Tuesday, April 02, 2019

Sejarah Permainan Battle Royale PUBG, Fortnite Dan H1Z1


Boleh dikatakan sebahagian besar anak muda dizaman internet hari ini yang memiliki telefon pintar bermain atau pernah menyertai permainan online genre battle royale seperti PUBG Mobile, Fortnite dan Free Fire.

Battle Royale Game

Namun, dari mana datangnya idea untuk menghasilkan permainan ini? Ia merupakan satu idea yang bernas sehingga permainan jenis ini mempunyai jutaan pemain harian ketika ini.

Novel Jepun Hasil Karya Koushun Takami

Battle Royale Game
Battle Royale.

Menurut laman The Loot Gaming, idea untuk menghasilkan permainan sebegini datang dari sebuah novel Jepun yang bertajuk “Battle Royale” itu sendiri.

Hasil karya Koushun Takami yang diterbitkan pada tahun 1999 itu mengisahkan tentang 40 orang pelajar universiti yang diculik dan ditinggalkan di sebuah pulau selama tiga hari.

Mereka dibekalkan dengan barangan seperti air, ubat-ubatan, peta, kompas dan senjata. Semua pelajar tersebut berbunuhan sesama mereka untuk menjadi orang yang terakhir hidup selepas tiga hari itu berakhir.

Novel ini kemudiannya diadaptasi menjadi manga dan filem di mana kedua-duanya telah berjaya terjual dengan lakunya.

Brendan Greene atau nama dalam permainannya, Player Unknown adalah insan yang bertanggungjawab membangunkan permainan battle royale sehingga ke tahap populariti sekarang.

Beliau tertarik dengan mod Survivor Game Z bagi permainan DayZ pada tahun 2013 di mana ia mengambil konsep dari novel Battle Royale dan juga filem barat popular, The Hunger Games.

Kemudian, beliau membangunkan modnya sendiri bagi permainan Arma 2 dan juga Arma 3.

Selepas itu, Greene telah bersetuju untuk memberi lesen kepada pihak Daybreak untuk menghasilkan permainan mandiri berkonsep battle royale pertama H1Z1: King of the Kill dan ianya berjaya menarik minat ramai.

Bagaimanapun, ada beberapa pihak yang mempersoalkan dan kurang bersetuju dengan dakwaan Greene bahawa beliaulah yang mencipta permainan berkonsep battle royale ini.

Blue Hole Studio & PUBG

Brendan Greene and Kim-chang Han
Brendan Greene dan Kim Chang-Han.

Melihat kepada kejayaan itu, penerbit dari syarikat Blue Hole Studio yang berasal dari Korea Selatan, Kim Chang-Han telah menghubungi Greene untuk mengajaknya bekerjasama.

Hasil dari kerjasama inilah munculnya permainan popular hari ini, PlayerUnknown’s Battleground (PUBG). Kini, ia muncul sebagai antara permainan video paling laris terjual sepanjang zaman.

Selepas daripada itulah muncul beberapa permainan video dengan konsep sama seperti Fortnite, Free Fire dan yang terkini Apex Legends.

Mungkin ada yang mendakwa Fortnite telah dibangunkan dahulu sebelum PUBG, namun sebenarnya ujian beta bagi PUBG telah tersedia pada bulan Mac 2017 manakala Fortnite hanya dilancarkan pada Julai tahun yang sama.

Tidak kiralah permainan battle royale yang mana menjadi pilihan hati, nikmatilah mereka sementara ia masih menjadi trend sebagaimana anda menikmati Angry Birds, Clash of Clans mahupun Snake satu masa dahulu.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: wiser

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon