Tuesday, June 23, 2020

12 Pekerja Pos Masuk Hospital Terhidu Buah Durian Di Jerman!


Dua belas orang pekerja pos di Jerman terpaksa mendapatkan rawatan di sebuah hospital dan berpuluh-puluh lagi dibawa keluar dari pejabat pos di bandar Bavarian, Schweinfurt, angkara bau pelik.

Durian sent six people to Hospital in Germany
Durian.

Bagaimanapun, ia tiada kaitan dengan sebarang kejadian ganas atau kecemasan, sebaliknya berpunca daripada bau durian dari sebuah bungkusan yang berada di premis berkenaan.

Polis, bomba dan anggota perkhidmatan kecemasan kemudian dipanggil ke pejabat pos terbabit dalam kejadian tersebut.

Kekecohan berlaku apabila salah seorang pekerja pos berasa curiga kerana terhidu bau yang amat asing buatnya.

"Oleh kerana kandungan bungkusan itu tidak diketahui dan tidak jelas, ia dianggap sebagai barang berisiko tinggi," kata kenyataan polis Schweinfurt seperti dipetik portal berita antarabangsa CNN.

Pihak berkuasa kemudian mengarahkan bangunan tersebut dikosongkan. Seramai 60 pekerja juga dipindahkan sebelum bungkusan tersebut diperiksa dengan lebih teliti.

Setelah siasatan dibuat, ternyata bungkusan tersebut mengandungi empat buah durian dari Thailand, milik seorang penduduk Schweinfurt - berusia 50 tahun - yang mahu mengirim 'raja buah' itu kepada rakannya di Nuremberg.

Menurut pihak polis lagi, 12 pekerja yang mendapatkan rawatan di hospital itu mengadu loya. Enam yang lain pula dibawa ke hospital tersebut sebagai langkah berjaga-jaga.

Untuk rekod, sebelum ini program realiti Fear Factor pernah menampilkan durian sebagai salah satu makanan yang mesti ditelan oleh peserta.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: malaysiakini

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon