Tuesday, September 14, 2021

10 Tips Menghadapi Anxiety Yang Anda Wajib Ketahui

10 Tips Menghadapi Anxiety Yang Anda Wajib Ketahui

Jika anda melihat seorang pesakit anxiety, seseorang itu memang kelihatan sihat pada luarannya, tetapi di dalam minda mereka sedang bersusah-payah dan begitu terseksa apabila diserang kebimbangan, bimbang tanpa sebab melampau ini.

Anxiety

Anxiety datang tanpa diundang, menyerang sesiapa pun dan bagi mereka yang mungkin memandang serong pada mereka yang menghidapi penyakit ini, anda sepatutnya membantu mereka sehingga pulih.

Seorang pesakit anxiety, Shehnaz Khan, telah berkongsi cara bagaimana dia melawan anxiety, agar anda tahu dan faham apa sebenarnya yang terjadi.

Ini adalah 10 cara dia melawan anxiety secara umum:

1. Ingat Allah

Mendekatkan diri kepala Allah dan perbanyakkan istighfar dan selawat.

2. Jauhkan diri dari orang yang negatif

Biar tidak ada kawan yang ramai asalkan ada kawan yang berkualiti. Apabila berkawan dengan orang yang negatif, minda kita akan tertekan dan bertambah parah anxiety.

3. Berfikiran Positif

Betulkan mindset dengan selalu cakap dalam hati, "Saya sihat dan tidak takut."

4. Jangan Berseorangan

Selalulah bergaul, berbual dan ceritakan masalah pada orang yang memahami. Luah segalanya, mesti lega.

5. Beriadah

Lakukan aktiviti yang seronok bersama kawan-kawan, suami, anak-anak atau ibu bapa untuk mengelakkan berfikir terlalu banyak dan cemas. Sedikit sebanyak boleh membuatkan kita lupa tentang 'perkara' itu.

6. Jangan Berseorangan

Jangan tidur keseorangan dan sentiasa tidur berteman supaya boleh tangani jika berlaku perkara yang tidak diingini.

Sebagai contoh, pesakit anxiety akan kurang tidur dan cepat cemas, atau mungkin sesak nafas. Orang sekeliling sangatlah penting untuk membantu.

7. Berjumpalah Doktor Psikologi

Wajib dapatkan nasihat doktor psikologi. Anxiety bukan gila dan jangan takut atau malu kerana ia banyak membantu untuk menyembuhkan sakit.

Mereka sangat pakar dalam memahami pesakit anxiety dan anda juga boleh mendapatkan nasihat mereka.

8. Makanan Sihat

Amalkan makan makanan yang sihat dan banyakkan minum air masak.

9. Beranikan Diri

Cabar diri untuk memecahkan tembok yang anda takuti seperti takut untuk keluar rumah. Cabar diri untuk keluar dan yakin.

10. Sokongan

Sokongan moral secara mental dan fizikal daripada keluarga, suami, isteri, kawan-kawan dan mereka yang faham apa itu anxiety amatlah penting.

Walaupun pesakit anxiety sukar pulih sepenuhnya, tetapi mereka masih boleh menemui sinar kebahagiaan dan mengawal penyakit ini jika anda turut sama membantu mereka.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:
sumber: thevocket

Sunday, March 15, 2020

Perbezaan Stres Dan Kemurungan

Perbezaan Stres Dan Kemurungan

Kemurungan telah menjadi suatu perkara yang serius kerana terlalu banyak kes yang melibatkan kematian disebabkan 'depression', dengan penyanyi terkenal seperti Avicii dan Chester Bennington, sebagai contoh; telah membunuh diri mereka akibat terlalu tertekan.

Stres Dan Kemurungan

Mungkin ramai antara kita yang tidak pasti sama ada diri sendiri hanyalah stres atau depression (kemurungan).

Jom kita lihat apa perbezaan antara stres dan depression:

STRES (Anxiety)

Stres adalah 'common' dimana perasaan yang anda akan alami apabila berada di bawah tekanan. Ia mungkin berkaitan dengan soal peribadi, trauma, kerja ataupun kewangan.

DEPRESSION (Kemurungan)

Kemurungan adalah isu yang lebih serius dan tekanan yang lebih teruk. Kebanyakan individu yang mengalami kemurungan akan memilih untuk berdiam diri atau memendam perasaan sendiri.

Punca Kemurungan
  • Keturunan.
  • Pekerjaan.
  • Persekitaran.
  • Ubat-ubatan.
  • Penyakit.
  • Corak pemikiran.
  • Stres.
  • Kehilangan orang yang disayangi.

Stres vs Depression

Stres (Tertekan):
  • Stres adalah disebabkan masalah dalam hidup manakala kemurungan boleh berlaku secara tiba tiba walaupun tiada masalah yang timbul.
  • Stres sentiasa berkaitan dengan masalah yang sedang dihadapi. Kemurungan pula boleh disebabkan perkara yang dipendam dan telah lama berlaku.
  • Stres boleh membuatkan seseorang depress atau anxiety dan depression membuatkan seseorang selalu mempunyai 'suicidal thoughts'.

Depression (kemurungan):
  • Depression adalah salah satu penyakit mental yang perlu dirawat segera.
  • Jika anda mempunyai simptom-simptom di atas, disarankan untuk merujuk doktor psikologi atau kaunselor.

Perbezaan

Bila menghadapi sesuatu situasi yang kita tak suka contohnya bergaduh dengan kawan, banyak hutang dan sebagainya kita akan rasa tertekan. Itu maksud perkataan STRESSED. Kita marah, sedih dan kadang kala mengamuk. Bila masalah tersebut selesai kita kembali ceria dan emosi menjadi stabil semula.

Dalam situasi depression yang sebenar, orang yang menghadapinya akan mengalami keadaan yang jauh bezanya berbanding orang yang stres tadi.

Orang depressed mengalami ANHEDONIA (hilang minat untuk buat apa saja perkara yang dia biasa buat, tak nak pergi sekolah kelas, tak nak jumpa kawan-kawan, tak nak keluar rumah, tak nak bangun tidur dan sebagainya).

INSOMNIA (gangguan tidur, sampai tak tidur berhari hari pun ada), turun atau naik berat badan dengan mendadak, gangguan selera makan, rasa diri tak berguna dan banyak lagi.

Dan paling menakutkan adalah keinginan untuk membunuh diri!

Bantu Mereka Dengan Hanya Memahami

Apabila kita faham depresi dari sudut klinikal kita akan faham kenapa pejuang depresi ini tidak suka dapat tuduhan kurang iman, jauh dari Allah, tinggal solat dan sebagainya.

Mereka solat dan sentiasa menangis memohon pertolongan Allah, sentiasa berzikir bahkan solat malam itu semua, mereka memang buat.

Sokong mereka dengan bertanya soalan yang sesuai, seperti bertanya, makan ubat belum? Ubat apa yang ambil? Biasa pergi dapatkan khidmat psikiatri dekat mana? Dosage ubat makin turun ke atau naik? Depresi jenis apa yang dia alami?

Bukannya dengan soalan seperti, kau mesti tak kuat iman kan? Kau mesti tak solat kan? Kau mesti lama tak baca al Quran kan? Kau mesti tak maafkan orang kan? Kau mesti suka bersangka buruk kan? Kau tak tengok orang lain lagi susah dari kau? Apakah ini semua.

Kenapa begitu judgemental dan tidak adil. Janganlah begitu. Otak pun organ manusia yang boleh sakit sama seperti organ lain.

Berlaku adil pada pejuang depresi. Harap dapat jelaslah perbezaanya.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: 1 | 2

Wednesday, February 26, 2020

Penawar Anxiety Allah Kirimkan Dalam Surah Ad-Dhuha

Penawar Anxiety Allah Kirimkan Dalam Surah Ad-Dhuha

Realiti dihidapi pesakit anxiety disorder (AD) atau gangguan kebimbangan, sangat teruk sebenarnya. Rasa tak disayangi sesiapa. Benci suami. Sikit-sikit benci. Benci dengan diri sendiri. Benci dengan hidup. Rasa nak tinggalkan semua. Nak bawa diri sendiri. Rasa seperti hendak mati.

Penawar Anxiety
Gambar hiasan.

Rasa bimbang, takut atau fobia apabila menghadapi situasi cemas sememangnya dirasai sesiapa saja namun, jika perasaan ini diluahkan secara berlebihan dan berlanjutan dalam tempoh melebihi enam bulan ia bukanlah sesuatu yang normal. Anda mungkin mengalami gangguan kebimbangan atau keresahan (AD).

Aanxiety disorder adalah gangguan kebimbangan melampau yang berlaku secara kerap dan berpanjangan sehingga boleh mengganggu kehidupan dan bboleh dibahagikan kepada dua iaitu gangguan panik dan kecelaruan keresahan umum.

Walau bagaimanapun, Allah SWT sebenarnya telah memberikan penawar kepada penghidap Anxiety ini dalam surah Ad-Dhuha. Mari cuba renungkan teguran Allah ini dan semoga anda disembuhkan dari kesakitan ini.

SURAH AD-DHUHA

Ayat 1: Wad duhaa – Demi waktu dhuha (ketika matahari naik setinggi galah).

Sebab itu, perkara pertama yang perlu anda beritahu pada seseorang yang sedang mengalami tekanan emosi atau depresi adalah, 'Bangun! Lihatlah matahari. Hidup ini tak selamanya hancur dan kelam."

Di luar sana ada matahari yang memancarkan cahayanya yang sangat indah.

Ayat 2: Wal laili iza sajaa – Dan demi malam apabila telah sunyi.

Seorang yang alami depresi atau tekanan emosi adalah mereka ini akan berjaga malam. Mereka tidur di siang hari dan berjaga di malam hari.

Ayat 3: Ma wad da’aka rabbuka wa ma qalaa’ – Tuhanmu tidak meninggalkanmu (Muhammad) dan tidak (pula) membencimu.

Allah tidak membenci Muhammad, apatah lagi melupakannya. Samalah halnya dengan kamu, wahai jiwa-jiwa yang tertekan Allah tidak sesekali membencimu. Dan Allah tidak sesekali melupakanmu.

Ayat 4: Wa lal aakhiratukhairul laka minal-oola’ – Sesungguhnya kesudahan itu lebih baik bagimu daripada yang permulaan.

Apa yang bakal mendatangimu adalah jauh lebih baik dengan apa yang sedang kamu alami sekarang.

Ayat 5: Wa la sawfa y’uteeka rabbuka fatarda’ – Dan sesungguhnya, Tuhanmu pasti memberikan kurnia-Nya kepadamu, sehingga engkau redha – berpuas hati.

Katakan ini pada mereka yang depresi, "Sedikit masa lagi wahai kaum Muslimin, Allah akan memberikan syurgaNya insya-Allah dan memberi bahagia buat kita."

"Sabarlah untuk sedikit masa lagi, Allah akan memberi kemenangan untuk semua kesukaran ini dan membuatkan kita merasa bahagia gembira.

"Inilah janji Allah dan sabarlah untuk sedikit masa lagi. Sabarlah sahabatku, kita semua akan masuk ke syurga, Insya-Allah."

Bukankah ini kata-kata yang cukup indah yang perlu kita tuturkan pada seseorang yang tertekan jiwanya. Yang merasa sakit dalam hatinya. Dan Allah memberi sebab untuk kita percayakan semua janjinya itu.

Ayat 6: Alam ya jidka yateema Fa aawaa’ – Bukankah Dia mendapatimu sebagai seorang yatim, lalu Dia melindungimu.

Tanyakah dirimu, tidakkah pernah kamu berasa sakit-sakit? Tidakkah kamu pernah menjadi anak kecil, yang mana Allah melindungi dan menjagamu ketika usia itu?

Ayat 7: Wa wa jadaka daal lan fahada – Dan Dia mendapatimu sebagai seorang yang kebingungan, lalu dia memberikan petunjuk.

Bukankah kita juga sentiasa dalam kebingungan sebelum kita menemui jalan keluar?

Saya tahu saya tidak solat. Saya tidak pernah kenal agama dan Allah melihat saya dalam kebingungan lalu membantu saya.

Samalah halnya dengan kamu. Tidakkah kamu dalam kebingungan dan Allah membantumu?

Ayat 8: Wa wa jadaka ‘aa-ilan fa aghnaa’ – Dan Dia mendapatimu sebagai seorang yang kekurangan, lalu Dia memberikan kecukupan.

Berapa ramai dari kalangan kita dalam peliharaan Tuhannya? Allah memelihara keluarga kita ketika saat sukar mereka.

Dan dalam ayat seterusnya, Allah berikan kamu dengan lebih banyak lagi sebab. Kepada Rasulullah SAW dan juga kita. Mengingatkan kita berulang-ulang kali. Kenapa kita harus meyakini setiap peringatan-Nya ini? Janjinya itu benar.

Jadi kepada anda yang alami tekanan. inilah cara terbaik untuk menasihati mereka. Beritahulah kisah-kisah terdahulu yang telah berlaku.

Dan berikan sebab untuk mereka meyakini yang janji Allah itu benar, sama seperti yang pernah Allah membenarinya pada masa terdahulu.

Kemudian Allah memberikan kamu penawar untuk merawat tekanan emosi itu. Apakah ubat yang Allah turunkan ini?

Ianya adalah mendidik hati agar mengingati kesukaran orang lain yang jauh lebih susah daripada kita.

Ayat 9: Fa am map yateema fall taqhar’ – Maka terhadap anak yatim, janganlah engkau berlaku sewenang-wenangnya.

Ayat 10: Wa am mas saa-ila fala tanhar’ – Dan orang yang meminta-minta, janganlah engkau mengherdiknya.

Yang pertama adalah anak yatim, yang kedua adalah pengemis. Ingatlah bahawa anak-anak yatim ini mereka tiada siapa yang menjaga.

Sedangkan kamu mempunyai mak ayah untuk menjagamu. Kamu ada keluarga untuk menjagamu. Malah kamu punya satu tempat yang kamu panggil rumah.

Anak yatim tak punya siapa-siapa. Pengemis pula tak punya makanan, sebaliknya dia minta makanan daripada kamu. Mereka tidur dalam kelaparan setiap hari. Lihat kamu, Allah masih memberikan kamu makanan.

Berapa ramai dari kalangan kita yang pernah tidur dalam kelaparan? Subhanallah.

Jadi Allah beritahu kita bahawa penawar untuk merawat hati yang sakit itu adalah untuk melihat kembali kesusahan orang lain

Seandainya semua itu telah dilakukan tetapi perasaan kamu masih terasa jauh daripada Allah, bacalah firman Allah ini.

Ayat 11: Wa amma bi ne’mati rabbika fahad dith – Dan terhadap nikmat Tuhanmu, hendaklah engkau nyatakan (dengan bersyukur).

Allah kurnikan kita dengan kenikmatan yang tidak terhingga. Ucapkanlah, Alhamdulillah untuk mata ini, Alhamdulillah untuk tangan ini, Alhamdulillah untuk mulut ini, Alhamdulillah untuk hati ini.

Perhatikan ini, jika Allah tak sayang kenapa Allah masih menghidupkan kita? Jika allah tak sayang kita kenapa allah berikan kita rezeki setiap minit dalam kehidupan kita? Jika Allah tak cintakan kita kenapa kita masih ada di sini hari ini? Fikirlah sedalam-dalamnya.

Wallahu a'lam.

BACA INI JUGA:

sumber: pp

Thursday, November 23, 2017

10 Tanda-tanda Anxiety Disorders Yang Anda Mungkin Hidapi

10 Tanda-tanda Anxiety Disorders Yang Anda Mungkin Hidapi

Anxiety Disorder" merupakan satu penyakit mental yang serius di mana seseorang itu mengalami gangguan kebimbangan berlebihan yang menyebabkan kehidupan seharian seseorang itu terganggu.

10 Tanda-tanda Anxiety Disorders

Ini mungkin normal bagi kita yang berasa risau dan cemas setiap kali hendak berjumpa dengan orang atasan di tempat kerja, kena membentangkan kerja ataupun ketika menghadapi pelbagai masalah hidup.

Tetapi bagi anda yang berasa cemas berlebihan setiap kali dalam urusan kehidupan seharian anda adalah tidak normal kerana anda mungkin mengalami penyakit tersebut jadi, bagaimana cara untuk mengetahui sama ada anda mengalaminya atau tidak?

Kenali 10 tanda-tanda "Anxiety Disorder".

1. Gangguan tidur

Apabila anda menghadapi sesuatu masalah, anda akan rasa tidak tenang dan susah untuk memejamkan mata kerana anda selalu terbayangkan masalah tersebut setiap masa.

Selagi tak selesaikan selagi itu anda sentiasa berasa risau dan cemas.

Sebagai contoh, anda kena saman parking, bagi orang lain akan 'relax' sahaja kalau kena saman tersebut, tetapi berbeza bagi anda yang saman itu membuatkan anda dihantui selalu selagi anda tidak selesaikannya.

2. Perasaan takut tanpa sebab

Selalunya kita kalau rasa takut mesti bersebabkan? Takut dengan ular sebab kemungkinan ular itu berbisa.

Tetapi, bagi anda yang tiada sebab langsung untuk rasa takut ini sangat membimbangkan. Tetiba anda rasa takut dengan hujan, ketinggian dan seumpamanya. Hal ini juga berkaitan dengan "anxiety disorder".

Anda berasa sangat takut dengan sesuatu hal yang anda sendiri tidak dapat menjelaskanya secara logik apa alasan ketakutan anda itu.

3. Kekejangan otot

Ramai orang berasa panik tanpa mereka sedar. Oleh sebab itu, ramai yang mengalami kekejangan otot tanpa sebab yang jelas.

Hal ini terjadi kerana perasaan cemas yang anda rasa ketika itu kerana anda tidak dapat tenangkan diri seketika.

Jika anda tidak dapat mengawal perasaan cemas tersebut, maka ia akan menjadi ancaman kepada kesihatan yang mungkin menyebabkan kecederaan pada otot anda.

4. Gangguan pencernaan

Jika terlalu berasa cemas, ia juga dapat menganggu proses pencernaan anda seperti mengalami 'diarrhea', 'cramp' atau gas yang berlebihan.

Ia menyebabkan perut anda berasa sangat tidak selesa dan boleh menjejaskan aktiviti harian anda.

5. Demam gementar

Normal bagi anda untuk berasa gementar sebelum bercakap di hadapan orang ramai tetapi selepas bercakap, automatik perasaan itu akan hilang.

Jika perasaan itu masih berlarutan, maka kemungkinan anda mengalami "anxiety disorder" ini.

Bagi golongan tersebut, mereka sering berasa gementar dan menyebabkan mereka berpeluh banyak di samping kaki dan tangan yang bergetar. Ia juga boleh menyebabkan seseorang itu pengsan.

6. Rendah diri

Golongan ini juga sering berasa malu jika masuk ke dalam lingkungan yang baru. Perasaan malu ini membuatkan mereka ingin berjauh diri untuk berbual dengan orang di sekelilingnya.

Selain itu, ia juga membuatkan seseorang itu tidak suka berada dalam tempat yang 'crowded' walaupun bilangan itu kurang dari 10 orang.

7. Panik

Rasa panik yang berlebihan amat berbahaya bagi golongan ini. Hal ini disebabkan oleh perasaan cemas itu sendiri yang akan menyebabkan anda mengalami rasa sesak nafas, jantung yang berdegup kencang, berpeluh yang banyak atau kepanasan.

Namun, tidak semua orang mengalami panik seperti ini. Tetapi, jika ia datang berulang, anda mungkin tergolong dalam "anxiety disorder".

8. Trauma

Ada di antara kita yang mengalami trauma yang sangat dasyat sebelum ini. Rasa trauma atau dikenali sebagai "post-traumatic syndrome disorder" (PTSD) bukanlah salah satu tanda anxiety tersebut.

Namun, mengikut kajian pada tahun 2006 yang terdapat dalam 'Journal of Anxiety Disorder', ia menunjukkan bahawa orang yang mengalami PTSD ini kebiasaannya juga akan diikuti oleh anxiety disorder juga.

Hal ini kerana perasaan cemas yang berlebihan disebabkan trauma atau pengalaman buruk pada masa lalu.

9. Kesempurnaan

Menurut Winston, "If you are constantly judging yourself or you have a lot of anticipatory anxiety about making mistakes or falling short of your standards, then you probably have an anxiety disorder".

Sebenarnya golongan 'perfectionst' biasanya disebut sebagai "obsessive compulssive disorder" (OCD).

Orang yang mengalami ini biasanya akan berasa sangat risau dan cemas jika berasa belum sempurna kerjanya dan dia akan menghabiskan waku berjam-jam dan mengulangi perkara yang sama demi untuk mencapai kesempurnaan tersebut.

10. Keraguan diri sendiri atau 'overthinking'

Adakah anda selalu meragu akan diri sendiri tentang sesuatu dan menjadi panik disebabkannya? Winston menjelaskan bahawa orang yang mengalami 'anxiety disorder' ini akan sering meragukan dirinya seperti menyoalkan persoalan "Am i good enough?". Rasa cemas ini akan akan terus menghantui diri anda hingga menyebabkan gangguan kebimbangan yang berlebihan.

Jika anda tidak mampu mengawal kebimbangan anda akan sesuatu hal, hati-hatilah agar anda bukan tergolong dalam "anxiety disorder" ini.

Anda boleh merujuk kepada pakar psikiatri jika anda tidak pasti sama anda anda mengalaminya ataupun tidak.

Ini bukan bermaksud anda seorang yang gila. Tidak semua orang yang berjumpa dengan pakar ini disebabkan itu.

Bukalah minda anda. Kalau anda boleh mengawal perasaan cemas, tahniah untuk anda.

Bagi yang belum, berusahalah agar ia tidak menjadi semakin serius sampaikan mengganggu kehidupan harian anda.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: iluminasi

Wednesday, November 22, 2017

Apa Itu Penyakit Anxiety Panic Disorder?

Apa Itu Penyakit Anxiety Panic Disorder?

Anda sedang memandu di lebuhraya, cuaca terang dan damai, namun tiba-tiba hujan turun dengan lebat berserta angin kencang. Dada anda berdegup kencang terkejut dengan suasana yang tiba-tiba berubah. Nafas makin kencang terasa seakan-akan tercekik dan mahu pengsan. Terus anda memberhentikan kereta di pinggir jalan dan cuba untuk bertenang. Setelah beberapa minit keadaan kembali kepada asal.

Apa Itu Penyakit Panic Disorder

Anda berada di perhentian bas. Bising, hiruk pikuk dengan bunyi deruman injin bas dan suara orang ramai. Anda berasa tidak selesa, tergugat dan ingin segera lari dari suasana itu. Tiba-tiba anda berasa sesak nafas, pening, perasaan tidak menentu dan terasa semuanya di luar kawalan. Lebih teruk lagi anda rasa seperti akan mati ketika itu juga.

Anda sedang berkerja dengan komputer anda di pejabat. Suasana tenang dan selesa tanpa apa-apa gangguan. Tiba-tiba anda terasa seperti ada sesuatu yang menakutkan. Hingga menyebabkan anda berasa panik dan lemah serta menggeletar, sedangkan anda sedar tiada apa yang perlu ditakutkan ketika itu.

***

Contoh di atas adalah merupakan tanda atau simptom yang anda telah diserang Panic Disorder, penyakit yang banyak memberi impak sosial yang serius kepada pengidapnya.

Bukan mereka anti sosial, bukan mereka tidak mahu berjumpa atau bercampur gaul, tetapi kebanyakan mereka takut atau berasa teragak-agak untuk bergaul kerana bimbang Panic Disoder akan menyerang mereka di khalayak ramai.

Ini membuatkan mereka berasa malu dan rendah diri. Jika diterangkan kepada orang sekeliling belum tentu mereka akan percaya, kerana secara fizikal selalunya orang lain tidak akan nampak akan perubahan atas diri pesakit.

Justeru, jadilah mereka ini tidak faham atau sengaja tidak mahu faham dengan mengatakan pesakit sengaja mengada-ngada?

Sebenarnya, ramai yang mengalami masaalah ini dan setiap seorang dari mereka mempunyai versi atau cerita serta pengalaman yang berlainan dan amat menarik untuk dikongsi.

Bagi sesiapa yang mengalaminya tidak sepatutnya berasa takut atau malu untuk mendapatkan bantuan atau rawatan dari pakar psikologi.

Malangnya, persepsi masyarakat kita yang selalu memandang serong dengan permasalahan ini serta pengidapnya.

Juseru, perlu DITOLAK jauh bahawa, jika mendapatkan rawatan ini membawa petanda bahawa kamu GILA, itu tanggapan yang salah dari orang yang jahil dan tidak berpengetahuan.

Simptom Fizikal dan Emosi Panic Disorder
  • Sesak nafas
  • Panik tanpa sebab
  • Rasa mau pitam, pengsan
  • Berdebar-debar
  • Gugup
  • Takut
  • Perasaan yang tidak menentu
  • Berpeluh
  • Dada yang tidak selesa
  • Rasa tercekik atau lemas
  • Rasa panas, sejuk
  • Lemah, menggigil
  • Takut hilang kawalan, mati atau jadi gila

Simptom-simptom tersebut selalu dikelirukan (disalah anggap) sebagai penyakit atau serangan jantung, masaalah pernafasan atau lebih teruk lagi skizoprenia!

Tetapi, bukan semua serangan atau semua pesakit mempunyai tanda tanda yang sama. Pesakit perlu menjalani beberapa sesi ujian klinikal dan jika tiada seberang penyakit yang dikesan terhadap pesakit (yang sebenarnya memang sakit), selalunya pesakit akan dirujuk kepada pakar psikatrik dan dari beberapa ujian yang dijalankan akhirnya pesakit didiagnosis sebagai mengalami Phobia/Panic Disorder!

Penyakit ini juga ada kaitan dengan penyakit depression.

Manakala dari sudut spiritual pula, ia sering dikaitkan dengan gangguan dari sihir atau makhluk halus.

Yang mana perkara ini akan menyebabkan keadaan akan menjadi lebih kompleks, namun ia tidak boleh dinafikan kerana wajib bagi kita untuk mempercayai kewujudan makhluk halus seperti syaitan, iblis dan jin.

Perlu kita faham juga disini ada juga tanda-tanda masaalah gangguan spiritual yang terjadi, sama seperti apa yang berlaku kepada penyakit klinikal dan satu contoh yang boleh disebutkan ialah, terasa ingin pitam, pengsan namun bila diselidiki ianya bukan dari masalah klinikal.

Jelasnya, di sini penyakit atau masaalah ini seeloknya tidak sahaja menggunakan satu kaedah dalam usaha untuk pemulihan, pelbagai rawatan alternative boleh dipraktikkan.

Dan kita juga memang disarankan agar berusaha dengan pelbagai cara selagi mampu, tidak melanggar hukum syarak dan jangan berputus asa.

Faktor Penyebab Panic Disorder

Stress, depression dan anxiety adalah dalam satu kumpulan dan perlu difahami bahawa Panic Disorder juga adalah satu cluster atau rantaian dari permasaalahan yang tersebut di atas, maka jika mengalami salah satu darinya tidak mustahil yang lainnya juga akan turut ada!

Perkara yang pelik dan menakutkan mengenai Panic Disorder ini ialah ia kadang-kadang berlaku dalam suasana yang tidak mencemaskan dan tidak munasabah, namun perasaan ini akan menyerang secara fizikal dan psikologi kepada pengidapnya..

Pengalaman masa lalu, kehilangan mereka yang disayangi, kecewa, marah, dendam, sering ditakut-takutkan sewaktu kecil dan semasa dalam proses pembesaran juga adalah faktor penyebab kepada terjadinya semua tadi.

Ada pendapat yang mengatakan ketidakseimbangan hormon (serotonin) dalam otak menjadi punca, namun ianya juga boleh berlaku tanpa sebab yang jelas.

Serangan panik yang tiada kaitan dengan penyakit Panic Disorder boleh juga berlaku hasil dari penggunaan dadah seperti Cocaine, Amphetamines dan Marijuana.

Kaedah-kaedah Rawatan Panic Disorder

Klinikal

Secara klinikal ubatan-ubatan yang digunakan untuk merawat terdiri dari beberapa jenis dan kumpulan, antaranya:
  • Prothaiden.
  • Prozac.
  • Zoloft.
  • Lexapro.
  • Luvox.
  • Sesi kaunseling dari pakar psikologi.
  • Psikoterapi (Cognitive Behavioral Therapy) yang dikombinasikan dengan ubatan.

Spiritual

Ada beberapa kaedah yang sering dipraktikan oleh pengamal perubatan islam dan pesakit sendiri dalam menangani masaalah gangguan perasaan atau makhluk halus:
  • Ayat Kursi.
  • Ayat Ruqyah (Surah Al Baqarah).
  • Ayat Al Fatihah.
  • Ayat 3 Qul.
  • Surah Yassin.
  • Amalan Solat Dhuha.
  • Solat Hajat.
  • Solat Tahajjud.
  • Dan pelbagai lagi ayat2 dari Al Quran yang boleh diamalkan.

Selain dari kaedah-kaedah di atas ada lagi cara yang boleh dan senang untuk dipraktikkan iaitu dengan pemakanan.

Jika perasaan sedang bercelaru keutamaan kepada pesakit adalah untuk makan makanan yang berkhasiat dan seimbang.

Salah satu khasiat yang penting untuk ditingkatkan ialah dari kumpulan vitamin B. Vitamin dari kumpulan ini sangat diperlukan untuk penghasilan hormon Serotonin (Kimia dalam otak yang menghasil mood yang baik) untuk melawan, mengimbangkan hormon Kortisol (Kimia dalam otak yang menghasil mood tidak baik, murung dsb).

Selain dari itu keupayaan Serotonin juga boleh mengelak Kanser.

Pemakanan
  • Pisang.
  • Epal.
  • Nenas.
  • Kismis.
  • Badam dan lain-lain kekacang.
  • Kurma.
  • Ikan (Keli, Sardin, Kod, Tuna mengandungi Omega 3 yang tinggi).
  • Gingko (Ulam Pegaga) lain-lain sayuran hijau.
  • Telur Kuning (Had pengambilannya sebab kandungan kolesterol yang tinggi).
  • Soya.
  • Susu Kambing.
  • Coklat (Bukan Coklat Susu).
  • Madu Asli.

Secara amnya masaalah ini juga boleh kita katakan merupakan ujian dari Tuhan terhadap hambaNya seperti juga lain-lain penyakit. Mungkin peringatan atau juga satu kifarah untuk menghapus segala dosa lalu atau pun untuk meningkatkan lagi martabat kita disisiNya jika redha dan sabar dalam mengharungi ujian.

Dan perlu juga faham setiap penyakit pasti ada ubatnya, maka berusahalah, berdoa dan bertawakal.

Wallahu a'lam.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: wanberuas

Tuesday, November 21, 2017

Ketahui Jenis-jenis Penyakit Anxiety

Ketahui Jenis-jenis Penyakit Anxiety

Anxiety ada pelbagai jenis. General Anxiety Disorder atau singkatannya GAD, Anxiety Disorder atau singkatannya AD, Panic Attack (PA), Panic Disorder (PD) dan Social Disorder (SD). Kesemua ahli keluarga anxiety ini pula boleh wujud bersama schizophrenia, bipolar disorder dan depression.

Ketahui Jenis-jenis Penyakit Anxiety

Anxiety tidak berjangkit tetapi ia boleh datang tiba-tiba kepada sesiapa sahaja. Baik orang kaya, miskin, professional, peniaga, makan gaji, sihat tubuh badan, sakit berpanjangan, kanak-kanak, remaja, pelajar universiti dan lain-lain.

Anxiety bukanlah penyakit gila tetapi sakit yang datang berpunca salah satunya dari suasana persekitaran, sakit yang berpanjangan dan peristiwa traumatik dalam hidup.

Otak pesakit Anxiety sangat istimewa sebenarnya yang orang yang lain tidak mengalaminya dan sukar difahami.

Bagi orang yang ada Anxiety, simptom-simptom yang mereka alami adalah jantung berdebar laju, sesak nafas, rasa tak puas tarik nafas, nak pitam, menggigil, tangan kaki jadi sejuk, sakit perut, tekak jadi kering dan rasa susah hendak menelan serta badan menjadi lembik.

Ketahui Jenis-jenis Penyakit Anxiety

Rajah diatas menggambarkan bagaimana anxiety atau AD memberi kesan fizikal pada badan.

Kepada penghidap Anxiety, jika anda sudah membuat pemeriksaan menyeluruh dengan doktor dan didapati normal, ketahuilah apa yang anda alami sebenarnya kesan anxiety dan bukan penyakit yang bukan-bukan seperti yang difikirkan seperti yang diterangkan dalam rajah di atas.

Bagaimana orang yang tidak mengalami memahami simptom orang yang ada Anxiety ini?

Mari saya bagi contoh:
  • Cuba anda berlari laju naik tangga sampai tingkat 4.
  • Apa yang anda rasa bila tiba di tingkat 4?
  • Jantung berdegup laju bukan?
  • Muscle pun keras sebab anda menggerakkan kaki dan tangan untuk berlari bukan?
  • Anda rasa putus nafas?
  • Rasa nak pitam?

OK.

Sekarang, anda cuba alami benda diatas tetapi dalam suasana anda sedang tidur, sedang duduk diam, sedang memandu.

Nah. Itulah orang yang ada Anxiety alami setiap hari. Sakit. Meresahkan. Menakutkan.

Punca dan penyebab Anxiety adalah pelbagai, tetapi salah satu yang biasa adalah berkaitan MATI.

Samada membaca tulisan atau mendengar perkataan MATI, ia akan trigger Anxiety mereka. Suara kuat dari TV, orang sekeliling, gajet, juga boleh mendatangkan Anxiety.

Itulah sedikit sebanyak mengenai Anxiety.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Apa Sebenarnya Penyakit Mental, Jenis, Punca Dan Rawatannya

sumber: myvitaminsadventure

Apa Itu Penyakit Anxiety Disorder?

Apa Itu Penyakit Anxiety Disorder?

Satu kajian yang dilakukan oleh Mohamed Alfian Harris B. Omar dan Mohamed Sharif Mustaffa dari UTM, Malaysia bertajuk ”Tahap Kestabilan Emosi Pelajar di sebuah Kolej Kediaman Institusi Pengajian Tinggi Awam” menunjukkan sebanyak 26.1% pelajar yang ditemuduga mengalami masalah emosi berbentuk kebimbangan dan 1.1% pula mengalami gangguan emosi berbentuk ketakutan trauma.

Apa itu Anxiety Disorder

Kedua-dua gangguan emosi ini pada mulanya tidak merbahaya, namun ia adalah permulaan bagi masalah anxiety disorder.

Kebimbangan dan ketakutan trauma adalah masalah yang dirasai oleh pesakit itu sendiri, sedangkan anxiety disorder adalah masalah yang didiagnosa oleh doktor dan mempunyai beberapa simptom yang tersendiri.

Saya percaya incidence bagi gangguan dan masalah emosi ini semakin tenat di kalangan masyarakat Malaysia. Ibarat ’tip of iceberg’, bilangan pesakit yang mendapat rawatan di hospital dan didaftarkan adalah amat sedikit berbanding jumlah pesakit yang masih lagi belum mendapatkan apa-apa rawatan.

”Saya rasa saya ada anxiety disorder, tapi belum jumpa doktor lagi. Saya bimbanglah kalau tidak lulus exam..”

Kebimbangan tidak lulus exam dihadapi oleh semua pelajar. Ia merupakan salah satu dari naluri manusia seperti mana setiap manusia berasa haus dan lapar. Ia tidak perlu dirisaukan.

Apa itu Anxiety Disorder?

Kebimbangan yang serius adalah kebimbangan yang mengganggu aktiviti yang biasa dilakukan setiap hari. Ini yang dinamakan sebagai anxiety disorder dan apabila tekanannya memuncak, seorang pesakit akan menunjukkan tanda-tanda nervous breakdown seperti tiba-tiba pengsan atau tiba-tiba marah, menjerit-jerit dan mengamuk sehingga hilang rasa malu dan takut.

Nervous breakdown harus dibezakan dengan panic attack, kerana pesakit panic attack akan berasa seolah-olah diserang sakit jantung (heart attack) seperti sukar bernafas, jantung bergedup laju, sakit dada, pening, menggigil, berpeluh dan rasa seolah-olah mahu mati.

Namun ada juga pesakit yang mengalami panic attack terkeliru diserang asthma kerana pesakit mengalami sukar bernafas dan bernafas dengan laju di samping rasa kebas dan loya.

Ada pakar perubatan yang menyamakan nervous breakdown dan panic attack, tetapi saya berpendapat ianya hanya perselisihan yang bersifat akademik.

”Macam mana saya nak tahu yang saya ini benar-benar mengalami masalah ini, doktor?”

Soalan pendek, tetapi jawapannya agak panjang. Namun bagus juga bertanya, jangan mengagak-agak saja dan mendiagnosa diri sendiri.

Banyak tanda-tanda yang menunjukkan seseorang itu mengalami masalah emosi anxiety disorder.

Pesakit selalunya mengalami kebimbangan yang melampau terhadap perkara yang dianggap remeh atau kecil.

Sebagai contoh pesakit terlalu berfikir dan bimbang tentang lauk yang hendak dimasak sehingga pesakit tidak memasak langsung.

Pesakit juga kerap memikir dan merasakan kebimbangan yang melampau terhadap sesuatu yang sedang atau akan berlaku dalam kehidupannya. Contohnya pesakit memikirkan suaminya akan menceraikannya jika dia memasak masakan yang tidak sedap

Pesakit juga merasa sukar melupakan apa yang bermain dalam fikiran dan ini mengganggu tidurnya. Contohnya pesakit tidak dapat melupakan kata-kata yang mungkin melukakan hati mertuanya sehingga dia tidak boleh tidur sepanjang malam.

“Saya sudah berusaha berjumpa dengan perubatan alternatif, namun ia mengecewakan saya. Saya takut makan ubat-ubat hospital. Apa akan jadi jika saya tidak dirawat?

Adakah saya harus dirawat di Hospital Bahagia?”

Ramai yang telah didiagnosa oleh doktor sebagai pesakit yang mengalami masalah Anxiety Disorders. Mereka mendapat kelegaan yang cepat dengan mengambil ubat penenang yang diberikan oleh doktor.

Namun, ubat-ubat penenang ini merbahaya jika disalahgunakan. Ianya boleh menyebabkan ketagihan.

Ramai penagih yang datang ke Pusat Kesihatan meminta ubat penenang ini dengan alasan tidak boleh tidur dan mereka tidak malu untuk bertengkar dengan doktor jika tidak diberikan ubat itu.

Ubat-ubat moden haruslah bersifat sementara. Kecuali jika masalah emosi anxiety disorder telah menjadi bertukar menjadi simptom depression. Masalah emosi depression lebih rumit dan memerlukan pemerhatian yang lebih serius.

Ubat-ubat moden ini harus disertakan dengan rawatan sampingan seperti psychotherapy dan Cognitive Behavioral Therapy (CBT).

Tanpa rawatan yang betul dan sempurna anxiety disorder akan menyebabkan kemurungan (depression). Keadaan pesakit akan bertambah serius.

Teruk sangatkah pesakit yang mengalami depression?”

Jika tidak dirawat, pesakit yang mengalami anxiety disorder akan mengalami masalah kemurungan pula. Ini yang mahu kita elakkan.

Pesakit yang mengalami depression akan sering kesedihan, rasa cemas atau mudah marah, rasa rendah diri yang ketara, rasa bersalah tidak bertempat, rasa tidak berupaya, gelisah serta kesukaran menumpukan perhatian, mengingati maklumat atau membuat keputusan.

Pesakit juga mungkin menyisihkan diri daripada masyarakat, keluarga atau rakan, dan mungkin wujud perasaan mahu atau cubaan membunuh diri.

Mereka juga mengalami simptom fizikal seperti berat badan atau selera makan meningkat (atau menurun), bangun terlalu awal, kurang bertenaga, sakit kepala, masalah penghadaman dan rasa sakit yang kronik.

Doktor akan mendiagnosa seseorang itu mengalami depression jika simptom-simptom ini berlangsung selama dua minggu.

“Selain dari memakan ubat-ubatan dari hospital, apa saya perlu lakukan untuk mengelakkan kejadian panic attack berulang?”

Dalam hal ini pesakit disyorkan selain mengambil ubat-ubat yang diberikan, harus juga banyak bersabar dan membaca al Quran terutama ayat-ayat Ruqyah.

Susunan ayat-ayat itu telah dibukukan dan boleh dibeli di kedai buku yang menjual buku-buku agama.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: 35 Tanda-Tanda Ini Wanita Umur 40-an Mesti Awasi Sekarang

sumber: drzubaidi