Thursday, October 17, 2019

Tabung '10 For Smiles' Bantu Rakyat Palestin Dan Syria


Aman Palestin menerusi kempen '10 For Smiles' yang sedang dijalankan ketika ini, bertujuan mengumpul RM15 Juta bagi membantu membangunkan semula Palestin dan warganya yang menjadi pelarian serta sengsara di tanah air sendiri angkara kekejaman pengganas zionis Israel.

Save Palestine

Kempen yang dilancarkan sehingga Disember tahun 2019 ini, mengajak semua lapisan masyarakat di Malaysia, untuk menghulurkan sumbangan masing-masing sekurang-kurangnya RM10.

Aman Palestin menerusi pejabat cawangannya di luar negara turut menggerakkan sumbangan dari negara ASEAN seperti Indonesia, Singapura, Brunei dan Thailand.

Kempen berkenaan juga tidak terhad kepada sumbangan dalam bentuk wang ringgit, malah apa saja yang mampu memenuhi keperluan masyarakat di negara berkenaan.

Aman Palestin berusaha membantu dalam setiap sudut bertujuan membangunkan semula Palestin sehingga warganya mampu meneruskan kehidupan seharian, walaupun mungkin tidak sebaik yang diharapkan.

Sebagai negara yang paling aktif membantu Palestin, sumbangan masyarakat Malaysia terhadap '10 For Smiles' juga diharap dapat membantu pelarian Syria yang melarikan diri daripada peperangan dan mendiami kem pelarian sekitar sempadan Jordan dan Lubnan.

Bantuan yang diharapkan termasuklah untuk tujuan pembelian pek makanan dan kelengkapan musim sejuk yang bakal dihadapi pelarian.

Aman Palestin memberikan keutamaan bantuan musim sejuk kepada pelarian Syria kerana sinonimnya mereka menanti kematian disebabkan cuaca sejuk ekstrem, selain musim hujan yang boleh menyebabkan kebanyakan khemah didiami akan ranap dilanda banjir.

Pegawai Media Aman Palestin dari Gaza, Hamza Deirawi, yang berada di Malaysia untuk berkongsi pengalaman kesengsaraan hidup rakyat Palestin yang ditindas rejim zionis, mengharapkan sokongan berterusan rakyat Malaysia dalam membangkitkan kesedaran seluruh masyarakat dunia terhadap kekejaman yang dilalui penduduk Palestin di Tebing Barat dan Gaza.

Perkongsian di media sosial, disifatkan ikon media dari Palestin itu sebagai medium paling berkesan menyampaikan kekejaman yang dilakukan tentera Zionis Israel terhadap rakyat Palestin tanpa mengira peringkat usia.

Nyawa rakyat Palestin seumpama tidak bernilai bagi tentera Zionis kerana ada saja kesengsaraan yang perlu dilalui setiap hari tidak kira wanita hingga bayi dan kanak-kanak.

Kehidupan rakyat tidak pernah tenteram kerana setiap hari akan diganggu tentera Israel yang memecah masuk rumah dan mengacukan senjata kepada wanita serta kanak-kanak yang sedang tidur.

Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai sumbangan yang diperlukan pelarian Palestin dan Syria boleh menghubungi ibu pejabat Aman Palestin 03-8926 7019 atau melayari sesawang www.amanpalestin.net atau boleh menyumbang terus menerusi link https://www.billplz.com/10forsmiles.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: bharian

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon