Wednesday, April 03, 2019

Halalkah Restoran Jepun Dan Korea Di Malaysia?


Hanya melihat pelayan bertudung dan dikunjungi ramai pelanggan Melayu, restoran itu dianggap menyediakan makanan halal. Itulah senario bagi menggambarkan betapa tipisnya penanda aras kebanyakan masyarakat Melayu beragama Islam di negara ini dalam menentukan sama ada sesebuah restoran itu berstatus halal ataupun sebaliknya.

Restoran Jepun dan Korea tidak halal
Gambar hiasan.

Suka atau tidak, itulah rea­litinya malah masih ramai yang tidak menyedari kebanyakan restoran asing khususnya menawarkan menu Jepun dan Korea yang kini menjadi kegilaan ramai termasuk orang Melayu tidak memiliki status halal.

Tinjauan di beberapa pusat membeli-belah sekitar ibu kota turut mendapati banyak restoran seumpama itu tidak menggantung serta memaparkan logo atau sijil perakuan halal pada pintu masuk premis walhal di dalamnya penuh de­ngan pelanggan beragama Islam.

Jika ada pun, hanya sekadar papan tanda no pork dan no alcohol yang jelas belum mampu lagi menjamin taraf halal sesuatu sajian, sedangkan banyak lagi elemen yang wajar diragui bagi seorang pengguna Islam termasuk bahan digunakan dalam penyediaan hidangan ditawarkan.

Dalam pada itu, seorang pengurus restoran Melayu yang sudah lama berke­cimpung dalam perniagaan makanan Jepun mendedahkan, makanan Jepun secara tradi­sinya mempunyai resipi tersendiri termasuk penggunaan arak atau alkohol sebagai penambah perasa.

Jelasnya secara terperinci, tiga jenis arak yang wajib ada dalam masakan Jepun dikenali sebagai mirin, sake dan cuka tidak halal.

Lebih 90 peratus restoran Jepun di Malaysia dipercayai masih mengekalkan tradisi mereka de­ngan menggunakan alkohol dalam pembuatan sushi serta beberapa jenis makanan lain dan hukum memakan makan tersebut jelas haram bagi umat Islam.

Penggunaan tiga bahan tersebut cukup terkenal terutamanya dalam proses penyejukan sushi. Bahan itu akan digaul sebati sekali gus menjadikan makanan tersebut lembap, cukup rasa (masam manis) dan enak.

Tambahnya, beberapa makanan lain yang berasal dari negara matahari terbit itu juga boleh disifatkan sebagai syubhah antaranya ramen dan Chuka Idako (anak sotong kurita).

Proses penyediaan ramen Jepun kebiasaannya menggunakan air rebusan lemak khinzir atau ayam. Bagi Chuka Idako, pembekal dari Jepun mengelaskan bahan tersebut kepada dua kategori iaitu halal dan tidak halal, katanya.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: utusan

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon