Untuk pengetahuan anda, ada satu lautan yang terletak di Teluk Alaska sebenarnya sudah bertahun lamanya diviralkan kerana tidak bercampur yang terletak di Selat Gibraltar, selat yang memisahkan benua Afrika dan Eropah, tepatnya antara negera Moroko dan Sepanyol.
Nama Gibraltar berasal dari bahasa Arab, iaitu Jabal Thariq yang bererti Gunung Thariq dan nama ini merujuk kepada Jeneral Islam yang tersohor, Thariq Bin Ziyad, yang menakluk Sepanyol pada tahun 711 M.
Terdapat juga ramai pakar yang telah memberikan penjelasan lanjut sebelum ini mengapa dan bagaimana fenomena seperti itu boleh berlaku.
Olakan air ini yang berasal dari sungai Copper sepanjang 286 batu di tanah Alaska sememangnya kaya dengan mendapan glasier, benda asing seperti partikel lempung berat (heavy clay) dan besi (iron).
Pada tahun 2007, sekumpulan ahli oseanografi telah membuat kajian berkenaan mendapan glasier (glacial sediment) yang dibawa oleh arus perlahan dari persisiran pantai Alaska ke tengah-tengah lautan.
Menurut salah seorang profesor dari University of California-Santa Cruz yang menyertai pelayaran itu, Ken Bruland, apabila olakan kecil ini mengalir perlahan-lahan memasuki lautan yang lebih besar, ia akan bergabung dengan ombak dan arus yang lebih deras dan pertembungan inilah yang menghasilkan pusaran dan buih-buih halus.
Menurut Ken Bruland lagi, "sempadan" lautan ini juga sentiasa berubah-ubah lokasi, bergantung kepada tahap kandungan mendapan dan arus ombak yang dibawa angin.
Maka, adalah tidak benar apabila ada pihak yang mengatakan kedua-dua lautan ini tidak akan bergabung sama sekali.
Ia akhirnya akan bergabung, cuma proses yang berlangsung adalah secara perlahan tetapi berterusan.
Apa yang dilihat oleh mata kasar itu hanyalah pertembungan kedua-dua arus yang terjadi pada ketika itu sahaja.
Telah dijelaskan dalam Al-Qur'an
"Dia membiarkan dua lautan mengalir yang keduanya kemudian bertemu. Antara keduanya ada batas yang tidak dilampaui masing-masing. Maka nikmat Tuhan kamu manakah yang kamu dustakan?" (Q.S. Ar-Rahman:19-21)
"Dan Dialah yang membiarkan 2 laut yang mengalir (berdampingan); yang ini tawar lagi segar dan yang lain masin lagi pahit; dan Dia jadikan antara keduanya dinding dan batas yang menghalangi." (QS. 25:53)
Jadi, sekiranya ada rakan yang menceritakan kepada anda tentang keajaiban lautan yang tidak bercampur ini, bolehlah anda pula bantu mereka dengan membongkarkan rahsia dan penjelasan saintifik di sebaliknya.
Nota:
Semoga memberi manfaat.
BACA INI JUGA:
sumber: iluminasi

- Pycnocline adalah zon/lapisan dalam lautan di mana kepadatan air meningkat dengan cepat mengikut kedalaman laut akibat perubahan suhu dan tahap kemasinannya.
- Pynocline cenderung bersama dengan thermocline serta halocline dan ia memisahkan zon air permukaan lautan daripada air di dasar laut dalam.
- Thermocline adalah zon perubahan suhu yang berlaku dengan cepat di antara air di permukaan laut yang panas dan air yang lebih sejuk mengikut kedalaman lautan.
- Halocline adalah zon menegak air lautan di mana perubahan tahap kemasinan berlaku dengan cepat, dan ianya berada di bawah lapisan permukaan air yang tahap kemasinannya lebih merata campurannya.
Semoga memberi manfaat.
BACA INI JUGA:
sumber: iluminasi