Monday, December 17, 2018

Maksud Mimpi Melihat Emas Dan Perak


Emas adalah impian ramai orang sejak dahulu kala kerana ia mampu menjadikan seseorang hidup kaya dan senang. Tetapi, bagaimana jika anda bermimpi melihat emas? Apa maksudnya dalam kehidupan sebenar?

Mimpi Melihat Emas

Mari kita lihat penjelasan dan tafsirnya dibawah.

EMAS

1. Mimpi memperolehi emas ertinya akan mendapat susah atau sesuatu yang tidak disukai atau wangnya hilang atau dimarahi penguasa. Jika mempunyai pekerjaan, bererti dipecat daripada pekerjaannya.

2. Mimpi mendapat emas yang digunakan sebagai bekas (tempat menyimpan sesuatu) bererti mendapat susah.

3. Mimpi melihat emas bererti hutang dan susah bagi orang lelaki, tetapi baik bagi orang perempuan.

4. Menurut Abu Said al-Waidh, emas mempunyai erti yang kurang baik. Ini kerana ia dilihat daripada nama emas dalam bahasa Arab yang di sebut “zahab”, ertinya ‘pergi’. Kemudian, warnanya juga kuning yang menunjukkan sakit atau susah.

WANG EMAS

1. Mimpi melihat wang emas di tangannya bererti mendengar ucapan yang tidak baik, yang menyebabkan kesakitan. Jika bilangan emas itu diketahui, maka susahnya sedikit sahaja.

2. Jika hitungan emas itu ada lima, bererti mengerjakan sesuatu yang diterima. Jika mempunyai wang emas yang tidak terlalu besar dan tidak terlalu kecil, bererti rumah kecil yang baik.

3. Mimpi memberi sekeping wang emas kepada seseorang atau hilang sekeping wang emas, bererti ilmunya hilang.

4. Mimpi menemui satu wang emas, bererti kesusahan di sebabkan oleh orang tua. Jika wang emas itu banyak, bererti rezeki yang diperolehi dengan susah payah.

5. Mimpi melihat banyak emas, bererti amanat daripada Allah SWT. Firman-Nya dalam surah Aali-Imran 3:75 yang bermaksud, “Ada orang yang jika engkau percaya dengan harta yang banyak, pasti akan diberikannya kepadamu.”

6. Mimpi di tangannya ada lima keping wang emas, bererti menunaikan solat lima waktu. Jika wang itu hilang, ertinya juga demikian. Jika hilang dua keping, bererti meninggalkan dua waktu solat.

7. Melihat wang emas yang tidak mempunyai lukisannya, bererti agama atau jalan yang lurus. Wang emas yang mempunyai gambar bererti sebaliknya.

8. Mimpi menemui wang emas, sebelah muka ada tulisan nama Allah SWT dan sebelah muka yang satu lagi mempunyai gambar, jika yang bermimpi orang Islam, bererti kafir.

9. Mimpi menemui, diberi atau memberikan empat keping wang emas, bererti memperolehi kedudukan dan kemuliaan serta martabat daripada seorang wanita. Bahkan, kadang-kala menemui perkara yang sama dalam keadaan jaga.

10. Mimpi ada orang memberikan banyak wang emas, bererti orang itu zalim. Jika dia memberikan orang beberapa keping wang emas, bererti dia orang zalim.

11. Mimpi memperolehi beberapa wang emas di dalam debu atau diambil dengan tangannya kemudian hancur, bererti mendapat kesusahan kerana orang tua perempuan (ibu) kemudian kesusahan itu hilang.

12. Mimpi melihat emas, bererti orang yang soleh. Jika orang yang tidak baik, bererti berkhianat dalam soal harta.

Firman Allah SWT dalam surah Ali-Imran 3:75 yang bermaksud, “Sebahagian daripada mereka ada orang yang jika engkau percaya dengan satu wang dinar, maka tidak disampaikannya kepadamu, kecuali selama engkau berdiri di atasnya (menuntutnya).”

13. Mimpi ada mayat memberikan wang emas, bererti selamat daripada penganiayaan. Jika diberi tetapi tidak mahu menerima, bererti harus berhati-hati terhadap penganiayaan ke atas dirinya.

14. Mimpi memberikan beberapa wang emas kepada orang, bererti hilang kesusahannya.

15. Melihat wang emas di kepala seorang wanita, bererti perhiasan bagi wanita.

PERAK

1. Mimpi melihat perak, bererti kegembiraan atau kadang-kala bererti kesedihan.

2. Perak yang tulen atau utuh bererti berita yang benar. Jika perak pecah bererti berita bohong dan pertengkaran.

3. Mimpi menemui sepotong perak yang dihancurkan atau dia memberikannya kepada orang, bererti dia mengahwini orang di tempat itu.

4. Mimpi masuk ke dalam besi perak, bererti isteri menipunya.

5. Mimpi menemui perak yang banyak, bererti mendapat peti simpanan.

6. Wang perak dalam mimpi mempunyai pelbagai maksud, sesuai dengan pelbagai jenisnya. Ini kerana kebanyakan orang yang menemui wang perak dalam mimpi, dia akan menemuinya ketika terjaga sama seperti yang dilihatnya dalam mimpi.

7. Mimpi mendapat beberapa wang perak, bererti mendengar pembicaraan yang baik atau mengesakan Allah SWT, terutama jika wang perak itu berwarna putih lagi indah.

8. Mimpi melihat wang perak berwarna hitam dan mempunyai gambarnya, bererti pertengkaran dan peperangan.

9. Mimpi diberikan wang perak di dalam uncang atau dompet, bererti ada orang yang berbicara dengannya tentang sesuatu yang dirahsiakan lalu dia menyimpan rahsia itu.

10. Wang perak yang kecil bererti anak kecil.

11. Mimpi kehilangan wang perak kecil, bererti mendapat susah dan kesulitan disebabkan oleh anak kecil. Jika wang itu ditemui semula, bererti kesusahan itu akan hilang, jika tidak dijumpai, bererti anak itu meninggal dunia.

12. Wang perak yang telah dicampur, bererti gosip atau fitnah.

TAFSIR LAIN TENTANG MIMPI EMAS

1. Mimpi melihat emas ertinya ada kesempatan atau peluang yang baik untuk anda.

2. Mimpi memiliki emas meramalkan anda akan menjadi sukses dalam apa pun usaha yang dilakukan saat ini.

3. Mimpi menemui emas atau harta karun emas, ertinya mendapat keuntungan besar.

4. Jika mimpi menemui emas atau harta karun emas namun menyembuyikan kembali harta tersebut, ertinya akan beruntung namun tidak disukai kerana tamak.

5. Mimpi mengubur emas (bukan emas yang ditemui) ertinya akan mendapat pertolongan yang tidak disangka-sangka.

6. Mimpi membeli emas maknanya akan mendapat pasangan hidup yang kaya raya.

7. Mimpi diberikan hadiah emas atau mendapat warisan emas ertinya akan mengalami hidup yang mudah dan menyenangkan.

8. Mimpi dititipkan emas untuk dijaga ertinya mendapat kehormatan.

9. Mimpi menyimpan emas ertinya akan dibebankan tanggung jawab besar yang imbalannya besar pula.

10. Mimpi kehilangan emas ertinya mengalami ketidakberuntungan.

11. Mimpi emas dirompak ertinya anda tidak disukai orang lain.

12. Mimpi merompak emas orang lain ertinya ada orang tertentu yang anda tidak sukai.

13. Mimpi menjual emas ertinya anda akan kehilangan peluang dalam hidup kerana lalai.

14. Mimpi bekerja di kedai emas tafsirnya adalah anda berusaha merebut hak orang lain.

15. Mimpi wang emas berjatuhan dari langit ertinya sama dengan hujan wang.

16. Mimpi melihat emas ditutup dengan lumpur atau tersembunyi di suatu tempat bererti kegagalan.

17. Mimpi emas yang disimpan di suatu tempat atau ditempatkan dalam beg tanpa melihat warnanya bererti mimpi yang baik dan harus mengharapkan keuntungan, asalkan kamu adalah orang yang saleh.

18. Erti mimpi mengenakan gelang emas bererti akan dapat mewarisi kekayaan.

19. Erti mimpi memakai dua gelang emas atau cincin bererti masalah yang timbul akibat perbuatan sendiri.

20. Erti mimpi mengenakan gelang emas atau perak bererti akan mengalami rasa takut atau masuk penjara. Dalam keadaan apa pun, gelang untuk lelaki, rantai dan segala macam perhiasan untuk mereka bermakna buruk atau menyimpan kalung, cincin dan anting-anting maknanya sama saja.

21. Erti mimpi mengenakan kalung emas bererti akan dipercayakan dengan beberapa tugas yang tinggi atau diberikan suatu negara atau bandar untuk kamu memerintah disana.

22. Erti mimpi memakai anting-anting emas bagi lelaki bererti anda adalah seorang penyanyi yang baik.

23. Erti mimpi menerima sebuah cincin emas, cincin khas bererti melemahnya keyakinan agama, kecuali ada sesuatu yang diukir di atasnya.

24. Erti mimpi menerima sebuah cincin emas yang tidak terlihat seperti cincin dan dengan apa-apa diukir di atasnya: bererti akan kehilangan beberapa rasa memiliki atau akan membangkitkan murka dan kemarahan.

25. Erti mimpi melihat salah satu rumah yang terbuat dari atau dilapisi dengan emas bererti rumah akan terbakar.

26. Erti mimpi melihat satu tangan terbuat dari emas bererti tangan akan lumpuh.

27. Erti mimpi memberikan sepotong emas besar bererti akan menjadi penguasa atau tanggungjawab akan ditingkatkan.

28. Mimpi memakai gelang emas dalam mimpi bererti menerima warisan.

29. Memakai perhiasan emas dalam mimpi bererti pernikahan dengan orang yang tidak serasi.

30. Mimpi mengenakan kalung emas, atau kalung perak atau kalung bertatahkan permata dalam mimpi bererti bahawa anda akan menjadi seorang pemimpin atau mendapat kepercayaan.

31. Jika seseorang melihat emas berubah menjadi perak dalam mimpi, itu bererti penurunan nilai atau keadaan yang berubah dalam hubungannya dengan wanita, anak-anak atau harta.

p/s: Ini adalah untuk pengetahuan dan pembacaan semata-mata dan bukanlah sebagai kepercayaan 100%.

Wallahu a'lam.

BACA INI JUGA:

sumber: 1 | 2

1 comment

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon