Tuesday, August 08, 2017

Jepun Temui Formula Lambatkan Ais Krim Cair

Jepun Temui Formula Lambatkan Ais Krim Cair

Penyelidik dari Pusat Penyelidikan Perkembangan Bioterapi di Kanazawa, Jepun telah menemui jalan penyelesaiannya secara tidak sengaja, ais krim yang tidak akan cair berjam-jam lamanya walaupun dalam keadaan cuaca panas!

Ais Krim Lambat Cair

Masalah aiskrim cepat cair ni dapat diatasi dengan menggunakan polifenol yang terdapat dalam buah strawberi, menyebabkan aiskrim tidak cair dalam tempoh yang singkat seperti kebiasaan.

Penemuan itu diperolehi apabila seorang chef pastri diminta untuk mencipta manisan baru dengan menggunakan polifenol oleh pusat penyelidikan berkenaan.

Ia bagi mencari faedah lain yang boleh dimanfaatkan melalui buah strawberi yang tidak hanya mengehadkan kegunaannya sebagai buah-buahan segar semata-mata.

Hasil daripada ciptaan manisan baru itu, chef tersebut telah membuktikan yang polifenol tidak sesuai untuk manisan sebaliknya ia merupakan bahan untuk menjadikan aiskrim tahan lebih lama sekaligus mengurangkan kadar pencairan.

“Cecair polifenol mempunyai ciri-ciri yang menyebabkan air dan minyak sukar dipisahkan,” kata Tomihisa Ota, pensyarah di Universiti Kanazawa.

Takeshi Toyodo yang juga presiden pusat penyelidikan berkenaan mengesahkan bentuk aiskrim dapat dikekalkan walaupun terdedah dengan udara panas dari pengering rambut.

Ais Krim Lambat Cair

Penemuan ini turut mendapat persetujuan daripada wartawan Jepun, Asashi Shimbun yang telah pun membuat kajian mereka sendiri dengan mendedahkan aiskrim kepada haba pada suhu kira-kira 28 darjah celsius dan mendapati bentuk aiskrim itu masih kekal seperti lima minit sebelumnya.

Disebabkan penemuan baru ini, Pusat Penyelidikan Perkembangan Bioterapi itu membuat keputusan untuk menjual aiskrim tersebut di kedai Kanazawa Ice dan bercadang untuk menambah cawangan di Tokyo dan Osaka.

Aiskrim ini juga boleh didapati dalam pelbagai bentuk yang comel.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: mynewshub

Sunday, July 23, 2017

Mitos Tentang Aiskrim

Mitos Tentang Aiskrim

Ais krim sememangnya disukai ramai, lebih-lebih lagi kanak-kanak. Namun, ada juga mitos dikalangan kita mengenai keburukan ais krim. Benarkah begitu?

Mitos Aiskrim

Mari kita rungkai rahsia dan mitos tentang ais krim.

Penyebab Batuk Dan Selesema

Benarkah aiskrim boleh menyebabkan penyakit batuk di kalangan kanak-kanak?

Daripada sudut perubatan,ais krim bukanlah penyumbang seseorang itu batuk dan selesema kerana ketika makan aiskrim, ia akan pantas mencair.

Oleh itu,sebaik sahaja ais krim masuk ke dalam kerongkong, suhunya sudah tidak sesejuk suhu ais.

Bahkan ketika anak sakit, tubuhnya kehilangan banyak cecair dan mudah mengalami dehidrasi. Keengganan mereka menjamah sebarang makanan atau minuman boleh menyebabkan sakit menjadi semakin teruk.

Alternatif ibu bapa dengan memberikan anak mereka ais krim dapat mengembalikan cairan yang hilang kerana ais krim mengandungi air.

Apatah lagi rasa ais krim yang lazat pastinya digemari oleh kanak-kanak sekaligus mempercepatkan proses penyembuhan.

Penyebab Obesiti, Kegemukan

Ada pendapat yang mengatakan ibu hamil tidak boleh makan ais krim sewaktu tempoh kehamilan kerana dikhuatiri akan menyebabkan bayi dalam kandungan obesiti.

Ternyata pendapat ini salah kerana kerana ais krim dapat memberikan tenaga kepada si ibu hamil.

Namun jumlah pengambilan ais krim yang disyorkan untuk ibu hamil adalah dua hingga tiga cawan setiap minggu.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Fakta Dan Mitos Mengenai Susu

sumber: hadji

Friday, July 14, 2017

Khasiat Ais Krim Yang Ramai Tak Tahu

Khasiat Ais Krim Yang Ramai Tak Tahu

Sebagai ibubapa, pastinya anda berasa risau jika anak-anak mengambil ais krim dalam jumlah yang banyak kerana bimbang si kecil anda akan mengalami selesema,batuk dan juga sakit perut.

Khasiat Ais Krim

Hakikatnya,ais krim adalah makanan yang turut mempunyai zat.

Kandungan Ais Krim

Bahan utama aiskrim iaitu susu mengandungi lebih daripada 100,000 jenis molekul. Selain air dan lemak, molekul-molekul itu merangkumi protein, karbohidrat, mineral, serta vitamin A, C dan D.

Itulah sebabnya produk hasil tenusu termasuk ais krim ini memberi sumbangan yang tinggi kepada kesihatan tubuh.

Berdasarkan komposisinya, ais krim dibahagikan kepada tiga kategori iaitu ekonomi, purata yang baik, dan juga mewah.

Ais krim komersial yang biasanya kita beli adalah dari jenis ekonomi.

Ais krim yang berkualiti biasanya ditentukan oleh bahan-bahan mentah yang berkualiti tinggi dan proses pembuatannya yang bersih.

Komposisi nutrien bagi setiap 100 gram ais krim ialah tenaga (207 kcal), protein (4.0 g) dan lemak (12.5 g).

Khasiat Ais Krim

1. Membantu Pertumbuhan Tulang Dan Gigi

Sekiranya anak anda membuat karenah tidak mahu makan,anda bolehlah melakukan alternatif ini dengan memberikan anak anda makan ais krim.

Ini kerana ais krim mengandungi khasiat yang baik untuk pertumbuhan si kecil iaitu kalsium yang berperanan dalam pertumbuhan tulang dan gigi.

Malah kandungan kalsium di dalam ais krim juga boleh menjaga kepadatan jisim tulang, mencegah osteoporesis, kanser dan hipertensi daripada berlaku.

2. Lemak Tidak Tepu Yang Tidak Menggemukkan

Ais krim mengandungi lemak tidak tepu yang tidak mengemukkan jika diambil dalam kuantiti yang sedikit dan tidak berlebihan.

3. Antibodi

Pastinya anda tidak tahu bahawa ais krim dapat bertindak sebagai antibodi kepada sistem pertahanan badan.

Ini kerana ais krim mengandungi kandungan susu sebanyak 20-30% yang berperanan sebagai zat pertahanan tubuh terhadap pathogen iaitu agen penyebab penyakit.

4. Mengubati Tonsil

Ais krim berperisa Vanilla sememangnya terkenal untuk mengubati tonsil kerana khasiat Vanila ialah menenangkan saraf, mengurangkan berat badan dan menaikkan mood seseorang.

Kesimpulan

Kini tiada lagi alasan untuk tidak memberikan anak anda menikmati kelazatan ais krim.

Selamat menikmatinya!

BACA INI JUGA: Ais Krim Telur Buaya!

sumber: hadji