Saturday, October 20, 2018

Kenapa Gastrik Masih Sakit Walaupun Sudah Makan Ubat, Ini Penjelasan Pakar


Memang tak boleh digambarkan dengan kata-kata bila serangan sakit gastrik datang. Rasa sakit di perut tu rasa macam ditoreh dengan pisau dan angin dalam badan pun banyak.

Kenapa Gastrik Masih Sakit Walaupun Sudah Makan Ubat, Ini Penjelasan Pakar

Kadang-kadang kita dah makan ikut waktu pun masih lagi mengalami sakit gastrik. Kenapa? Ini jawapan dari pakar mengenai sakit yang anda alami.

GASTRIK DAN PANTANG LARANGNYA

“Doktor, saya kena gastrik. Dah pergi makan ubat tapi tak OK.”

Selalu sangat pesakit datang semula ke klinik kerana lepas makan ubat gastrik, masih lagi mengadu pedih ulu hati, mual, kembung perut atau tak ada selera makan.

Gastrik atau istilah perubatannya, gastritis, adalah keradangan pada mukosa dinding perut, dan ia boleh dirawat dengan efektif jika ubat di ambil dengan betul.

Ramai pesakit ambil ubat dengan cara yang salah. Ada juga yang tak jaga pantang larang.

ANTARA PENYEBAB GASTRIK
  • Jangkitan kuman Helicobacter pylori.
  • Penyalahgunaan minuman alkohol.
  • Merokok.
  • Stres.
  • Kurang tidur/rehat.
  • Jadual makan yang tidak teratur dan makanan tidak berkhasiat.
  • Obesiti.
  • Pengambilan ubat tahan sakit (jenis NSAID) yang berterusan.

UBAT DAN RAWATAN GASTRIK

Lazimnya kalau pesakit kena gastritis, doktor akan beri beberapa jenis ubat, antaranya:

1. Antasid

Ubat untuk meneutralkan asid perut yang telah di rembeskan. Asid berlebihan dalam perut boleh menyebabkan iritasi pada mukosa yang telah radang, oleh sebab itu, perut kita rasa.

Kalau dah pedih perut, ambil antasid. Ini ubat pelega. Boleh juga ambil sebelum makan, tak payah tunggu selepas makan makanan. Contoh: Magnesium Trisilicate (MMT).

2. Ubat mengurangkan penghasilan asid perut

Ubat jenis ni ada pelbagai klasifikasi, namun matlamatnya satu. Kurangkan penghasilan asid. Ubat jenis ini selalunya dalam bentuk tablet.

Ia adalah ubat mengawal atau mencegah simptom gastritis. Contoh: Ranitidine, Omeprazole, Nexium.

3. Ubat mengurangkan perut memulas dan kejang

Iritasi pada perut menyebabkan otot perut alami kontraksi, ubat ini fungsinya merelakskan otot perut maka kuranglah kesakitan. Contoh: Hyosine(buscopan).

4. Ubat menghambat angin

Ia akan mengurangkan rasa sebu dan kembung perut. Contoh: Simethicone(Hydrosil)

5. Antibiotik

Jika dan hanya diberikan jika doktor sudah periksa dan mengesahkan ada jangkitan bakteria helicobacter pylori.

PANTANG LARANG UBAT GASTRIK

JANGAN makan ubat lain bersama antasid. Sesetengah ubat telah direka untuk diserap dengan efisien dalam persekitaran berasid, namun selepas anda makan antasid, keasidan dalam perut berkurang dan menggangu kecekapan menyerapan ubat itu.

Jarak masa antara ambil antasid dan pengambilan ubat lain sebaiknya, satu jam atau lebih.

Ubat gasrik yang lain boleh diambil sebelum atau selepas makan. Tiada masalah.

Seeloknya ubat ini diambil dalam langkau masa yang tetap (contoh setiap 8 jam).

Selain mengambil ubat, ada beberapa pantang larang lain untuk mengelakkan akan mempercepatkan pemulihan gastritis.

TIPS-TIPS LAIN UNTUK KAWAL GASTRIK
  • Berhenti merokok.
  • Berhenti minum minuman keras.
  • Elak pengambilan kopi (Starbucks mahupun Kapal Api).
  • Elak makanan pedas dan berminyak.
  • Elak ambil NSAID berterusan.
  • Elakkan makan terlalu banyak.
  • Makan jumlah kecil tetapi kerap dan teratur.
  • Tidur/rehat secukupnya.
  • Bersenam dan jaga berat badan.

BILA PERLU JUMPA DOKTOR SEMULA?

Jika dah makan ubat seperti yang disyorkan oleh doktor dan masih ada simptom. Kena periksa lebih lanjut. Sakit perut yang sangat kuat. Khuatir ada ulser/bocor/tersumbat.

Jika muntah, ada darah segar, atau berwarna merah kehitaman. Itu tanda pendarahan. Najis berwarna hitam. Juga tanda pendarahan dari perut.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: siraplimau

1 comment

  1. Pernah tolong kawan kena waktu dia kena gastrik ni.. mmg sengsara tengok

    ReplyDelete

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon