Tuesday, August 26, 2014

Benarkah Anwar Ibrahim Melawat Israel 20 Ogos Lalu?

Benarkah Anwar Ibrahim Melawat Israel 20 Ogos Lalu?

Menurut beberapa laman blog politik, Anwar dikatakan telah pergi ke Istanbul, Turki pada hari sama untuk menghadiri Perhimpunan Kesatuan Ulama’ Sedunia yang menyaksikan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang telah dilantik sebagai Naib Ketua kesatuan berkenaan.

Anwar Ibrahim Melawat ke Tel Aviv 20 Ogos

Benarkah Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim pergi ke ibu negara Israel, Tel Aviv pada 20 Ogos lepas?

Ini kerana tiket penerbangan Royal Jordanian dengan nama beliau kini tersebar merata di media sosial.

Andai benar, untuk tujuan apa beliau ke sana kerana kita tak dengar pun Anwar pergi membawa bantuan perubatan atau kewangan untuk masyarakat Islam Gaza?

Mengetahui sikap Anwar, mustahil la kalau hendak kata beliau buat kerja di belakang tabir dan tak mahu publisiti kalau benar ke negara haram yahudi itu atas niat murni membantu masyarakat Islam di sana.

Menurut sumber dalaman PKR, Anwar memberitahu kononnya beliau telah mempengaruhi ulamak terkenal Yusof Qardawi dan pemergiannya ke Istanbul adalah untuk memastikan Abdul Hadi benar-benar dilantik ke jawatan itu.

Dengar katanya, Anwar hanya berada di Turki selama beberapa jam sahaja sebelum menaiki pesawat dengan tiket berkenaan ke Tel Aviv pada hari berkenaan.

Sebab itulah, Kongres Nasional PKR tidak dirasmikan oleh Anwar sebaliknya dibuka oleh Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali.

Anwar Ibrahim Melawat ke Tel Aviv 20 Ogos [2]

Pendedahan ini sudah pun berlegar-legar di laman sosial dengan sangat hebat dan pelbagai pihak mula mempersoalkan akan kesahihan tiket berkenaan yang memaparkan dengan jelas nama Anwar.

Menerusi laman blog Masterdedah pula, pada tahun 2012, Anwar pernah sekali pergi ke Turki dan kemudian dipercayai lesap selama enam jam antara pukul 3.05 petang hingga pukul 9.05 malam pada 4 Februari 2012.

Dalam aturcara yang dikeluarkan Anwar, beliau berkata beliau pergi menunaikan umrah dengan isterinya Datuk Seri Dr Wan Azizah pada waktu itu.

Menurut laman blog sama, semakan dibuat tidak ada satu pun pesawat yang berlepas dari Tukri pada pukul 8 malam (4 Februari 2012) ke Mekah dan sampai pada pukul 2 petang. Jadi Anwar ke mana?

Beberapa kemungkinan didedahkan oleh laman blog itu dengan memaparkan beberapa penerbangan yang mungkin digunakan oleh Anwar untuk ke Tel Aviv, Israel.

Anwar Ibrahim Melawat ke Tel Aviv 20 Ogos [2]

  1. ESB-IST by Turkish Airlines TA2175. Depart 21.00. Arrival 20.05
  2. IST – TLV by Private Flight.
  3. ESB – IST by Turkish Airlines TA2175. Depart 21.00. Arrival 20.05
  4. IST – TLV by Turkish Airlines TA 2175. Depart 00.55. Arrival 0.305 – and boarding to Mecca (Jeddah) from Tel Aviv, thru transit at Amman (AMM) with
  5. TLV – AMM by Royal Jordanian RJ343. Depart 09.50. Arrival 12.05.
  6. IST-ESB by Domestic flihgt TA2170. Depart 18.00. arrival 19.00

Menurut laporan berkenaan, ada kemungkinan Anwar menghabiskan masa enam jam di Israel di antara pukul 3 petang hingga pukul 9.05 malam.

Kemudian, Anwar yang juga Ketua Pembangkang balik semula untuk menyampaikan ucapan di Turki pada Kongres Pendidikan Islam Sedunia pada waktu itu.

Beberapa laman blog, melaporan perjalanan sama pada 2012 digunakan oleh Anwar untuk ke Israel pada 20 Ogos lepas.

Sehingga kini, 26 Ogos Anwar masih belum memberikan sebarang penjelasan menafikan perkara ini dan jika beliau terus berdiam diri, rakyat akan beranggapan seperti memang benar Anwar sudah ke Israel.

Kita berharap Anwar akan segera memberikan penjelasan menafikannya.

[Sumber]

Monday, March 17, 2014

PANAS! Juruterbang MH370 Penyokong Fanatik Anwar!

PANAS! Juruterbang MH370 Penyokong Fanatik Anwar!

Apabila beberapa media yang berpangkalan di negara-negara yang seringkali menjadi kebanggaan PKR kerana kononnya ‘KEBEBASAN BERMAKLUMAT’ mendedahkan siapa sebenarnya Kapten Zaharie Ahmad, di Malaysia, PKR dan para pemimpinnya bagaikan ulat taik yang dipanggang di atas api.

Kapten Zaharie Ahmad Shah Penyokong Anwar Ibrahim

Mereka cuba menepis dan mereka cuba menenangkan keadaan dengan menyatakan, maklumat daripada media-media terbabit tidak boleh dipercayai.

Sesungguhnya amat pelik apabila PKR dan para pemimpin serta pecacainya yang begitu bangga setiap kali media yang sama menyiarkan berita-berita busuk dan buruk terhadap Malaysia dan kepimpinan negara, tiba-tiba sahaja berubah sikap dan cuba menunjukkan betapa matang dan naifnya mereka.

Dua buah media dari United Kingdom walaupun mempunyai agenda halus terhadap Islam dan umat Islam dalam penyiaran berita tentang kehilangan MH370 serta juruterbang bernama Zaharie Ahmad yang didedahkan sebagai seorang fanatik terhadap Anwar Ibrahim, telah menggemparkan seluruh negara.

Berita tersebut menyusul selepas sidang media Perdana Menteri yang tidak menolak kemungkinan perampasan merupakan motif utama di sebalik kehilangan MH370 sehingga ke hari ini.

Sesuatu yang ketara ialah, dari Sabtu 8 Mac 2014, Anwar Ibrahim langsung tidak berani bercakap tentang MH370. Rafizi Ramli yang merupakan Pengarah Strategik PKR, juga hilang suara. Kalau ada pun, hanyalah suara-suara ayam yang sumbang mempertikaikan Raja Bomoh VVIP, Ibrahim Mat Zain yang muncul mempersembahkan kebadutannya yang kemudian cuba dikaitkan dengan UMNO-BN.

Ternyata kebadutan Ibrahim Mat Zain kaitannya hanya sekadar dalam bentuk jenaka. Sedangkan pendedahan latar belakang Kapten Ahmad selain keterkaitannya dengan PKR dan kefanatikan terhadap Anwar Ibrahim, jauh lebih besar sifat dan ciri-cirinya membabitkan keselamatan terhadap nyawa dan keselamatan penumpang, kakitangan pesawat tersebut, pesawat itu sendiri, negara-negara di sekitar Asia Pasifik dan Laut China Selatan serta imej Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS).

Dan setelah Daily Mirror dan Sunday Mail U.K mendedahkan bahawa Zaharie merupakan ahli PKR, barulah R.Sivarasa Rasiah, pemimpin PKR yang turut terpalit dengan kaitan serangan lanun Sulu ke atas Sabah pada Mac tahun lepas, mengakui bahawa Zaharie adalah ahli PKR.

Sebelum ini, iaitu pada ketika pendedahan membabitkan gambar Zaharie bersama-samanya, R.Sivarasa memilih untuk menutup mulut. Malah pada ketika para pecacai Pakatan Rakyat cuba menuduh Kerajaan UMNO-BN bersekongkol menghilangkan pesawat tersebut, Sivarasa juga buat-buat pekak badak.

Pengesahan keahlian dan sokongan Zaharie kepada Anwar Ibrahim dan PKR, turut dibuat oleh Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution.

Sesuatu yang menarik sedang berlaku. Para penyokong Anwar Ibrahim cuba menimbulkan perasaan bersalah apabila mereka menjenakakan kaitan antara kehilangan pesawat tersebut dengan Anwar Ibrahim.

Walaupun sudah semakin tersepit, mereka masih cuba untuk memberitahu bahawa Anwar Ibrahim tidak terlibat sama sekali. Segala-gala yang berlaku iaitu dari kes sebutan di Mahkamah Rayuan dengan lima kali penangguhan, penolakan tuntutan Anwar Ibrahim agar Pendakwaraya Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah digugurkan, saksi dipanggil semula, penyanggahan tentang bahan bukti yang dikatakan ‘DNAnya telah reput’ sehinggalah keputusan diumumkan pada 7 Mac, dan beberapa minggu sebelum itu, Lee Chin Cheh ADUN Kajang diarah meletak jawatan agar PRK DUN Kajang boleh diadakan dengan Anwar sendiri sebagai calonnya, KAJANG MOVE, dan cubaan Anwar Ibrahim serta PKR menyalahkan kerajaan dan mahkamah kerana menjatuhkan hukuman kepada Ketua Umum PKR itu dan yang terakhir sekali, kehilangan MH370 yang dipandu oleh juruterbang fanatik Anwar Ibrahim, beberapa jam selepas keputusan Mahkamah Rayuan dibuat, dikatakan TIDAK ADA KAITAN LANGSUNG walaupun kebetulannya terlalu ketara dan tersusun mengikut skrip.

Ada juga penyokong PKR dan Anwar Ibrahim yang mengatakan UMNO-BN sudah terlalu terdesak kerana mengaitkan Anwar Ibrahim tetapi sama seperti dalam kes di Mahkamah Rayuan, mereka tidak boleh memberikan jawapan, mengapa kebetulan demi kebetulan itu menjurus kepada Anwar Ibrahim dan PKR.

Apa langkah seterusnya daripada PKR dan Anwar Ibrahim? Yang sudah pasti, kes ini terlalu menarik untuk dinilai, bahkan ia akan menjadi bahan kajian untuk generasi akan datang perihal seseorang yang cuba melarikan diri daripada imej seorang peliwat dan pengamal homoseksual kepada imej yang lebih alim, maksum dan suci.

Demokrasi Sudah Mati, MH370 Sudah Hilang

Demokrasi Sudah Mati, MH370 Sudah Hilang

Tahun lalu “menjerit” demokrasi sudah mati apabila Pakatan Rakyat kalah pilihan raya. Sehari sebelum dilaporkan hilang, hadir ke Mahkamah melihat Anwar Ibrahim didapati bersalah meliwat Saiful Bukahri Azlan.

Kalaulah Pilot tersebut seorang penyokong kuat UMNO, sudah pasti pelbagi teori konspirasi dilambung oleh Pakatan Rakyat. Apabila kena ke atas batang hidung penyokong kuat mereka, maka diam seribu bahasa.

Kita tidak mengatakan Kapten Zaharie Ahmad seorang penjenayah mahu pun terbabit dengan kehilangan pesawat ini. Cuma kita bersyukur kerana Allah mentakdirkan pilot yang terbabit dengan kehilangan ini seorang penyokong Pakatan.

Jika ia berlaku ke atas pilot lain maka akan berkumandanglah teori konspirasi kononnya kehilangan ini untuk menutup kemarahan rakyat terhadap kes Anwar.

Sumber: Mykmu.net

Friday, March 07, 2014

HOT! Anwar Didapati Bersalah Meliwat Saiful, Penjara 5 Tahun!

HOT! Anwar Didapati Bersalah Meliwat Saiful, Penjara 5 Tahun!

Mahkamah Rayuan hari ini menjatuhkan hukuman penjara lima tahun terhadap Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas didapati bersalah atas pertuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan enam tahun lepas.

Anwar Didapati Bersalah Meliwat Saiful!

Bagaimanapun mahkamah membenarkan hukuman itu ditangguhkan sehingga rayuan di Mahkamah Persekutuan selesai.

Mahkamah membenarkan Anwar menangguhkan bayaran ikat jamin sebanyak RM10,000 sehingga jam 11 pagi, Isnin depan.

Dengan keputusan ini, mengikut Perkara 64(4) undang-undang tubuh kerajaan negeri Selangor, Anwar hilang kelayakan untuk bertanding pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang yang dijadualkan berlangsung 23 Mac nanti.

Semasa membenarkan rayuan pihak pendakwaan, Hakim Datuk Balia Yusof Wahi berkata Hakim Mahkamah Tinggi telah khilaf dalam membuat penghakimannya bahawa sampel DNA telah dicemari.

Mahkamah Rayuan telah memberi tempoh sejam kepada peguam Karpal Singh untuk menyediakan mitigasi bagi Anwar, sebelum mahkamah bersidang semula pada pukul 6.15 petang ini untuk menjatuhkan hukuman.

Pihak pendakwaan merayu keputusan Mahkamah Tinggi pada 9 Jan 2012, yang melepas dan membebaskan Anwar daripada pertuduhan meliwat Mohd Saiful di Kondominium Desa Damansara antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.

Semasa melepas dan membebaskan Ketua Umum PKR itu, Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah berkata mahkamah tidak 100 peratus pasti mengenai kewibawaan sampel yang diambil untuk ujian DNA daripada Mohd Saiful kerana sampel berkenaan telah dicemari sebelum ia tiba di Jabatan Kimia untuk dianalisis.

Prosiding mendengar rayuan dari pasukan pendakwaan ditetapkan bermula semalam hingga hari ini.

Hakim menerima rayuan pasukan pendakwaan yang diketuai oleh Peguam Kanan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah.

Hakim Datuk Balia Yusof Wahi berkata ini adalah keputusan sebulat suara panel hakim. Sebelum ini Anwar dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur atas tuduhan itu pada 9 Januari 2012.

Hakim berkata pendakwaan mendapati hakim (Mahkamah Tinggi) membuat kesilapan dalam keputusannya.

“Hakim membuat tafsiran salah berhubung integriti sampel. Beliau memutuskan bahawa beg plastik HKL telah diganggu.

“Kami meneliti bukti oleh IO Jude Blacious, apa yang dia buat adalah memotong bahagian bawah plastik dan memasukkan bekas itu kedalam setiap sampul.

“Gangguan itu pada beg plastik dan bukannya bahan bukti. Materi sampel tersebut masih utuh dan tidak menjejaskan sampel.

Katanya, hakim berkenaan menyimpulkan bahawa gangguan itu hanya ke atas beg plastik, dan telah memeriksa alasan penghakiman berkenaan.

“Kami mendapati hakim tiada alasan untuk menyimpang dari dapatan awalnya (ketika memerintah membela diri).”

Tambahnya, hakim itu juga membuat kesilapan dalam mendengar kenyataan pakar asing.

“Kami membenarkan rayuan dan mendapati (tertuduh) bersalah atas pertuduhan”.

Benar Janji Allah, Kata Saiful Bukhari

Anwar Didapati Bersalah Meliwat Saiful!

Mangsa liwat oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mohd Saiful Bukhari Azlan beranggapan keputusan sabitan ke atas Anwar pada hari ini adalah petunjuk kebenaran janji Allah yang mengatasi yang bathil (jahat).

Dalam kemaskini terbaru di blognya mohdsaifulbukhari.blogspot.com beliau berkata keputusan itu ditakdirkan berkat doa, istiqamah dan kesabaran beliau selama enam tahun.

Berikut artikel penuh dari blog beliau:-

Benar janji Allah, Yang Hak pasti mengatasi Yang Bathil.

Berkat doa, istiqamah dan sabar selama 6 tahun, saya bersyukur ke hadrat Ilahi dengan keputusan Mahkamah hari ini yang memihak pada saya.

Saya dan keluarga menghormati keputusan Mahkamah hari ini.

Kebenaran ini penting dan amat bermakna buat saya dan seluruh keluarga saya.

Yang pasti, saya dan keluarga kehadapan.. Saya berdoa semoga Allah SWT terus memberi perlindungan dan kemudahan dalam segala urusan saya.

Terima kasih kepada semua pihak yang telah bersama saya selama ni. Allah sahaja mampu membalasnya.

Akan terus Istiqamah

Kepada Allah saya berserah

SAIFUL BUKHARI AZLAN

Anwar yang juga Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) disabitkan kesalahan meliwat Saiful pada 2008 dan dijatuhi hukuman penjara lim tahun oleh panel tiga hakim Mahkamah Rayuan pada prosiding hari kedua rayuan pasukan pendakwaan terhadap pembebasan Anwar pada 2012.

Sumber: Mynewshub/BERNAMA

Wednesday, March 05, 2014

Anwar Masuk Gereja Untuk Doakan Nabi Isa

Anwar Masuk Gereja Untuk Doakan Nabi Isa

Anwar Ibrahim pada 3 Mac lepas dilaporkan sebuah portal berita menggunakan alasan yang dangkal dan jauh menyimpang dari ajaran Islam demi menutup perbuatan beliau berucap di dalam gereja Kristian untuk meraih sokongan politik.

Anwar masuk Gereja

Anwar mendakwa kehadirannya ke gereja itu berjaya menjernihkan salah faham yang berlaku di antara kepercayaan dua agama iaitu Islam dan Kristian.

Katanya lagi, beliau hadir ke gereja untuk mendoakan Nabi Isa.

“Saya orang Islam. Jesus bermaksud Isa. Saya tak kata Isa sahaja, saya kata Isa alaihissalam (sejahtera ke atasnya). Ada yang bertanya saya doakan untuk Jesus, saya kata ya, untuk Nabi Isa,” katanya dalam kuliah Maghrib di Surau Al-Muqaddis, Kajang pada 3 Mac lepas.

Sebagai seorang Islam, untuk mendoakan Nabi Isa yang merupakan antara 25 Rasul yang wajib diketahui oleh umat Islam tidak perlu ke gereja kerana di gereja mereka bukan mengagungkan Nabi Isa sebenar sebaliknya lelaki yang ditukar wajahnya menyerupai Nabi Isa.

Anwar masuk Gereja [2]

Menurut Anwar yang juga Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), kehadiran beliau ke gereja bukanlah sesuatu yang baru tetapi sejak beliau berkecimpung dalam pertubuhan bukan kerajaan lagi iaitu bersama Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM).

“Gereja ada saliblah. Bukan saya pergi gereja tetapi dewannya. Masa saya Abim, saya pergi. Soalnya masa saya pergi, saya kata bahawa Islam menghormati perbezaan kaum dan warna kulit.” kata Anwar.

Pada bulan lepas juga, Anwar berucap di Gereja Holy Family di Kajang dengan jelas salib Kristian terpapar di atas dinding di belakang beliau ketika beliau memberikan ucapan.

Kenyataan berkenaan bukan sahaja menyemarakkan lagi kemarahan umat Islam tetapi ia juga akan menyebabkan tercetusnya kekeliruan berkaitan Nabi Isa yang diberikan melalui kenyataan Anwar ini.

Rasul Allah Nabi Isa adalah berbeza dengan Jesus yang disembah oleh penganut agama Kristian sebagai anak Tuhan.

Anwar masuk Gereja [3]

Sehingga kini, Anwar bebas bergerak di sekitar Kajang sebagai persiapan bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (Dun) Kajang pada 23 Mac ini termasuk memberikan ceramah ketika sesi kuliah Maghrib di surau dan masjid.

Biarpun diketahui menyampaikan ceramah namun digelarkan Anwar sebagai tazkirah, sehingga kini Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) masih berdiam diri dan Anwar terus bebas,

Anwar dicalonkan PKR untuk bertanding mengisi kekosongan yang tanpa sebab munasabah ditinggalkan oleh penyandang juga dari PKR Lee Chin Cheh.

Jika beliau menang, ada kemungkinan namanya akan dipersembahkan kepada Sultan Selangor Sultan Sharaffuddin Idris Shah untuk menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor.

Sumber: Mynewshub

Friday, February 28, 2014

Anwar Menang Kes Saman Papa Gomo!

Anwar Menang Kes Saman Papa Gomo!

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menang kes samannya terhadap pengendali blog ‘Papa Gomo’ berhubung penyiaran perkataan fitnah dan meletak imej mengaitkannya (Anwar) dalam video seks di blog berkenaan.

Papa Gomo!

Pesuruhjaya Kehakiman Rosilah Yop membuat keputusan itu selepas membenarkan saman dikemukakan Anwar terhadap Wan Muhammad Azri Wan Deris, di dalam kamarnya dengan dihadiri peguam N.Surendran dan Lateefa Koya yang mewakili Anwar dan peguam Jasbeer Singh Kawna yang mewakili Wan Muhammad Azri.

Surendran ketika ditemui pemberita, memberitahu mahkamah membuat keputusan itu selepas mendapati Anwar selaku plaintif berjaya membuktikan tuntutannya dan Wan Muhammad Azri adalah ‘Papa Gomo’.

Beliau berkata mahkamah memerintahkan Wan Muhammad Azri membayar ganti rugi RM800,000 kepada Anwar.

“Mahkamah juga memerintahkan defendan membayar kos sebanyak RM50,000 kepada plaintif,” kata Surendran.

Jasbeer Singh pula memaklumkan pihaknya akan memfailkan rayuan di Mahkamah Rayuan berhubung keputusan itu.

Pada 21 Mac tahun lepas, Anwar memfailkan saman menuntut ganti rugi berjumlah RM100 juta kerana mendakwa Wan Muhammad Azri menyiarkan empat siri perkataan fitnah di laman blog berkenaan pada 16, 17, 19 dan 20 Mac 2013. –BERNAMA

Yuktes Vijay

Yuktes Vijay

Namun begitu, agak menarik membaca ulasan Yuktes Vijay mengenai keputusan ini. Menurut ulasan beliau di Facebook;
Papagomo telah diperintahkan oleh mahkamah untuk bayar ganti rugi kepada anwar ibrahim bukan bermaksud kini, anwar ibrahim adalah bidadari yang main gelongsor di celah-celah awan...

Kes yang difailkan merujuk kepada 4 perkataan yang lucah dan melebihi batas norma pertuturan seharian masyarakat....kes tersebut tidak langsung menyebut maupun menafikan bahawa individu dalam gambar itu anwar ibrahim....

Contohnya, ada gambar saya dalam FB...kamu tengok gambar saya dan kata cipet yuki ini...saya fail saman atas dasar penggunaan kata cipet itu telah menghalau awek yang ingin ku dating daripada saya...mahkamah pun dapati awek dah lari dan suruh kamu bayar saya ganti rugi...tapi adakah saya nafi saya bukan yuki?

Pelik kan anwar saman kerana diejek biseks tapi bisu saja bila dituduh murtad?

BACA INI JUGA: Kisah Hancurnya Kaum Nabi Luth Akibat Hubungan Sejenis

-Sentiasapanas.com

Monday, February 24, 2014

Kata Anwar, PAS Bukan Islamik!

Kata Anwar, PAS Bukan Islamik!

Dalam satu perjumpaan rahsia dengan kumpulan Jesuit (The Society of Jesus), Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim didakwa bersetuju dengan pendapat paderi Kristian daripada Singapura yang menyatakan bahawa PAS walaupun namanya Islamik, namun perjuangan parti itu kini bukan lagi memperjuangkan gagasan Islamik, Negara Islam.

PAS Bukan Islamik

Malah, Anwar turut menambah, PAS sekarang tidak lagi komited perjuangan Islamik itu sebaliknya mengubah perjuangan yang senada dengan Pakatan Rakyat (PR) ke arah demokrasi dan liberalisme.

“Anwar dalam satu perjumpaan rahsia bersama golongan jesuit dan seorang father daripada Singapura telah menyatakan negara ini bukan negara Islam dan PAS bukan lagi berjuang untuk Negara Islam.

“Kata Anwar, PAS kini, satu parti (yang) komited untuk reformasi media dan badan kehakiman bebas, demokratik, liberalisme..,” dedah bekas pembantu Anwar, Yuktes Vijay dalam laman sosialnya, yuktes.vijay.

Yuktes membuat pendedahan itu ketika mengulas kehadiran Anwar di Gereja Holy Family pada Ahad lalu.

Dalam ucapan di gereja terbesar Kajang, Yuktes berkata Anwar telah mengapi-apikan sentimen pengundi Kristian supaya membenci pemerintahan Putrajaya yang didakwa membenarkan suara kebencian, keganasan dan kemusnahan serta menenggelamkan mesej cinta keamanan dan keharmonian.

“Bercakap di Gereja Holy Family di Kajang, Anwar berkata pihak tertentu mengacau konflik agama dan kaum dalam insiden baru-baru ini, sementara penyebab masalah dilepaskan begitu sahaja sementara yang tidak bersalah ditangkap seperti penjenayah

“Memetik surah dari Al-Quran, berkata Islam bukan sahaja memerlukan toleransi sebagai standard minimum tetapi lebih daripada itu..turut memetik kata-kata daripada Bible dengan membacakan bab 14 daripada Kitab Roman: “You, then, why do you judge your brother or sister? Or why do you treat them with contempt? For we will all stand before God’s judgment seat,”lapor Yuktes.

Menurut Yuktes, Anwar merupakan tokoh politik yang sentiasa meniupkan sentimen adu domba dan kebencian untuk mendapatkan sokongan politik kepadanya.

Jika dahulu, kata Yuktes, ketika memerlukan sokongan Melayu-Islam, Anwar meniupkan kebencian terhadap kelompok kristian yang didakwanya sedang menjalankan gerakan Kritianisasi besar-besaran di negara ini.

“Di ABIM ketika memerlukan sokongan Melayu-Islam, Anwar telah menuduh berlaku proses pengkristianisasi Melayu secara besar-besaran, dan dia akan demo jika gerakan ini tidak dibendung. ABIM turut menerbitkan buku-buku yang mendedahkan gerakan Kristianisasi di Malaysia…

“Masa itu motif anwar adalah untuk bongkar ‘niat’ Stamford Raffles yang mengupah Abdullah Munsyi menterjemahkan kitab Injil ke Bahasa Melayu adalah untuk ‘memurtadkan’ sekelompok Melayu yang menjadi majoriti di negara ini,”katanya

Yuktes juga turut mempersoalkan penubuhan badan berjenama Islam, IIIT (The International Institute of Islamic Thought) yang ditubuhkan Anwar pada tahun 1981 di sebuah negara yang terkenal memerangi agenda Islamik, Amerika Syarikat.

“Bolehkah wujudkan IIIT di Amerika Syarikat masa dia di ABIM ?

“Cuba selidik..sebelum serangan dilakukan ke atas mana-mana negara Islam, Anwar akan bersuara menyokong Amerika…Afghan, Iraq, Libya dan kini Syria….Kristian serang Islam namanya masalah….Islam serang Islam namanya norma…

“Bersatulah…jangan biarkan Anwar hancurkan Malaysia! Dia agen CIA,” katanya lagi.


Pada tahun 2009, ketika berucap dalam program ‘Muslim Christian Interfaith Conference’ di Perth, Australia, Anwar turut menyentuh tentang Pakatan Rakyat (PR) yang di dalammya termasuk PAS yang sering dilabel sebagai Islamik.

Anwar menyebut kehairan orang ramai tentang kehebatannya menyatukan parti-parti PKR, DAP dan PAS dalam PR.

“Mereka berkata awak (Anwar) membentuk Pakatan Rakyat di Malaysia. Parti Keadilan (PKR), Awak ada Democratic Action Party (DAP)..Cina dan juga Parti Islam (PAS)..Oh my god !.

“Ini adalah parti (PAS) yang ekrimis yang cuba mempromosi syariah.

“Ketika itu saya bertanya, ‘apa maksud anda tentang syariah ?’ (sambil memperlahankan suara Anwar berkata) memotong tangan dan apa-apa sahaja yang boleh dipotong,” kata Anwar sambil disambut gelak ketawa.

“Awak tahu apa maksud saya,” tambah Anwar lagi.

Anwar mendakwa berlaku salah faham terhadap syariah, dakwanya lagi matlamat sebenar syariah seperti terkandung dalam Maqasid Syariah yang dikemukakan oleh Abu Ishaq al-Shatibi adalah untuk menggalakkan kebebasan beragama.


Pada tahun 2005, ketika Anwar berceramah di hadapan pemikir Yahudi dan Jesuit di Amerika Syarikat, Anwar mendakwa perjuangan PAS yang dahulunya memperjuangkan teokrasi (Negara Islam) telah mengubah dasar perjuangannya kepada teo-demokrasi (demokrasi agama).

“Dalam pengalaman singkat saya dengan Parti Islam (PAS) yang dahulunya dikenali sebagai penyokong kuat undang-undang Islam dan Negara Islam.

“Sekarang, Negara Islam bukan lagi agenda mereka,” katanya.

[Sumber]

Thursday, February 13, 2014

Siapa Tan Sri Muhammad Shafee Yang Cukup Digeruni Anwar?

Siapa Tan Sri Muhammad Shafee Yang Cukup Digeruni Anwar?

Usaha Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengenepikan melucutkan kelayakan peguam kanan, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah sebagai timbalan pendakwa raya (DPP) dalam kes liwatnya hanyalah untuk melewat-lewatkan perbicaraan tersebut.

Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah

Ini adalah pendapat mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang berkata Anwar sebenarnya takut untuk dibicarakan.

“Ini cuma usaha untuk melewat-lewatkan perbicaraan. Dia (Anwar) takut untuk dibicarakan kerana dia buat salah.

“Jadi dia takut mahkamah akan jatuhkan hukuman ke atasnya. Tetapi memanglah dia takut pada Shafee.

“Shafee dah menang banyak kes-kes rumit. Saya fikir Anwar pun gentar jugalah,” katanya.



Siapa sebenarnya Muhammad Shafee, satu nama yang cukup hebat dalam dunia perundangan sehingga turut diakui oleh Dr. Mahathir ini?

Dari segi kelulusan, beliau adalah lulusan undang-undang dari Universiti Malaya pada tahun 1977.

Kemudiannya beliau menyambung pelajaran di institusi pendidikan tersohor, London School Of Economics hingga memperolehi Masters in Law pada tahun 1984.

Muhammad Shafee juga pernah menghadiri kursus di US State Department on “Legal Institutions and Grass Roots Movements dan di National College for District Attorneys di Houston, Texas.

Beliau adalah ahli kehormat County Bar Association, Minnesota, U.S.A.

Muhammad Shafee pada awalnya bertugas sebagai pendakwa sebelum meninggalkan Jabatan Peguam Negara pada tahun 1983 untuk menjadi peguambela dan peguamcara.

Sewaktu berkhidmat dengan kerajaan lagi, beliau sudah memenangi pelbagai kes berprofil tinggi dengan berjaya membuktikan kesalahan ramai individu yang terlibat dengan kes pembunuhan, pengedaran dadah, pemilikan senjata api, pecah amanah dan pelbagai lagi.

Pada 22 oktober 2009 beliau dilantik mewakili Malaysia ke Suruhanjaya Antara Kerajaan ASEAN Mengenai Hak Asasi Manusia (AICHR) – badan yang pertama seumpamanya di rantau Asia Pasifik.

Dalam mahkamah, Shafee cukup terkenal dengan kelantangannya dan cukup garang bila berbahas.

Kita tak mungkin lupa bagaimana beliau menghempas fail dalam kes Raja Petra Kamaruddin.

Kisahnya Raja Petra tidak lama dulu telah menuduh Muhammad Shafee dengan pelbagai tuduhan termasuk menggunakan firma guamannya untuk melancarkan ’operasi khas’ menjatuhkan Anwar Ibrahim.

Ia terkandung dalam artikel tulisannya bertajuk Shafee Abdullah: Sodomologist Extraordinaire, Money, Power and Sex: What Motivated Man dan The Real Dalang Behind The Anwar Sodomy Allegation.



Bosan dengan sikap penulis blog itu, Muhammad Shafee bertindak menemui Raja Petra secara bertentang ‘mata-ke-mata’ dengannya di Mahkamah Majistret pada 15 Ogos lalu. Tujuaannya hanya satu, menyerahkan perintah mahkamah dan writ saman kepada tuan punya diri.

Apabila menyedari Raja Petra enggan menerimanya, Muhammad Shafee hilang sabar dan terus menghempaskan semua fail itu ke lantai!

Beliau belum puas!

Berikutnya beliau sekali lagi mencabar Raja Petra dalam sidang akhbar khas di pejabatnya.

Beliau juga mengkritik Raja Petra yang hanya tahu berselindung di sebalik laman webnya dengan tidak membenarkan debat secara terbuka.

“Raja Petra hanya menyiarkan komen yang dirasakan baik untuk dirinya dengan ada tapisan, tetapi mendakwa dia mahukan masyarakat yang terbuka.

“Dia (Raja Petra) seorang yang manusia yang pengecut seperti kata pepatah ‘baling batu sembunyi tangan!!!”

Mengenali peguam tersohor itu, beliau tidak akan terhenti di situ saja.

Tabiat Muhammad Shafee ialah, beliau akan berlawan habis-habisan dengan mereka yang ingin bersilat dengannya.

Dan kali ini peguambela terkenal Anwar, Karpal Singh akan menyambut ‘kehadiran’ Muhammad Shafee di mahkamah.



Inilah yang dikatakan buku bertemu ruas.

Yang pasti Karpal Singh tidak akan menempuh lalu dan jalan yang mudah kali ini.

Mari kita lihat siapa yang kenaaaaa!!!!

Sumber: Mynewshub