Tuesday, May 26, 2020

Kod Terkenal Dalam Filem Matrix Rupa-rupanya Adalah Resepi Sushi


Pada minit-minit awal babak filem The Matrix (1999) lakonan Keanu Reeves, anda akan melihat barisan kod berwarna hijau seperti sebuah kod komputer yang amat sukar difahami yang muncul secara perlahan-lahan dan akhirnya memenuhi skrin.

The Matrix Sushi Code

Dua bersaudara Wachowski telah menjadikan kod komputer bewarna hijau itu sebagai opening scene dan dianggap sebagai simbol ikonik bagi filem The Matrix.

Namun, kod berwarna hijau itu jika diteliti dengan betul, anda akan menemui tiga jenis karakter Jepun di dalamnya iaitu hiragana, katakana dan kanji.

Dan bagi mereka yang menyangka itu adalah barisan kod komputer dengan maksud yang tersembunyi, anda sebenarnya telah tertipu.

Individu yang bertanggungjawab ke atas visual ikonik tersebut adalah Simon Whiteley, designer untuk filem The Matrix.

Dalam satu temuramah dengan CNet, Whiteley berkongsi rahsia; kod misteri dalam filem The Matrix sebenarnya adalah resepi sushi milik isterinya.

"Saya mahu semua orang tahu bahawa kod-kod hijau dalam The Matrix sebenarnya cumalah resepi sushi dalam bahasa Jepun," kata Whiteley, yang turut bekerjasama di dalam filem Babe (1995) dan The Lego Movie (2014).

"Tanpa kod-kod tersebut, The Matrix mungkin tidak pernah ada."

Maksudnya, kod rahsia di pembukaan filem The Matrix yang selama ini disangka mempunyai makna tersembunyi sebenarnya hanyalah halaman dari buku resepi sushi.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: thevocket

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon