Saturday, March 21, 2015

Cara Mudah Membuat Aplikasi Android untuk Blog

Cara Mudah Membuat Aplikasi Android untuk Blog

Bermula 21 April 2015, salah satu faktor penentu ranking blog di SERP ialah mobile friendly.

Selain mobile friendly, blog yang mempunyai indeks apps juga akan mempengaruhi kedudukan blog di SERP.

Jadi kita haruslah menyediakan aplikasi yang khusus supaya blog ataupun website kita dapat diakses dengan handphone dengan cepat dan pantas.

Di bawah ini merupakan tutorial ringkas, bagaimana untuk membuat aplikasi untuk mengakses blog melalui smartphone android secara percuma.

Cara Membuat Aplikasi Blog Untuk Android Secara Percuma

1. Layari laman http://www.appsgeyser.com/
2. Klik "Create Now"
3. Klik icon "website"


4. Masukkan "Website URL", dan klik Next


5. Masukkan "Apps Name", dan klik Next


6. Masukkan "Description", dan klik Next


7. Masukkan "Icon".Pilih samada mahu menggunakan default ataupun custom dan klik Next


8. Klik "Create APP


9. Masukkan data sebagaimana gambar dibawah


10.Sudah siap. Anda boleh download ataupun publish ke google


11. "PUBLISH"kan. Samada hendak publish ke google playstore. Kalau nak jadikan widget di sidebar, sila pilih item no 3 "Place QR" widget on your website


Selesai.

BACA INI JUGA: 5 Aplikasi Wajib Ketika Melancong

Sumber: Rossaimi.com

Saturday, February 07, 2015

Dumpster, Recycle Bin Untuk Smartphone Android

Dumpster, Recycle Bin Untuk Smartphone Android

Penggunaan Recycle Bin pada komputer Windows boleh dikatakan salah satu perkara yang membantu ramai pengguna, terutamanya apabila mereka terpadam sesuatu fail tanpa sengaja, dan ingin mengembalikannya kembali.

Dumpster Android

Fungsi serupa juga kini boleh ditambah pada peranti Android anda dengan sebuah aplikasi khusus dinamakan sebagai Dumpster.

Menggunakan Dumpster, pada pertama kalinya, anda akan ditanya berkenaan fail jenis apakah yang anda ingin uruskan melalui Dumpster, sama ada imej sahaja, atau muzik, video, dokumen, aplikasi dan sebagainya.

Sebaik sahaja anda menetapkannya, ia akan membuat analisa ringkas, dan pengguna boleh meninggalkan aplikasi berkenaan.

Selepas ia dipasang, setiap dokumen yang telah ditetapkan yang dipadam, akan dihantar ke Dumpster dan ia akan beroperasi sebagai sebuah Recycle Bin.

Anda akan diberi pilihan untuk mengembalikan sesuatu fail kembali ke tempat asal sekiranya terpadam tanpa sengaja, ataupun turut membuat tetapan pada Dumpster untuk membuang semua fail apabila telah capai sesuatu tempoh – seperti seminggu selepas dipadam dan sebagainya.

Aplikasi ini hadir dengan sokongan pengiklanan, yang mana bagi kami tidak begitu menganggu.

Namun, pengguna masih boleh membuang iklan tersebut dengan membuat pembelian dalam aplikasi pada harga RM8.99.

Bagi anda yang menguruskan pelbagai jenis fail, termasuk gambar dan tidak ingin terpadam sesuatu fail tanpa sengaja, mungkin boleh memasang dan mencuba Dumpster hari ini.

Download Dumpster untuk Android

BACA INI JUGA: Waze, Aplikasi Yang Melaporkan Road Block Polis Dan JPJ!

Sumber: Amanz

Tuesday, February 03, 2015

Cara Melajukan Peranti Android Seperti Asal

Cara Melajukan Peranti Android Seperti Asal

Anda boleh melajukan kembali peranti Android anda seperti pada asalnya dengan melakukan beberapa perkara asas.

Android slow

Bagi para pengguna peranti Android, terutamanya peranti berspesifikasi pertengahan, anda akan merasai peranti anda menjadi semakin perlahan atau mengalami sela masa setelah digunakan beberapa bulan.

Perkara ini berlaku kerana beberapa perkara, termasuk fail storan yang semakin bertambah, selain fail berbentuk cache yang disimpan pada peranti.

Membuang Aplikasi Yang Tidak Digunakan

Uninstall

Seperti biasa, salah satu perkara utama yang boleh dilakukan adalah membuang aplikasi yang tidak digunakan.

Untuk membuang sesuatu aplikasi, anda hanya perlu membuka talam aplikasi, dan seterusnya tap pada ikon aplikasi yang ingin dibuang untuk seketika, dan seterusnya menarik ikon berkenaan kepada bahagian yang dinamakan sebagai “Uninstall”.

Aplikasi berkenaan akan dipadam daripada peranti anda, tetapi tidak perlu risau memandangkan anda masih boleh memuat-turunnya pada bila-bila masa daripada Google Play Store.

Gunakan Launcher Seperti Google Launcher atau Nova Launcher

Kadang-kala, sesuatu peranti tersebut mengalami sela masa yang tinggi disebabkan oleh kesan grafik yang digunakan oleh tema antaramuka pada telefon berkenaan.

Anda boleh menggantikan ia dengan menggunakan launcher daripada pihak ketiga, dimana antara yang popular adalah daripada Google sendiri dinamakan Google Launcher, ataupun turut popular adalah Nova Launcher.

Saya lebih mengemari Nova Launcher, dimana selepas memasangnya, anda boleh mengawal pelbagai perkara, termasuk kesan animasi, aplikasi yang dipaparkan dan sebagainya – sekaligus mengurangkan penggunaan kuasa pemprosesan berbanding tema asal seperti TouchWiz.

Membuang Cache Yang Tidak Digunakan

Cache

Pelbagai aplikasi Android menyimpan data dalam bentuk cache untuk menjadikan anda membuka sesuatu aplikasi dengan pantas, dan pada masa yang sama tidak menggunakan data yang tinggi.

Memandangkan mungkin anda ada membuang sejumlah aplikasi yang tidak digunakan, maka data-data cache untuknya turut akan disimpan – yang mana anda boleh membuangnya dan mendapatkan ruangan storan tambahan.

Terdapat beberapa aplikasi yang memudahkan proses ini dan melakukannya secara berkala, seperti Clean Master dan juga CCleaner.

Tetapi, jika anda ingin melakukannya secara manual, anda boleh ke halaman Settings > Storage, dan tap pada Cached Data untuk membuang data yang disimpan padanya.

Pindahkan Gambar Lama Untuk Simpanan Di Komputer

Kadang-kala, peranti anda akan menjadi sedikit lambat apabila storan padanya dipenuhi. Salah satu perkara yang anda boleh lakukan untuk mengosongkan storan pada peranti adalah dengan memindahkan sejumlah gambar yang dirakamkan oleh anda ke komputer untuk digunakan pada masa akan datang.

Ketika memindahkan fail-fail anda, anda turut boleh menyemak folder Downloads pada peranti anda untuk turut melihat fail-fail yang telah dimuat-turun anda dan tidak digunakan.

Factory Data Reset

Factory Data Reset

Jika pelbagai kaedah ini masih gagal untuk mengembalikan peranti anda dalam keadaan dan prestasi seperti pada asalnya, anda boleh memilih untuk membuat Factory Data Reset – tetapi pastikan anda telah membuat salinan pendua untuk pelbagai fail dan data pada peranti.

Sebaik sahaja ia selesai, anda boleh memulakan kembali peranti anda seperti keadaan asal, dan memilih data yang ingin di sync serta aplikasi yang ingin dipasang.

BACA INI JUGA: 5 Smartphone Berkualiti Tapi Murah Dari China

Sumber:
http://amanz.my/2015/02/4-cara-bagaimana-menjadikan-peranti-android-anda-kembali-laju-seperti-pada-asalnya/

Wednesday, August 27, 2014

Aplikasi Wajib Peranti Android Anda

Aplikasi Wajib Peranti Android Anda

Untuk maklumat anda, semua aplikasi dibawah merupakan aplikasi yang boleh dimuat turun secara PERCUMA.

Android-Best-Apps

Begitu juga dengan aplikasi percuma dan popular Android, anda juga boleh mendapatkannya tanpa sebarang bayaran.

Bagi pengguna telefon pintar Android yang masih keliru untuk memilih aplikasi apa yang ingin di muat turun, kami menyediakan senarai aplikasi yang menarik dan terbaik untuk anda.

WhatsApp

Siapa saja yang tidak tahu akan aplikasi permesejan nombor satu di Android mahupun iOS ini, aplikasi ini dikatakan lebih pantas berbanding aplikasi permesejan yang lain.

Apa yang menarik tentang Whatsapp ialah anda tidak perlukan akaun, cukup hanya menggunakan number telefon anda dan secara automatik senarai kenalan dalam ‘phonebooks’ anda yang mempunyai Whatsapp akan menjadi rakan anda.

Tidak hairanlah pihak Facebook membeli Whatsapp dengan harga 19 Billion USD. Download.

WeChat

WeChat merupakan instant messenger (IM) terpantas untuk telefon pintar anda samada anda pengguna iOS (iPhone), Android, Windows Phone atau Nokia Symbian.

Anda boleh berikteraksi antara satu sama lain dengan menggunakan aplikasi WeChat ini tak kira masa, keadaan dan tempat kerana ia adalah satu jaringan sosial yang menghubungkan anda dengan rakan-rakan anda di Facebook, Twitter atau Blog.

Anda boleh cari kenalan baru, chat, share gambar, share file atau lagu dan juga berbual secara Video Call. Hebat kan?

Apa lagi, jom muat turun aplikasi WeChat ke dalam Telefon Pintar anda sekarang dan nikmati jaringan sosial melalui telefon pintar anda dengan cara yang bijak. Download.

Facebook

Facebook merupakan satu aplikasi penting bagi mereka yang gemarkan aktiviti bersosial di alam maya.

Aplikasi ini memudahkan para pengguna mengemaskini status harian mereka dan berkongsi maklumat, gambar, video dan sebagainya.

Anda juga boleh menghantar mesej kepada pengguna Facebook yang lain. Lebih menarik lagi, anda mungkin dapat bertemu dengan kawan yang sudah lama anda tidak berjumpa melalui aplikasi sosial media nombor satu dunia ini. Download.

Waze

Adakah anda mahu melaburkan wang untuk membeli gajet GPS walhal anda boleh pergi ke Times Square, atau Jalan Chow Kit, atau mana-mana tempat sahaja hanya dengan menggunakan aplikasi ini?

Petunjuk jalan aplikasi ini makin hari makin bertambah ketepatannya. Lagi seronok apabila aplikasi ini menyediakan sistem arahan suara.

Jadi, operasi navigasi anda akan bertambah lancar kerana masih ada ‘operator perempuan’ yang menemani perjalanan kita. Download.

Google Chrome

Aplikasi ini adalah antara “browser” (pelayar carian) yang mudah digunakan. Jika anda menggunakan Google Chrome di komputer anda, maka aplikasi ini harus menjadi ‘browser’ utama telefon pintar. Download.

Twitter

Aplikasi burung biru ini pantas menyambar minat pengguna telefon pintar. Twitter merupakan aplikasi sosial media yang ringkas, dan mudah.

Mempunyai sistem yang sangat mesra pengguna dan sesuai untuk mereka yang suka berkongsi perkara yang mereka lakukan pada setiap masa. Download.

Instagram

Adakah anda seorang yang suka berselfie? Atau ingin mengabadikan gambar-gambar anda untuk tatapan khalayak ramai?

Jika jawapannya ya, maka aplikasi ini merupakan pilihan yang terbaik. Hanya dengan membuka aplikasi ini, dan klik di butang kamera, pooff.

Nah, gambar anda sudah menjadi tatapan umum buat pengikut anda. Download.

Gmail

Aplikasi per-emailan yang hampir digunakan oleh kesemua pengguna media sosial di dunia. Sistemnya yang pantas dan mudah difahami ini amat berguna buat pengguna telefon pintar baru.

Jadi, dengan adanya aplikasi ini, anda tidak perlu lagi buka ‘browser’ untuk membuka emel. Hanya dengan satu klik, anda boleh membaca semua emel anda. Download.

Dropbox

Mahukah anda mempunyai kotak simpanan di alam maya? Anda boleh menyimpan pelbagai bentuk fail dengan menggunakan aplikasi ini.

Hanya dengan mendaftar emel sahaja, anda boleh terus menyimpan item-item penting di dalamnya. Jika anda risau mengenai fail anda akan hilang di komputer, maka aplikasi ini amat diperlukan.

Dropbox juga sesuai bagi sesiapa yang mementingkan kemudahan untuk mengakses fail-fail mereka secara pantas dan efisyen. Download.

Evernote

Kepada pengguna yang suka mencatat nota, suka mencatit segala isi-isi penting dalam program dan sebagainya, maka aplikasi ini merupakan saranan terbaik buat anda.

Aplikasi yang ringan dan mudah diakses ini memudahkan pengguna untuk menulis dan menyimpan segala tulisan mereka dengan pantas dan teratur.

Segala nota yang disimpan akan disinkronasikan dengan mana-mana peranti sekaligus membolehkan anda membukanya dimana-mana sahaja. Download.

Clean Master

Aplikasi terbaik untuk membersihkan dan melancarkan sistem peranti pintar anda. Segala entiti yang tidak diperlukan pada RAM, Cache dan fail apk akan dibuang bagi meringgankan proses peranti anda.

Ia tidaklah melajukan peranti tetapi ia dapat melancarkan segala sistem. Secara peribadi, Clean Master tidak banyak bezanya dengan CCleaner untuk PC. Download.

Kingsoft Office

Kingsoft Office sedikit sebanyak menyerupai Microsoft Office yang sering kita gunakan di komputer. Mudah digunakan dan aplikasi ini juga boleh membuka fail format ‘.pdf’.

Selain itu, anda juga boleh ‘edit’ semula dokumen-dokumen penting dengan mudah. Makin hari, makin senang untuk kita uruskan dokumen-dokumen kita dengan aplikasi ini. Download.

BACA INI JUGA: StickNFind, Pelekat Pengesan Barang Jika Tercicir Atau Dicuri

Sumber: Mynewshub.my

Thursday, August 14, 2014

Aplikasi Percuma Dan Popular Android

Aplikasi Percuma Dan Popular Android

Kebanyakan pengguna peranti mudah alih dengan sistem operasi (OS) Android, mungkin sudah selesa dengan ekosistem yang ada pada peranti tersebut.

Popular Android Apps

Sememangnya ada aplikasi yang telah dimiliki tetapi ke 22 aplikasi dibawah, meliputi semua kegunaan dan ia boleh merubah ekosistem peranti mudah alih anda menjadi lebih praktikal.

Apa pun, aplikasi yang sedia ada atau dipasang kemudian sebenarnya boleh memberikan lebih kebaikan khususnya dari segi tambahan fungsi dan ciri lain yang mungkin ditawarkan.

Kali ini kami ketengahkan 22 aplikasi paling popular dan yang paling penting percuma, untuk dipasang pada peranti mudah alih Android anda.

1. Facebook (Pembangun: Facebook)

2. Camera360 Ultimate (Pembangun: PinGuo Inc)

3. Facebook Messenger (Pembangun: Facebook)

4. WhatsApp Messenger (Pembangun: WhatsApp Inc)

5. Instagram (Pembangun: Instagram)

6. Clean Master - Free Optimizer (Pembangun: Cheetah Mobile)

7. BBM (Pembangun: BlackBerry Limited)

8. WeChat (Pembangun: Tencent Technology (Shenzhen) Company Ltd)

9. 360 Security - Antivirus FREE (Pembangun: Qihu 360 Software Co. Ltd (QIHU)

10. Opera Mini Browser (Pembangun: Opera Software ASA)

11. Skype (Pembangun: Skype Communication)

12. Go Launcher EX (Pembangun: Go Launcher Dev Team)

13. Twitter (Pembangun: Twitter Inc)

14. Photo Grid - Collage Maker (Pembangun: RoisApp Photography)

15. Viber (Pembangun: Viber Media S.ar.l)

16. YouTube (Pembangun: Google Inc)

17. DU Battery Saver & Widgets (Pembangun: DU APPS STUDIO Productivity)

18. PicsArt-Photo Studio (Pembangun: PicsArt Photography)

19. Battery Doctor (Battery Saver) (Pembangun: Cheetah Mobile Inc.)

20. Mobogenie Market (Pembangun: Mobogenie.com)

21. Cymera - Camera & Photo editor (Pembangun: SK Communications Photography)

22. GO Keyboard (Emoji Free) (Pembangun: GO Dev Team)

Selamat mencuba kesemua apps diatas..

BACA INI JUGA: Aplikasi WhatsApp Melalui Komputer Anda!

-Sentiasapanas.com

Saturday, May 10, 2014

7 Tips Menjadikan Telefon Android Anda Lebih Laju

7 Tips Menjadikan Telefon Android Anda Lebih Laju

Mana-mana telefon Android mempunyai banyak ciri menarik namun pada sama ia juga mengakibatkan gajet anda semua menjadi perlahan.

Speedup Android

Antara tip yang boleh diambil kira bagi menjadikan telefon Android anda lebih laju seperti berikut:

1. Tutup 'animation' pada app yang menggunakan kelajuan telefon. Apa yang perlu dilakukan adalah pergi Settings > Display > Animation dan kemudiannya anda klik pada No Animations

2. Tutup plug-in untuk pelayar atau browser anda. Caranya adalah buka browser internet, Settings > enable plug-ins kemudian klik Off

3. Sila muat turun Launcher pihak ketiga – Launcher Pro yang melajukan operasi skrin terutama ketika anda membuka satu aplikasi ke aplikasi yang lain.

4. Tutup Wallpaper iaitu animasi pada background telefon anda yang sentiasa beroperasi ketika telefon berada dalam mod aktif. Caranya termasuk klik pada butang utama dan cari Live Wallpapers, kemudian anda klik butang tersebut dan gantikannya pada wallpaper yang statik saja.

Speedup Android Setting

5. Hadkan wijet yang ada pada Homescreen anda. Keluarkan wijet seperti Facebook atau Twitter atau Instagram dan pastikan hanya keperluan komunikasi saja kerana setiap kali telefon dibuka, ia akan membaca semua data dalam wijet yang dipaparkan di Homescreen. Daripada biarkan satu aplikasi pada skrin utama, masukkan semua aplikasi dalam satu folder.

6. Hadkan aplikasi yang dimuat turun. Untuk melakukannya anda perlu klik pada Settings > Application dan kemudian padam aplikasi yang jarang kita guna.

7. Kurangkan update atau kemaskini data pada telefon. Caranya, masuk ke Account & Sync kemudian nyahaktif sync aplikasi seperti Twitter dan Facebook yang banyak menggunakan data untuk kemaskini yang memperlahankan telefon anda. Jangan terlalu sync banyak aplikasi dan amalkan kaedah sync ketika anda membukanya saja.

[Sumber]