Tuesday, October 16, 2018

WheatGrass, Superfood Terbaik Untuk Kesihatan Usus


Rumput gandum atau Wheatgrass ialah tumbuhan gandum biasa dipanggil triticum aestivum, sejenis rumput yang boleh dijadikan jus atau dikisar sebagai serbuk halus hijau yang digunakan bagi mencipta produk pelbagai guna untuk manusia dan haiwan.

Khasiat WheatGrass

Luaran tumbuhan ini tidak ubah seperti rumput di tepi jalan tapi siapa sangka Wheatgrass adalah makanan luar biasa yang mengandungi khasiat mengagumkan untuk kesihatan.

Bukan hanya kandungannya yang sihat, Wheatgrass juga kaya serat yang sangat baik untuk membantu usus melancarkan pencernaan.

Pelbagai kajian sejak beberapa tahun ini mengenai manfaat minuman jus rumput gandum mentah untuk kesihatan termasuk selsema biasa dan batuk, sembelit dan kolitis, penyakit kulit, jangkitan dan radang.

Wheatgrass mengandungi 22 vitamin, 92 mineral dan 8 asid amino. Kebaikannya juga memberi manfaat untuk kesihatan di sebabkan oleh kepekatan klorofil yang tinggi, vitamin A, B12 (complex), B6, C, E, K dan beta karotena.

Wheatgrass atau rumput gandum juga dapat;
  • Membuang toksin dalam badan.
  • Membersihkan kolon (dalam usus).
  • Meningkatkan tenaga.
  • Meningkatkan imun sistem.
  • Membersihkan darah.

Tinggi Khasiat

Mempunyai struktur molekul yang sama kepada hemoglobin (komponen darah) kaya dengan kandungan klorofil.

Mengandungi sumber terbaik kalsium, fosforus, kalium, magnesium, zink, natrium dan asid amino.

Minuman wheatgrass dapat mengurangkan kesan yang telah merosakkan darah setelah membuat kemoterapi.

Perkara ini tidak ramai yang tahu kerana selepas penyelidikan ternyata wheatgrass mempunyai kandungan antioksida yang tinggi.

Melawan Radikal Bebas

Wheatgrass juga mula dikaji untuk penyakit jantung dan kanser kerana pelbagai sifat kesihatan dan kuasa penyembuhannya yang menakjubkan.

Sejak berabad dulu ia sudah dimakan secara mentah oleh orang purba dan nenek moyang kita sudah menyedari manfaatnya sebagai makanan tumbuhan yang padat dengan nutrien.

Anda dinasihatkan supaya memulakan pengambilan rumput gandum secara perlahan-lahan sekiranya ingin menggabungkannya dalam diet harian.

Hanya mengambil satu auns sehari dan secara beransur-ansur kepada dua auns memberi manfaat yang baik untuk kesihatan.

Bagaimanapun, kerana kesan rumput gandum adalah kuat, anda hanya perlukan dua auns sehari untuk menikmati faedahnya, malah paling baik jika ia diambil semasa perut kosong agar dapat diserap dengan lebih baik.

Perlu lebih banyak fakta yang meyakinkan anda untuk bermula mengambil lebih rumput gandum dalam diet harian?

Berikut antara 20 kebaikan serta khasiat Wheatgrass dan sebab pengambilan rumput gandum baik untuk anda:

1. Baik Untuk Darah

Daun hijau rumput gandum mengandungi klorofil yang berfungsi sebagai komponen penting untuk darah.

2. Mudah Dicerna

Tumbuhan halus yang mengandungi pelbagai vitamin, mineral dan enzim yang segar di dalam minuman ini mudah dicerna.

3. Melambatkan Penuaan

Klorofil mengandungi enzim hidup yang melawan radikal bebas di dalam badan untuk melambatkan proses penuaan.

4. Menguruskan Badan

Klorofil membantu menguruskan, juga memberhentikan pertumbuhan bakteria tidak mesra daripada tumbuh dan berkembang di dalam badan.

5. Kandungan Klorofil Tinggi

Walaupun klorofil boleh diekstrak daripada pelbagai jenis tumbuh-tumbuhan, rumput gandum mengandungi sejumlah klorofil jauh lebih tinggi kerana ia boleh menyimpan sejumlah besar unsur lain.

6. Merawat Kulit

Klorofil membantu menyembuh dan merawat lapisan kulit untuk keadaan seperti ekzema, gatal-gatal dan keracunan.

7. Merawat Penyakit Hidung

Rumput gandum membantu menghilangkan kesesakan hidung dan selesema, juga resdung kronik.

8. Detoks

Klorofil membantu membersihkan hati daripada lebihan toksin yang dimakan setiap hari.

9. Mengawal Paras Gula

Ia juga membantu menyeimbangkan tahap gula di dalam darah.

10. Superfood

Dianggap sebagai makanan berkhasiat lengkap kerana ia mengandungi spektrum penuh dengan vitamin, mineral, dan unsur surih yang diperlukan oleh badan kita.

11. Merawat Usus

Rumput gandum membantu untuk menangani penyakit usus dan meningkatkan penghadaman.

12. Merawat Kulit

Ia juga membersih kulit dan boleh diserap jika badan direndam di dalam tab yang hangat dengan jus berkenaan.

13. Merawat Sakit Sendi

Membantu melegakan kesakitan artritis apabila diletakkan di atas sendi kerana klorofil membantu menyembuhkan keradangan.

14. Masalah Kelemumur

Sapu beberapa sudu jus rumput gandum di atas kulit kepala dan biarkan ia selama 20 minit. Ia juga dikatakan membantu menangani uban.

15. Merawat Tiroid

Rumput gandum membantu penurunan berat badan kerana ia membantu menguruskan kelenjar tiroid dan ia juga banyak membantu anda mengurangkan pengambilan pemakanan anda.

16. Mencegah Kerosakan Gigi

Rumput gandum bertindak sebagai pengkumur mulut semula jadi. Berkumur jus rumput gandum untuk beberapa minit membantu untuk mencegah kerosakan gigi, melegakan sakit gigi dan merawat gusi berdarah.

17. Antioksidan

Ia mengandungi antioksidan yang membantu mengurangkan jumlah kolesterol darah dan meningkatkan HDL atau kolesterol baik dan juga tahap vitamin C dalam darah.

18. Tinggi Kandungan Serat

Ia juga kaya dengan kandungan serat bagi membantu meningkatkan kesihatan pencernaan terutama apabila dimakan sebagai sebahagian daripada diet yang kaya dengan serat larut dan tidak larut seperti buah-buahan segar dan sayur-sayuran.

19. Baik Untuk Mata

Ia membantu untuk meningkatkan penglihatan pada keseluruhannya terutama penglihatan pada waktu malam.

20. Baik Untuk Mental

Secara semula jadi, ia membantu anda tidur nyenyak, meningkatkan isyarat ke saraf dan mewujudkan kesejahteraan mental yang lebih baik.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: hmetro

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon