Sunday, May 24, 2020

15 Penduduk Kampung Di Indonesia Dijangkiti COVID-19 Selepas Buka Keranda Mayat!


Seramai 15 orang penduduk di Kampung Jati Mukim Waru, Sidoarjo di Indonesia disahkan dijangkiti pandemik koronavirus selepas membuka keranda mayat pesakit COVID-19 untuk dimandikan tanpa kebenaran pihak berkuasa.

Sidoarjo Covid-19

Menurut laporan Detik News, Gabenor Jawa Timur, Khofifah Indar Parawansa melahirkan rasa kecewa terhadap kejadian yang berlaku itu.

"Kejadian ini mengakibatkan beberapa penduduk di sebuah mukim di Waru mati akibat COVID-19.

"Ini kerana keluarganya membuka keranda, bahkan memandikan mayat sehingga ada yang dijangkiti," kata Khofifah.

Khofifah berharap kejadian bodoh seperti itu tidak berulang kerana proses pengebumian mayat pesakit positif COVID-19 sangat ketat.

"Mudah-mudahan tidak akan ada upacara seperti itu lagi," katanya.

Sementara itu Pemangku Bupati Sidoarjo, Nur Ahmad Syaifuddin mengatakan dia agak lewat menerima maklumat tersebut dan mengakui sememangnya berlaku kecuaian.

"Orang yang sepatutnya mengebumikan pesakit positif COVID-19 adalah pekerja kesihatan yang memakai pakaian khas.

"Keranda tidak boleh dibuka dan pengebumian tidak boleh lebih dari empat jam," jelasnya.

Ujarnya, selepas kejadian itu, pasukan petugas perubatan telah melakukan ujian pantas dan ujian swab kepada penduduk di sini.

"Akibatnya,15 orang disahkan positif COVID-19 dan mukim ini menjalani kuarantin yang sangat ketat," katanya.

Sehingga setakat ini, jumlah kes positif COVID-19 di Indonesia terus meningkat kepada 21,745 kes dengan jumlah kematian seramai 1,351 orang.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: astroawani

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon