Wednesday, July 10, 2019

Rahsia Personaliti Penunggang Kapcai, Super-moped, Superbike Dan Vespa


Mempunyai kenderaan sendiri adalah impian setiap orang. Tidak kiralah jika sekadar motor kapcai biasa atau jentera berprestasi tinggi yang merajai jalan raya, ia sentiasa memberi kepuasan kepada pemiliknya.

Ada yang memiliki motosikal untuk dijadikan pengangkutan seharian ke tempat kerja dan ada juga berpendapat memiliki motosikal adalah satu hobi yang memuaskan.

Tapi tahukah anda, sebenarnya jenis motosikal yang anda tunggang boleh memberi gambaran mengenai personaliti anda. Kapcai, Super-moped, Superbike ataupun Vespa, setiap pemiliknya mempunyai personaliti tersendiri yang menarik untuk kita perhatikan.

Kapcai

Kapcai Honda

Bagi yang memilih untuk memiliki motosikal jenis Kapcai tidak kisahlah jenama apa pun, mereka biasanya adalah orang yang simple dan ‘going with the flow’.

Selain itu, penunggang Kapcai juga merupakan seorang yang mengutamakan ‘practicality’. Bagi anda, asalkan boleh bergerak dari point A ke point B ia sudahpun memadai.

Nak cari pakir lebih senang dan anda tidak perlu terlalu memikirkan soal keselamatan kerana ‘pencuri-pencuri’ lebih cenderung menyasarkan motosikal dalam kategori seterusnya sebagai ‘mangsa’.

Lagipun, harga Kapcai dalam pasaran tempatan tidaklah terlalu mahal kan?

Super-moped

Personaliti penunggang Super-moped

Rekaan menarik, boleh memecut laju dan selesa ditunggang, Super-moped adalah jawapan untuk anda yang mempunyai jiwa muda dan sukakan kelajuan.

Selain itu, seperti Kapcai, pemilik super moped juga lebih memikirkan soal ‘practicality’ tetapi tidak kisah untuk berbelanja lebih untuk tampil bergaya berbanding rakan-rakan yang lain.

Pemilik Super-moped juga sebenarnya seorang yang suka kebebasan dan gemar mengembara. Anda tidak kisah untuk berhimpun beramai-ramai dengan rakan-rakan lain dan keluar berkonvoi kemana-mana.

Super-bike

Personaliti penunggang Super-bike

Tiada apa yang perlu diperkatakan lagi apabila anda menunggang sebuah jentera berprestasi tinggi membelah jalan setiap hari.

Anda barangkali seorang yang sukakan sesuatu yang ekstrem dan berada pada tahap maksima setiap masa. Adrenalin yang memuncak setiap kali minyak dipulas habis memberikan satu perasaan yang tidak dapat digambarkan.

Selain itu, mempunyai sebuah Superbike juga menandakan anda seorang yang suka menjadi sebahagian daripada komuniti. Dengan kata lain, anda seorang yang peramah dan suka berdamping.

Maka tak hairanlah pemilik Superbike kebiasaannya menjadi ahli kepada kumpulan motosikal tertentu yang mempunyai ikatan rapat antara satu sama lain. Selain berkonvoi sama ada dalam atau ke luar negara, geng-geng moto ini juga biasanya turut mempunyai aktiviti kekeluargaan yang lain.

Satu lagi, memiliki Superbike juga lambang kepada status anda. Jadi tidak salah jika diandaikan bahawa pemilik Superbike mempunyai personaliti orang yang sukses dalam hidupnya.

Vespa/Skuter

Personaliti penunggang Vespa

Old school. Ya, penunggang Vespa adalah seorang yang sangat cool dan sukakan sesuatu yang nostalgik. Bagi anda, setiap yang berlaku dalam hidup sangat penting dan perlu dihargai. Pemilik Vespa juga adalah seorang yang setia.

Penunggang Vespa juga sukakan ketenangan dan santai-santai. Jika anda menggunakan Skuter atau Vespa untuk ke tempat kerja, anda mungkin tidak memecut terlalu laju dan memilih untuk menikmati perjalanan tersebut.

Selain itu, pemilik Vespa juga selalunya mempunyai penampilan diri yang menarik dan seringkali mengenakan pakaian yang bergaya.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: siakapkeli

1 comment

  1. kalau nak ikutkan super-moped ni tak semua personaliti dia macam tu.
    Pemilik Super-moped juga sebenarnya seorang yang suka kebebasan dan gemar mengembara. Anda tidak kisah untuk berhimpun beramai-ramai dengan rakan-rakan lain dan keluar berkonvoi kemana-mana.Perkara yang ini, memang betul suka mengembara sebab ia dilengkapi radiator coolant dan sedikit ciri-ciri yang ada pada superbike.
    Tetapi kebanyakannya super-moped ni dia banyak accessories berbanding kapcai biasa. So, tak kira tua ataupun muda memang suka motor ni untuk make-up atau ubahsuai, tambahan ada pulak cub-prix, lagi bertambah ranggi motor dia orang buat, sampai tak sedar, yang diubah tu menjadi kesalahan bila ditahan polis dan jPJ.

    ReplyDelete

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon