Friday, September 06, 2019

Memahami Liberalisme Sebagai Senjata Rahsia Illuminati Yahudi


Perbincangan mengenai gerakan Yahudi yang sekarang lebih popular dengan nama gerakan Illuminati atau Masonic Conspiracies atau Global Conspiracy, tidak boleh lepas dan perlu ditelusuri kepada firman Allah SWT dalam Surah al-Baqarah: 120, yang terjemahannya berbunyi: Dan tidak sekali-kali, Yahudi dan Nasara akan redha, sehingga anda [yakni orang Islam] mengikut agama mereka. Gerakan mereka itu, dibantu oleh Iblis dan tentera-tenteranya, melalui sumpahnya yang akan menyesatkan Bani Adam seperti dalam Surah al-Ḥijr: 39 dan 40, terjemahannya berbunyi: [39] Dan aku [Iblis, bersumpah] pasti akan menyesatkan mereka [manusia] semuanya; [40] melainkan hamba-hamba-Mu yang mukhlaṣīn.

Liberalisme Senjata Rahsia Yahudi

Sebab turunnya ayat 120, Surah al-Baqarah itu, adalah kerana sikap degil Yahudi dan Nasrani Najran yang tidak mahu mengikut perintah Allah supaya berpindah kiblat solat ke al-Ka‘bah, di Makkah, bahkan mereka mahu supaya Nabi SAW dan orang-orang Islam mengikut kehendak mereka.

Atas keyakinan yang agama mereka itu benar - walaupun ternyata melanggar perintah Tuhan yang sama yang menurunkan agama mereka - justeru mereka membuat konspirasi, melawan Agama dan negara, dan membuat komplot mahu membunuh Utusan Allah, Nabi SAW itu. Konspirasi Yahudi abad ke-6 Masihi itu terus berlaku hingga sekarang ini.

Iblis pula seperti firman Allah SWT dalam Surah al-Ḥijr, ayat 39 yang terjemahannya berbunyi: Berkata Iblis, Ya Tuhan ku, oleh kerana Engkau telah memutuskan bahawa aku sesat, aku bersumpah pasti aku akan menjadikan mereka memandang baik [perbuatan maksiyat] di muka bumi, dan aku [Iblis bersumpah] akan menyesatkan mereka semuanya.

Satu ayat lagi dalam Surah Maryam, ayat 83, terjemahan: Tidakkah kamu lihat [wahai Muhammad], bahawasanya Kami telah menghantar syaitan-syaitan kepada orang-orang kafir untuk menggalakkan mereka mengerjakan perbuatan kufur dan maksiyat dengan bersungguh-sungguh?

Ayat ini teramat jelas bahawa Iblis yang dihukum sesat oleh Allah SWT bersumpah akan menyesatkan manusia. Strategi yang mereka gunakan ialah menghasut dan mempengaruhi manusia, supaya mengubah cara dan sistem berfikir mereka menjadi penganut sapere aude.

Kesan dari perubahan cara berfikir itu, justeru akan berubah pulalah cara pandang atau worldview, epistemologi serta neraca dan sistem nilai mereka. Dan kata Iblis lagi seperti dalam ayat yang sama, dengan demikian manusia akan memandang baik perbuatan mungkar dan maksiyat.

Hal seperti ini benar-benar sedang berlaku sekarang apabila pemikiran dan falsafah batil, sesat dan mungkar, tajaan kaum Illuminati itu, dilihat sebagai sesuatu yang murni dan benar, persis gantian kepada Dīn al-Ḥaqq, yang ditanzil dari Sisi Yang Maha Bijaksana.

Dari dua ayat di atas, jelas bahawa kaum Yahudi melalui pergerakan sulit mereka yang bernama Illuminati atau Masonic Conspiracies atau Global Conspiracies itu bertujuan mahu memaksakan semua kehendak dan ajaran mereka ke atas semua orang terutamanya kaum Muslim melalui pelbagai strategi dan cara.

Pemaksaan ini termasuklah yang berkaitan dengan ajaran yang amat asas dan bersifat fundamental atau dasar dalam Agama Islam.

Dalam konteks perbincangan kertas ini, saya akan hadkan perbincangan dan cuba huraikan secara ringkas bidang-bidang atau wilayah taklukan Illuminati, bagaimana modus operandi dan mekanisme mereka dalam menyebarkan virus dan racun fahaman Liberalisme ini dalam lingkungan Grand Design mereka.

Tumpuan perbincangan akan diberi kepada definisi Liberalisme, definisi Illuminati dan modus operandi dalam bidang media, politik, pendidikan, budaya, pemikiran dan falsafah. Juga akan diperlihatkan kesan dan manifestasinya dalam komuniti Ummah Islam.

Seorang misionaris legenda Kristian, Henry Martyn, berpendapat bahawa perang Salib telah gagal! Pengalaman pahit akibat kegagalan Tentera Salib Kristian secara kekerasan bersenjata mengalahkan umat Islam di Palestin, pada abad 12M dahulu, membuatkan mereka berfikir panjang dan mendalam, bagaimana cara baru yang juga berkesan untuk mengalahkan Ummat Islam.

Justeru mereka menggembeleng pelbagai tenaga dengan mengumpul rahib-rahib, raja-raja, pahlawan-pahlawan atau Knights dan orang-orang kaya dalam kumpulan sulit yang bernama Secrets of the Knights Templar.

Motto dan falsafah pergerakan ini ialah mendirikan Christian Kingdom. Akan tetapi atas kepandaian dan kelicikan para pemikir dan strategik Yahudi, gereja-gereja Kristian di Bavaria abad ke-18 itu, telah dimanipulasi menjadi lodge-lodge aktivis Yahudi-Illuminati. Doktrin dan slogan Christian Kingdom bertukar menjadi The Chosen People.

Pada tahun 1666, kaum Yahudi membuat suatu pakatan dengan nama Sabbatai Tzevi [yang kemudian menjadi Sabbatean-Frankist], akan tetapi pakatan ini tidak begitu kemas.

Pada 01 Mei, 1776, Dr. Adam Weishaupt, professor di Universiti Ingoldstat, Bavaria, Jerman, seorang ideolog dan bapak pergerakan Illuminati, telah melakarkan Manifesto 25 perkara yang lebih jelas, lebih teratur, lebih sistematik dan lebih berstrategik untuk merealisasikan kehendak kaum Zionis-Yahudi.

Motto pergerakan mereka ialah Novus Ordo Seclorum yang dikenali sekarang sebagai New World Order atau tatabaru dunia yang dikuasai oleh tangan-tangan ghaib Illuminati.

Lanjutan daripada Manifseto 25 perkara Adam Weishaupt itu, kira-kira lebih kurang 120 tahun selepas itu, para pendeta kanan Yahudi, telah membuat mesyuarat sulit dan menulis suatu Manifesto, yang antara lain, menegaskan sekali lagi gagasan dan agenda penyebaran virus dan racun fahaman Liberalisme seperti yang digagas oleh Adam Weishaupt terdahulu itu.

Dokumen sulit berbahasa Rusia ini, telah dicetak dan disebar kepada umum pada tahun 1905 oleh Professor Sergyei Nilus. Di muka depan dokumen ini tertera perkataan Protocol.

Protocol dalam dokumen ini bererti: minutes of the proceedings of the Meetings of the Learned Elders of Zion.

Dengan kebijakan para strategis dan perancang Illuminati-Zionis, kira-kira 40 tahun kemudian, maka pada tahun 1948, Illuminati-Yahudi-Zionis dapat merampas dan menawan Palestin dan menubuhkan entiti haram Israel atas motto: The Chosen People dan Novus Ordo Seclorum.

Cara yang dilakukan bukanlah dengan kekerasan senjata tetapi dengan cara mengkondisyenkan, mengawal dan kemudian menawan pemikiran entiti paling berkuasa pada masa itu iaitu Liga Bangsa-Bangsa. Ia dikenali sebagai Jewish Lobby!

DEFINISI RINGKAS LIBERALISME


Sebelum dilanjutkan perbincangan, perlu diketahui mengenai definisi berkaitan dengan fahaman dan falsafah Liberalisme.


Menurut Budhy Munawar-Rachman, seorang Liberalis kental Indonesia melalui bukunya Reorientasi Pembaruan Islam, berkata bahawa Liberalisme ialah [1] Membuka pintu Ijtihad pada semua dimensi agama; [2] Mengutamakan semangat religio ethic bukan makna literal teks; [3] Mempercayai kebenaran yang relatif; [4] Memihak kepada yang minoriti dan tertindas; [5] Meyakini kebebasan beragama; [6] Memisahkan autoriti duniawi dan ukhrawi, autoriti keagamaan dan politik.

Ditempat lain beliau berkata, Liberalisme bermakna [1] Melawan teokrasi yakni idea yang hendak mengujudkan negara bercirikan Islam dengan perlaksanaan undang-undang Syarī‘ah; [2] Mendokong gagasan demokrasi Barat sepenuhnya termasuklah falsafahnya sekali; [3] Membela hak wanita; [4] Membela hak-hak non Muslim; [5] Membela kebebasan berfikir; [6] Membela gagasan kemajuan.

Sementara Khalid Jaafar pula, seorang Liberalis dan Pluralis Melayu Malaysia berkata dalam buku Apa Itu Pencerahan, terbitan Institut Kajian Dasar atau IKD - membebaskan tenaga pikiran manusia - dalam amalan beragama.

Ringkasnya, dalam konteks ajaran Agama Islam, kesan dari fahaman Liberalisme ialah mereka mahu bebas berIjtihad dan menolak autoriti Agama dalam semua bidang.

Dan dari segi bernegara pula, mereka menolak tertegaknya negara berdasarkan kepada hukum Syarī‘ah yang berasaskan kepada al-Qur'ān dan Nubuwwah dan mahu mendirikan negara Sekular tulen berdasarkan konsep Demokrasi Liberal dalam falsafah dan sistem.

Intinya, dasar hidup mereka ialah sapere aude atau ‘aqal bebas dalam membuat keputusan dan menentukan segala sesuatu berkaitan dengan hidup keduniaan dan juga kehidupan Agama.

HUBUNGKAIT GERAKAN ILLUMINATI DENGAN FALSAFAH LIBERALISME

Sebenarnya, sejak kedatangan Agama Baru yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW di Madinah dahulu lagi, orang-orang Yahudi sudah memusuhi Agama Islam. Mereka membuat pelbagai konspirasi untuk memusnahkan Agama Islam.

Puncaknya ialah mereka memerangi negara dan membuat komplot mahu membunuh peribadi yang membawa Agama Baru iaitu Agama Islam. Jenayah berat mereka, menyebabkan mereka diperangi dan dihalau dari Negara Madinah.

Di abad-abad kemudian, mereka menyusun strategi yang lebih mantap untuk menghapuskan Agama Islam. Justeru mereka membuat suatu Mega Design atau Grand Design iaitu suatu peta perancangan komprehensif ke arah itu. Di antara agenda penting dalam Grand Design mereka ialah menyebarkan fahaman dan falsafah Liberalisme.

Falsafah dan agenda untuk meliberalkan dunia termaktub di dalam Manifseto 25 perkara Adam Weishaupt. Di dalamnya terdapat perkataan preach Liberalism.

Dalam The Protocols of the Meetings of the Elders of Zion, [edisi Global Publishers, Johannesburg] terdapat banyak tempat menyebut perkataan Liberal. Misalnya pada Protokol IX.2, terdapat ayat berbunyi: The words of the liberal, which are in effect the words of our Masonic watchword, namely Liberty, Equality, Fraternity.

Terjemahan: Kata-kata liberal, sebenarnya slogan mason kita iaitu - Kebebasan, Kesamarataan, Persaudaraan...; dan pada Protokol X.9 pula menyebut: When we introduce into the State organism the poison of Liberalism its whole political complexion underwent a change.

Terjemahan: Apabila kita memperkenalkan racun Liberalisme kepada organisme negara, seluruh warna politiknya mengalami perubahan.

Demikian juga terdapat perkataan - Liberalism dalam Protocol XI; dan Liberal interpretations - dalam Protocol XV.

Kesimpulannya, gerakan menyebarkan fahaman dan falsafah Liberalisme adalah sinonim dengan pergerakan Yahudi yang bernama Masonic Conspiracies atau Global Conspiracy atau yang lebih dikenali umum sekarang ini disebut sebagai gerakan Illuminati.

Melalui gerakan Illuminati inilah tersebarnya konsep, ajaran, fahaman dan falsafah Liberalisme dalam semua perspektif – termasuk Agama Islam.

SEJARAH RINGKAS ILLUMINATI

Pada era Pra Moden, Gerakan Illuminati dalam upaya menyebar racun dan melestarikan pemikiran dan falsafah Liberal ini, dapat ditelusuri ke abad ke-14 Masehi dalam gerakan Renaissance, dan Revolusi Perancis pada abad ke-18 Masehi.

Kedua-dua gerakan ini adalah gerakan yang ditaja oleh agitator kaum Illuminati dalam Grand Design mereka, demi melestarikan pemikiran dan falsafah Liberalisme.

Kedua-dua gerakan tersebut yang dilatari konflik dalaman politico-religio tempatan, yang kemudiannya secara radikal, menghasilkan Manisfesto de Christianization dalam wacana pembinaan sosio-politik baru di Eropah. Ia kemudian secara strategik merebak ke seluruh Benua Eropah yang kemudian menjadi fenomena universal.

Gerakan Renaissance yang dicetuskan di Negara Kota [City State] seperti Florence, Milan, Genoa, dll di Italy Utara pada abad ke-14 Masehi itu, adalah gerakan Liberal terawal yang tersusun.

Walaupun gerakan Renaissance ini mula tumbuh di Utara Itali, tetapi dinamai dengan nama Perancis, yang bererti rebirth atau lahir semula.

Setelah ditindas berabad-abad oleh kekuasaan autokrat, feudal dan gereja, yang kebetulan gereja kuat mendukung mereka, pemikir dan para strategis Illuminati, mengambil peluang, membuat suatu sintesis baru iaitu E Pluribus Unum atau from The Many, One.

Mereka merasai seperti lahir semula, selepas hidup dalam kegelapan dan cengkaman penindasan kaum aristokrat, feudal dan gereja, berabad-abad lamanya.

Nilai kemanusiaan kaum aristokrat, feudal dan gereja dewasa itu, sudah hilang sama sekali. Manusia menindas manusia – exploitation de l’ homme par l’ homme.

Maka mereka yang tertindas itu, harus bangkit membebaskan dari terikat kepada bahkan melawan kaum penindas itu - aristokrat, feudal dan dogma gereja, atas nama membangun semula kemanusiaan atau disebut sebagai Humanism atau Humanisme dan fahaman Rationalism atau Rasionalisme dalam mendepani dogma gereja mereka.

Kedua-dua fahaman dan falsafah ini, adalah dasar penting kepada pemikiran dan falsafah Liberalisme, baik yang klasik atau moden.

Kata mereka, falsafah Humanisme dan Rasionalisme ini, bukan bererti menolak dan anti-agama, bahkan mahu menjaga agama, justeru harus dipisahkan dari urusan bersangkutan dengan kemasyarakatan dan keduniaan.

Akan tetapi, pada hakikatnya, kedua-dua pemikiran dan falsafah ini, yang secara falsafah, persis sebagai agama. Ini adalah kerana dalam pemikiran dan falsafah ini, terdapat fahaman dan sistem moral yang tersendiri - moral dalam erti yang luas – yang bernama Moral Relativism atau Relativisme Moral.

Ia berpaksikan kepada dasar dan prinsip Sekularisme iaitu sistem dan nilai moral yang meminggir dan terpisah daripada ajaran agama. Dalam bingkai wacana Liberalisme, ia disebut sebagai Moral Theology dan Theological Ethics.

Gerakan Renaissance abad ke-14 hingga abad ke-17 yang ditunjangi kaum Illuminati itu, adalah fahaman Liberalisme yang secara resmi terbuka dan bersifat merakyat serta relatif tersusun.

Fahaman yang penuh dengan racun berbisa ini, berjaya membentuk cara berfikir baru yang menghasilkan pola dan corak budaya baharu dalam semua perspektif.

Budaya baharu ini, telah membebaskan diri mereka dari keterikatan dengan kaum aristokrat, menolak kekuasaan golongan feudal dan merombak dogma agama, atas nama hak, kebebasan dan digniti kemanusiaan.

Pemikiran dan falsafah dalam Gerakan Renaissance ini, disambung secara lebih radikal oleh aktivis dan pemikir strategik Illuminati Perancis.

Sejarah mencatatkan bahawa, Revolusi Perancis yang tercetus pada tahun 1789-1795 Masehi itu, telah bergerak atas slogan, retorik dan falsafah liberté, egalité, fraternité. Slogan, retorik dan falsafah ini, kemudiannya menjadi tunjang kepada gerakan Modenisme abad kemudiannya dan gerakan Pascamodernisme sekarang, terutama jalur Liberalisme.

FALSAFAH PERGERAKAN

Pergerakan Illuminati berlandaskan kepada falsafah yang orang-orang Yahudi adalah pilihan tuhan atau The Chosen People.

Atas keyakinan inilah, mereka mahu menguasai dunia dan menegakkan hegemoni Yahudi dalam Grand Design Novus Ordo Seclorum atau New World Order. Mereka mahu menghimpun segala elemen-elemen dalam masyarakat menjadi satu dalam konsep E Pluribus Unum atau from The Many, One.

Demi mencapai falsafah tersebut, mereka perlu: [1]. Mendirikan One World Government; [2]. Melaksanakan One World Currency; dan [3]. Mengujudkan One World Religion.

Dalam bingkai besar inilah, pemikir dan pakar strategi Illuminati merangka Grand Design mereka. Dalam bingkai Grand Design inilah mereka bekerja.

Untuk mencapai tujuan tersebut, perkara yang paling asas dan awal sekali perlu dilakukan ialah membasuh otak Goyim iaitu orang-orang bukan Yahudi. Ini dapat dilakukan melalui peperangan pemikiran atau war of ideas.

Agenda besar dan teras dalam war of ideas ini ialah meliberalkan pemikiran seseorang atau liberalisme pemikiran.

Manusia perlu dibebaskan akal mereka daripada terikat kepada apa-apa sentimen, kepercayaan, budaya dan ajaran agama masing-masing sejak dari kecil lagi sehingga akal mereka benar-benar menjadi akal sapere aude atau berfikiran bebas. Inilah antara yang terkandung di dalam Manifesto 25 dasar atau perkara Dr. Adam Weishaupt.

STRATEGI GERAKAN LIBERALISME

Kuasai Badan Islam

Untuk menyebarkan fahaman Liberalisme yang menjadi agenda Illuminati itu, mereka menggunakan pelbagai strategi dan wadah yang ditunggangi itu berupa badan-badan antarabangsa, agensi-agensi kerajaan, badan-badan professional, entiti perniagaan dan pergerakan sivil.

Dalam konteks Umat Islam, mereka menggunakan ahli akademik dan tenaga pengajar di pusat-pusat pengajian tinggi, badan-badan penyelidik, pusat-pusat pengajian Islam swasta dan pertubuhan atau NGO dakwah.

Badan-badan inilah yang menjadi instrumen berkesan. Mereka menjadi agentur kaum Illuminati dalam gerakan menyebarkan fahaman Liberalisme.

Depan mata, di Malaysia, kita dapat lihat ada agensi yang dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan, menjadi alat, yang bukan sahaja menyebarkan fahaman Liberalisme, tetapi juga fahaman Pluralisme Agama.

Demikian juga ada NGO yang diterajui oleh orang Islam tetapi menyebarkan fahaman yang membolehkan orang Islam berkahwin dengan orang bukan Islam.

Mereka terbitkan buku dalam Bahasa Melayu, bertajuk: Kahwin Campur Antara Muslim Dengan Non-Muslim pada tahun 2006; buku Pergolakan Pemikiran Islam, pada tahun 2007 [tahun 2016, buku ini diharamkan].

Orang inilah yang secara terbuka menyeru supaya penganut Liberalisme menyuarakannya secara lantang.

Begitu juga seorang bekas pemimpin tertinggi dakwah secara terbuka juga mengungkapkan konsep Liberalisme dalam suatu program di LSE, pada bulan Mac 2010, mengatakan: it is morally unacceptable to say to people of other faiths: …..you believe in your God but what you believe in is wrong.

Orang-orang berpengaruh seperti itulah yang bekerja menyebarkan fahaman Liberal dalam lingkungan mereka dan masyarakat umum.

Seperti yang Nabi SAW bersabda, mereka itu semacam kita – terjemahan: …mereka daripada [semacam] kulit kita dan bercakap dengan bahasa kita di kalangan kita. Dan seperti kata Rabasa, biar mereka sendiri yang bekerja!

Begitu pula dengan NGO dakwah yang suatu masa dahulu mahu menegakkan negara Islam, tetapi sekarang beralih selera, menjadi pekerja atau agentur Illuminati dan bekerja keras mahu menegakkan negara Demokrat Liberal selari dengan agenda menolak tertegaknya negara berasaskan Islam.

Dahulu mereka berjuang mahu menegakkan Generasi al-Rabbani atau Generasi Ketuhanan, sekarang bertungkus-lumus mahu menegakkan Generasi Liberali!

Inilah sebahagian contoh pengaruh Illuminati yang berjaya masuk ke dalam NGO Islam dalam menjayakan misi Illuminati melalui gerakan Liberalisme dalaman Ummat Islam.

Kuasai Media

Untuk menjayakan agenda penyebaran Liberalisme melalui cara membasuh otak ini ialah menguasai media seperti anjuran dalam Protokol XII mereka. Kuasa Media secara mutlak dan luas. Ia adalah mekanisme berkesan dan konkrit yang perlu disegerakan.

Whoever controls the media, controls the mind - kata Jim Morrison. Atas dasar dan falsafah inilah, mereka secara strategik, menguasai pelbagai jenis media.

Media-media itu ialah seperti percetakan dan penulisan yang merangkumi akhbar, majalah, jurnal dan novel; media elektronik seperti stesyen radio dan televisyen; industri perfileman dan teater; industri hiburan seperti persembahan. Dan sekarang ini media sosial baru pula seperti Facebook, SMS, Whatsapp, dsb.

Melalui penguasaan pelbagai jenis media tersebut, mereka dapat menyediakan persediaan emosi, melakar sentimen dan memetakan pemikiran serta membuat manipulasi psikologi, justeru dapat menguasai pemikiran atau mental controls sepenuhnya.

Menguasai pelbagai media adalah cara berkesan untuk mengkondisyenkan emosi, psikologi dan pemikiran, justeru dapatlah pula membentuk dan mengawal cara dan sistem berfikir, yang menjurus kepada fahaman yang dikehendaki mereka iaitu fahaman Liberal.

Oleh yang demikian, dengan cara ini, dapatlah membentuk perilaku, pola dan lanskap hidup masyarakat dan sekaligus menguasai serta mengawalnya.

Melalui metodologi ini, penanaman kesedaran dan keyakinan terhadap pemikiran dan falsafah Liberalisme pemikiran setiap ahli masyarakat akan terhasil.

Seperti kata mereka, rancangan mereka ini, tidak menghiraukan latar kepercayaan, budaya dan agama seseorang, kerana ia merupakan a spiritual war atau dalam bahasa lain disebut sebagai war of ideas atau ghazwatul fikr, yang akan bertarung di medan masyarakat secara radikal.

Mengeksploitasi Kanak-Kanak

Grand Design Illuminati dalam usaha menyebar fahaman Liberalisme ialah melalui eksploitasi terhadap kanak-kanak. Mereka bergerak di lingkungan kanak-kanak melalui industri animasi, komik dan kartun-kartun.

Walt Disney World misalnya, sebuah syarikat gergasi milik penuh kaum Illuminati, menerbitkan komik, kartun, animasi dan movie yang sarat dengan simbol-simbol Illuminati seperti tongkat berbentuk ular; simbol-simbol lucah, porno dan lambang-lambang syaitan; dialog-dialog anti-tuhan; perlakuan tidak bermoral; pakaian seksi; keganasan permainan pistol dan pembunuhan dengan menggunakan pistol, kapak dsb.

Ini adalah mekanisme berkesan menanamkan fahaman Liberal iaitu bermula sejak kecil. Dan mereka akan membesar bersama fahaman ini. Pengalaman semasa kecil akan melekat dalam fikiran dan sanubari mereka.

Apabila remaja, kesedaran sosial dan psikologi mereka masih terikat dengan pengalaman semasa kanak-kanak dahulu. Ini akan menyebabkan mereka menjadi manusia yang mempunyai nilai dan paradigma sendiri dalam menilai sesuatu fenomena dalam masyarakat.

Hakikatnya, mereka berkecenderungan untuk menolak nilai-nilai baik dalam norma masyarakat dan budaya murni bahkan nilai-nilai sakral agama juga.

Inilah cara atau modus operandi gerakan Liberalisme dalam lingkungan Grand Design Illuminati yang merupakan salah satu mekanisme berkesan menyebarkan virus dan racun Liberalisme.

Industri Hedonisme

Berkaitan dengan menguasai media ini, satu lagi medan yang berkesan ialah menguasai industri Hiburan, Entertainment dan muzik.

Walt Disney dan Hollywood yang dikuasai Illuminati itu sejak berabad-abad telah menguasai pemikiran umat, menampilkan anak-anak wayang atau pelakon-pelakon yang semuanya adalah ahli Illuminati atau Freemasons.

Melalui industri ini, mereka berjaya menanamkan dan menyebarkan virus dan racun Liberalisme melalui aksi dan dialog-dialog yang tidak bermoral, bahkan dalam konteks ajaran Islam bersifat anti-Tawḥīd dan syirik.

Demikian juga Illuminati menguasai media elektronik terutama televisyen. Ia adalah alat berkesan membentuk pemikiran dan sikap seseorang.

Televisyen adalah kotak mati yang terdiri dari pelbagai komponen benda yang sifatnya neutral. Ia seperti sebilah pisau. Jika diguna dengan baik, baiklah jadinya. Demikian televisyen.

Tidak dapat dinafikan, ada program-program yang baik dalam televisyen kita. Namun program yang dikatakan baik itu, tidak dapat menghakis karat-karat berlapis dari program yang beragenda dalam menanamkan dan penyebaran virus dan racun pemikiran dan fahaman Liberalisme seperti filem-filem, drama-drama, dialog-dialog, senikata dalam lagu-lagu, hiburan, lawak jenaka yang mematikan hati dan ‘aqal dsb.

Sebagai contoh banyak orang memuji drama Korea atau drama Latin pada suatu masa dahulu, padahal ia tidak mempromosikan nilai-nilai akhlak mulia menurut piawai Islam.

Melalui persembahan dalam program televisyen itu, ditonjolkan imej selebriti yang ghaflah dan menaikkan mereka sebagai manusia yang kononnya berjasa kepada negara, penghibur ulung negara, ikon yang wajar diikuti dan macam-macam gelaran yang memperbodohkan kaum Goyim yakni orang bukan Yahudi seperti yang diungkapkan oleh Illuminati sendiri dalam Protokol mereka.

Dan sesetengahnya pula dalam program-program tersebut mereka menyelitkan simbol-simbol yang tidak Syar‘ī yang menjadi isu satu ketika dahulu di Malaysia. Inilah yang menjadi ikutan remaja Muslim!

Berkaitan dengan remaja, Protokol Yahudi ke IX, menyatakan: We have fooled, bemused and corrupted the youth of the Goyim…. terjemahan: Kita telah menipu, membingungkan dan merosakkan pemuda Goyim…. yang di antaranya melalui promosi selebriti sebagai ikon unggul.

Maka dengan kegilaan meniru mereka itu, remaja-remaja Islam akan menjadi bebas dari nilai akhlaq agama justeru menganut fahaman Liberalisme dalam akhlaq kerana meniru selebriti yang ditonjolkan oleh Illuminati itu.

Melalui saluran televisyen yang tanpa sempadan sekarang ini, kehidupan sosial remaja Islam semakin parah. Grand Design kaum Illuminati terbukti berjaya meliberalkan remaja Islam melalui cara ini.

Simbologi Atau Simbolisme

Selain dari dipengaruhi oleh media cetak dan televisyen itu, ahli masyarakat diliberalkan melalui strategi menanamkan simbol-simbol atau simbologi atau simbolisme pada pemikiran dan psikologi mereka.

Kaum Illuminati dengan kepakaran para pereka mereka, mencipta lambang-lambang Illuminati yang kelihatan sebagai corak, fesyen dan logo.

Akan tetapi, jika diamat-amati, ia adalah lambang-lambang berkaitan dengan falsafah Illuminati yang mahu meliberalkan pemikiran melalui penonjolan warna-warna tertentu; lakaran-lakaran bersifat lucah, perlakuan tidak bermoral tertentu dsb.

Hal-hal demikian, sebahagiannya dicetak pada baju T, pada pakaian, dicetak dalam bentuk komik dan kartun, menjadi pembungkus makanan dan minuman, menjadi logo kepada rangkaian kedai-kedai dsb. Demikian juga lambang-lambang pada bangunan, perhiasan dalaman dsb.

Program Sosial Remaja

Mereka juga melakarkan program-program sosial untuk remaja, lelaki dan perempuan, yang bercampur-baur, yang sepintas lalu kelihatan semacam kegiatan untuk membina sakhsiyah atas nama riyadah atau perkumpulan akademik seperti program mendaki gunung, bersukan, berkayak dsb.

Akan tetapi, sebenarnya agenda kaum Illuminati itu, mahu menanamkan sikap ‘tidak mengapa’ kepada pergaulan dan percampuran bukan mahram tersebut secara halus. Melalui cara ini, ternyata kaum Illuminati berjaya menanam sikap Liberal dalam pergaulan sosial masyarakat Islam.


Melalui Grand Design yang khusus kepada para remaja melalui program-program televisyen, penonjolan selebriti, hiburan tidak bermoral, tayangan filem-filem yang berunsur seks, menyelitkan fahaman Pluralisme Agama, semuanya ini adalah program mencuci otak dan mengkorupkan pemikiran para remaja secara sistematik.

Dengan cara ini, maka cara hidup remaja akan menjadi rosak dengan sikap ‘tidak mengapa’ tadi, justeru menjadi Liberal.

Ini merupakan salah suatu mekanisme penting kerana mereka merosakkan remaja melalui cara yang bersahaja atas nama hiburan, riyadah dsb. Sebenarnya, ia merupakan pembinaan psikologi atau disebut sebagai mob psychology.

Mereka menekan dan membentuk psikologi remaja dengan segala macam simbol dan retorik yang menyebabkan psikologi remaja teralih kepada fahaman Relativisme Moral atau Moral Relativism.

Oleh kerana para remaja telah menganut fahaman akhlaq adalah sesuatu yang bersifat relatif atau menganut falsafah Relativisme Moral atau Relativisme Akhlak itu, maka menyebarkan fahaman Liberalisme dalam bingkai Grand Design Illuminati berjaya dihasilkan.

Ringkasnya seperti agenda dalam Protokol mereka itu, mereka mahu merosakkan remaja Goyim!

Gerakan Pembebasan Wanita

Slogan-slogan dan falsafah liberté, egalité, fraternité dalam Grand Design Illuminati itu, berjaya melahirkan wanita liberal. Mereka menubuhkan Gerakan Pembebasan Wanita atau Women’s Liberation Movement.

Seperti yang disebut dahulu, Illuminati mahu setiap orang mengikut kehendak mereka. Setelah berjaya merosakkan nilai-nilai keagamaan wanita Kristian di Barat, mereka beralih pula untuk merosakkan wanita-wanita Islam.

Oleh yang demikian, mereka menaja dan menanam slogan pemikiran Pembebasan Wanita atas nama liberté dan egalité. Tujuannya supaya wanita-wanita Islam menjadi rosak semacam mereka di Barat itu.

Atas falsafah dan motto liberté dan egalité, mereka mahu melahirkan Wanita Baru dalam rupa Neo Masculanity yakni wanita baru yang menjadi atau berwatak lelaki dalam sebahagian kualiti tetapi masih kekal dalam ‘rupa’ wanita secara fizikal, pada sebahagian kualiti.

Maka dengan kualiti yang ada pada mereka, maka erti dan pembahagian gender dalam budaya tradisional bahkan agama juga telah terhapus diganti dengan nilai sosial baru. Mereka menjadi wanita moden dengan segala ciri-ciri dan sifat moden yang menganut Liberalisme pemikiran.

Di kalangan mereka yang masih mengaku berAgama Islam pula, aktivis Feminis ini, mahu merubah hukum-hakam yang sudah diIjmā‘kan. Menurut mereka, keputusan hukum dibuat secara bias dan tidak ‘adil oleh kaum lelaki.

Justeru hukum itu perlu diubah atas pertimbangan egalité, ekualiti dan keadilan, maka mereka menuntut misalnya hukum pembahagian harta pusaka supaya dibahagi sama banyak di antara ahli warith.

Mereka sengaja menolak hukum al-Qur'ān yang amat jelas kerana mahu meniru hukum Liberal di kalangan masyarakat Barat.

Di Malaysia, IKD, sebuah organisasi yang menyebarkan secara agresif fahaman Liberalisme dan Pluralisme Agama telah menerbitkan buku bertajuk Hukum Barat Pun Islam.

Mereka juga menuntut hak pekerjaan, walau pun secara fitrah, sesetengah pekerjaan itu menjadi beban fizikal kepada mereka. Bahkan sesetengah dari mereka sudah menuntut hak kebebasan seks seperti berhak mengamalkan pernikahan Lesbian.

Perkahwinan secara beragama atau adat resam berubah menjadi Perkahwinan Sekular atau Secular Marriage kerana tidak ada agama dan adat serta budaya tradisional yang mengiktiraf perkahwinan cara mereka itu.

Pendeknya, mereka menuntut semua hak sama seperti yang ada pada lelaki pada taraf kebebasan peribadi.

Mereka mahu meninggalkan watak dan sifat keibuan serta meninggalkan peranan tradisional mereka yang amat fundamental sebagai wanita dan ibu, dan berubah menjadi wanita moden yang amat radikal.

Sebenarnya mereka memberontak terhadap nilai-nilai dan ajaran agama mereka seperti perlakuan wanita Barat.

Mereka telah lebur atau separuh lebur dalam fahaman dan falsafah Liberalisme yang dijerat oleh para strategis kaum Illuminati itu.

Kritikan Kitab Suci

Dalam sejarah agama-agama di dunia, kecekapan Grand Design Illuminati telah berjaya merekacipta sebuah teori kritikan kitab suci dengan nama Higher Criticism of the Bible.

Ia adalah suatu kaedah menilai dan mentafsirkan kitab-kitab suci agama terutama Bible berdasarkan latar sejarah dan sosiologi atau historical critical method serta sains empiris dan rasionalisme pemikiran.

Melalui kaedah ini, mereka membuat kesimpulan bahawa Bible bukanlah kitab suci yang datangnya dari tuhan.

Para strategis Illuminati telah berjaya mempengaruhi sekumpulan cendekiawan Islam sebagai kuasa elit akademia, supaya menggunakan kaedah ini dalam menilai kitab Suci al-Qur'ān. Kaedah ini, yang sekarang disebut sebagai Hermeneutik, digunakan dalam menilai al-Qur'ān.

Kitab Suci al-Qur'ān tidak sama dengan mana-mana kitab-kitab suci agama lain, justeru, ia tidak boleh digunakan metodologi Hermeneutik.


Akan tetapi oleh kerana memakan dadah berbahaya bahkan racun berbisa kaum Illuminati, mereka menjadi Liberal dalam menafsirkan ayat-ayat di dalam al-Qur'ān.

Melalui kaedah ini teks al-Qur'ān itu diruntuhkan epistemologinya di bawah runtuhan fahaman dan falsafah Dekonstruksionisme dalam skema tafsiran Liberal. Dari Liberalisme mereka menjadi Pluralisme Agama.

Contoh yang diubah secara tafsiran Hermeneutik alias liberal alias Dekonstruksionisme ialah mereka mengatakan bahawa al-Qur'ān adalah produk budaya orang-orang Quraisy, padahal Allah SWT menjaga dan menjamin akan keaslian dan kesucian al-Qur'ān itu dari campurtangan manusia.

Sebahagian lagi pula, mengubah epistemologi baku dalam al-Qur'ān seperti Iman dimaknakan sebagai semua orang yang percaya kepada adanya tuhan – tidak kira apa jenis dan bentuk tuhan, padahal dalam Islam, Iman ialah percaya kepada Allah SWT yang Esa.

Ia tidak beranak dan tidak diperanakkan; percaya atau berIman kepada Nabi S.A.W. sebagai pembawa Syarī‘at terakhir yang memansuhkan Syarī‘at Rasul-rasul terdahulu.

Mereka juga mengubah epistemologi al-Dīn dengan berkata, bahawa semua agama sama-sama diterima oleh Allah, walhal hanya Agama yang dibawa oleh Nabi Muhammad S.A.W. sahaja diterima oleh Allah; mereka juga mengubah konsep dan ciri-ciri kumpulan orang-orang yang berjaya di Akhirat dengan mengatakan bahawa semua orang yang beragama – tidak kira apa jenis agama mereka, baik penyembah berhala atau pagan atau penyembah api atau roh dsb – semuanya akan dapat masuk ke dalam Syurga Allah.

Agenda dalam Grand Design mereka mengubah epistemologi pada Kalam Allah Yang Maha Suci Lagi Maha Benar itu, yang merupakan teks al-Qur'ān itu, bukan perkara baharu. Ia telah mati berkurun-kurun lamanya.

Akan tetapi di zaman Moden dan Pascamoden seperti sekarang, ia timbul kembali kerana kegigihan agitasi kaum Illuminati yang dibuat secara tersusun dan berencana, melalui agen-agen mereka dari kalangan orang Islam seperti yang ternyata dalam Protokol, Civil Democratic Islam dan Building Moderate Muslim Networks terbitan badan pemikir Illuminati, RAND Corporation.

Hasilnya beberapa kampus universiti di Indonesia telah mengajar pelajaran Tafsir al-Qur'ān melalui kaedah Hermeneutik.

Di Malaysia pula, para aktivis dakwah dan bekas aktivis dakwah yang terjun ke dalam arena politik, yang secara Hermeneutik diabolik, telah mengubah secara radikal mesej-mesej al-Qur'ān yang bersifat baku dan yang telah diIjmā‘.

Mereka yang Liberalis itu secara radikal, membenarkan penggunaan perkataan Allah kepada orang bukan Islam, padahal mesej al-Qur'ān jelas, mahu menyampaikan doktrin yang Allah SWT itu adalah tidak beranak dan tidak diperanakkan dan Dia Allah adalah Dzāt yang tiada suatu pun menyamai-Nya.

Mesej al-Qur'ān lain yang diubah adalah doktrin aqīmuddīn seperti yang jelas nyata dalam Surah al-Syūra, ayat 13, iaitu Tegakkan Agama dalam ontologi dan epistemologinya.

Tegakkan Agama di sini ialah Agama dalam bentuk menTawḥīdkan Allah; berIman kepada Kitab-kitab-Nya yang dalam zaman Pasca Isa A.S. ialah hanya kepada al-Qur'ān sahaja; berIman kepada Rasul-rasul-Nya, dan dalam era pasca Isa A.S. ialah hanya mengikut Syarī‘at Rasul, Muhammad S.A.W. sahaja; dan berIman kepada ‘Alam Akhirat serta mentaati segala perintah dan larangan-Nya seperti yang dihurai oleh para Fuqahā’. Akan tetapi Liberalis itu memahaminya sebagai tegakkan apa sahaja agama dalam falsafah Pluralisme Agama.

Dalam ayat yang sama, Allah melarang berpecah dalam Agama Tawḥīd tersebut, baik secara doktrinal mahu pun dalam sistem.

Akan tetapi ternyata agitator Illuminati melalui Grand Design mereka, telah berjaya memecahbelahkan kepercayaan beragama sebahagian Ummat Islam kepada agama baru yang bernama agama Sekularisme atas prinsip Liberalisme hukum dan akhlaq.

Sekarang ini, banyak pertubuhan dakwah Islam mewacanakan berkaitan konsep raḥmatan li’l ‘ālamīn seperti dalam Surah al-Anbiyā’ ayat 107 itu. Konsep sebenar ayat ini ialah bermakna hidayah yang membawa kepada ketaatan kepada Allah SWT; tunduk patuh kepada Kehendak hukum Ilahi dan menerima serta berIman kepada segala ajaran yang dibawa oleh Baginda Rasul S.A.W. seperti yang dihurai oleh ‘Ulamā’ Uṣūl dan Fuqahā’.

Orang yang tidak menerima ajaran Rasul S.A.W. tersebut akan rugi dan tidak menikmati rahmat Ilahi di Akhirat nanti. [lihat Mukhtaṣar Ibn Kathīr; al-Nukat dll].

Ada pun kaum Liberalis mendakwa, bahawa, ayat ini tidak bermaksud meratakan ajaran Islam kepada semua penghuni bumi melalui perlaksanaan hukum-hakam Islam seperti yang diajar dalam wacana Fiqah Islam, terutama berkaitan dengan pembahagian jenis-jenis Kafir.

Kata mereka yang Liberalis itu, ayat ini harus difahami dalam konteks sosiologikal dan politik Sekular sekarang.

Pada hal mesej ayat ini ialah melaksanakan seruan dakwah dalam rangka mengajak manusia menerima agama Islam, dan jika mereka tolak, mereka tidak boleh dipaksa, tetapi mereka harus menerima dan tunduk dengan peraturan-peraturan Islam.

Selain dari itu mesej al-Qur'ān berkaitan pengkategorian orang bukan Islam juga telah diubah secara radikal oleh aktivis pro-Liberal.

Sejak lahirnya Agama Islam, kaum Muslimin amat faham mengenai pembahagian manusia iaitu ada yang Islam dan ada yang bukan Islam.

Yang bukan Islam ada yang Munafiq dan ada yang dikategori sebagai Kafir. Al-Qur'ān sendiri melabelkan orang bukan Islam sebagai Kafir.

Dan orang Kafir ini pula terbahagi kepada Kafir Dzimmī, Ḥarbī, Musta’min atau Mu‘āhad seperti dalam wacana Fiqah dan politik Islam.

Akan tetapi akibat terkena tempias Illuminati dan menjadi Liberalis, sebahagian orang Islam mahu menghapuskan konsep Kafir Ḥarbī dan Kafir Dzimmī. Walaupun status mereka sebagai Kafir, akan tetapi mereka tidak boleh dibunuh sewenang-wenangnya seperti tohmahan kaum Liberalis Melayu.

Bahkan ada pula aktivis Islam mencadangkan supaya istilah Kafir Dzimmī diganti dengan istilah warga senegara. Ada pun bagi yang mahu menggunakan istilah warga senegara kepada orang bukan Islam, itu adalah isu lain.

Akan tetapi, istilah Kafir Dzimmī adalah thabit dalam wacana Agama. Demikian strategi Illuminati membasuh otak aktivis Islam yang naif menjadikan mereka Liberalis Agama.

Kalaulah tidak membenarkan atau mahu menghapuskan istilah Kafir Ḥarbī atau Kafir Dzimmī, bagaimana pula dengan istilah al-Qur'ān berkaitan dengan golongan Munāfiqūn, Fāsiqūn, Mujrimīn, Ẓālimūn – adakah perlu dibuang juga dan diganti dengan istilah warga senegara yang munafiq, fasiq dll?

Ini adalah kejayaan strategik perancang Illuminati menjadikan orang Islam liberal dalam menafsirkan ayat suci mereka supaya sesuai dengan agenda Illuminati dalam Grand Design mereka itu.

Mesej-mesej al-Qur'ān tersebut telah diselewengkan antara lain melalui wacana Interreligious Dialogue atau Intercultural Dialogue atau Alliance of Civilizations. Dialog-dialog ini semuanya ditaja oleh kaum Illuminati melalui badan-badan di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa bersatu yang terkenal sebagai protégé Illuminati; atau NGO seperti Gülen Movement yang terkenal Pluralis itu.

Salah satu badan di bawah Gülen ialah Affinity Intercultural Foundation yang beroperasi di Australia.

Pada Disember 2009, mereka telah menganjurkan program bernama: Parliament of The World’s Religions, di Melbourne. Antara penceramahnya ialah Hans Küng, Rabbi David Rose, Dalai Lama, Musdah Mulia dan Anwar Ibrahim.

Dialog Antara Penganut Agama

Berkaitan dengan isu dialog antara penganut agama atau dialog antara budaya ini atau Interreligious Dialogue atau Intercultural Dialogue, suatu hal yang perlu diberi perhatian mendalam.

Jika diteliti, bahawa apa yang berlaku hanyalah monolog sahaja. Ini adalah kerana apa yang didakwa sebagai mewakili Islam, adalah orang yang tidak sesuai atau tidak ada integriti, malah mempunyai sifat inferiority complexs terhadap peradaban Barat yang ditunggangi Illuminati itu.

Oleh itu, mereka yang berdepan dengan cendekiawan Barat yang Illuminatus itu, persis seperti sekor tikus di hadapan kucing. Mereka itu tidak akan dapat menunjukkan keberanian menyatakan ketinggian ajaran Islam dengan tegas dan mendedahkan kepincangan tamadun Barat Sekular yang sebenar, yang diracun oleh pemikiran Illuminati itu.

Jadi, apa yang dinamakan sebagai dialog itu hanyalah suatu program yang diatur dengan resolusi yang sudah ditetapkan oleh penganjur iaitu pakar strategi Illuminati.

Resolusinya ialah semua agama adalah sama benar belaka dan Islam mestilah difahami dalam skema Sekularisme dan Liberalisme sebagai agama perdamaian dalam wacana raḥmatan li’l ‘ālamīn.

Dialog-dialog semacam itu sebenarnya perangkap kepada peserta Islam untuk memberi keabsahan dan mengiktiraf yang agama selain Islam adalah benar juga.

Inilah yang dinamakan sebagai Liberalisme Agama atau Pluralisme Agama yang menjadi agenda penting kaum Illuminati untuk merosakkan ‘Aqīdah dan ajaran Islam seluruhnya secara tidak disedari oleh orang Islam berkenaan.

Elit Akademia Dan Teori Palsu

Di bidang akademik pula, seperti arahan dalam agenda Protokol dan skema Grand Design mereka, mereka akan menyusup ke dalam elit akademia dengan memberi teori-teori palsu yang disengajakan untuk merosakkan golongan Goyim dan menguasai mereka.

Hal ini amat jelas seperti agenda dalam Protokol itu. Maka di sinilah timbul pelbagai teori sains, sosial dan agama yang sengaja dilakar, menjurus kepada fahaman dan falsafah Liberalisme.

Budaya menerima pemikiran dan falsafah palsu tajaan kaum Illuminati itu di kalangan elit akademia yang berAgama Islam atau budaya konsumerisme pemikiran, adalah kerana mereka meninggalkan wacana Kalām secara ontologikal dan epistemologikalnya, walau pun sebahagian mereka mempunyai latar pendidikan agama yang baik secara teoritikal.

Akan tetapi, pembelajaran tersebut tidak menekankan kepada wacana ‘penanaman’ Kalām dalam perspektif ontologikal dan epistemologikal yang sempurna.

Oleh yang demikian, sistem dan metodologi demikian, tidak dapat membina ‘aqal integrasi dan peribadi Tawhidik dalam bingkai ‘Ibādah, ‘Ubūdiyyah dan ‘Ubūdah sebagai manifestasi insan sempurna dalam wacana ‘Aqīdah dan Syarī‘ah serta aksiologi Akhlaq.

Ini adalah suatu lagi agenda kaum Illuminati dalam melahirkan manusia terpelajar Islam yang menganut fahaman Liberalisme Agama kerana sistem pembelajaran mereka terpisah dari pusatnya yang sebenar iaitu Tawḥīdullāh seperti yang dibincang oleh para Mutakallimīn dan juga Ṣūfiyyīn.

Sebagai contoh, ramai intelektual Islam menerima bulat-bulat teori yang mengatakan bahawa Taṣawwuf itu bukan asal dari Islam, tetapi diimport dari kehidupan Mistik Hindu atau Kristian.

Ada juga yang percaya dan menerima bahawa ‘ilmu dan metodologi dalam subjek Sifat Dua Puluh berasal dari falsafah Greek. Ada juga intelektual Islam menerima teori Scacht berkaitan metodologi pengumpulan Ḥadīth. Dan banyak lagi.

Pendidikan tajaan kaum Illuminati dalam Grand Design mereka sengaja dilakar melalui kurikulum dan silibus yang terpisah-pisah dalam bingkai yang amat kecil malah terpisah pula dari paksinya yang sebenar iaitu Tawḥīd.

Ini adalah suatu arahan dalam lakaran Illuminati, kerana seperti kata mereka dalam Protokol mereka itu, mereka mahu merosakkan kaum Goyim melalui falsafah pendidikan yang mereka lakarkan.

Sistem dan falsafah pendidikan yang mereka bina itu, bukan untuk Tawḥīdullāh dan Ma‘rifatullāh serta hidup dalam ketaatan kepada Syarī‘at, akan tetapi menjurus kepada taat kepada kediktatoran sains dan teknologi dalam wacana falsafah Sainstisme.

Berkaitan dengan sistem dan falsafah pendidikan, kaum Illuminati tidak membicarakan berkaitan dengan konsep Teleologi [Greek: telos] yakni huraian berkaitan doktrin hidup, peta perjalanan hidup dan tujuan sebenar serta puncak kehidupan menurut Ahlu al-Sunnah wa al-Jamā‘ah; tidak membicarakan berkaitan dengan makna insān seperti yang dihurai dalam sistem pendidikan dan tarbiyyah Islam; tidak membicarakan konsep ‘Ibadah dalam tahap-tahapnya seperti yang telah disebut; dasar dan metodologi yang bersifat anti-Tawḥīd dan menolak wacana Eskatologi, justeru para lepasan dari pusat-pusat pendidikan itu, tidak dapat memahami konsep manusia dan juga konsep al-Dīn yang sebenar seperti dalam wacana Islam.

Akibat langsung ialah mereka menjadi manusia liberal dalam beragama atau bersifat bermain-main dengan ajaran Agama, bahkan ditakuti, mereka menjadi terkeluar dari Agama secara tidak disedari.

Akibat dari sistem pendidikan liberal yang tidak menghiraukan doktrin dalam teleologi itu, maka sekarang ini, kaum Illuminati sedang bersiap-siap untuk melahirkan ‘manusia baru’.

Setelah berjaya menipu berjuta-juta manusia melalui konspirasi teori Evolusi Darwin selama berabad-abad, kini para strategis dan konspirator Illuminati, melalui Saintis mereka, telah mencipta satu lagi teori evolusi yang baru.

Maka atas dasar mahu terus menipu kaum Goyim seperti kata mereka dalam Protokol, mereka mencipta ‘manusia selepas manusia’ yang diberi nama Post Human atau Transhuman atau Transhumanism atau Super Human.

Post Human ini ialah rangka fizikal manusia yang disatukan dengan benda atau ditanamkan robot dalam ‘aqal manusia, seperti kata mereka, supaya menjadi lebih bijak dari ‘aqal manusia, lebih sempurna dan lebih panjang hayatnya.

Seperti ternyata dalam Protokol, kaum Illuminati membuat teori-teori palsu yang di antaranya Teori Evolusi Darwin. Teori ini dibuat dan kemudian disebar oleh Illuminati melalui para intelektual atheis dan Liberal agama. Maka kejayaan dahulu itu, mahu diputar sekali lagi dengan membuat teori ‘manusia baru’ atau Post Human ini.

Penciptaan Post Human ini sebagai usaha untuk mengalihkan keyakinan kepada Allah yang Maha Mencipta, kepada keyakinan pada kemampuan ‘aqal manusia dalam rangka menyembah ‘aqal seperti dalam fahaman ‘aqal Neo-Mu‘tazilah, dan menyembah serta bertuhankan sains dan teknologi dalam fahaman dan falsafah Saintisme dan kemajuan teknologi.

Mereka bukan sahaja berusaha mencipta ‘manusia baru’ secara material seperti yang disebut, akan tetapi yang lebih penting dari itu ialah mereka dapat mencipta ‘manusia baru’ dalam bentuk manusia Liberal Agama dalam ‘Aqīdah. Itu tujuan sejati dalam Grand Design mereka.

Dalam al-Qur'ān, Allah Yang Maha Bijaksana, dengan tuntas menyatakan dalam Surah al-Tīn, ayat 4, terjemahan: Sesungguhnya Kami [Allah] telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya – sebaik-baik dalam makna kesempurnaan ‘aqalnya, sebaik-baik dalam kesempurnaan qalbun-hatinya, sebaik-baik dalam kesempurnaan ‘Ubūdiyyah dan ‘amal ‘Ibādahnya yang mengatasi para Malaikat; bahkan sebaik-baik dalam Ma‘rifah kepada Allah.

Inilah strategi kaum Illuminati melalui Grand Design mereka untuk meliberalkan pemikiran Ummat Islam melalui falsafah pendidikan dan sogokan teori-teori palsu seperti yang dengan jelas mereka sebut dalam Protokol mereka itu yang akhirnya orang Islam menjadi manusia agnostik.

Pendidikan

Pemikir dan perancang Illuminati sedar bahawa sistem pendidikan berperanan sangat besar dan amat penting dalam menjayakan Grand Design mereka.

Maka para perancang dan pembuat polisi pendidikan dibawa berduyun ke Barat untuk mejalani program membasuh otak.

Mereka inilah yang akan melakar sistem pendidikan di negara masing-masing. Sistem yang dilakar itu tidak menjurus kepada Ma‘rifatullāh, tidak bersifat Tawhidik dan tidak bersifat pro-Syarī‘ah tetapi menjurus kepada kehendak perancang Illuminati.

Sebab itu kita lihat sistem pendidikan arus perdana, lebih menekan kepada sistem pendidikan Humaniora atau Sosio Humaniora Barat, walaupun sesetengahnya ada subjek pendidikan Islam.

Dalam hierarki pendidikan Islam, ‘ilmu yang paling puncak ialah ‘ilmu berkaitan Ma‘rifatullāh dan Tawḥīdullāh, kemudian berkaitan dengan Syarī‘ah dan kemudian barulah yang lain yang menyangkut keperluan masyarakat.

Perancang Illuminati sedar bahawa walaupun mereka berjaya menawan para perancang resmi pendidikan di kementerian-kementerian di bawah kerajaan, akan tetapi masih terdapat ruang dalam sistem pendidikan di beberapa negara Islam yang perlu diurus dengan cermat.

Akibatnya dengan menggunakan kaedah Jewish Lobby, mereka telah dapat memasuki bahkan menawan beberapa pusat-pusat pengajian dan pondok-pesantren swasta di beberapa negara Ummat Islam.

Pendekatan pembelajaran subjek-subjek ‘ilmu keagamaan bertukar dari sistem tradisional klasik menjadi liberal.

Natijahnya, pusat-pusat pengajian tersebut menjadi pusat pendidikan yang menyebar fahaman Liberalisme ke dalam masyarakat setempat! Dan bahkan menjadi Liberalis Agama tegar.

Hegemoni Budaya

Kaum Illuminati berjaya memberi definisi dan konsepsi serta tafsiran bersifat liberal mengenai budaya pada Ummat Islam. Justeru konsepsi yang keliru itulah yang mereka ajar dan war-warkan kepada khalayak.

Konsep budaya tersebut bersifat lagho atau sia-sia dan tidak dapat membina tamadun yang luhur bahkan sebahagiannya mahu menghidup semula budaya paganisme Greek Tua.

Apa yang disifatkan kaum Illuminati sebagai budaya itu ialah seperti pertandingan seni suara, tarian, permainan tradisional, sukan dsb.

Ada pun epistemologi budaya dalam bingkai pemikiran dan falsafah pendidikan Islam ialah cara hidup yang penuh dengan aktiviti-aktiviti yang ditunjangi oleh Syarī‘at. Ia diisi dengan kegiatan yang bersifat ma‘rūfāt dan tidak terlibat dalam aktiviti munkarāt serta hidup dalam suasana kontemplatif.

Tidak dimungkiri bahawa budaya Islam membenarkan kegiatan kesenian, akan tetapi aktiviti kesenian itu mestilah menjurus kepada mencernakan sifat-sifat Jalāl, Jamāl dan Kamāl Allah; serta aktiviti ke arah mencintai Rasul-Nya S.A.W. seperti aktiviti na‘at.

Ia berlawanan dengan falsafah seni kaum Renaissance tajaan Illuminati itu yang menekankan kepada seni sculpture yang tidak berpakaian yang kononnya untuk menikmati kecantikan sejati.

Strategi penjajahan budaya sensate, tajaan kaum Illuminati, dilestarikan sejak dari bangku sekolah rendah lagi. Agenda dalam Grand Design tersebut, yang kemuncaknya, terdirilah pusat-pusat yang dinamakan sebagai pusat kegiatan budaya dan seni serta akademi budaya yang khusus, untuk melatih Umat Islam menjadi ‘budayawan’ melalui kegiatan panggung, teater, tarian, nyanyian, lawak jenaka, dan pelbagai persembahan-persembahan hiburan diabolik.

Melalui agenda dalam Grand Design kaum Illuminati itu, mereka berjaya menggunakan panggung-panggung, menjadikan sebahagian Umat Islam manusia ketagihan dadah Hedonisme Liberal dan liar dalam hidup berbudaya dan bermasyarakat serta memuja diva-diva maksiyat sebagai ikon dan super hero negara.

Malah yang paling malang, sehingga ada ketikanya terbabas melepasi batas ‘Aqīdah dan Syarī‘at serta Akhlaq mulia. Mereka menjadi manusia liar, sinikal, agresif serta bersifat radikal terhadap nilai-nilai dalam Agama.

Tidak pernah ada dalam sejarah tamadun manusia yang dilanda musibah ketagihan dadah dan candu Hedonisme seperti sekarang!

War of Ideas

Seperti yang sama-sama diketahui bahawa dalam Ḥadīth Nabi S.A.W. ada menyatakan bahawa akan ada suatu ketika nanti peperangan di antara kaum Muslim membantai orang-orang Yahudi.

Kaum Illuminati sangat arif dan percaya hal ini. Justeru kita perhatikan bahawa gerakan mereka dihalakan sekuat tenaga kepada kaum Muslim sahaja.

Maka sebelum terlibat dalam peperangan fizikal bersenjata yang besar atau Armageddon, seperti kata para strategis mereka di lingkungan Rumah Putih, perlu dilancarkan peperangan idea atau war of ideas terlebih dahulu.

War of ideas ialah suatu pergelutan pemikiran dan idea-idea yang dilempar oleh para strategis Illuminati di Rand Corporation, supaya orang Islam berkelahi untuk menentukan identiti mereka dan seperti kata mereka….to define the character of Islam.

Dengan perkelahian ini, seperti kata Ibn Khaldūn, kumpulan yang kalah akan mengikut yang menang. Maka kumpulan yang kalah dan ditawan oleh pemikiran Illuminati itu akan menjadi agen pemusnah Ummat dari dalam – dalam konteks ini menyebarkan racun pembunuh Liberalisme.

Untuk menjayakan agenda ini, Angel Rabasa, penganalisis kanan di Rand Corporation berkata: ...Muslim have to do that themselves. Oleh yang demikian, mereka yakni cendekiawan Illuminati, secara strategik, telah memilih pemimpin dalam organisasi politik dan NGO Islam dan melatih mereka supaya menjadi moderates.

Orang Islam Moderate dalam pengertian mereka ialah bersahabat dan menjadi rakan mereka dan tidak memusuhi mereka; menolak memperjuangkan tertegaknya Islam sebagai sistem hidup dalam bernegara dan menerima fahaman Sekularisme sebagai dasar hidup.

Sesiapa yang melanggar garis besar mereka itu dianggap sebagai musuh bahkan teroris. Moderate di sini bermakna Liberal! Mereka inilah yang akan berperanan menyebar dan menabur racun fahaman Liberalisme dalam lingkungan pengaruh mereka.

Kita dapat perhatikan di Malaysia, beberapa organisasi Islam telah meminum racun Liberalisme dan berlari memasuki lubang biawak Illuminati seperti yang disebut oleh Baginda Nabi S.A.W. 15 abad dahulu.

Para ideolog dan strategis Illuminati berkata, bahawa, war of ideas sama penting dan bersifat integral dengan real war dan memerangi terorisme.

Atau kata mereka: fighting the war of ideas like a real war. Mereka membahagikan war of ideas ini kepada empat kategori besar iaitu [1] Intellectual debates; [2] Ideological wars; [3] Wars over religious dogma; dan [4] Advertising campaings.

Kesemua ini adalah upaya strategik untuk kuasa dan pengaruh, dalam rangka penyebaran dan memasyarakatkan fahaman dan falsafah Liberalisme ini.

Berkaitan dengan Intellectual debates, kita dapat perhatikan bahawa mereka beriya-iya benar menganjurkan pelbagai wacana dalam macam-macam subjek seperti yang telah disebut terdahulu.

Ada pun Ideological wars pula dalam konteks Islam ialah menentukan visi sekitar isu untuk  menentukan mana yang bersifat sekular dan mana pula yang bersifat non-sekular.

Sementara berkaitan dengan Wars over religious dogma ialah perbincangan memusatkan kepada interpretasi berkaitan teks, terutamanya teks al-Qur'ān dan al-Sunnah. Tujuannya untuk mengujudkan kecelaruan fahaman atau bersifat confusionism yang membawa kepada fahaman Liberal Agama.

Berkaitan dengan Advertising campaigns dalam konteks Agama Islam pula ialah kempen mengiklankan calon yang patut dipilih menjadi ikutan Umat melalui perception management yakni mengurus supaya calon Illuminati yang Liberalis dinobat sebagai tokoh besar Islam bertaraf dunia.

Maka terpilihlah pemimpin-pemimpin Liberal menjadi ‘juru cakap’ Umat Islam, kerana kriteria pemilihan ditentukan oleh mereka.

Oleh itu seorang Liberalis dan Pluralis Malaysia telah dinobat oleh Paul Wolfowitz sebagai ‘jurubicara Barat untuk Dunia Islam’. Dengan jolokan sebagai ‘juru cakap’ Umat itu, maka atas strategi mob psychology, ia akan mempengaruhi minda orang ramai.

Inilah mekanisme Grand Design Illuminati sebagai upaya menyebarluaskan pemikiran dan falsafah beracun Liberalisme di tengah-tengah masyarakat Islam melalui mekanisme yang seperti kata mereka: Some of the best weapons do not shoot.

Pemikiran dan strategi seperti ini adalah benar. Melalui War of ideas ini, ramai orang-orang Islam telah dan sedang ‘terkorban’ berbanding dengan kematian dalam peperangan bersenjata. Cuma mereka tidak sedar!

Politik

Seperti yang disebut pada awal, bahawa dasar dan falsafah pergerakan Liberalisme di Eropah dahulu ialah mahu de Christianization negara dari politik kekuasan dan pemerintahan, juga dari budaya tradisional Kristian kepada budaya Liberal.

Ia bermaksud mahu menSekularkan semua sistem dalam jentera pemerintahan dan unsur-unsur negara serta tunjang-tunjang kekuatan dengan memisahkan hukum gereja dari hukum negara. Maka berlakulah apa yang disebut sebagai dari hegemoni Kristian kepada dominasi Sekular Liberal.

Harvey Cox dalam The Secular Citynya mendefinisikan Sekularisme sebagai disenchantment of nature, desacralization of politics dan deconsecration of value.

Sementara George Holyoake menafsirkannya sebagai detached from religion. Atas prinsip inilah seorang pemimpin Liberal dari parti politik liberal Malaysia berkata dalam suatu wawancara dengan Australian Broadcasting Channel [ABC] pada Mac 2007, apabila ditanya mengenai konsep negara yang mahu ditegakkannya berkata ‘….liberal democratic state….’

Beberapa abad kemudian, tepatnya pada 29-31 Mei, tahun 1954, atas inisiatif Bernhard, anak raja Belanda, seorang Illuminati, telah memanggil satu sidang di Hotel Bilderberg, Oosterbeek, Belanda.

Agenda utama ialah berbincang mengenai bagaimana Grand Design Illuminati hendak dibuat demi mencapai resolusi-resolusi mereka sebelumnya. Keputusannya ialah tertubuhlah suatu pakatan sulit atau secret association yang kemudian dikenali sebagai Bilderberg Group.

Menurut Daniel Estulin dalam buku beliau The True Story of The Bilderberg Group, 2009, objektif Bilderberg dalam Grand Design Illuminati ini – disesuaikan dengan ringkas – ialah:

1. One International Identity - melalui penguatkuasaan badan-badan antarabangsa untuk menghancurkan identiti nasional dari dalam dan mendirikan satu bentuk universal values.

2. Centralised Control of the People – bermakna mengawal minda atau mind control. Mengarahkan manusia supaya mentaati kehendak mereka melalui penguasaan pemerintah dan pegawai-pegawai [pembuat polisi].

3. A Zero Growth Society - Menghancurkan unsur-unsur penting kesejahteraan dan kemakmuran sesebuah negara. Jika ada kemakmuran, maka akan ada kemajuan. Kemakmuran dan kemajuan mustahil to implement repression. Anda memerlukan repression jika anda mahu memecahkan masyarakat kepada dua kelas pemilik dan hamba. Mereka akan membina kekayaan di negara mereka dan akan eksport ke negara-negara miskin. [Maknanya menyekat negara lain menjadi maju].

4. A State of Perpetual Imbalance - Sentiasa membuat krisis secara fizikal, pemikiran dan emosi sehingga masyarakat jadi muak.

5. Centralised Control of All Education - Menguasai sistem pendidikan dengan lebih luas melalui One World Globalist. Mahu memberi hasil fantastik kerana pemuda sekarang jahil terhadap sejarah, kebebasan individu dan makna kebebasan.

6. Centralised Control of All Foreign and Domestic Policies.

7. Empowerment of the United Nations.

8. Western Trading Bloc. - Memperluaskan NAFTA.

9. Expantion of NATO.

10. One Legal System.

11. One Socialist Welfare State. [kecenderungan politik sekarang kepada Libertarianisme].

Jika diteliti agenda mesyuarat Bilderberg sejak penubuhannya pada tahun 1954 dahulu, kita dapati merekalah elit yang menguasai golongan finansier, industrialis, banker, ahli politik profil tinggi, pemimpin tertinggi syarikat multinasional, presiden, perdana menteri, World Bank, International Monetory Fund [IMF], taikun media dan pemimpin tentera.

Melalui proksinya, iaitu Bilderberg, Illuminati dapat menyebarkan fahaman Liberalisme melalui penghancuran identiti budaya lokal dan kebijksanaan lokal termasuk agama, yang amat berharga itu dan menggantikannya dengan budaya global Barat Sekular yang berpaksikan fahaman pencerahan Illuminisme kaum Illuminati.

Demikian juga dengan menguasai sistem kewangan dunia, mereka akan dapat meliberalkan pemikiran pemimpin-pemimpin negara-negara Umat Islam dengan menerimapakai sistem ribawi yang qaṭ‘ī haramnya dalam hukum Islam. Begitu jugalah dengan menguasai sistem pendidikan.

Melalui penguasaan sistem pendidikan pula - dalam konteks Islam - maka akan terhapuslah mekanisme dan prasarana utama dalam pembentukan sakhsiyah untuk mengenali Penciptanya dan hidup dalam sistem yang dikehendaki-Nya, justeru ia menjadi Liberal dalam beragama kerana falsafah dan sistem pendidikan Illuminati bersifat Sekular alias Materialisme.

Berkaitan dengan satu sistem perundangan pula, maka akan terhapuslah tertegaknya Syarī‘at. Negara akan menjadi Pure Secular, baik aliran Barat atau pun Timur. Dalam konteks Islam, ia benar-benar Liberal seperti definisi terdahulu.

Selain dari Bilderberg sebagai ‘King’, yang berada pada peringkat paling atas, terdapat bermacam-macam organisasi dan institut-institut lain sebagai ‘Knights’ dan akan ada lagi ‘pawns’ atau anak-anak catur atau agentur yang berada di bawah, di setiap negeri.

Misi dan tujuannya mereka cuma satu sahaja iaitu meliberalkan dunia dengan meletakkan suatu indeks dalam semua perspektif dan sektor - termasuk agama. Ini semua adalah dalam bingkai melaksanakan Grand Design Illuminati itu, dalam kawasan kekuasaan masing-masing.

Oleh sebab itu, Bilderberg digelar sebagai The Secret Rulers of The World atau Global Mafia. Satu tangga atas dari Majlis Keselamatan PBB yang memerintah dunia secara ‘legal’.

Pada peringkat negeri seperti Amerika, terdapat organisasi atau institut seperti Council on Foreign Relations atau CFR; National Endowment for Democracy atau NED; Foundation For The Future atau FFF dll.

CFR diketuai oleh David Rockefeller, seorang Illuminati dan ideolog Zionis paling kanan dan digeruni. Misi CFR ialah melakar program untuk merealisaikan Novus Ordo Seclurum atau New World Order.

Hillary Clinton, sewaktu menjawat sebagai Setiausaha Negara Amerika, ketika merasmi pejabat baru CFR, mengaku bahawa CFRlah yang mempengaruhi semua dasar dan polisi Amerika. Satu lagi ialah National Endowment for Democracy atau NED.

NED ialah CIA wajah baru yang menjalankan operasi-operasi jahat dan sulit di seluruh dunia atas nama ‘Projek Demokrasi’.

Selain dari itu, terdapat satu lagi institut llluminati bernama Foundation For The Future atau FFF. Yayasan ini ditubuh oleh Illuminatus Dick Chiney.

Pada Julai 2006, Paul Wolfowitz, yang dikenali sebagai Illuminati tegar dan arkitek perang Afghanistan dan Iraq, melantik seorang bekas pemimpin tertinggi pergerakan dakwah Malaysia yang kini pemimpin politik profil tinggi, sebagai pengerusi yayasan itu.

Misi yayasan itu ialah untuk ‘mendemokrasi’kan negara-negara Arab dan Islam melalui politik Octopus dan pergerakan Civil Society.

Semua badan-badan ini menjadi ‘kembar siam’ dalam satu entiti dan ‘saudara sesusu’ kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dalam misi menyebarkan racun dan virus Liberalisme ke seluruh pelusuk dunia.

Akhlaq Baru

Seperti yang dinyatakan di awal, berdasarkan kepada agenda dalam Protokol mereka, kaum Illuminati mahu merosakkan akhlaq orang-orang Goyim. Justeru mereka menyogokkan suatu konsep dan teori akhlaq baru bernama Moral Theology atau Deontology of Ethics.

Pembinaan akhlaq yang berkesan antaranya ialah melalui sistem pelajaran dan pendidikan. Kita perhatikan bahawa dalam sistem pendidikan sekarang, tidak ada subjek khusus berkaitan dengan konsep, definisi dan epistemologi akhlaq diajar.

Juga tidak ada kaedah pembelajaran berkaitan pembinaan akhlaq mulia menurut paradigma Islam. Tidak dapat dinafikan, memang ada mata pelajaran Agama Islam di sekolah-sekolah, tetapi itu adalah mata pelajaran berkaitan dengan subjek-subjek seperti Fiqah, Tauḥīd dsb dan bukannya mata pelajaran khusus untuk membina sakhsiyah mulia pelajar.

Akhlaq dalam ajaran Islam, telah ditentukan konsep, bingkai, dasar dan piawainya atau disebut sebagai ontologi dan epistemologi. Islam juga mengajar bagaimana ia dapat dimanifestasikan dalam aksiologinya.

Akhlaq berkaitan rapat dengan pemahaman mengenai makna insan atau diri manusia. Dalam pendidikan sekarang, hal sepenting ini, tidak diajar walaupun di peringkat pengajian tinggi.

Akibat tidak memahami erti diri dalam konsep Islam dan kaitannya dengan akhlaq, melahirkan individu berkenaan menjadi bebas dan liberal dalam akhlaq.

Liberalis akhlaq bermakna menolak keterikatan dengan nilai-nilai agama dan menganggapnya sebagai bersifat urusan dan hak peribadi. Ia bersifat subjektif dan relatif kerana masing-masing diri mempunyai hak untuk menentukan baik dan buruk kerana masing-masing mempunyai kemampuan ‘aqal untuk berfikir.

Gerakan Liberalisme Akhlaq sekular semacam ini tidak pernah terjadi di zaman klasik Islam dahulu, walaupun mereka berjiran dengan peradaban paganistik Majusi dan Rumawi.

Akan tetapi zaman Moden dan Pascamoden, akhlaq dalam epistemologi tradisional Islam telah berubah secara radikal. Ini adalah agenda Illuminati dalam Grand Design mereka menyebarkan falsafah Moden dan Modenisme yang di dalamnya ditekankan kepada fahaman kebebasan, individualisme dan subjektivisme.

Akibat langsung dari fahaman ini, wujudlah fahaman dan ideologi deontologi akhlaq. Deontologi akhlaq ialah akhlaq baru atau teologi akhlaq baru yang mempunyai dasar dan sistem yang bebas nilai atau relatif nilai dalam bingkai Sekuralisme.

Pemikir akhlaq ulung ‘Alam Melayu, Ustaz ‘Uthmān el-Muḥammady menulis: Kesempurnaan akhlaq seseorang terletak pada adanya ibu sifat-sifat utama dalam dirinya, yaitu sifat-sifat yang dalam ajaran atau filsafat akhlaq Islamiyyah dipanggil Kebijaksanaan [al-Ḥikmah], Keberanian [al-Syajā‘ah], pengawasan ke atas keinginan dan hawa nafsu [al-‘Iffah] dan Keadilan atau Perimbangan [al-‘Adalah].

Di penghujung tulisannya itu, beliau menyatakan: Ringkasnya, ajaran Islam tentang akhlaq yang mulia adalah merupakan penyelamat yang jelas bagi manusia yang berada dalam ‘alam Moden yang memberi pengajaran yang palsu tentang manusia ……..ia [yakni akhlaq Islam – p] berpunca daripada Wahyu dan Kenabian serta pengalaman murni dari mereka yang berkewibawaan…

Maka inilah ontologi akhlaq – bukan deontologi – seperti wacana kaum Liberalis akhlaq, kerana secara ontologikal dan aksiologikal, akhlaq akan membawa manusia berkenaan kepada kedudukan asalnya iaitu berhampiran dengan Penciptanya iaitu Allah SWT.

Gerakan Liberalisme akhlaq berjaya menjarah bukan sahaja orang awam tetapi juga kumpulan yang mendakwa sebagai kumpulan dakwah atau pejuang Islam.

Dengan mata kasar, kita dapat saksikan sebahagian mereka tidak ada perasaan ghīrah atau cemburu untuk membela Islam apabila dihina, malah membela pula kumpulan yang menghina Islam.

Sebahagian mereka membela perlakuan peminum arak satu ketika dahulu. Mereka juga tidak ada agenda untuk mengekang perlakuan sumbang agama bahkan membela LGBT. Begitu juga dengan isu pemurtadan.

Bukan sahaja mereka tidak peduli, malah ada yang membela orang Islam yang mahu murtad. Sebahagiannya, pula tidak ada akhlaq al-ḥayā’ atau perasaan malu dengan melanggar batas-batas akhlaq Islam di khalayak.

Ini adalah kerana lakaran dan strategi Grand Design Illuminati telah menyediakan prasarana yang membenarkan gerakan Liberalisme menular hingga ke akar diri dalam kumpulan dakwah.

Demikian deontologi akhlaq dalam politik. Sebahagiannya menggunakan cara Machiavelli, Hegelian Dialectic, Gene Sharp dll untuk menguasai politik kekuasaan dengan cara tidak berakhlaq atas prinsip: tujuan menghalalkan cara - the end justifies the means. Inilah jenis akhlaq yang dihasilkan oleh gerakan Liberalisme dalam Grand Design Illuminati.

Perpaduan Islam

Perpaduan di kalangan Ummat Islam jelas disuruh oleh Allah. Zaman klasik Ummat berada di dalam perpaduan kukuh kerana berpegang kepada ajaran Ahlu al-Sunnah wa al-Jamā‘ah.

‘Ulamā’ Ahlu al-Sunnah wa al-Jamā‘ah mengajar mereka supaya bersatu di atas autoriti. Kaum Illuminati, seperti tok nenek mereka dahulu kala, menganut fahaman chaosism, justeru mereka melawan autoriti agama di Madinah.

Di zaman Moden dan Pascamoden, perancang dan strategis Illuminati membuat makar dengan menukarkan kaum Muslimin menjadi Liberal melalui jemputan ketua-ketua mereka ke Barat menghadiri ‘kelas-kelas’ atas nama wacana peradaban, persefahaman dll.

Apabila balik, mereka ini akan menjadi agentur Illuminati menyebarkan ‘fahaman baru yang lebih progresif’ yang diperolehi dari guru-guru mereka dari ‘kelas-kelas’ tersebut. Hakikatnya, mereka telah dibasuh otak menjadi manusia liberal.

Mereka inilah yang menjalankan kerja-kerja Illuminati sebagai agentur dalam komuniti mereka, seperti kata Rabasa, supaya orang Islam berkelahi. Perkelahian ini akan memecahbelahkan perpaduan Islam.

Kumpulan yang mendakwa sebagai Islam progresif, Islam Renaissance, Islam Tajdid dan macam-macam nama lagi, adalah elemen Liberalisme yang ditanam oleh Grand Design Illuminati.

Mereka dikatakan Liberal kerana membebaskan diri dari semua, termasuk autoriti agama, seperti saranan Khalid Jaafar itu.

Mereka menjadi Liberal kerana menekankan kepada isu kebebasan ‘aqal dalam memberi takrifan agama dan menolak kewajipan terikat kepada autoriti agama.

Ahli Sunnah mewajibkan orang awam mengikut mana-mana satu aliran Fiqah yang muktabar. Kalau di Malaysia ialah aliran Fiqah Imām al-Syāfi‘ī

Isu-isu yang dibangkit oleh kumpulan deviationist Islam itu, sudah luput masa, tetapi perancang Illuminati tidak mempunya isu baru untuk memecahbelahkan orang Islam, justeru mereka mencampakkan isu lupus dengan bungkusan baru atas nama tajdid, progresif dsb.

Maka perpaduan Islam tidak akan tercapai, melainkan bernaung di dalam Ahli al-Sunnah wa al-Jamā‘ah pada ontologi dan epistemologi ‘Aqīdah serta hidup di dalam weltanschauung budaya yang makrufat.

PENUTUP

Menyedari kepungan Grand Design kaum Illuminati, sebagai seorang Islam Ahli al-Sunnah wa al-Jamā‘ah, maka setiap individu dari kita, perlu membina benteng dalam bentuk kekuatan ‘Aqīdah melalui ketajaman serta kearifan ‘aqal dan menjana pengukuhan Kalām Asy‘arī-Māturīdī; serta meningkatkan pengabdian diri hingga ke peringkat ‘Ubūdah; bersekali dengan kebersihan dan keteguhan rūḥānī, dalam mendepani penularan hawar dan penyebaran racun fahaman Liberalisme.

Wallahu a'lam.

BACA INI JUGA:

sumber: muafakatmalaysia

1 comment

  1. Risau bila mengenangkan keadaan yg berlaku dan impak yg bakal dihadapi oleh generasi kita akan dtg jika tidak benar2 memahami agenda dakyah mereka ini.. semoga Allah sentiasa melindungi kita semua.. aamiin.

    ReplyDelete

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon