Tuesday, May 26, 2020

4 Krisis Dunia Ini Di Jangka Menjadi Lebih Teruk Akibat Covid-19


Kesan penularan pandemik COVID-19 kepada kehidupan manusia sukar dijangka kerana selain menyebabkan kematian dan kerugian besar kepada ekonomi, ia juga menyebabkan krisis berkaitan kemanusiaan yang selama ini sudah wujud di dunia menjadi bertambah buruk.

Krisis dunia

Berikut adalah 4 krisis yang dikhuatiri menjadi semakin rumit, susulan impak ancaman Covid-19 yang dihadapi sekarang ini.

1. Krisis Kebuluran

Pertubuhan Makanan dan Pertanian Sedunia (FAO) memberi amaran supaya setiap negara memberi penekanan terhadap usaha memastikan rantaian bekalan makanan tidak terjejas.

Kebimbangan itu berdasarkan kepada penguncupan eknonomi dunia sebanyak 3 peratus pada tahun 2020.

Sementara Laporan Global Mengenai Krisis Makanan 2020 pula menyatakan negara yang mempunyai masalah bekalan makanan akan berdepan dengan pilihan sukar, sama ada mahu menyelamatkan nyawa rakyat daripada COVID-19 atau menyelamatkan nyawa rakyat daripada kebuluran.

2. Pengangguran

Dengan penguncupan ekonomi pada kadar 3 peratus, Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) mengunjurkan kadar pengangguran global boleh mencecah sehingga 10.4 peratus tahun ini, berbanding hanya 3.7 peratus tahun lalu.

Pertubuhan Buruh Dunia (ILO) memberi peringatan, pekerja sektor ekonomi akan menerima akibat yang paling parah akibat krisis ini kerana dianggarkan seramai 2 bilion orang bekerja dalam sektor ekonomi tidak formal di seluruh dunia.

3. Program Vaksinasi

Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) pada hujung Mac lalu mengeluarkan syor untuk menangguhkan semua langkah vaksinasi besar-besaran.

London School of Hygiene and Tropical Medicine umpamanya melaporkan, beberapa negara Afrika sudah pun melaporkan peningkatan dalam kes denggi, campak dan malaria kerana program vaksinasi bagi melawan penyakit berkenaan digantikan dengan usaha menentang COVID-19.

4. Kelahiran Tidak Dirancang

47 juta wanita di seluruh dunia mungkin akan hilang akses kepada alat pencegahan kehamilan jika lockdown diteruskan di seluruh dunia.

Ini boleh menyebabkan 7 juta kehamilan tidak dirancang dalam tempoh beberapa bulan akan datang.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: astroawani

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon