Sunday, October 21, 2018

Sejarah Disebalik Kejayaan GRAB


Anthony Tan merupakan seorang pelajar di Sekolah Perniagaan Harvard apabila dia ditarik oleh rakan sekelasnya ketepi untuk merungut tentang bagaimana sukarnya untuk menahan teksi di Malaysia. “Kenapa dengan teksi di negara ini?” Anthony mengimbas kembali rungutan yang dibuat kawannya tiga tahun lalu.

Sejarah Disebalik Kejayaan GRAB

“Moyang awak merupakan seorang pemandu teksi, datuk awak memulakan industri kereta Jepun di Malaysia, jadi buatlah sesuatu tentangnya.”

Bermula pada tahun 2012, Anthony hampir 3 tahun menubuhkan syarikat ini, hampir 350 juta dolar telah dilaburkan dan kini syarikat ini dikenali sebagai start-up yang paling berjaya di Asia Tenggara.

Mempunyai pelanggan dan rakan kongsi di hampir 21 bandar di rantau Asia, aplikasi kenderaan ini membolehkan pelanggannya mengunakan kereta sesiapa sahaja sebagai alternatif kepada teksi dengan tambang pada kadar yang berpatutan.

Malahan dikatakan harga perkhidmatan pemandu Grab lebih murah daripada pemandu teksi biasa.

Bagi pemandu Grab pula, aplikasi ini membolehkan mereka menerima lebih banyak tempahan dan membantu mereka untuk merancang perjalanan dengan lebih efisien.

Merancang Strategi

Dia kemudiannya mula menyusun rancangan untuk memulakan perniagaan yang lebih kurang sama seperti Uber serta telah berjaya menawan hati pelabur-pelabur berpotensi dengan rancangan tersebut.

Ini menyebabkan anak bongsu daripada tiga beradik ini memilih untuk berhenti daripada perniagaan keluarganya pada tahun 2012 untuk memulakan GrabTaxi, sebuah aplikasi mudah alih yang berfungsi sebagai pemanggil teksi-teksi menggunakan teknologi pemetaan dan perkongsian lokasi.

Mengenai Grab

GrabTaxi, merupakan sebuah aplikasi teksi yang telah dimuat turun oleh 9 juta peranti mudah alih di 28 bandar yang terletak di enam negara – Malaysia, Singapura, Filipina, Indonesia, Vietnam dan Thailand.

Ia telah berjaya mengumpul sebanyak $700 juta setakat ini dalam lima pusingan pembiayaan daripada pelabur-pelabur seperti Softbank, GGV Capital, Tiger Global Management dan Vertex Venture Holdings, syarikat kepunyaan kerajaan Singapura.

Anthony Tan

Apabila Anthony Tan telah berjaya menamatkan pengajiannya di Sekolah Perniagaan Harvard pada tahun 2011, beliau dijangka akan menyertai kedua-dua abangya di dalam perniagaan milik keluarganya, Tan Chong Motors.

Sebaliknya, Anthony Tan, memutuskan untuk mencuba nasibnya dengan aplikasi teksi mudah alih yang pada asalnya beliau hanya melakar untuk sebuah peraduan yang dianjurkan pusat pengajiannya di Harvard.

Ibu Anthony Tan adalah antara orang pertama yang telah melabur dalam projek ini; namun bukan bapanya, Tan Heng Chew (bapanya telah disenaraikan oleh Forbes sebagai individu ke-16 paling kaya di Malaysia pada tahun 2015).

Datuk Sebagai Inspirasi

Walaupun begitu, bak kata pepatah ‘manakan tumpah kuah kalau tidak ke nasi’ Anthony berkata, datuknya, Tan Yuet Foh, yang merupakan seorang usahawan yang merupakan inspirasinya.

Beliau yang dulunya hanya merupakan anak seorang pemandu teksi di Kuala Lumpur, kini telah berjaya membina sebuah empayar jualan dan pemasangan auto bertaraf multinasional.

Tan Yuet Foh, (datuk kepada Anthony) dan datuk saudaranya yang mengasaskan Tan Chong Motor. Ia bermula sebagai pengedar kenderaan motor kecil pada tahun 1950 sebelum berkembang menjadi syarikat pemasangan kereta untuk Nissan di Malaysia .

Anthony Tan pernah menyertai perniagaan keluarganya buat seketika selepas menamatkan pengajian di University Chicago, bermula di bahagian kilang sebelum ditugaskan secara sementara di pelbagai jabatan, termasuk di bahagian-bahagian seperti khidmat pelanggan dan pemasaran.

“Saya hidup di bawah bayang-bayang datuk saya,” kata Anthony, yang pernah mempunyai pengawal peribadi sehingga dia berusia 13 tahun dan mempunyai seorang pemandu peribadi yang sering mengambil peluang menjana pendapatan dengan menawarkan servis Grabcar apabila Anthony sedang berada di luar negara. Menurut Anthony, “Jenama ini sudah dikenali ramai di rantau ini dan ia agak memenatkan.”

Harapan Anthony

“Sama ada Grabtaxi ini akan membawa pulangan balik dari segi kewangan atau tidak, saya tidak tahu,” katanya.

“Saya rasa ia tidak penting bahawa ini adalah satu-satunya peluang yang saya ada untuk melakukan perbezaan,” tambahnya lagi.

Tan Hooi Ling

Merupakan seorang remaja pada tahun 90-an, Tan Hooi Ling berkata dia sentiasa minat akan gajet serta berminat untuk mengetahui bagaimana sesetengah perkara berfungsi.

Jadi bukanlah sesuatu yang menghairankan apabila dia menjadi salah seorang pengasas teknologi yang sedang berkembang maju di Asia Tenggara

Amalkan Sikap ‘Low-Profile’

Mengaku dirinya seorang yang pendiam, beliau mengamalkan sikap yang lebih ‘low-profile’ daripada Anthony Tan, pengasas Grab yang lebih dikenali ramai.

Namun begitu dia mengulas, “Sebenarnya itulah cara yang saya suka. Kami mempunyai kekuatan masing-masing yang saling melengkapi seperti Yin dan Yang. Dia yang memberi tumpuan kepada perkara-perkara seperti pemasaran, dan hubungan dengan pelabur. Saya pula suka akan prosesnya, memastikan mereka yang terlibat dalam perkara ini menyiapkan kerja mereka.“

Tan menekankan dia sentiasa terlibat dengan “Grab” dan hanya pergi ke McKinsey kerana dia “terikat” dengan firma itu, kerana firma itu yang membayar yuran pengajiannya ketika di sekolah perniagaan.

Beliau menyatakan bahawa apabila GrabTaxi pertama kali dilancarkan sebagai MyTeksi di Malaysia dia mengambil cuti selama enam bulan di McKinsey untuk melancarkan syarikat tersebut.

Beliau berkata keputusannya untuk meninggalkan Amerika ialah kerana keadaan peribadi beliau telah berubah.

Dia yang memegang jawatan sebagai Ketua Pegawai Operasi (COO) di Grab berkata, “yang utama bukannya jawatan itu tapi yang anda lakukan,” termasuk memberi tumpuan kepada 3 bidang utama, produk – selain GrabTaxi, ada GrabHitch, perkhidmatan berkongsi kereta, GrabCar, untuk menyewa kereta secara sendirian dan GrabBike – bahagian sumber manusia dan pengalaman pelanggan.

Tan berkata matlamatnya adalah “untuk membuat GrabTaxi sebesar yang boleh. Saya fikir Grab telah bermula sebagai sebuah platform teksi, kemudian menjadi sebuah platform pengangkutan, malahan ia boleh menjadi sebuah platform untuk pelbagai perkara di Asia Tenggara.“

Tan Wanita Berjaya di Sektor STEM

Walaupun agak luar biasa bagi seorang wanita untuk berjaya dalam sektor teknikal, Tan berkata, dia tidak pernah berasa diskriminasi jantina menjadi sebuah isu.

Ini kerana beliau berkata Grab mempunyai ramai pekerja wanita tetapi mengakui kebanyakan juruteranya adalah lelaki (90%).

Beliau berkata ini kerana tidak ramai wanita yang mahu mengambil jurusan sains komputer kerana itulah yang mereka ingin lakukan, namun ia adalah salah, jika mereka tidak berada dalam bidang ini kerana telah diberi gambaran oleh masyarakat bahawa wanita tidak boleh berada dalam sektor ini.

Fokus Terhadap Asia Tenggara

Anthony Tan and Hooi Ling Tan
Anthony Tan and Hooi Ling Tan.

Menurut Tan, dia dan Anthony ghairah tentang Asia Tenggara. Pertama kerana “ia adalah rumah kami,” dan kedua, “jika anda melihat mana-mana syarikat global yang lain, negara-negara di Asia Tenggara jarang berada dalam senarai pelaburan mereka.”

"Kami tahu orang lain tidak akan peduli mengenai perkara-perkara yang berlaku di Asia Tenggara dan meletakkan usaha (melabur) untuk menjaganya.”

Persaingan antara Grab dan Uber

Namun begitu, Grab mempunyai pesaing dalam bidang ini, terutamanya Uber, yang mempunyai sokongan dana yang besar (ia telah berjaya mengumpul $8 bilion dalam pembiayaan).

Grab berkata Uber merupakan peneraju pasaran di Asia Tenggara, berdasarkan bilangan pemandu dan penggunaan penumpang dan menurut pembekal data Pitchbook, Grab mempunyai nilai pasaran sebanyak $1.5 bilion.

Tan tidak tertarik kepada penilaian syarikat, malah beliau hanya mengatakan bahawa dia adalah seseorang yang sentiasa berjimat cermat” dan kekayaan dimlilikinya tidak pernah mengubah gaya hidup beliau.

Sumbangan Grab Kepada Masyarakat

Anthony berkata firma itu amat bangga dengan bagaimana ia telah membantu membina banyak kehidupan yang lebih baik.

“Kami sedang mewujudkan pelbagai peluang pekerjaan dan pendapatan. Kami mempunyai lebih 500,000 pemandu di seluruh Asia Tenggara.

"Selepas menyertai Grab, pemandu kami telah dapat melihat sekurang-kurangnya peningkatan sebanyak 35% dalam pendapatan harian mereka.

"Ia juga sedang memupuk bakat dalam sektor kejuruteraan," tambah Anthony lagi.

SEJARAH GRAB

1. Grab Bermula Daripada Idea Pelajar Untuk Start-Up

Pada awal pelancaran, sebanyak 11,000 orang telah memuat turun aplikasi ini. Sehingga kini, Grab telah dimuat turun dan digunakan oleh hampir beberapa juta pelanggan.

Menurut Tan, secara puratanya, ada 7 tempahan yang dibuat setiap saat dan populariti mereka semakin meningkat bukan kerana strategi pemasaran sebaliknya kerana kebolehan mereka menyelesaikan masalah yang sebenar yang dialami oleh pengguna.

Pada awalnya, ia adalah idea bisnes untuk untuk Harvard Business Plan Competition yang dianjurkan pada tahun 2011. Tan merupakan pelajar jurusan bisnes di Harvard.

Tan dan rakannya berkongsi cerita mengenai sistem teksi di Malaysia dan daripada situ Tan mendrafkan bagaimana untuk membantu pelanggan tradisional teksi untuk mendapatkan kenderaan dengan mudah.

Pendekatan Tan berbeza dengan syarikat Uber. Idea tersebut memenangi tempat kedua dan mereka adalah rakyat Asia pertama yang memenangi pertandingan seumpamanya.

Kata Tan lagi, idea memulakan GrabTaxi tercetus apabila melihat sistem teksi Malaysia yang baginya agak tidak teratur dan bermasalah.

Pemandunya juga tidak dapat menjana wang yang cukup dan sering merungut mengenai pekerjaan mereka.

Kes-kes yang berkaitan dengan pemandu teksi juga menimbulkan rasa yang tidak selamat untuk penumpang wanita. Keinginan untuk menyelesaikan masalah inilah yang membuatkan aplikasi ini direka.

2. Aplikasi Grab Mula Dikenali

Pada awalnya, mereka bergelut dengan cabaran yang besar untuk memperkenalkan konsep aplikasi dan teknologi yang baru kepada para pemandu.

Kadang-kadang bukanlah kerana mereka ini buta teknologi, sebaliknya mereka ini enggan untuk belajar perkara baharu.

Untuk bermula, mereka terpaksa berjalan kaki, mereka terpaksa mencari pemandu-pemandu, mengambil tahu di mana tempat mereka melepak dan tempat mereka menunggu penumpang.

Ada yang berada di lapangan terbang, kompleks membeli- belah, dan stesen minyak.

Situasi dahulu dan sekarang sudah menjadi terbalik. Kalau dahulu mereka yang bersusah payah mencari pemandu, kini orang ramai pula yang mencari mereka dan menawarkan diri untuk menjadi pemandu.

Namun begitu, mereka masih mengekalkan tradisi mengambil pemandu cara manual dimana mereka berjumpa terlebih dahulu semasa menandatangani surat perjanjian. Hal ini kerana, keselamatan adalah perkara utama bagi mereka.

Kini Grab mempunyai hampir 500 pekerja dan di Malaysia sahaja kira-kira 60,000 orang mendaftar dengan Grab untuk menjadi pemandu.

Walaupun aplikasi mereka menggunakan teknologi moden, Tan masih lagi mengekalkan cara yang lama untuk beberapa urusan niaga seperti menjawab panggilan telefon di bahagian khidmat pelanggan dan beberapa urusan lain meskipun sudah bergelar CEO.

Malahan sama seperti pengasas UBER, Tan juga sering menggunakan perkhidmatan ini dan kebanyakkan pemandu tidak mengenalinya.

Tan mengambil kesempatan ini untuk bertanyakan pandangan para pemandu mengenai aplikasi yang mereka guna. Kata beliau, kita harus tahu masalah mereka, melihatnya dan merasainya supaya syarikat dapat meningkatkan kualiti untuk keselesaan bersama.

3. Detik-Detik Cabaran Bagi Syarikat Grab

Grabcycle
Grabcycle.

Tan akui yang perjalanannya bukan senang. Pada tahun 2013, mereka mengembangkan sayap ke Manila selepas berjaya dengan pelancaran di Kuala Lumpur.

Namum begitu, ia tidak berjalan lancar seperti yang disangkakan. Kata Tan, ada satu ketika mereka tidak mampu membayar pekerja.

Pekerja tidak berkata apa-apa kepada mereka, dan mereka juga tidak tahu yang mereka tidak dibayar hinggalah sebulan kemudian.

Menurut Tan, ini adalah kesilapan dalam perancangan mereka. Mereka tidak merancang dan berbelanja dengan baik.

Peristiwa ini memberikan kesedaran kepada mereka untuk lebih berhati-hati dalam keterujaan untuk mengembangkan bisnes.

Pada awalnya, Grab telah diberikan suntikan modal oleh keluarga Tan sendiri. Namun, selepas itu ada syarikat-syarikat lain yang ingin melabur ke dalam syarikat Grab seperti Vertex Ventures bermula pada tahun 2014.

Namun konflik timbul kerana keluarga Tan masih melabur pada masa yang sama dan ini menjadi konflik kepada syariakt tersebut kerana mereka mahukan rakan pelabur yang profesional untuk menjaga kredibiliti dan disiplin.

Situasi di Manila mengajar mereka untuk mengumpul dana bagi menyelamatkan syarikat. Tan terpaksa guna duit kesemua ahli keluarga dan mereka berjaya selamatkan syarikat.

Peristiwa ini mengajar mereka yang sebagi usahawan harus tahu untuk menjaga ‘cashflow’ syarikat dengan sangat teliti.

4. Grab Utamakan Pelaburan Dalam R&D

Setelah berjaya memulihkan ‘cash flow’ syarikat, Tan telah belajr untuk berbelanja dengan bijak. Beliau berpendapat yang adalah sangat penting baginya untuk melaburkan wang syarikat dalam bidang R&D.

Mereka telah berjaya mengambil bekas pekerja Facebook untuk mebantu mereka meningkatkan kualiti dalam aplikasi mereka sekarang dan pada masa hadapan. Oleh itu, Grab telah membuka satu pusat R& D yang besar di Singapura.

Bagi Tan, mereka tidak perlu melabur untuk pengiklanan sebaliknya mereka melabur untuk bakat yang berkualiti. Upah orang yang pandai daripada kamu dan boleh membantu syarikat untuk jadi lebih hebat.

Tan juga menasihatkan yang satu kesilapan yang dia pernah lakukan dalam bisnes adalah, menghabiskan masa terlalu banyak dengan pelabur dan kurang bersama dengan pekerja.

Tan belajar yang pekerja adalah penting dan sama memerlukan majikan. Mereka menyertai anda jadi mereka berhak dengan masa yang anda luangkan untuk mereka.

Terkini, Grab turut melancarkan GrabBike di sekitar bandar Ho Chi Minh City, Hanoi, Vietnam, Bangkok, Thailand dan Jakarta kerana permintaan yang tinggi. Apa yang menarik mereka turut menawarkan insuran perlindungan untuk pemboncengnya.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: toodia | majalahniaga

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon