Friday, January 10, 2025

5 Roller Coaster Paling Tinggi Di Dunia


Ketinggian roller coaster menjadi penanda aras kepada kecanggihan bidang kejuruteraan. Jurutera perlu mengukur tahap ketinggian bersesuaian bagi menghasilkan efek junam yang laju dan mengujakan.

Kini, pelbagai pihak berlumba-lumba menghasilkan roller coaster yang mampu memecahkan rekod dunia sedia ada.

Berikut adalah lima roller coaster dengan ketinggian luar biasa setakat ini.

1. Fury 325 (99 meter)

Fury 325 roller coaster

Fury 325 dilancarkan pada tahun 2015 dan dikenali sebagai 'Giga-Coaster' kerana jatuh menjunam pada 81 darjah.

Roller coaster tersebut terletak di taman hiburan Carowinds di sempadan Carolina Utara dan Selatan, AS.

Dengan kelajuan tertinggi 153 km/j, Fury 325 menyampaikan masa perjalanan kira-kira 3 minit dan 25 saat.

2. Red Force (112 meter)

Red Force roller coaster

Terletak di Ferrari Land di PortAventura World, Sepanyol, Red Force yang dibuka pada 2017 menggunakan sistem pelancaran magnetik.

Dibangunkan untuk memberi rasa kelajuan kereta Formula 1, tempoh keseluruhan perjalanan Red Force mengambil masa kira-kira 30 saat.

Oleh kerana kelajuannya yang melampau, Red Force mempunyai sekatan ketinggian untuk penunggangnya iaitu antara 140 sentimeter (sm) dengan 195sm.

3. Superman: Escape From Krypton (126 meter)

Superman: Escape From Krypton

Superman: Escape From Krypton merupakan roller coaster ulang-alik keluli ikonik yang terletak di Six Flags Magic Mountain di Valencia, California, AS.

Dibuka pada 1997, ia merupakan roller coaster pertama yang menampilkan pelancaran menegak dan mendorong pengunjung ke belakang pada kelajuan sehingga 160 km/j.

Pada ketinggian 126 meter, ia turun menjunam dengan kelajuan ke hadapan dalam tempoh 28 saat.

4. Top Thrill 2 (128 meter)

Top Thrill 2 roller coaster

Dahulu dikenali sebagai Top Thrill Dragster dan terkenal dengan perjalanan roller coaster sangat singkat iaitu 17 saat sahaja.

Roller coaster di Cedar Point, Sandusky, Ohio, AS itu menjalani penambahbaikkan dan dibuka semula pada musim panas 2024.

Tarikan yang memperlihatkan lampu isyarat bertukar warna sebelum bergerak itu kini berdurasi dua minit.

5. Kingda Ka (139 meter)

Kingda Ka roller coaster

Kingda Ka merupakan salah satu tarikan di taman hiburan Six Flags Great Adventure, Jackson, New Jersey, Amerika Syarikat (AS).

Sejak dibuka pada tahun 2005, Kingda Ka memegang status roller coaster terpantas dengan 206 kilometer per jam (km/j) dan tertinggi di dunia. Tarikan tersebut memberikan cabaran adrenalin kepada penunggang.

Semoga memberi manfaat.

-Sentiasapanas.com

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon