Terdapat sebuah kota di benua Amerika yang popular dikalangan penjelajah Eropah, pencari harta karun dan sejarahwan. Nama kota itu adalah El Dorado, yang terkenal dengan gelaran 'Kota Emas yang Hilang'.
Gambar hiasan.
Asal-usul kisah El Dorado ini bermula sebagai kisah legenda milik puak Muisca yang menetap di Cundinamarca dan BoyacĂĄ, Colombia pada 1270 SM dan sekitar 800-500 SM.
Penulis bernama Juan Rodriguez Freyle pernah menulis salah satu ritual puak ini dalam bukunya bertajuk El Carnero. Ritual yang dicatat itu adalah ritual pertabalan raja yang melibatkan serbuk emas dan harta-harta bernilai.
Apabila seseorang dilantik sebagai raja, beberapa ritual perlu dilaksanakan sebelum menggalas tanggungjawabnya. Ritual tersebut bermula dengan membawa raja baru itu ke Tasik Guatavita, kemudian dia dibogelkan dan badannya disapu dengan serbuk emas.
Seterusnya, raja baru itu menaiki rakit yang berhias cantik, bersama para peneman, timbunan emas dan batu permata yang bernilai.
Rakit itu kemudian digerakkan ke tengah tasik dan raja baru menyiram badannya dengan serbuk emas. Para peneman pula membuang timbunan emas dan batu bernilai ke dalam tasik. Ritual tersebut dilakukan untuk memberikan korban kepada dewa puak Muisca ini.
Ritual itu dinamakan sebagai The Gilded One, kemudian beransur-ansur bertukar nama kepada El Dorado.
Maka, El Dorado yang pada asalnya bukanlah sebuah Kota Emas, tetapi sebuah kawasan di mana puak Muisca melakukan ritual pertabalan raja yang penuh dengan timbunan emas dalam tasik.
Pada tahun 1545, Konkuistador Sepanyol bernama LĂĄzaro Fonte dan HernĂĄn Perez de Quesada cuba mengeringkan Tasik Guatavita.
Mereka menemui cebisan emas di tepi tasik ketika cuba mengeringkan tasik itu, membuatkan kedua-dua Konkuistador ini berkobar-kobar untuk menemui harta karun di dasar tasik.
Selepas tiga bulan, mereka mengalah kerana proses pengeringan terlalu lama untuk tiba ke dasar tasik.
Pada tahun 1580, seorang ahli perniagaan bernama Antonio de SepĂșlveda menyambung usaha pengeringan Tasik Guatavita, namun gagal.
Kemudian, pencari harta karun meneruskan pencarian dan mereka mengandaikan bahawa timbunan emas di dasar tasik itu berjumlah lebih $300 juta USD.
Akhirnya, pencarian timbunan emas berakhir apabila kerajaan Colombia mewartakan Tasik Guatavita sebagai kawasan terlindung pada tahun 1965.
Namun begitu, pencari harta karun masih meneruskan pencarian El Dorado, walaupun tidak lagi fokus kepada tasik itu kerana mereka percaya, kota-kota kuno berdekatan tasik mempunyai timbunan emas yang lebih banyak dari timbunan emas dalam dasar laut.
Maka, di sinilah lahirnya legenda El Dorado yang menjadi bualan masyarakat, kota emas yang masih dianggap wujud dan hanya menunggu masa untuk ditemui.
Semoga memberi manfaat.
BACA INI JUGA:
- Kebijaksanaan Archimedes Tiada Tolok Bandingnya!
- Misteri Harta Karun Montezuma Dan Kekejaman Penjajah Sepanyol
-Sentiasapanas.com