Sunday, June 16, 2019

Teknologi Artificial Intelligence (AI) Dan 4 Fakta Menakutkan Tentangnya


Apabila memperkatakan mengenai dunia teknologi, kita tidak dapat lari daripada membincangkan mengenai teknologi Artificial Intelligence atau singkatannya AI yang dalam erti kata lain, pada masa hadapan teknologi ini akan mengambil alih banyak peranan manusia dalam beberapa bidang.

Fakta Teknologi Artificial Intelligence

Walaupun teknologi AI seakan-akan memudahkan manusia pada masa akan datang, terdapat beberapa fakta atau perkara menggerunkan yang mungkin tidak ramai tahu.

Kali ini, kami akan berkongsi beberapa perkara yang perlu dirisaukan sekiranya penggunaan teknologi AI semakin meluas kelak.

1. Ramai manusia akan kehilangan kerja

Penggunaan robot dan teknologi AI semestinya akan memudahkan tugasan manusia. Malangnya dengan penggunaan teknologi AI yang semakin meluas pada masa akan datang, ianya bermaksud ramai manusia akan hilang pekerjaan.

Jika pada masa kini sahaja pekerjaan semakin sukar didapati, maka sudah tentu keadaan akan bertambah sukar dengan penggunaan teknologi AI dalam pelbagai bidang.

Mengikut syarikat konsultan popular dunia PricewaterhouseCoopers (PwC), robot dan teknologi AI akan mengambil alih 21% pekerjaan di Jepun, 30% pekerjaan di UK dan 38% pekerjaan di Amerika Syarikat.

Menjelang abad berikutnya, dijangkakan 50% pekerjaan akan dimonopoli oleh teknologi ini yang seterusnya akan menyebabkan lebih ramai manusia hilang pekerjaan.

Antara sektor atau bidang yang paling terkesan dengan perluasaan penggunaan teknologi AI ini adalah pengangkutan dan penyimpanan dimana 56% daripadanya akan diuruskan oleh robot dan mesin.

Industri pembuatan dan peruncitan juga dijangka terkesan teruk dengan anggaran 46% hingga 44% akan dioperasikan oleh mesin dan robot.

2. Monopoli pasaran AI oleh syarikat-syarikat besar

Perkembangan teknologi AI ini semestinya akan melahirkan ratusan startup baru yang memfokuskan kepada pembangunan teknologi ini.

Kini, boleh dikatakan setiap syarikat besar menumpukan fokus besar kepada pembangunan teknologi AI.

Maka, tidak hairanlah syarikat-syarikat gergasi seperti Facebook, Apple, Google dan Samsung sanggup melaburkan jutaan ringgit untuk membeli startup-startup ini.

Trend pembelian startup yang membangunkan teknologi AI oleh syarikat-syarikat besar ini juga begitu menggerunkan.

Secara kolektifnya, 140 buah startup berkaitan teknologi AI sudah dibeli oleh syarikat-syarikat besar dalam tempoh 5 tahun kebelakangan ini.

Mengikut trend ini, mungkin pada masa hadapan kita akan dapati bahawa teknologi ini akan dimonopoli oleh syarikat-syarikat besar ini sahaja.

3. Teknologi AI mungkin akan sukar dikawal pada masa hadapan

Setiap robot yang dilengkapi dengan teknologi AI mampu belajar sesuatu perkara baru dengan sendirinya.

Ini bermakna, terdapat kemungkinan bahawa ianya akan melakukan sesuatu perkara yang berlainan daripada tujuan asal ianya diciptakan.

Di Jepun, terdapat sebuah robot bernama Pepper yang dicipta dan didatangkan dengan emosi dan perasaan.

Menurut pakar, perkara ini adalah sesuatu yang membimbangkan kerana dengan kewujudan emosi, maka robot juga boleh bertindak untuk melakukan sesuatu perkara mengikut emosinya semata-mata.

4. Teknologi AI mampu membunuh manusia

Dalam sejarah, terdapat beberapa kejadian dimana robot yang dibangunkan dengan teknologi AI ini telah menyebabkan kematian pada manusia.

Misalnya pada tahun 1981, Kenji Urada, seorang pekerja di kilang membuat motosikal telah dibunuh oleh sebuah robot yang sedang melakukan kerja di kawasan berhampiran.

Kejadian ini berlaku bilamana robot tersebut mengesan beliau sebagai sebuah ancaman, lalu menolaknya ke sebuah mesin.

Robot tersebut kemudiannya menggunakan tangan hidrauliknya untuk memukul pekerja tersebut sehingga mati.

Kes ini hanyalah satu daripada beberapa kes serupa dimana robot yang dilengkapi teknologi AI mampu bertindak sendiri sehingga membunuh manusia.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: iluminasi

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon