Pak Kassim kini sudah berusia 85 tahun tetapi ingatannya masih tajam. Beliau boleh mengingati peristiwa ngeri pergaduhannya dengan penunggu Tasik Leban (bukan nama sebenar) ketika memancing dalam kawasan tasik berkenaan bersama tiga lagi rakan karibnya.
Ketika berusia 40 tahun, beliau adalah kaki pancing paling berani hingga digelar sebagai Tok Guru Pancing di kalangan kawan-kawan sekampung.
Tasik Leban terletak dalam hutan tebal dan jarang dikunjungi oleh kaki pancing kerana tasik itu dikatakan ada penunggu yang ganas serta menakutkan, namun di dalam tasik berkenaan diakui memang ada banyak ikan.
Pak Kassim (bukan nama sebenar) mendedahkan satu cerita ketika ditemui penulis di rumah anak lelakinya di Sungai Buluh, Selangor.
Katanya, suatu hari beliau bersama tiga rakan pancing sudah bertekad untuk pergi memancing di tasik berkenaan.
Pak Kassim membawa beberapa batang buluh yang sudah ditajamkan kira-kira satu jengkal atau buluh runcing, khemah dan barang-barang makan.
Parang panjang satu hasta adalah teman paling setia yang tidak pernah berpisah daripadanya.
“Kami memang berani ketika itu. Rasa takut memang tidak ada,” cerita Pak Kassim lagi sambil terus menggulung rokok daun nipahnya.
Beliau berkata, dengan menunggang dua motosikal lama, mereka tiba di tasik berkenaan pada jam 3 petang.
Pak Kassim seperti biasa memberi salam dan mengarahkan rakannya supaya berehat sementara beliau menunaikan solat sunat, tetapi sejadah yang dibentang tiba-tiba terbang lalu tersangkut pada dahan kayu yang agak tinggi.
Pak Kassim meneruskan solat walaupun kopiah di kepalanya turut terbang dibawa angin yang begitu kencang. Rakan lain membaca ayat-ayat al-Quran.
Selesai solat, Pak Kassim berdoa bermohon kepada Allah untuk menguatkan semangatnya dan berlindung atas kekuasaan-Nya.
Pak Kassim melaungkan azan dengan kuat sambil mencabut parang lalu menikam ke bumi.
“Aku datang untuk mencari rezeki cara baik tapi kamu ganggu aku. Kamu ganggu aku sembahyang,” suara Pak Kassim garang mencabar.
Serta-merta suara ketawa garang bergegar di kawasan tasik serta angin kencang bertiup. Tetapi Pak Kassim dan rakan yang lain sentiasa membaca ayat Kursi.
Mata parang yang terpacak di bumi tercabut lalu terbang menikam batang pokok ara yang rendang di tepi tasik.
Jerit kesakitan terdengar tetapi kemudian ketawa lebih garang dan perbuatan membaling batu kayu berterusan dalam kawasan Pak Kassim dan rakannya yang terus membaca ayat Kursi. Pokok besar tumbang tetapi tidak mengenai mereka.
Pak Kassim cuba ditarik keluar dari kawasan tempat beliau melakukan solat oleh makhluk berkenaan tetapi tidak berjaya malah, suara Pak Kassim bertambah kuat dan yakin ketika membaca ayat Kursi.
Suara penunggu tasik sudah mula tidak menentu tetapi masih mengugut Pak Kassim dan rakannya yang lain.
Makhluk itu lantas menunjukkan wajahnya yang menakutkan tetapi Pak Kassim merenungnya dengan tepat.
Beliau tidak merasa takut malah bertambah kuat dengan membaca ayat Kursi dan yakin penunggu tasik akan tewas dengan kekuatan ayat suci al-Quran itu yang terus dibaca.
Terbukti, pada ayat akhir surah berkenaan dibaca lebih tujuh kali, penunggu tasik menjerit kesakitan dan merasa panas yang amat sangat lalu terbakar.
Dalam masa yang sama, Pak Kassim dikejutkan oleh rakan Pancing bahawa joran pancingnya sudah mengena ikan besar.
Pak Kassim terkejut dan memandang sekeliling dan bertanya di mana penunggu tasik.
“Tok guru tertidur lepas sembahyang tadi,” jawab seorang rakan sambil menggeleng-geleng kepala dan disambut ketawa oleh rakan yang lain.
Pak Kassim senyum dan kemudian ketawa sama sambil mendaratkan ikan patin seberat 5 kilogram.
“Saya mimpi rupanya tetapi nyata kekuatan ayat Kursi dapat melawan kuasa hantu syaitan,” tambah orang tua itu lantas melepaskan pandangan jauh merentasi peristiwa dalam mimpi atau benar-benar berlaku.
RENUNGAN
Adakala mimpi membawa kenyataan dan tidak kurang sekadar permainan tidur, namun apa yang dirasa menakutkan itu adalah perasaan itu sendiri.
Jika takut maka takutlah yang datang, begitu juga sebaliknya justeru, berserah kepada Allah dalam apa jua keadaan kerana Allah sentiasa Maha Melihat dan Mengetahui segala-galanya.
Semoga memberi manfaat.
BACA INI JUGA:
-Sentiasapanas.com
Gambar hiasan.

- Waktu Mustajab Dan Kelebihan Membaca Ayat Kursi
- Hindari Sihir Dengan Ayat-ayat Syifa Dan Ruqyah Dari Al-Qur'an
-Sentiasapanas.com