Sambutan Hari Strok Sedunia, diraikan pada 29 Oktober setiap tahun dengan tujuan menekankan kesan buruk kepada penghidap penyakit Strok, sekali gus dapat meningkatkan kesedaran dan pengetahuan orang ramai mengenai penyakit tersebut.
Hari Strok Sedunia juga dapat memperingati tentang kecekalan dan perjuangan seseorang pesakit Strok, penjaga dan keluarganya.
Dianggarkan bahawa di seluruh dunia, satu juta serangan Strok setiap setahun dikaitkan dengan kekurangan aktiviti fizikal.
Dengan mendapatkan jumlah senaman yang disyorkan setiap minggu, anda akan mengurangkan risiko mengalami Strok.
Angin Ahmar
Strok atau Angin Ahmar, berlaku apabila aliran darah ke otak tersekat yang disebabkan oleh urat atau arteri tersumbat atau berlakunya pendarahan di dalam otak.
Tisu otak akan kekurangan oksigen, di mana ia berlaku secara tiba-tiba dan boleh menyebabkan tubuh menjadi lemah atau kekurangan kesedaran anggota badan atau muka, kurang keseimbangan dan kesukaran bertutur yang boleh menyebabkan maut.
Jenis-jenis Strok
Terdapat dua jenis Strok iaitu:
Antara faktor risiko Strok ialah:
Antara tanda-tanda Strok iaitu:
Pada masa ini, penyakit Strok adalah antara punca kematian tertinggi dan penyebab utama kekurangan upaya di seluruh dunia.
Semoga memberi manfaat.
BACA INI JUGA:
sumber: PB

- Strok Darah Beku Iskemia, yang mana saluran darah tersumbat dari bahagian dalam, menyebabkan pengurangan aliran darah secara mendadak.
- Strok Pendarahan, iaitu saluran darah yang telah pecah dan menyebabkan kebocoran darah di dalam otak.
Antara faktor risiko Strok ialah:
- Tekanan darah tinggi.
- Diabetes.
- Kolesterol tinggi.
- Obesiti.
- Jenis-jenis perubatan tertentu.
- Penyakit Jantung.
- Kurang bersenam.
- Stres.
- Pengambilan minuman beralkohol berlebihan.
Antara tanda-tanda Strok iaitu:
- Ada kesulitan melihat.
- Perubahan penglihatan.
- Wajah menjadi senget atau rasa kebas sebelah muka.
- Tangan kebas atau lemah.
- Amat sukar bercakap.
Pada masa ini, penyakit Strok adalah antara punca kematian tertinggi dan penyebab utama kekurangan upaya di seluruh dunia.
Semoga memberi manfaat.
BACA INI JUGA:
sumber: PB