Dasar Privasi

Blog SentiasaPanas.com menghormati privasi individu berhubung dengan data peribadi dan amat komited untuk melindungi privasi pengguna dan berusaha sedaya upaya untuk menyediakan pengalaman pengguna yang selamat dan terjamin.

Dasar privasi ini dirumus selaras dengan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 ("Akta tersebut") yang menerangkan bagaimana maklumat anda dikumpul dan digunakan dan pilihan anda berhubung dengan Data Peribadi anda.

Amalan pengumpulan dan penyebaran maklumat kami bagi laman blog kami, SentiasaPanas.com, dibentangkan seperti berikut.

Maklumat yang dikumpul oleh SentiasaPanas.com

Pelayan blog kami tidak akan secara automatik mengenali maklumat khusus tentang pengguna individu di blog kami. Di samping itu, pelayan kami tidak akan secara automatik merekodkan maklumat tentang alamat e-mel pengguna kecuali pengguna memberikannya.

Kami mengumpul maklumat tentang pengguna semasa proses pendaftaran bagi bahagian-bahagian tertentu di blog kami; menerusi penyertaan mereka dalam aktiviti tertentu, termasuk peraduan, forum dan tinjauan pendapat; dan melalui penggunaan ‘cookies’.

Apabila anda meminta halaman daripada pelayan kami, pelayan kami secara automatik mengumpul maklumat tertentu tentang pilihan anda, termasuk alamat IP anda. Kami menggunakan maklumat ini untuk mendiagnosis masalah dengan pelayan kami dan untuk mentadbir laman kami.

Maklumat yang diberikan oleh pengguna yang dikumpul melalui proses pendaftaran, tinjauan, borang penyertaan peraduan, tinjauan pendapat atau alat serupa lain digunakan untuk mempertingkatkan kandungan blog kami, atau bagi tujuan pemasaran kami.

Maklumat ini tidak dikongsi dengan organisasi lain bagi tujuan perdagangan kecuali dinyatakan dengan khusus.

Tujuan Pengumpulan Data Peribadi

Data Peribadi yang diberikan oleh anda kepada kami secara sukarela di blog kami dan saluran berkaitan lain akan diproses bagi tujuan berikut ("Tujuan tersebut"):
  • untuk menyelesaikan transaksi dengan anda, mengurus dan menentusahkan keahlian anda terhadap skim kesetiaan pelanggan kami jika berkenaan;
  • untuk melakukan pemasaran secara langsung kepada anda;
  • untuk memahami dan menganalisis penjualan kami dan keperluan dan pilihan anda;
  • untuk membangunkan, mempertingkatkan, memasarkan dan menyediakan produk dan perkhidmatan untuk memenuhi keperluan anda;
  • untuk membolehkan anda menyertai promosi dan peraduan;
  • untuk memproses pertukaran atau pulangan produk;
  • untuk memperbaik perkhidmatan kami; dan,
  • untuk membalas permintaan atau aduan.

Meskipun butir-butir tepat tentang Data Peribadi yang dikumpul berubah-ubah menurut tujuan khas (misalnya peraduan, forum, tinjauan dll) sama ada di dalam talian atau sebaliknya, kami biasanya mengumpul Data Peribadi berikut daripada atau berhubung dengan anda:
  • Nama;
  • Alamat;
  • Nombor telefon;
  • Tarikh lahir;
  • Alamat e-mel;
  • Jantina;
  • Nombor kad pengendalan atau nombor pasport

Penggunaan dan Pendedahan

Kami mungkin mendedahkan Data Peribadi anda dalam kumpulan kami.

Kumpulan ini akan merahsiakan Data Peribadi anda, selaras dengan Dasar Privasi ini dan semua perundangan Perlindungan Data yang berkuat kuasa dan akan memproses Data Peribadi hanya bagi Tujuan tersebut dan menurut terma-terma yang dibentangkan di dalam ini.

Kami bertanggungjawab terhadap Data Peribadi di bawah kawalan kami, termasuk Data Peribadi yang didedahkan oleh kami kepada Vendor (sering kali dirujuk sebagai pemproses data).

"Vendor" dalam Dasar Privasi ini bermaksud, berhubung dengan Data Peribadi, mana-mana orang atau entiti yang memproses Data Peribadi bagi pihak kami.

"Pemprosesan", berhubung dengan Data Peribadi bermaksud misalnya mendapatkan, merekodkan, memegang atau menggunakan Data Peribadi semasa melaksanakan apa-apa operasi atau himpunan operasi terhadap Data Peribadi termasuk mengatur, menyusun, mendapatkan kembali mendedahkan Data Peribadi bagi Tujuan penentusahan.

Kami mengambil segala langkah untuk menyediakan tahap perlindungan yang standing bagi Data Peribadi sekiranya maklumat Diproses oleh Vendor.

Kami menggunakan dan mendedahkan maklumat diagregat yang tidak mengenal pasti individu secara peribadi yang dikumpul melalui blog ini sebagai sebahagian daripada proses organisasi kami demi mempertingkatkan blog ini dan/atau perniagaan kami secara berterusan.

Kesan Jika Data Peribadi Tidak Diberikan

Sila ambil maklum bahawa sekiranya Data Peribadi yang mencukupi tidak dibekalkan, atau tidak memuaskan bagi kami, maka permohonan atau permintaan anda kepada kami untuk sebarang tujuan di atas mungkin tidak diterima atau diambil tindakan atau permintaan anda untuk melihat sesetengah maklumat di blog ini mungkin ditolak atau kami tidak dapat menyediakan rangkaian perkhidmatan yang penuh melalui blog Ini.

Penyimpanan dan Pemegangan Data Peribadi

Data Peribadi anda akan disimpan sama ada dalam salinan cetak di pejabat kami atau disimpan di pelayan yang terletak di Malaysia dan dikendalikan oleh kami atau penyedia perkhidmatan kami.

Sebarang Data Peribadi yang diberikan oleh anda akan dipegang oleh organisasi kami selama mana yang perlu untuk memenuhi tujuan yang dinyatakan di atas atau selama mana yang diperlukan untuk memenuhi keperluan undang-undang kawal selia, perakaunan atau untuk melindungi kepentingan kami.

Kami tidak menawarkan sebarang kemudahan dalam talian untuk anda memadamkan Data Peribadi anda yang dipegang oleh kami.

Bagaimana E-mel dan pesanan 'Hubungi Kami' dikendalikan

Kami mungkin menyimpan kandungan sebarang e-mel atau pesanan "Hubungi Kami" atau pesanan elektronik lain yang kami terima.

Sebarang data peribadi yang terkandung dalam pesanan tersebut hanya akan digunakan atau didedahkan menurut cara yang dibentangkan dalam Dasar Privasi ini.

Kandungan pesanan mungkin dipantau oleh penyedia perkhidmatan atau pekerja kami bagi tujuan termasuk kepatuhan, pengauditan dan penyenggaraan atau jika kami mengesyaki penyalahgunaan e-mel.

Data Komunikasi atau Penggunaan

Apabila anda menggunakan perkhidmatan telekomunikasi untuk mengakses blog ini, data komunikasi (contohnya alamat protokol Internet) atau data penggunaan (contohnya maklumat tentang bermulanya, tamatnya dan tahap setiap akses dan maklumat tentang perkhidmatan telekomunikasi yang diakses oleh anda) akan dijana secara teknikal dan mungkin berkait dengan Data Peribadi.

Setakat mana terdapat keperluan yang mendesak, pengumpulan, pemprosesan dan penggunaan data komunikasi atau penggunaan anda akan berlaku dan akan dilaksanakan selaras dengan rangka kerja undang-undang perlindungan privasi data yang berkuat kuasa.

Pengumpulan Data Bukan Peribadi Secara Automatik

Apabila anda mengakses blog ini, kami mungkin secara automatik (iaitu bukan melalui pendaftaran) mengumpul data bukan peribadi (contohnya jenis pelayar Internet dan sistem pengendalian yang digunakan, nama domain laman web yang dilayari oleh anda sebelum itu, bilangan lawatan, purata masa yang dihabiskan di laman, halaman yang dilihat).

Kami mungkin menggunakan data ini dan berkongsinya dengan ahli-ahli Kumpulan yang lain untuk memantau daya tarikan blog ini dan mempertingkatkan prestasi atau kandungannya.

'Cookies'

Apabila anda melawat blog ini, kami mungkin menyimpan sedikit data di komputer anda dalam bentuk "cookie" untuk mengenali komputer peribadi anda secara automatik pada lawatan anda yang seterusnya.

‘Cookies’ dapat membantu kami dalam pelbagai cara, contohnya membolehkan kami menyesuaikan laman web agar lebih bertepatan dengan minat anda atau untuk menyimpan kata laluan anda supaya anda tidak perlu memasukkannya semula setiap kali.

Jika anda tidak mahu menerima ‘cookies’, sila lakukan konfigurasi terhadap pelayar Internet anda untuk memadamkan semua ‘cookies’ daripada pemacu keras komputer anda, untuk menyekat semua ‘cookies’ atau untuk menerima amaran sebelum ‘cookie’ disimpan.

Forum Awam

Laman ini menyediakan perkongsian maklumat, maklum balas, forum, dan/atau papan pesanan kepada penggunanya.

Sila ingat bahawa sebarang maklumat yang didedahkan di ruang ini menjadi maklumat awam dan anda harus berhati-hati semasa membuat keputusan untuk mendedahkan Data Peribadi anda.

Kami meminta agar pengguna saling berbudi bahasa dan menghormati antara satu sama lain.

Kerahsiaan

Data Peribadi yang dipegang oleh kami akan disimpan dengan sulit menurut Dasar Privasi ini selaras dengan sebarang undang-undang yang berkenaan yang mungkin berkuat kuasa dari semasa ke semasa.

Sebarang soalan, komen, cadangan atau maklumat melainkan Data Peribadi yang dihantar atau dimasukkan ke dalam blog ini, atau mana-mana bahagian blog oleh pelawat akan dianggap diberikan secara sukarela kepada kami atas dasar bukan sulit dan bukan keempunyaan.

Kami juga berhak untuk dengan bebas menggunakan, menghasilkan semula, mendedahkan, menghantar, menerbitkan, menyiarkan dan/atau memasukkan ke tempat lain sebarang maklumat seperti yang dibentangkan dalam perkara di atas.

Keselamatan

Blog ini mempunyai langkah keselamatan untuk melindungi terhadap berlakunya kehilangan, penyalahgunaan dan pindaan maklumat di bawah kawalan kami.

Apabila pengguna diminta menyediakan maklumat kad kredit, nombor akaun bank beliau, kami menyediakan persekitaran yang selamat menerusi sistem rakan niaga kami (menggunakan protokol standard bagi industri) bagi tujuan ini.

Malangnya, untuk internet, penghantaran data melalui internet tidak dapat dijamin sebagai benar-benar selamat.

Jadi, meskipun kami berusaha sedaya upaya untuk melindungi Data Peribadi tersebut, kami tidak boleh memastikan atau menjamin keselamatan sebarang Data Peribadi yang dihantar kepada kami dan individu berbuat demikian atas risiko mereka sendiri.

Sebaik sahaja sebarang Data Peribadi menjadi milikan kami, kami akan mengambil langkah munasabah untuk melindungi maklumat tersebut daripada penyalahgunaan dan kehilangan dan daripada akses, modifikasi atau pendedahan yang tidak dibenarkan.

Nama pengguna dan kata laluan mungkin diperlukan untuk anda menggunakan bahagian-bahagian tertentu dalam blog ini.

Untuk perlindungan anda sendiri, kami menghendaki anda merahsiakan nama pengguna dan kata laluan ini dan mengubah kata laluan anda secara tetap (jika diperlukan).

Pautan

Blog ini mengandungi pautan ke laman lain. SentiasaPanas.com tidak bertanggungjawab atas amalan privasi atau kandungan laman tersebut.

SentiasaPanas.com juga mempunyai jalinan perhubungan dengan rakan niaga yang lain tetapi perhubungan tersebut secara amnya bersifat teknikal, atau kerjasama kandungan.

Jika mana-mana rakan niaga mempunyai akses kepada sebarang maklumat yang dimasukkan oleh pengguna dalam pangkalan data ini, fakta ini akan didedahkan kepada pengguna pada permulaan proses pendaftaran.

Pengguna yang tidak mahu maklumat mereka dikongsi oleh sesiapa melainkan SentiasaPanas.com kemudian boleh memilih untuk tidak melengkapkan pendaftaran.

Hak Akses kepada Data Peribadi

Di bawah Akta, anda mempunyai hak akses kepada Data Peribadi anda yang disimpan oleh kami setelah anda membayar fi yang ditetapkan dan untuk meminta pembetulan Data Peribadi yang tidak tepat, tidak lengkap, mengelirukan atau tidak dikemaskini.

Jika anda mempunyai sebarang soalan tentang Dasar Privasi ini atau jika anda ingin memohon akses kepada Data Peribadi anda atau jika anda ingin membetulkan Data Peribadi anda atau jika anda ingin menarik balik kebenaran anda kepada kami bagi pemprosesan Data Peribadi anda bagi tujuan yang dibentangkan dalam di atas atau bagi pemindahan Data Peribadi anda kepada pihak-pihak yang dinyatakan dalam di atas, anda boleh menghantar permintaan anda secara bertulis melalui pautan "Hubungi Kami".

Kami berhak untuk meminda Dasar Privasi ini dari masa ke semasa tanpa notis terdahulu. Kami menasihatkan agar anda menyemak Dasar Privasi ini dengan tetap.

Admin
SentiasaPanas.com

Add Comments
Add Comments