh Ahura Mazda.

Manusia akan melalui satu titian yang bernama Cinvat atau Civanto Peretu.

Di bawah titian ini terdapat arus ombak gelombang cairan logam yang bernyala-nyala (neraka). Titian ini sangat halus, lebih halus daripada rambut.

Orang baik akan dimasukkan ke dalam Paridaeza (Paradise, Firdaus). Yang jahat akan dimasukkan ke dalam Gehannam (Jahannam).

Solat

Sembahyang mereka 5 kali sehari semalam dan sebelum sembahyang, ada upacara seakan-akan wudhuk.

4 unsur alam dipandang suci iaitu tanah, api, air dan angin. Oleh itu mayat tidak boleh terkena semua itu. Maka mereka tidak mengebumikan mayat, membakar mayat, tidak menghanyutkan mayat dan tidak membiarkan mayat begitu sahaja.

Sebaliknya, mereka menjalankan upacara ‘pengebumian langit’.

Terpadamnya Api Majusi

Di manakah lokasi yang dikatakan apinya menyala selama ribuan tahun dan tidak pernah terpadam?

Mengikut beberapa sumber bacaan, api yang dinyalakan ini dipastikan terletak di salah satu kuil api sembahan penganut agama Majusi.

Menurut beberapa maklumat, ‘eternal fire’ yang terpadam dalam peristiwa ini terletak di suatu lokasi bernama Istahrabad.

Tetapi sumber lain pula mengatakan, api yang menyala selama ribuan tahun di kesemua kuil di bawah jajahan empayar Parsi terpadam terus pada malam kelahiran baginda.

Sebenarnya, pada zaman pemerintahan Bani Sasan, mereka telah membina banyak benteng yang kukuh serta ratusan mungkin ribuan kuil menyembah api kerana Dinasti Bani Sasan menjadikan agama Majusi sebagai agama rasmi empayarnya.

Pada masa kini, hanya ditemui beberapa buah sahaja kuil api yang masih terselamat di sekitar wilayah negara Iran kerana kebanyakan kuil api ini dihancurkan oleh tentera Islam ketika mereka mula memasuki dan membebaskan beberapa kota serta daerah di tanah Parsi.

Diantara kuil api yang terselamat pada masa itu adalah kuil api Atashgha yang terletak di puncak bukit dalam daerah Isfahan, Iran berketinggian sekitar 210 meter.

Mungkin kerana kedudukannya terlalu tinggi pada waktu itu, tentera Islam tidak memusnahkan ia kerana kawasannya yang licin dan berbahaya.

Tanda terpadamnya api ini menunjukkan bahawasanya telah lahir seorang manusia yang bakal memadamkan kepercayaan menyembah api dan akan membawa ajaran baru yang bakal menjadi tentangan kuat ke atas penganut agama Majusi.

Nota: Hadis tidak sahih tentang peristiwa ini.

Penganut

Penganut agama Majusi dianggarkan seramai 200,000 pada tahun 1996.

Di India sahaja, jumlah penganutnya adalah seramai 69,601 (bancian 2001), di Pakistan, jumlahnya seramai 5,000 orang dan kebanyakan mereka bertumpu di Karachi.

Terdapat juga beberapa penganut agama Majusi di Asia Tengah dan Iran.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: 1 | 2

Friday, January 03, 2020

Asal-usul Bendera Pelangi Golongan LGBT

Asal-usul Bendera Pelangi Golongan LGBT

Sejak sekian lama, golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) mengiktiraf bulan Jun setiap tahun sebagai Bulan LGBT, sebagai tanda menghormati peristiwa Rusuhan Stonewall yang berlaku di bandar New York pada tahun 1969.

Bendera Pelangi LGBT

Maka, apabila tiba bulan Jun, dibandar-bandar besar yang menerima budaya LGBT, anda akan melihat bendera-bendera berwarna pelangi dikibarkan oleh aktivis-aktivis gerakan LGBT ini.

Namun, tahukah anda daripada manakah asal-usul bendera berwarna pelangi ini?

Segalanya bermula pada tahun 1978 dimana seorang karyawan bernama Gilbert Baker, seorang individu yang secara terbuka mengaku sebagai gay mencipta bendera pelangi ini.

Beliau menyatakan bahawa, idea itu tercetus hasil desakan Harvey Milk yang mahukan sebuah logo bagi mewakili golongan mereka.

Harvey Milk merupakan seorang pegawai yang telah dilantik bagi mewakili golongan gay di Amerika Syarikat.

Gilbert Baker mendedahkan beliau mengambil keputusan untuk mencipta logo bagi mewakili gerakan LGBT ini dalam bentuk bendera memandangkan bendera dilihat sebagai simbol kebanggaan yang paling kuat.

Gilbert Baker juga mendedahkan bahawa penciptaan bendera ini bagi membolehkan golongan seumpanya lebih berani mengaku budaya atau amalan mereka secara terbuka dalam masyarakat dan lebih mudah mengenali golongan sepertinya.

Idea asal bendera LGBT

Gilbert Baker mendapat inspirasi daripada warna pelangi di langit dan beliau mengambil 8 warna daripada pelangi tersebut sebagai 8 jalur warna pada bendera ciptaannya.

Menurutnya, setiap warna itu mewakili maksud tertentu:
  1. Merah jambu - Seks
  2. Merah - Kehidupan
  3. Jingga - Kesembuhan
  4. Kuning - Cahaya
  5. Hijau - Semulajadi
  6. Turquoise - Seni
  7. Indigo - Harmoni
  8. Ungu- Semangat

Versi pertama bendera pelangi ini telah digunakan secara rasmi buat pertama kali pada 25 Jun 1978 dalam sambutan Hari Kebebasan Gay San Francisco di San Francisco.

Gilbert Baker dan beberapa orang sukarelawan telah menghasilkan bendera ini dengan tangan.

Perubahan terhadap bendera LGBT

Selepas pembunuhan Pegawai Gay San Francisco City, Harvey Milk pada 27 November 1978, permintaan bendera pelangi telah meningkat.

Bagi menampung permintaan yang tinggi ini, syarikat Paramount Flag Company mula menjual versi baru bendera pelangi ini dimana hanya 7 jalur sahaja digunakan.

Versi baru ini menyaksikan hanya warna merah, jingga, kuning, hijau, turquoise, indigo dan ungu sahaja digunakan sementara warna merah jambu telah dibuang.

Keputusan ini terpaksa dilakukan memandangkan kesukaran untuk mendapat fabrik berwarna merah jambu dalam kuantiti yang banyak bagi menghasilkan bendera ini dalam skala yang besar.

Namun, pada tahun 1979 menyaksikan bendera yang menjadi kebanggaan golongan LGBT ini mengalami satu lagi perubahan dimana jalur warnanya telah dikurangkan kepada 6 jalur warna sahaja.

Apabila bendera ini digantung secara menegak pada tiang lampu, jalur keempat yang berada pada bahagian tengah dilihat seolah-olah terhalang dengan tiang lampu tersebut menjadikannya seperti tidak sempurna.

Bagi mengatasi masalah ini, keputusan telah diambil untuk menukar bendera ini supaya mempunyai jumlah jalur dalam kiraan genap.

Oleh itu, sekali lagi bendera ini telah diubah kepada hanya 6 jalur sahaja iaitu warna merah, jingga, kuning, hijau, biru dan violet. Versi terbaru ini menyaksikan warna turquoise telah dibuang.

Pada tahun 1989, bendera pelangi ini mula mendapat perhatian warga Amerika Syarikat secara meluas berikut satu kes saman oleh John Stout terhadap pemilik rumah yang disewanya dan memenangi kes saman tersebut.

Dalam kes tersebut, tuan rumah yang disewa John Stout telah mengeluarkan arahan yang menghalang beliau daripada mengibarkan bendera ini daripada balkoni rumah yang didiaminya di West Hollywood, California.

Pada masa kini, terdapat juga beberapa pihak terutamanya golongan muda yang cuba mencipta versi baru bendera ini dengan memasukkan warna hitam dan coklat.

Warna hitam dan coklat ini dikatakan bagi mewakili golongan kulit berwarna selain daripada golongan orang putih.

Walau bagaimanapun, golongan veteran LGBT menentangnya kerana berpendapat kedua warna itu tidak menggambarkan keceriaan.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: iluminasi

Thursday, December 19, 2019

Sejarah Asal-usul Pulau Borneo

Sejarah Asal-usul Pulau Borneo

Borneo, pulau ketiga terbesar di dunia, dikongsi oleh tiga negara iaitu Brunei, Malaysia (Sabah, Sarawak) dan Indonesia (Kalimantan), terkenal dengan hutan tropikanya yang sangat luas dan tebal, salah satu hutan hujan tertua di dunia.

Pulau Borneo

Kira-kira 73% daripada pulau Borneo adalah wilayah Indonesia, manakala Sabah dan Sarawak di utara menduduki kira-kira 26% daripada pulau borneo dan Brunei, yang terletak di pantai utara, terdiri daripada kira-kira 1% daripada kawasan tanah Borneo.

Sebelum Perang Dunia ke II, Borneo Utara secara rasminya dikuasai oleh pihak British yang menjalankan pelbagai perdagangan dan sebahagian kecil kawasan dikuasai oleh Kesultanan Brunei dan Kesultanan Sulu yang asalnya dari Kepulauan Sulu di bahagian barat Borneo dan selatan Filipina.

Manakala, Borneo Selatan secara rasminya dikuasai oleh pihak Belanda yang juga menjalankan pelbagai perdagangan, serta sebahagian kecil kawasan dikuasai oleh Kesultanan Banjar.

Dahulu, nama pulau ketiga terbesar di dunia ini adalah Warunadwipa yang ertinya Pulau Dewa Laut, secara keseluruhan disebut Borneo, sedangkan wilayah Indonesia disebut Kalimantan, lalu wilayah Malaysia disebut Sabah dan Sarawak, selain itu ada pula kesultanan Brunei.

Pada zaman dahulu, Borneo adalah nama yang digunakan oleh kolonial Inggeris dan Belanda, sedangkan nama pulau Kalimantan digunakan oleh penduduk Indonesia.

Dalam bahasa Indonesia dahulu, Kalimantan Utara adalah sebutan untuk Borneo Utara (Sabah), tetapi dalam pengertian sekarang Kalimantan Utara adalah Kalimantan Timur bahagian utara. Jadi, dalam erti luas, Kalimantan meliputi seluruh pulau Borneo, tetapi sekarang Kalimantan hanya mengacu pada wilayah Indonesia.

Borneo dikelilingi oleh Laut China Selatan ke utara dan barat laut, Laut Sulu timur laut, Laut Sulawesi dan Selat Makassar ke timur dan Laut Jawa dan Selat Karimata ke selatan. Untuk barat Borneo adalah Semenanjung Tanah Melayu dan Sumatera. Ke selatan Jawa. Ke timur Sabah, dan ke timur laut, Filipina.

Dengan kawasan seluas 743,330 kilometer persegi (287,000 batu persegi), ia adalah pulau ketiga terbesar di dunia. Titik tertinggi adalah Gunung Kinabalu di Sabah, Malaysia, dengan ketinggian 4,095 meter.

Sistem sungai terpanjang adalah Kapuas di Kalimantan Barat dengan panjang 1,143 km (710 batu). Sungai utama lain termasuk Mahakam di Kalimantan Timur (980 km panjang (610 km), Barito di Kalimantan Selatan (880 km panjang (550 km) dan Rajang di Sarawak (562.5 km (349,5 km).

Biodiversiti

Hutan hujan Borneo berusia 130 juta tahun menjadikan ia hutan hujan tertua di dunia. Terdapat kira-kira 15,000 spesies tumbuhan berbunga dengan 3,000 spesies pokok (267 spesies dipterokarpa), 221 spesies mamalia darat dan 420 spesis burung yang bermastautin di Borneo. Terdapat kira-kira 440 spesies ikan air tawar di Borneo (kira-kira sama sebagai Sumatera dan Jawa digabungkan).

Borneo sangat kaya dengan biodiversiti dibandingkan dengan kebanyakan kawasan lain. Terdapat sekitar 15,000 spesies tumbuhan berbunga dengan 3,000 spesies pokok (267 spesies Dipterocarpaceae), 221 spesies mamalia darat dan 420 spesies burung tinggal di Borneo.

Pulau ini juga merupakan pusat evolusi dan radiasi spesies endemik tumbuhan dan haiwan. Akibat pembasmian hutan secara meluas, hutan hujan Borneo ialah satu-satunya habitat alam yang tersisa untuk Orang Utan Borneo yang terancam pupus.

Borneo juga merupakan tempat perlindungan penting bagi banyak spesies endemik hutan, umpamanya Gajah Asia, Badak Kerbau Borneo, Harimau Dahan Borneo, Musang Hitam Pudar dan Cecadu Dayak.

Sebagai salah satu tempat yang mempunyai biodiversiti paling tinggi di bumi, World Wildlife Fund telah menyatakan bahawa 361 spesies haiwan dan tanaman telah dijumpai sejak tahun 1996 di Borneo, menekankan kepelbagaian hayatnya yang tidak tertandingi. Dalam jangka waktu 18 bulan dari Julai 2005 sehingga Disember 2006, 52 spesies baru lain juga berhasil ditemui.

Pulau ini secara sejarah meliputi hutan tropika yang luas, tetapi daerah hutan menyusut dengan cepat kerana pembalakan besar-besaran untuk keperluan industri papan lapis Malaysia dan Indonesia.

Selain itu, ladang kelapa sawit dengan cepat menjarah sisa-sisa terakhir hutan primer. Hutan hujan juga musnah oleh sebab kebakaran hutan tahun 1997 hingga 1998, yang bermula daripada usaha penduduk tempatan untuk membersihkan hutan untuk perkebunan dan seterusnya dilanjutkan oleh musim kemarau El Niño yang sangat kering selama tempoh itu.

Dalam rangka memerangi penduduk berlebihan di Jawa, kerajaan Indonesia pada tahun 70-an dan 80-an memulakan projek transmigrasi bagi petani-petani miskin dan tanpa tanah ke Kalimantan.

Pokok-pokok ditebang dan ladang-ladang dibuka, menyebabkan hasil kesuburan tanah menyusut dan berlaku hakisan kerana tanah terbuka hanyut dihanyutkan oleh hujan tropika.

Sejarah Awal

Menurut manuskrip Cina, India dan Jawa kuno, bandar-bandar pantai barat Borneo telah menjadi pelabuhan perdagangan, sebahagian daripada laluan perdagangan mereka, sejak milenium pertama.

Dalam manuskrip China, emas, kapur barus, cengkerang kura-kura, enggang, gading, tanduk badak, kren puncak, melilini, lakawood (kayu wangi dan kayu akar satu liana tebal, Dalbergia parviflora), darah naga, sarang rotan, burung yang boleh dimakan ini dan pelbagai rempah adalah antara barangan paling berharga dari Borneo.

Orang India menggelar Borneo dengan nama Suvarnabhumi (tanah emas) dan juga Karpuradvipa (Camphor Island). Orang Jawa menyebut Borneo sebagai Puradvipa atau Diamond Island.

Penemuan arkeologi di delta sungai Sarawak mendedahkan bahawa kawasan itu pernah menjadi pusat perdagangan yang berkembang maju antara India dan China dari 500 sehingga kira-kira 1,300 Sebelum Masihi.

Salah satu bukti terawal pengaruh Hindu di Asia Tenggara adalah tiang-tiang batu yang mengandungi inskripsi dalam tulisan Pallava yang ditemui di Kutai, sepanjang Sungai Mahakam di Kalimantan Timur, bertarikh sekitar separuh abab kedua 300 Sebelum Masihi.

Dalam abad ke-14, hampir semua bahagian pantai Borneo adalah di bawah kawalan kerajaan Majapahit seperti yang ditulis dalam dokumen Nagara kretagama Jawa (sekitar 1365) dan ia dipanggil Nusa Tanjung Nagara.

Nama sebuah bandar pelabuhan perdagangan di Borneo adalah Tanjung Pura di Nagara kretagama, nama yang sama ditulis dalam dokumen lain iaitu Pararaton Jawa (ca. 1355).

Dalam abad ke-15, pemerintahan Majapahit memberi pengaruh di Borneo. Puteri Junjung Buih, ratu kerajaan Hindu Dipa Negara (yang terletak di kawasan Candi Agung Amuntai) berkahwin dengan seorang putera Jawa, Putera Suryanata, dan bersama-sama memerintah kerajaan yang merupakan jajahan Empayar Majapahit (1365). Dengan cara ini, ia menjadi sebahagian daripada Nusantara.

Sepanjang pemerintahan, kuasa Negara Dipa menjadi lemah dan telah digantikan oleh pemerintah baru, Negara Daha. Apabila putera Samudra (Putera Riau) Negara Daha memeluk agama Islam dan membentuk kerajaan Islam Banjar, ia mewarisi beberapa kawasan yang sebelum ini diperintah oleh kerajaan Hindu Negara Daha.

Kesultanan Brunei, semasa zaman kegemilangan dari abad ke-15 hingga abad ke-17, memerintah sebahagian besar utara Borneo.

Pada tahun 1703 (sumber-sumber lain mengatakan 1658), Kesultanan Sulu dikatakan menerima Borneo Utara dari Sultan Brunei, selepas Sulu menghantar bantuan ketika perang Saudara di Brunei.

Pada tahun 1450-an, Shari'ful Hashem Syed Abu Bakr, yang dilahirkan di Johor, tiba di Sulu dari Melaka dan pada tahun 1457, beliau mengasaskan Kesultanan Sulu, kemudian menamakan semula dirinya sebagai, "Paduka Maulana Mahasari Sharif Sultan Hashem Abu Bakr".

Pada abad ke-14, hampir keseluruhan Pulau Borneo diperintah oleh Kesultanan Brunei tetapi tidak keseluruhan hanya dipersisiran pantai, kerana dikawasan pendalaman ramai suku etnik dayak yang mengamalkan aktiviti memburu kepala yang dikenali sebagai aktiviti ngayau.

Sebelum Perang Dunia II, Borneo Utara secara rasminya dikuasai oleh pihak British yang menjalankan pelbagai perdagangan, dan sebahagian kawasan dikuasai oleh Kesultanan Brunei dan Kesultanan Sulu yang asalnya dari Kepulauan Sulu di bahagian barat Borneo dan selatan Filipina.

Sedangkan dalam pada itu, Borneo Selatan secara rasminya dikuasai oleh pihak Belanda yang juga menjalankan pelbagai perdagangan, serta sebahagian kecil kawasan dikuasai oleh Kesultanan Banjar.

Selepas HM Sultan Jamalul Kiram Ahlam (1863-1881), Sultan ke 29 Sulu, menyerahkan sebahagian Borneo Utara pada tahun 1878 kepada Gustavus Baron de Overbeck dan Alfred Dent yang mewakili Syarikat Borneo Utara British dalam apa yang kini merupakan negeri Sabah di Malaysia, syarikat itu juga mengenakan kawalan ke atas wilayah pedalaman yang didiami oleh puak-puak tempatan.

Pada tahun 1842, James Brooke telah diberikan sebahagian besar Sarawak, selepas membantu gabenor memadamkan pemberontakan tempatan dan akhirnya memerintah Sarawak selama seratus tahun serta menjadi terkenal sebagai White Rajahs.

Beliau telah diberi kuasa oleh Raja Muda untuk memerintah kawasan Sarawak sekitaran Sungai Sarawak yang berpusat di Kuching.

Borneo merupakan tapak utama konfrontasi antara Indonesia dan Malaysia antara tahun 1962 dan kira-kira 1969, serta pemberontakan komunis untuk mendapatkan kawalan seluruh kawasan.

Sebelum pembentukan Persekutuan Malaysia, Filipina mendakwa bahawa negeri Sabah termasuk dalam wilayah mereka berdasarkan fakta sejarah, perjanjian pajakan Sulu dengan Syarikat Borneo Utara.

Suku Kaum

Borneo diduduki oleh pelbagai kaum yang datangnya dari Brunei, Malaysia, Indonesia dan Filipina. Penduduk Borneo juga terdiri daripada kumpulan etnik asli Kedayan (Brunei), dan orang-orang Cina yang awalnya berhijrah dari China tenggara.

Borneo memiliki penduduk 15,721,384 (banci Januari 2005), dengan kepadatan penduduk 16 orang per km persegi. Sebahagian besar penduduk tinggal di bandar-bandar persisiran, walaupun pedalaman pun ditempati iaitu di bandar-bandar kecil dan kampung-kampung di sepanjang sungai.

Penduduk utama terdiri daripada kumpulan suku Dayak, Cina dan bangsa Melayu. Orang-orang Cina yang membentuk 29% daripada penduduk Sarawak dan 17% daripada penduduk Kalimantan Barat, awalnya berhijrah dari China tenggara.

Majoriti penduduk di Kalimantan beragama Islam atau animisme. Sekitar 15% Dayak beragama Kristian, agama yang diperkenalkan oleh para misionari di abad ke-19.

Di Kalimantan Tengah juga ada minoriti kecil pengamal agama Hindu Bali. Di pedalaman Kalimantan juga terdapat suku Penan, yang beberapanya masih mengutamakan amalan memburu-mengumpul, dalam mencari sumber rezeki mereka.

Di beberapa daerah pesisir dengan petempatan kecil dapat dijumpai suku Bajau, yang sekian lama tinggal berdekatan laut sebagai nelayan dan hidup secara nomad.

Di barat laut Borneo, kumpulan suku Dayak terbesar ialah Iban dengan jumlah hampir sejuta orang.

Kenapa Kalimantan disebut Borneo?

Pulau ini mempunyai banyak nama berlainan. Di peringkat antarabangsa, ia disebut sebagai Borneo. Borneo ini diambil daripada nama Negara Brunei Darussalam, yang ketika dulu menguasai pulau tersebut, dan dipanggil Borneo oleh pihak Europah ketika Zaman Penjelajahan.

Nama Brunei mungkin berpunca dari perkataan Sanskrit 'váruṇa' (वरुण), yang bermaksud "air" ataupun Varuna, nama dewa hujan Hindu.

Penduduk di Indonesia memanggil pulau tersebut Kalimantan, yang berpunca dari perkataan Sanskrit Kalamanthana, bermaksud "pulau cuaca bakar" (untuk menerangkan tentang cuacanya yang panas dan lembap).

Selain itu, menurut catatan dari seorang utusan kerajaan China, pada abad ke-8 hingga ke-9, Kalimantan dikenali sebagai Po-Po-Li, Po-Ni atau Bun-Lai.

Jelas sekali terdapat kemiripan nama Bun-Lai dan Brunei sehingga kemungkinan memang nama ini sudah digunakan sejak masa itu.

Terdapat juga pendapat lain menyatakan bahawa nama Borneo berasal dari nama salah satu pohon yang banyak tumbuh di kepulauan tersebut pada abad ke-15.

Pohon ini bernama Borneol atau nama latinnya dikenali sebagai pohon Dryobalanops camphora, lalu pemberian nama Borneo ini berasal dari bangsa Eropah yang ketika itu banyak menemui pohon tersebut di wilayah Kalimantan.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: 1 | 2 | 3

Friday, August 30, 2019

Rahsia Logo Ular Menelan Manusia Jenama Alfa Romeo Ada Kaitan Dengan Perang Salib?

Rahsia Logo Ular Menelan Manusia Jenama Alfa Romeo Ada Kaitan Dengan Perang Salib?

Walaupun bukanlah jenama kereta Eropah terlaris di Malaysia dan di seluruh dunia, Alfa Romeo adalah antara pengeluar automotif yang berada dalam kelas tersendiri dan cukup disegani. Ada dikalangan peminat yang gilakan keunikan bunyi jentera-jentera Alfa Romeo.

Alfa-Romeo-Car-Logo
Alfa-Romeo.

Ada juga yang sukakan sejarah, kejayaan di litar lumba dan hubungan jenama itu dengan Enzo Ferrari serta kaitan pelumba-pelumba hebat seperti legenda 1930-an, Tazio Nuvolari dan Achille Varzi dan juara dua kali Formula Satu (F1) 1950-an, Alberto Ascari.

Alfa Romeo sangat sinonim dengan makna keghairahan dan soul, tetapi kononnya alasan paling cool untuk mencintai jenama ini ialah penampilan gril segitiga yang jika diperhatikan lebih dekat tersemat lencana dengan imej palang (salib) di samping seekor ular, dengan julukan biscione sedang menelan seorang manusia. Apakah maksudnya?

Ada pelbagai teori yang menyokong dakwaan tersebut.

LAMBANG DUKE MILAN

Tidak banyak pengeluar automobil yang meletakkan logo jenama dalam bentuk lencana logam seakan jata atau coat of arms.

Antara pengeluar selain Alfa Romeo yang menampilkan lencana logam ialah Saab dengan imej kepala Griffin mengeluarkan api, yakni makhluk legenda dalam mitologi Mesir dan Parsi purba.

Begitu juga logo Peugeot dengan imej singa mendepangkan kaki yang sejarahnya dapat dijejak sehingga 1847.

Logo Alfa Romeo pula jika dijejaki mempunyai kaitan dengan bandar kelahiran jenama itu di Milan, Itali.

Logo tersebut pernah menjadi lambang keluarga Visconti sebagai penguasa atau duke ibu kota itu pada abad 11 hingga 15 Masihi.

OTTONE VISCONTI

Alfa-Romeo-Car-Logo
Ottone Visconti.

Menurut kisah legenda, semasa Perang Salib Kedua, Ottone Visconti (1207-1295), mencabar ketua Saracen (istilah orang Kristian yang merujuk kepada orang Islam pada zaman pertengahan), Voluce, supaya bertarung yang ketika itu memakai baju dengan lengan tertera jata seekor ular sedang menelan seorang lelaki.

Ottone menang sambil membawa pulang senjata dan lambang milik Voluce itu ke Milan untuk dijadikan simbol kepahlawanan keluarga Visconti. Simbol tu kemudian digunakan pada perisainya.

Ada kenyataan mendakwa imej lelaki ditelan ular biscione itu dimerahkan untuk menggambarkan orang Saracen, tetapi kemudian digantikan dengan kanak-kanak bagi menunjukkan kebaikan ular Visconti.

Malah, menurut sumber Alfa Romeo sendiri, dipetik Jalopnik, ular itu bukan menelan, sebaliknya mengeluarkan manusia sebagai simbol manusia baharu, kelahiran semula dan disucikan.

Tetapi kalau kita melihat posisi dan gerak badan manusia (atau budak) pada mulut ular itu, ia tidak nampak seperti dikeluarkan, tetapi ditelan. Jadi tidak hairan orang ramai mengganggap ular itu sedang menelan mangsa.

Simbol tersebut kemudian digunakan walaupun keluarga Visconti sudah meninggal dunia dan digantikan keluarga Sforza sebagai penguasa Milan dengan meneruskan legasi lambang itu sebagai jata pemerintahan.

Imej ular melingkar tersebut turut menjalinkan Milan dengan dua bandar di Poland menerusi perkahwinan Bona Sforza dan Raja Sigismund I.

Ular-biscione

Jika berjalan di Milan, anda akan perasan imej ular biscione pada jubin lantai, dinding stesen keretapi Milano Centrale, dan tembok kota Castello Sforzesco di pusat bandar.

Menariknya, kadangkala muka lelaki yang sedang ditelan ular itu kelihatan tenang sahaja seakan pasrah dengan nasib diterima, tetapi kebiasaannya imej 'lelaki malang' itu tidak ditunjukkan muka.

Pada lambang Alfa Romeo, sebuah syarikat yang berakar umbi di pusat industri Milan, imej ular biscione berkongsi ruang dengan simbol salib merah dan latar belakang putih seperti yang terdapat pada bendera Milan.

Tembok kota Castello Sforzesco juga jelas terpapar lambang ular biscione menelan seorang lelaki.

KONTROVERSI SALIB

Apakah itu simbol iluminati? Entahlah, anda mungkin boleh bertanya sendiri kepada jabatan perhubungan awam kumpulan misteri itu.

Tetapi persoalannya, adakah peminat Alfa Romeo tahu rahsia sebenar di sebalik logo kereta idaman mereka itu?

Pasti ramai dikalangan pembeli Malaysia tidak tahu rahsia di sebalik imej ular biscione menelan lelaki pada logo Alfa Romeo dan kaitan simbol tersebut dengan Perang Salib Kedua.

Namun apa yang pasti, simbol salib yang tertera di sebelah ular itu sedikit sebanyak menghalang populariti jenama tersebut di kalangan pembeli Islam.

Situasinya sama seperti simbol tali leher bow pada logo Chevrolet yang berbentuk salib.

Tetapi, di kalangan peminat kereta lama kategori rare, model-model Alfa Romeo sentiasa ada kelompok peminatnya yang tersendiri.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: pandulaju