Thursday, March 14, 2019

Blue Hole Di Sabah Syurga Penyelam Skuba


Sabah kini nampaknya mempunyai tarikan terbaharu yang bakal menarik lebih ramai pelancong datang ke negeri di bawah Bayu itu selepas penemuan tapak selam skuba yang dikenali dengan nama Blue Hole di Terumbu Tingkayu, Lahad Datu, Sabah mungkin tidak disangka oleh sesiapa.

Lokasi Blue Hole Sabah

Blue Hole ini ditemui oleh sekumpulan penyelam skuba termasuk penyelidik dari Taman-Taman Sabah (TTS) ketika sedang mengikuti Ekspedisi Saintifik bagi mengumpul data sumber marin di Teluk Darvel pada 14 Februari 2019 lalu.

Untuk pengetahuan, Blue Hole itu ditemui dengan dua struktur lubang biru, dianggarkan sedalam 15 meter (45 kaki) ke dasar laut dan ia merupakan penemuan tunggal seumpamanya di Malaysia.

Perjalanan ke Blue Hole itu hanya memakan masa 30 minit menaiki bot laju dari Silam Coast Conservation Area (SCCA) dan kedudukannya berdekatan dengan Pulau Sipadan di Semporna. Jadi, pelancong dari Semporna boleh terus ke kawasan Teluk Darvel ini.

Selain boleh dibuka kepada penyelam sebagai ‘open water’, Blue Hole ini juga boleh dijadikan tapak aktiviti ‘sea walking’ yang cukup terkenal di pulau Sabah.

Jika Blue Hole ini dipromosikan sebagai tapak selam skuba, ia boleh menjadi tarikan pelancongan hebat sebaris dengan The Great Blue Hole di Belize, Blue Hole Deam di Bahamas dan Dragon Blue Hole di China.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: fmt

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon