Friday, December 14, 2018

Ketahui Bahaya Gula HFCS Dalam Makanan Harian Kita


Ramai orang tahu bahaya gula pasir dan cuba kurangkannya, jadi pilihan yang lebih sihat mungkin dengan mengambil jus buah, madu dan yogurt buah iaitu gula semulajadi? Tapi benarkah begitu?

Bahaya Gula HFCS

Sebenarnya, gula yang paling banyak dalam makanan proses terutamanya keluaran negara US dan China ialah “gula buah” dalam bentuk sirap jagung tinggi fruktosa (high fructose corn syrup).

Fruktosa ni sejenis gula ringkas yang dihasilkan daripada buah. Biasanya diambil daripada hasil pemprosesan jagung.

BAHAYA BERLEBIHAN GULA FRUKTOSA

Gula jagung tinggi fruktosa (HFCS) ini merupakan gula sintetik murah yang baru dicipta pada abad ke-20 ini bagi memenuhi peningkatan permintaan gula yang mahal.

Gula HFCS merupakan gula yang paling meluas digunakan terutamanya di dalam industri makanan diproses.

Gula jagung HFCS ini banyak disembunyikan di dalam makanan proses dengan pelbagai nama.

Antara nama lain gula toksik ini:
  • Agave Syrup
  • Maize syrup
  • Glucose/fructose syrup
  • Corn-syrup solids
  • Corn Syrup
  • Corn Sweetener
  • Dahlia syrup
  • Fruit fructose
  • Crystalline fructose
  • Gula Jagung
  • Pekatan Jus Kismis

Makanan proses biasanya mengandungi HFCS dan antara makanan-makanan proses yang tinggi gula ini adalah:
  • Air tin dan kotak termasuk jus buah.
  • Cereal.
  • Koktel buah.
  • Gula-gula dan coklat.
  • Yoghurt berperisa.
  • Aiskrim.
  • Roti dan pastri
  • Air peket 3 dalam 1.

Bahaya air bergas

Sebab itulah kenapa air gas itu berbahaya, bukan pada “gas” tetapi pada kandungan gula yang tinggi di dalamnya, yang mana jenis gulanya ialah gula sirap jagung tinggi gula fruktosa (HFCS).

Sebenarnya, kebanyakan jus buah di pasaran tidak banyak kandungan sebenar buahnya, tetapi paras tinggi 'perisa' gula fruktosa dengan air gas dalam tin itulah kandungan sebenarnya. Sangat menakutkan.

Makan buah tinggi serat sebelum makan

Jadi, elakkan amalan minum jus buah dengan gula tambahan. Paling bagus ialah makan buah tinggi serat yang dapat mengurangkan penyerapan gula fruktosa ini dengan cepat ke dalam badan.

HFCS Setanding Arak

Gula HFCS ini mempunyai persamaan mengejutkan dengan ARAK:
  • Keduanya menyebabkan ketagihan.
  • Keduanya meningkatkan risiko obesiti.
  • Keduanya perlu diproses di organ hati dan tidak boleh digunakan terus oleh badan.
  • Keduanya juga meningkatkan asid urik yang menyebabkan gout.
  • Keduanya cenderung menyebabkan penyakit hati berlemak dan merosakkan hati.
  • Keduanya juga meningkatkan trigliserida dan kolesterol lemak jahat VLDL.
  • Keduanya menyebabkan masalah metabolik, hormon dan penyakit jantung.
  • Keduanya menyebabkan peningkatan stres radikal bebas yang menyebabkan keradangan dan kerosakan.
  • Keduanya juga meningkatkan produk glikasi (AGEs) yang merosakkan organ dan menyebabkan penuaan.

Pengambilan berlebihan juga dikaitkan dengan perkembangan pesat sel kanser pancreas mengikut kajian.

Maka tidak hairan jika Professor Dr Robert H. Lustig, seorang pakar endokrinologi kanak-kanak dan juga pakar obesiti merujuk gula buah ini sebagai, “ALCOHOL WITHOUT THE BUZZ”. Arak yang tidak memabukkan!

Sebelum munculnya gula fruktosa jenis HFCS ini, pengambilan gula dalam pemakanan hanya 15 gram sehari berbanding 73 gram pengambilannya di zaman moden ini. Mengapa terlalu tinggi?

Gula fruktosa ini tidak bersalah sebenarnya malah boleh jadi sihat jika diambil secara sederhana.

Masalah utamanya ialah majoriti kita mengambil gula ini dengan banyak tanpa sedar. Masih ramai yang tidak tahu betapa bahayanya gula ini.

Malah, tidak kurang juga yang rasa gula buah ini kononnya lebih sihat. Kesian.

Kesimpulannya, elakkan manis dalam pemakanan, banyakkan manis dalam senyuman. Insha Allah kesihatan akan menjadi lebih baik.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: hafizsulaiman

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon