Monday, January 05, 2015

#QZ8501: Bau Harum Yang Luarbiasa

#QZ8501: Bau Harum Yang Luarbiasa

Salah seorang anak kapal pesawat QZ8501 yang masih belum ditemui mayatnya adalah pekerja teknikal (bahagian radio komunikasi) AirAsia, Syaiful Rahmat, 38 tahun dari Pekanbaru, Riau.

Syaiful Rahmat
Gambar profil pekerja teknikal Air Asia, Syaiful Rahmat.

Salah seorang rakan rapat yang bernama Rudi, berkongsi pengalaman anehnya ketika bertemu Syaiful buat kali terakhir, dua hari sebelum pesawat berkenaan hilang dari radar menara kawalan, 28 Disember lalu.

Menurut Rudi dia tercium bau harum luarbiasa dari tubuh Syaiful ketika itu yang disifatkannya tidak seperti bau minyak wangi.

“Harumnya tidak seperti hari-hari biasa, sangat harum, sepertinya bukan harum minyak wangi,” ujarnya.

Mengakui tidak dapat mengesahkan sama ada itu petanda Syaiful akan pergi selama-lamanya, Rudi meyakinkan bahawa pertemuan tersebut terasa aneh baginya.

Syaiful yang dikenalinya kata Rudi, seorang yang pandai bergaul dan baik agamanya malah sering mengingatkan rakan-rakan lain soal ibadah.

Syaiful Rahmat
Lia menunjukkan status terakhir BBM adiknya.

Peribadi Syaiful yang alim turut disokong oleh kakak Syaiful dikenali sebagai Lia yang menggambarkan adiknya itu bukan ustaz tetapi rajin solat dan suka berpesan-pesan soal agama.

Malah status terakhir Blackberry Messenger (BBM) di telefon bimbit adiknya itu berbunyi, ‘Kerjakan amal dengan ikhlas dan sesuai dengan sunnah’.

Begitu pun oleh sebab Syaiful sudah biasa menulis status berbaur agama baik di BBM mahu pun Facebook maka ia tidaklah dianggap satu hal yang aneh buat Lia dan keluarga.

Hingga saat ini belum dapat dipastikan sama ada jasad Syaiful yang sudah berkahwin dan mempunyai tiga cahayamata itu berada di Selat Karimata atau ianya salah satu daripada mayat yang sedang menanti proses pengecaman di Surabaya.

BACA INI JUGA: 'Jenazah Isteri Harum Seperti Bunga Ros, Balasan Mentaati Suami'

sumber: mynewshub

Thursday, January 01, 2015

#QZ8501: Tun Mahathir Persoal Syarikat Boeing!

#QZ8501: Tun Mahathir Persoal Syarikat Boeing!

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad turut bersimpati dan menyampaikan ucapan takziah kepada semua keluarga penumpang dan anak kapal penerbangan AirAsia QZ8501.

Tun Dr Mahathir

Bagaimanapun, beliau mempersoalkan keperluan mencari pesawat di lautan apabila teknologi sedia ada, dalam bentuk penggunaan alat pengesan penerbangan tidak digunakan.

“Ia seolah-olah, ketika Airbus bersedia untuk bergerak ke hadapan dengan penggunaan sistem data penerbangan dan perakam suara untuk pesawat komersil, Boeing yang telah menggunakan alat perakam pada sekurang-kurangnya tiga pesawat tentera tidak bersetuju bahawa teknologi itu adalah sesuai atau selamat untuk pengangkutan komersial,” katanya menerusi tulisan di blognya, chedet.cc, Khamis.

Dr Mahathir telah memetik satu artikel dari majalah Flight International, bertarikh 14 Oktober 2014, yang memperincikan keretakan lain dalam landskap kompetitif antara Airbus dan Boeing.

Beliau berkata konsep Airbus membabitkan penggunaan satu daripada dua set data penerbangan dan perakam suara kokpit sekiranya berlaku perlanggaran di udara atau kesan di daratan.

Unit yang digunakan, yang termasuk beacon pencari, direka untuk terapung jika kemalangan itu berlaku di dalam air.

“Bayangkan jika perakam ini dan beacon dipasang pada pesawat AirAsia Indonesia atau MH370, kita tidak perlu mencari pesawat di lautan,” katanya, sambil menyatakan ketidak fahaman beliau tentang mengapa Boeing bersikap bertentangan dengan langkah itu.

Memetik artikel lain daripada FlightGlobal.com, pada Disember 2006, Dr Mahathir berkata Boeing telah menerima paten Amerika untuk satu sistem yang ‘membenarkan rampasan kapal terbang oleh alat kawalan jauh’ sebagai langkah pencegahan terhadap rampasan pengganas.

“Boeing tidak membuat sebarang komen berhubung keupayaannya yang kuat itu. Dan MH370 tidak ditemui sehingga kini.

“Dan kini Boeing seolah-olah tidak bersedia untuk membuatkan usaha mencari pesawat yang hilang lebih mudah dan lebih cepat, yang mungkin juga dapat menyelamatkan nyawa. Mengapa?” tanya beliau. –mStar Online

BACA INI JUGA: 6 Kemalangan Jatuh Dari Udara Paling Luarbiasa Pernah Terjadi

Wednesday, December 31, 2014

Nahas QZ8501 Diramal 13 Hari Sebelum Kejadian!

Nahas QZ8501 Diramal 13 Hari Sebelum Kejadian!

Teori Konspirasi QZ8501. Misteri seorang pengguna forum dari China 'meramalkan' sebuah pesawat AirAsia akan hilang 13 hari sebelum pesawat AirAsia QZ8501 dilaporkan jatuh ke laut benar-benar menimbulkan banyak persoalan.

Konspirasi QZ8501

Menerusi ramalan tersebut, dia memberi amaran kepada syarikat penerbangan bahawa sebuah pesawat lagi sedang menjadi sasaran oleh kumpulan yang digelarnya Black Hand.

Ahli forum itu menyatakan:

International Black Hand and the Malaysia Airlines MH370 Malaysia Airlines MH17 after the hijacking and shot down, as the world’s sixth-largest airline Ma Hangji this collapse, in a lethargic state now, the big black hand again targeted in AirAsia, as always, you must destroy the AirAsia as part of Malaysia’s AirAsia also in view of the Black Hand forces too powerful, too vicious heart, suggested that the Chinese passenger travel, away from AirAsia, do not become a victim of another MH370. Baca disini.

Diceritakan kembali oleh seorang pengguna Reddit bernama lolrus_bukkit, peringatan pengguna forum itu jelas isinya. Ada pihak yang telah menjatuhkan MH370 juga sedang 'menggangu' MAS keseluruhannya, dan kini giliran AirAsia!

Tujuannya adalah untuk menghancurkan industri penerbangan Malaysia!

Pos original di forum China tersebut, bertarikh 15 Disember 2014 dan banyak komentar yang mengatakan bahawa LandLord mengarut dan gila.

LandLord berterusan memberikan peringatan, berhenti beberapa hari kemudian hingga tidak ada lagi pos baru, kemudian terjadilah kejadian jatuhnya pesawat AirAsia QZ8501!

Ada yang berpendapat, LandLord ialah seorang perisik atau individu penting yang mendapat maklumat berkenaan serangan yang bakal berlaku.

Black hand, (metafora untuk sebuah organisasi rahsia yang melakukan perbuatan jahat di sebalik tabir) telah 'menjahanamkan' MH370 dan MH17.

Kejadian ini sudah cukup untuk melumpuhkan salah satu syarikat penerbangan terbesar di Asia, Malaysia Airline. Sekarang, Black Hand sedang mensasarkan AirAsia yang juga milik Malaysia.

Persoalannya, jika ketiga-tiga kejadian (MH370, MH17 dan QZ8501) ada hubung kait, maka tangan jahat mana yang terbabit dalam konspirasi yang begitu besar?

Individu, syarikat dan negara manakah yang akan mendapat manfaat besar dengan tumbangnya MAS dan AirAsia?

Sungguh menakutkan jika ada pihak mampu berbuat demikian dan pihak itu tidak dapat dikenal-pasti.

Atau wujud tekanan balik tabir ke atas kerajaan Malaysia untuk tunduk kepada kemahuan negara kuasa besar tertentu?

Jadi, jika anda menyatakan bahawa teori konspirasi diatas adalah mengarut, KAMI rasa TIDAK!

BACA INI JUGA: Segitiga Bermuda, Misteri Kehilangan Flight 19

-SENTIASAPANAS.COM

Tuesday, December 30, 2014

Serpihan Pesawat QZ8501 Dan Mayat Penumpang Berjaya Ditemui

Serpihan Pesawat QZ8501 Dan Mayat Penumpang Berjaya Ditemui

Objek-objek yang ditemui sebentar tadi di permukaan laut di perairan Kalimantan ketika pencarian pesawat AirAsia QZ8501 disahkan daripada pesawat berkenaan.

Serpihan-Pesawat-QZ8501


Ketua Pengarah Pihak Berkuasa Penerbangan Indonesia Djoko Murjatmodjo berkata, untuk waktu ini, ia adalah sah milik pesawat berkenaan yang hilang sejak awal pagi Ahad.

Menteri Pengangkutan Indonesia akan segera berangkat ke Pangkalanbun iaitu pusat operasi bagi pencarian pesawat itu di Indonesia kerana ia terletak berhampiran operasi pencarian.

Mayat yang telah kembung turut ditemui berhampiran kawasan serpihan pesawat AirAsia QZ8501 mengakhiri tanda tanya nasib pesawat itu yang hilang sejak Ahad lepas.

Objek lain seperti bagasi penumpang dan serpihan lain pesawat turut ditemui oleh pesawat yang melakukan pencarian di kawasan berkenaan.

Bagaimanapun, setakat ini dilaporkan hanya satu mayat itu sahaja yang ditemui terapung di kawasan penemuan serpihan itu.

Mayat-Penumpang-QZ8501

Pada awalnya pesawat dalam misi pencarian menemui 10 objek mirip pintu pesawat, jaket keselamatan dan juga gelongsor kecemasan dalam lingkungan 10km persegi di sekitar perairan Kalimantan.

Ahli keluarga penumpang pesawat QZ8501 akan diterbangkan ke lokasi pencarian.

Dilaporkan pasukan penyelam akan turut digunakan untuk meninjau keadaan dasar laut di sana kerana kedalamanynya hanya sekitar 25 hingga 30 meter sahaja.

Waris QZ8501 Enggan Terima Berita Pesawat Terhempas Di Laut

Waris-QZ8501

Suasana di Pusat Krisis Terminal 2 Lapangan Terbang Antarabangsa Juanda di sini tegang dan panik apabila waris keluarga kepada penumpang dan krew QZ8501 milik AirAsia Indonesia tidak dapat menerima berita penemuan bangkai pesawat itu.

Sejurus visual terkini mengenai kejayaan pasukan pencari menemui serpihan kapal terbang itu disiarkan menerusi televisyen tempatan, ramai ahli keluarga mangsa menangis dan ada berdoa agar berita tersebut tidak benar manakala sebahagian lagi dilihat tergamam.

Keadaan kecoh itu menyebabkan petugas Badan Search and Rescue Nasional (Basarnas) diserbu ramai ahli waris mangsa yang tidak berpuas hati dan mahu mendapatkan pengesahan berita yang disiarkan secara langsung menerusi beberapa stesen televisyen.

Empat anggota keluarga dilaporkan pengsan dan terpaksa dipapah ke ruang rehat sebelum diberi air mineral oleh petugas perubatan dan ramai waris dilihat menunduk muka kerana berasa amat sedih dengan berita terbaharu insiden kehilangan pesawat itu.

Sejumlah petugas lapangan terbang terpaksa menenangkan keluarga penumpang sebelum meminta semua wartawan dan bukan waris mangsa segera keluar dari bilik taklimat pusat krisis tersebut untuk mengawal keadaan serta memberi maklumat terkini kejadian.

Antara yang berada di dalam bilik berkenaan ialah Ketua Basarnas Surabaya, Muhammad Hernanto; Pengarah Urusan Angkasapura I, firma yang mengurus hal ehwal lapangan terbang, Tommy Sutomo dan Datuk Bandar Surabaya, Tri Rismaharini. –Agensi

-SENTIASAPANAS.COM

Tragedi MH370, MH17 Dan QZ8501 Angkara Siapa?

Tragedi MH370, MH17 Dan QZ8501 Angkara Siapa?

Kegagalan sebarang serpihan kapal itu ditemui dalam tempoh lebih 24 jam mengundang persoalan apakah ia juga lenyap tanpa dapat dikesan seperti yang alami oleh MH370 sejak Mac lalu.

MH370, MH17 and QZ8501 Conspiracy

Apakah kehilangan QZ8501 milik AirAsia Indonesia satu kemalangan udara yang biasa atau sesuatu yang menyamai misteri Malaysia Airlines (MAS) MH370?

Persoalan seperti itu memang tidak dapat dielak dari muncul dalam benak pemikiran kita lebih-lebih lagi misteri MH370 masih segar dalam pemikiran setiap rakyat negara ini.

Kejadian terbaru melibatkan AirAsia Indonesia itu boleh dikatakan kes ketiga pesawat berkaitan industri penerbangan Malaysia (memandangkan AirAsia milik rakyat negara ini) selepas MH370 dan MH17 yang terhempas di Ukraine Julai lepas.

Sehingga kini, misteri MH370 ialah di mana ia berada memandangkan satu serpihan sebesar jarum pun belum ditemui manakala MH17 pula siapa yang menambaknya jatuh, sama ada Russia atau Ukraine.

Jika diimbas, pesawat AirAsia itu dilaporkan terputus hubungan kawalan trafik udara (ATC) pada pukul 7.24 pagi selepas berlepas dari Surabaya untuk menuju ke Singapura.

Menurut aplikasi FlightRadar24, pesawat itu sedang berada pada ketinggian ideal untuk penerbangan iaitu pada 32,000 kaki ketika isyarat perhubungan itu terputus.

Difahamkan juga, juruterbang ada meminta kebenaran untuk terbang lebih tinggi ke ketinggian 38,000 kaki untuk mengelak daripada laluan cuaca buruk kerana ribut petir dilaporkan berlaku di kawasan itu.

Tidak berapa lama selepas itu, ia hilang dari radar sehingga kini.

Media Indonesia membuat spekulasi ia terhempas di perairan Pulau Belitung namun sehingga kini, ia kekal sebagai spekulasi semata-mata.

Justeru, nasib kapal itu masih belum diketahui. Sudah kedengaran suara-suara di laman siber seperti Twitter dan Facebook kapal QZ8501 juga tidak akan ditemui sampai bila-bila.

Ketika ini misi mencari dan menyelamat (SAR) sedang giat digerakkan diketuai Indonesia dan dibantu Malaysia, Singapura dan Australia.

Sehingga nasib kapal QZ8501 diketahui, maka ia akan terus dikaitkan dengan misteri kehilangan MH370, lebih-lebih lagi memandangkan sudah mula timbul cerita ada orang melihat kapal itu terbang rendah dan perlahan, jalan cerita yang sebijik umpama ketika kapal milik MAS itu hilang.

Persoalannya, jika ketiga-tiga kejadian (MH370, MH17 dan QZ8501) ada hubung kait, maka tangan jahat mana yang terbabit dalam konspirasi yang begitu besar?

Sungguh menakutkan jika ada pihak mampu berbuat demikian dan pihak itu tidak dapat dikenal-pasti.

Sukar untuk dikatakan ia dilakukan oleh mana-mana organisasi jenayah, tetapi kalau dilakukan oleh negara-negara tertentu, maka itu masuk akal.

Namun apa faedahnya dan matlamatnya? Takkan bergitu beriya-iya semata-mata untuk menghancurkan masa depan industri penerbangan atau industri pelancongan negara?

Atau wujud tekanan balik tabir ke atas kerajaan Malaysia untuk tunduk kepada kemahuan negara kuasa besar tertentu?

Mungkin sukar untuk mengebom Malaysia kembali ke zaman batu secara terbuka, justeru tekanan cara lain digunakan.

Sejujurnya, hanya masa mampu menentukan apakah nasib malang ketiga-tiga kapal berkenaan ada perkaitan atau sekadar satu kebetulan dan hanya kemalangan udara yang biasa.

Isya’Allah, misteri ini akan terungkai juga suatu hari nanti.

Sumber: AK-47/Mynewshub.cc

Monday, December 29, 2014

#QZ8501, Hilang Secara Misteri Seperti MH370!?

#QZ8501, Hilang Secara Misteri Seperti MH370!?

Sama seperti MH370, pesawat AirAsia, QZ8501 juga hilang dari radar tanpa memberi sebarang isyarat kepada menara kawalan udara.

#QZ8501

Selepas beberapa jam penerbangan yang membawa seramai 162 penumpang itu hilang, pakar penerbangan mula melihat persamaan dengan kejadian MH370 yang masih gagal dikesan sehingga kini.

Pesawat AirAsia Indonesia daripada jenis AirBus 320-200 itu membawa 155 penumpang dan tujuh anak kapal ketika hilang dari radar pada Ahad.

"Tiada sebarang isyarat kecemasan dihantar," kata pegawai Kementerian Pengangkutan Indonesia, Joko Muryo Atmodjo.

Penumpang di dalam pesawat tersebut terdiri daripada 155 warga Indonesia, tiga Korea Selatan dan masing-masing satu dari Malaysia, Singapura dan juruterbang warga Perancis.

Seorang pakar penerbangan, Peter Stuart Smith berkata, aneh apabila QZ8501 tidak menghantar sebarang isyarat kecemasan kepada pusat kawalan udara.

"Walaupun kita menganggap pesawat itu musnah di udara atau juruterbang hilang kawalan, namun masih terdapat beberapa persoalan yang perlu dijawab.

"Jelas sekali bahawa tanggungjawab utama juruterbang apabila hendak berlepas ialah berkomunikasi dengan menara kawalan dan ia hanya perlu menekan satu butang untuk bercakap.

"Ia akan hanya mengambil masa beberapa saat untuk menghantar isyarat 7700 (kecemasan) pada kotak SSR dan ia akan menghantar isyarat kepada ATC jika terdapat sebarang masalah," katanya.

Berikutan kehilangan MH370 dan QZ8501, pakar mula hairan dan berfikir mengapa juruterbang yang berada dalam sebuah pesawat moden tidak menghantar sebarang isyarat sebelum hilang.

Bagaimanapun pakar penerbangan yakin bahawa pesawat itu akan ditemui secepat mungkin. -mStar

Sejarah Nahas Industri Penerbangan Indonesia

Sejak 20 tahun lalu, 532 orang telah pun terkorban dalam nahas pesawat di Indonesia manakala 116 orang lagi diisytiharkan meninggal dunia.

Tahun ini, lima kejadian insiden pesawat berlaku di Asia Tenggara termasuk kejadian melibatkan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 yang terhempas di Ukraine dan juga kehilangan pesawat MH370 yang hilang dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing.

Nahas Pesawat Boeing 737-800
April 2013

Nahas Pesawat Boeing 737-800

Pada bulan berkenaan, sebuah pesawat baru jenis Boeing 737-800 yang dikendalikan syarikat penerbangan Lion Air, terhempas di perairan Bali kerana gagal mendarat di atas landasan sebaliknya terhempas ke dalam laut.

Ketika kejadian, cuaca hujan.

Kesemua 108 orang penumpang terselamat, tetapi ia adalah insiden ketujuh membabitkan Lion Air sejak 2002.

Nahas Pesawat Buatan Russia Sukhoi Superjet-100
Mei 2012

Nahas Pesawat Buatan Russia Sukhoi Superjet-100

Pesawat malang itu terhempas di sebuah gunung berapi ketika dalam penerbangan ujian membunuh kesemua 45 penumpang di dalamnya.

Maklumat data pesawat dari perakam perbualan di kokpit menunjukkan juruterbang pesawat itu sedang berbual dengan bakal pembeli kapal terbang berkenaan sebelum ia terhempas di gunung di Jawa Barat.

Nahas Mandala Air, 149 Orang Terbunuh
September 2005

Nahas Mandala Air, 149 Orang Terbunuh

Penerbangan pesawat yang dikendalikan Mandala Airlines terhempas di atas kawasan kediaman hanya beberapa ketika selepas berlepas, membunuh 100 orang penumpang dan 49 orang yang berada di lokasi nahas.

Kini, pesawat AirAsia berkenaan masih hilang selepas terputus hubungan semalam.

Terdapat laporan ada serpihan pesawat ditemui di kawasan Pulau Belitung di Lau Jawa, kira-kira 100 batu daripada lokasi pesawat kali terakhit dikesan.

Pesawat itu hilang ketika dalam penerbangan dari Surabaya ke Singapura membawa bersama 155 orang penumpang dan tujuh anak kapal. -Mynewshub.cc

-SENTIASAPANAS.COM

Sunday, December 28, 2014

#StayStrongAirAsia #QZ8501

#StayStrongAirAsia #QZ8501

Penerbangan Malaysia (MAS) hari ini menyatakan sokongan mereka atas kehilangan pesawat QZ8501.

#StayStrongAirAsia

Di laman Facebooknya, MAS memuatkan gambar yang berlatar belakangkan warna kelabu yang bertulis “Stay Strong AirAsia”.

Selain itu, MAS juga turut memuatkan kata-kata: “Ingatan dan doa kami bersama sahabat handai dan sanak saudara mereka yang berada dalam QZ8501”.

#StayStrongAirAsia [2]

Pesawat AirAsia QZ8501 berlepas dari Surabaya pada jam 5.20 pagi dan sepatutnya mendarat di Singapura pada jam 8.30 pagi waktu tempatan dilaporkan terputus hubungan dengan menara kawalan Jakarta pada 7.24 pagi waktu tempatan. -Awani

Kronologi kehilangan pesawat AirAsia QZ8501

Kementerian Pengangkutan Indonesia mengeluarkan kenyataan mengenai kronologi kehilangan pesawat AirAsia QZ8501 dalam sidang akhbar di pejabat Pihak Berkuasa Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta di sini hari ini, lapor Kompas.com.

Pesawat dengan muatan 155 penumpang itu dipercayai jatuh di perairan Tanjung Pandang dan Pontianak.

Berikut kronologi kehilangan pesawat AirAsia QZ8501 seperti yang dinyatakan Pengarah Perhubungan Udara, Djoko Murjatmodjo:

–05.36: Pesawat berlepas dari Surabaya menuju Singapura dengan ketinggian 32,000 kaki. Pesawat dilaporkan mengikuti jalur biasa Surabaya- Singapura, M635.

–06.12: Pesawat berhubung kali terakhir dengan menara Kawalan Trafik Udara (ATC) Jakarta pukul 06.12. Dalam perhubungan itu, pilot meminta menghindar ke arah kiri dan meminta izin untuk naik ke ketinggian 38,000 kaki. Permintaan pilot disetujui oleh pihak ATC.

–06.16: Pesawat masih ada di layar radar

–06.17: Pesawat hanya tinggal signal dalam radar ATC

–06.18: Pesawat hilang dari radar. Yang ada, di radar tinggal data jadual terbang. Sepatutnya, di dalam radar ada data lain yakni realisasi terbang namun data itu hilang.

–07.08: Pesawat dinyatakan INCERFA, yakni tahap awal hilangnya komunikasi. Pihak Ketua Pengarah Perhubungan melakukan komunikasi ke Badan Mencari dan Menyelamat Nasional (Basarnas).

–07.28: Pesawat dinyatakan ALERFA, tahap berikut dalam menyatakan pesawat hilang kontak

–07.55: pesawat dinyatakan DETRESFA atau rasmi hilang. “Lokasi hilang komunikasi yakni antara Tanjung Pandang dan Pontianak agak ke selatan. Basarnas masih mencari posisinya itu,” kata Djoko.

Pesawat AirAsia ini membawa 155 orang penumpang yang terdiri daripada 138 orang dewasa, 16 kanak-kanak dan seorang bayi. Pesawat juga membawa dua orang juruterbang dan empat krew.

Juruterbang bertugas ialah Kapten Irianto dan pegawai penerbangan, Remi Emmanuel Plesel. –Kompas.com

155 Nama Penumpang QZ8501, 23 Orang Tidak Daftar Masuk

Senarai penumpang yang diperolehi daripada Kementerian Perhubungan Indonesia, terdapat 155 penumpang dalam penerbangan pesawat itu namun 23 penumpang yang lain membatalkan perjalanan mereka.

Senarai penumpang pesawat itu yang dikeluarkan pada pukul 9.39 pagi menunjukkan ada 155 orang penumpang mendaftar masuk untuk penerbangan itu dengan 68 orang wanita, 70 orang lelaki, 16 kanak-kanak dan seorang bayi.

Terdapat juga beberapa keluarga yang menaiki penerbangan itu bersama-sama.

Bagaimanapun, dari senarai itu dilaporkan ada 23 orang penumpang tidak mendaftar masuk, atau tidak hadir padahal mereka sudah membeli tiket, mereka ialah empat kanak-kanak, lapan wanita dan 11 orang lelaki.

Difahamkan ada tiga orang bayi tidak mendaftar masuk.

Pesawat jenis Airbus A320-200 berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Juanda pada pukul 5.35 pagi waktu Indonesia dan dijangka tiba di Singapura pada pukul 8.30 pagi. -Mynewshub.cc

-SENTIASAPANAS.COM