Sejak kemerdekaan, Malaysia dan Indonesia sering menganggap kedua-duanya sebagai sahabat baik yang merupakan ‘satu rumpun’. Walaubagaimanapun, keadaan ini juga merupakan salah satu penyebab berlakunya pergesaran di antara kedua-dua negara terutamanya dalam isu budaya, tuntutan bertindih wilayah maritim dan layanan buruk majikan Malaysia kononnya, terhadap pekerja Indonesia.
Ketidakpercayaan dan wasangka ini diapi-apikan lagi dengan media Indonesia memainkan pelbagai sentimen terhadap negara kita menyebabkan sebahagian rakyat Indonesia untuk menanamkan persepsi kurang tepat terhadap kita rakyat Malaysia dan negara kita.
Ini adalah lima persepsi kurang tepat Indonesia terhadap kita:
1. Rakyat Malaysia tidak berjuang mendapatkan kemerdekaan daripada British
Ramai rakyat Indonesia yang berfikiran bahawa rakyat Malaysia tidak berjuang untuk mendapatkan kemerdekaan pada tahun 1957 dan berkesimpulan bahawa kemerdekaan tersebut diberikan kepada kita begitu sahaja. Kebanyakan rakyat Indonesia berbangga bahawasanya mereka berjuang untuk mengusir Belanda dari tanahair mereka.
Jelas sekali bahawa mereka tidak membaca sejarah perjuangan pejuang kebebasan tanahair kita seperti Mat Salleh, Rentap, Mat Kilau, Rosli Dhobi, Tok Janggut, Dol Said dan Haji Abdul Rahman Limbung, antaranya, yang berani menentang pemerintah British.
Perlu diingat bahawa sementara British adalah kuasa besar dunia waktu berakhirnya Perang Dunia Kedua, Belanda pula bukan begitu.
Malah, Belanda pernah dijajah oleh Jerman pada tahun 1940. Sekiranya Indonesia dijajah British, besar kemungkinan tidak akan berlaku peperangan sepertimana penentangan yang berlaku terhadap Belanda.
Rakyat Malaya berperang untuk mendapatkan kemerdekaan melalui cara diplomasi yang banyak menyelamatkan nyawa untuk mengukir jalan kemerdekaan buat Persekutuan Malaya pada tahun 1957.
Cara yang sama digunakan untuk memerdekakan Sabah dan Sarawak menerusi Persekutuan Malaysia pada tahun 1963 – manifestasi bahawasanya rakyat Malaysia adalah pencinta keamanan.
2. Malaysia lebih maju daripada Indonesia kerana Malaysia bekas jajahan/naungan British
Penjajah British telah menjarah Malaya lebih daripada 100 tahun sebelum negara ini mencapai kemerdekaan pada tahun 1957.
Malaya, Sabah dan Sarawak tidak pernah dianggap oleh British sebagai koloni berharga jika dibanding Singapura ataupun Hong Kong. Pembangunan infrastruktur hanya dilakukan untuk kepentingan ekonomi British dan bukannya untuk rakyat tempatan.
Sebagai contoh, landasan keretapi pertama di Malaysia dibina pada tahun 1885 hanya menghubungkan di antara Port Weld (Kuala Sepetang) dengan Taiping untuk mengangkut bijih timah dari Lembah Kinta ke kawasan pelabuhan untuk dieksport.
Menara Berkembar Petronas, Putrajaya, Jambatan-jambatan Pulau Pinang, Lebuhraya Pantai Timur, Lebuhraya Utara Selatan, Empangan Bakun, MRT, LRT, Lebuhraya Pan-Borneo dan kemudahan infrastruktur serta pendidikan/ sosio-ekonomi yang lain hanya dibangun secara meluas setelah Merdeka.
Kemudahan-kemudahan ini hanyalah cuma angan-angan dalam mimpi-mimpi rakyat Malaysia sewaktu 150 tahun era pemerintah British.
Malaysia menjadi negara moden seperti ini hari ini bukanlah kerana pemberian British, tetapi adalah atas usaha rakyat Malaysia yang mahu melakukan yang terbaik untuk bagi mempersediakan negara yang hebat bagi generasi akan datang.
3. Rakyat Malaysia tidak mempunyai budaya tersendiri
Malaysia adalah sebuah negara bermasyarakat majmuk dengan orang-orang Melayu, Cina, India dan Bumiputra Sabah dan Sarawak membentuk populasi utama negara. Sebelum Malaysia dan Indonesia mencapai kemerdekaan di pertengahan abad ke-20, tidak pernah wujud sempadan politik antarabangsa di antara kedua-dua negara dan warga Nusantara bebas untuk bergerak dari satu kawasan ke kawasan yang lain di dalam Kepulauan Melayu.
Oleh kerana itu, terdapat banyak orang-orang Melayu Malaysia yang berketurunan Bugis, Jawa, Minang dan Batak dan berkongsi banyak persamaan budaya dengan orang-orang Indonesia menerusi tarian tradisional, makanan tradisi dan bahasa.
Adalah tidak tepat bagi Indonesia untuk terus menerus menuduh Malaysia untuk ‘mencuri’ budaya Indonesia sedangkan golongan-golongan ini hanya mempraktikkan budaya yang serupa kerana mereka berkongsi susur galur keturunan yang sama.
Agak aneh kita tidak pernah mendengar China memprotes pengalaman budaya Cina yang diamalkan oleh masyarakat Cina Malaysia seperti Tarian Naga atau menyambut Tahun Baru Cina dan sama juga, kerajaan India tidak pernah membantah bagi masyarakat Tamil/India di Malaysia yang mempraktikkan amalan dan kepercayaan yang sama atau hampir sama dengan mereka di Tamil Nadu atau mana-mana wilayah di India.
4. Majikan Malaysia memperlakukan pekerja Indonesia dengan kejam
Memang benar terdapat sebilangan kecil majikan Malaysia yang mengasari pekerja Indonesia mereka.
Akan tetapi, ini bukanlah realiti sebenar yang berlaku. Peluang pekerjaan yang agak banyak di Malaysia juga banyak membantu menghasilkan pekerja migran yang berjaya mengubah taraf sosio-ekonomi mereka, atau ‘pahlawan devisa’, gelarannya di Indonesia.
Ini boleh dilihat dari bilangan pekerja haram dari Indonesia yang sanggup menyeberang Selat Melaka semata-mata untuk bekerja di Malaysia walaupun mereka tahu bahaya yang akan menimpa sekiranya mereka ditangkap.
Ini sekaligus menunjukkan di mata mereka Malaysia dilihat sebagai bumi emas yang menjanjikan kemakmuran. Sekiranya Malaysia ialah bumi kekejaman, kenapa mungkin mereka berbondong-bondong menempuh kesusahan datang ke mari?
5. Rakyat Malaysia menghina rakyat Indonesia menerusi gelaran ‘Indon’
Majoriti rakyat Indonesia sangat sensitif dengan gelaran ‘Indon’ yang sering digunakan oleh rakyat Malaysia. Walaupun gelaran ini dianggap penghinaan oleh sebahagian besar rakyat Indonesia, banyak rakyat Malaysia yang menganggapnya hanya sekadar kependekan daripada perkataan ‘Indonesia’, seperti Bangla untuk ‘Bangladesh’, Pinoy untuk ‘Filipina’, Aussies untuk ‘Australia’ dan Brits untuk ‘British’.
Memang benar kebanyakan rakyat Malaysia tidak tahu gelaran ini adalah suatu penghinaan. Penggunaan gelaran ini jauh sekali digunakan dengan niat untuk menghina rakyat Indonesia. Akan tetapi, memandangkan gelaran ini dibenci dan tidak disukai, adalah lebih baik untuk menggantikannya dengan ‘Indo’ ataupun ‘Indonesia’.
Kesimpulan
Sebenarnya terdapat lebih lagi persepsi yang boleh disenaraikan tetapi lima ini adalah yang utama yang perlu diperbetulkan dari masa ke semasa. Rakyat Malaysia dan rakyat Indonesia secara dasarnya adalah bersaudara.
Walaupun dipisahkan oleh garis sempadan politik antarabangsa, jauh di sudut sanubari, mereka tetap dedaunan dari pohon yang sama.
Inilah masanya untuk rakyat Malaysia dan rakyat Indonesia meletakkan ke tepi perbezaan di antara mereka untuk mengelakkan pertikaian yang boleh merosakkan hubungan diplomatik di antara kedua-dua negara.
Semoga memberi manfaat.
BACA INI JUGA:
sumber: thepatriots

- Jerat Percintaan Kahwin Campur Masyarakat Indonesia
- 5 Perkara Jangan Lakukan Jika Melancong Ke Indonesia
sumber: thepatriots