Masyarakat luar, malah masyarakat Negeri Sembilan sendiri mutakhir ini seringkali beranggapan secara tidak tepat tentang Adat Perpatih yang misalnya, dengan tanggapan bahawa “Adat Perpatih berasal dari Minangkabau”.
Sebenarnya, Adat Perpatih di Negeri Sembilan adalah unik untuk amalan seumpamanya di Negeri Sembilan dan hanya di Negeri Sembilan sahaja.
Amalan Adat Perpatih di Minangkabau pula adalah sebenarnya merupakan Adat Luak 50.
Nombor 50 adalah bilangan ‘jurai’ di Minangkabau, sesuatu yang tiada kedapatan tentangnya di Negeri Sembilan.
Walaupun terdapat persamaan tentang amalan kedua adat ini tadi, tetapi perbezaannya amat jelas. Nama keduanya secara am adalah sama, ada persamaan, namun keduanya ada banyak perbezaan yang ketara.
Antaranya, amalan pembahagian tanah pusaka misalnya adalah sama dan masih bersifat matrilineal sama seperti Adat Perpatih di Negeri Sembilan.
Namun, Adat Perpatih di Minangkabau atau Adat Luak 50 tidak pula memiliki sistem Lembaga, tidak wujudnya Buapak, malah sistem pentadbiran ketua negeri di mana Undang melantik Yang DiPertuan Besar Negeri Sembilan bersandarkan undi mutlak oleh Undang Yang Empat tidak pernah wujud di Minangkabau.
Dari Minangkabau, ada 11 kumpulan dari sebelas kampung asalnya, datang membina hidup dan meneroka, membuka penempatan bermula dari wilayah yang kini digelar Negeri Sembilan.
Dahulu sebelum Negeri Sembilan wujud, jajahan sama merupakan sebahagian dari Melaka dan kemudiannya dikuasai Johor.
Setelah pemutusan kuasa dari Johor, Negeri Sembilan ditadbir sepenuhnya secara autonomi kepada lima Luak Tanah Mengandung yang diketuai Penghulu Luak dan Luak yang diketuai Undang Yang Empat.
Ini sekali gus menjadikan negeri ini bebas dan mengangkat sistem rajanya yang memiliki kedaulatan sendiri.
Suku mendatang iaitu 11 kumpulan dari 11 kampung inilah yang membentuk 11 suku, mempersetujui pula ke atas mereka untuk digubal satu bentuk undang-undang atau adat di dalam ruang lingkup adat mereka yang kini digelar Adat Perpatih setelah mereka membuka penempatan di sini.
Untuk rekod, terdapat dua gelombang kehadiran suku mendatang dari Minangkabau membuka penempatan di Negeri Sembilan, menganjur dari Kelang, Melaka sehingga ke Johor.
Gelombang pertama adalah sebelum 1773, iaitu sebelum ketibaan Raja Melewar, mungkin sejak seawal munculnya Melaka, manakala gelombang kedua adalah selepas Raja Melewar dijemput mentadbir Luak Tanah Mengandung sehinggalah pemutusan kuasa Negeri Sembilan untuk bebas dari Johor sehinggalah mungkin lewat 1900an.
Resam Melayu yang berkelana, usai berpetualang menetaplah mereka membuka kawasan buat berteduh dan menyusur air buat mereka mencari rezeki. Semakin luas dan besar keluarga, ia membentuk masyarakat.
Dengan msyarakat yang besar perlu ada pula undang-undang yang menjadi aturan hidup dan sosial mereka supaya mereka kekal bertamadun, maka muncullah Adat Perpatih.
Kecuali Suku Selemak Pahang yang memegang tampuk pentadbiran selaku Penghulu Luak Terachi (ini ada cerita menarik yang lain) Suku ke-12 iaitu Biduanda adalah satu-satunya suku yang diberikan mandat untuk memegang tampuk kuasa mentadbir semua ‘sembilan negeri’ di dalam Negeri Sembilan (empat Luak dan lima Luak Tanah Mengandung).
Suku Biduanda ini diberikan keistimewaan kerana suku mendatang tadi telah bercampur, bersosial dan berkeluarga pula dengan pribumi suku orang asal Sakai, Jakun, Semang, Temuan dan Semelai yang memang telah lama menetap di atas wilayah yang kini dipanggil Negeri Sembilan.
Percampuran antara keduanya inilah mewujudkan Suku Biduanda.
Yang diketahui, lelakinya adalah dari suku mendatang, manakala wanita pula dari kalangan suku orang asal.
Ini kerana resamnya di dalam Adat Perpatih, yang berkelana adalah lelaki, dan yang mengembangbiak zuriat adalah dari nasab wanita. Salah satu sebab mengapa Adat Perpatih bercirikan matrilineal.
Ringkasnya, sekalipun asasnya dari Minangkabau, Adat Perpatih di Negeri Sembilan berasal dari undang-undang adat tempatan di Negeri Sembilan setibanya masyarakat ini berkembang biak dan berzuriat di dalam wilayah adat Negeri Sembilan.
Tatacara dan susunan tertib bersuku ini tidak wujud di Minangkabau atau di dalam Adat Luak 50 mereka, satu lagi perbezaan ketara adat tersebut dengan Adat Perpatih di Negeri Sembilan.
Jadi, sekalipun ada persamaan, perbezaan keduanya amat jelas dan besar, hinggakan tidaklah boleh dikatakan sepenuhnya bahawa Adat Perpatih berasal dari Minangkabau, walaupun ada perkaitan antara duanya.
Malah, perkaitan Adat Perpatih di Negeri Sembilan dengan Minangkabau sebenarnya adalah sepertiga dari keseluruhan sistem Adat Perpatih itu sendiri.
Selebihnya ia turut berkait dengan kerajaan Siak dan kerajaan Johor Lama.
Ini jelas dalam perbilangan Adat Perpatih yang berbunyi; “Bertali ke Siak, beraja ke Johor, bertuan ke Minangkabau.”
Semoga memberi manfaat.
BACA INI JUGA:
sumber: thepatriots

- Adat Yang Bertentangan Dengan Islam Tetapi Masih Di Amalkan
- 5 Bidaah Paling Popular Ketika Majlis Perkahwinan!
sumber: thepatriots