Thursday, October 04, 2018

Bahaya Fenomena Air Pusar Dan Kepala Air Di Sungai Atau Lombong


Saban tahun kita sering dikejutkan dengan berita yang menyayat hati dengan kejadian lemas di sungai, kolam, tasik, lombong dan dihanyutkan arus deras. Mengapa ini terjadi? Adakah faktor alam, peralatan, manusia atau pihak berwajib patut disalahkan?

Fenomena Air Pusar

Fenomena kepala air sering berlaku bila aliran air sungai yang kuat akibat hujan lebat di kawasan anak sungai atau hulu sungai dan mengalir ke sungai utama. Fenomena ini berlaku ketika hujan lebat dan cuaca tidak menentu.

Perlu penjelasan

Kadangkala kawasan hilir sungai tidak berlaku hujan lebat, namun hujan lebat dan luar biasa di kawasan hulu. Keadaan ini juga mengakibatkan berlaku fenomena kepala air.

Keadaan ini sangat berbahaya kerana aliran arus dan air yang kuat ini membawa puluhan sampah-sarap seperti daun kering, ranting kayu, kelodak, batu dan sisa batang pokok atau balak yang dibuang di sungai.

Aliran air sungai dan arus yang kuat ini merempuh apa sahaja yang ada di laluannya.

Disebabkan aliran yang kuat inilah mangsa tidak dapat berbuat apa-apa ketika aliran air yang kuat ini berlaku.

Air pusar atau 'hidraulik' ini berlaku secara semula jadi disebabkan faktor morfologi sungai di kawasan jeram dan faktor ketinggian air. Tidak semua jeram mempunyai pusaran air yang berbahaya.

Berdasarkan pengetahuan, pusaran air ini dapat dikelaskan kepada dua, iaitu jenis 'frowning' dan 'smiling.'

Jenis 'frowning' ini agak berbahaya kerana pusaran air di dalamnya akan menarik apa sahaja objek yang melaluinya ke tengah jeram, manakala jenis 'smiling' ini tidak bahaya kerana objek yang melaluinya dapat keluar dengan mudah dari sudut tepi jeram.

Tanda berlaku fenomena kepala air ini ialah cuaca gelap di hulu sungai (puncak bukit) yang menandakan hujan di kawasan berkenaan.

Air yang meningkat naik secara tiba-tiba, air berubah warna kepada kekuning-kuningan secara tiba-tiba dan air sungai berbuih dengan jumlah yang banyak di permukaan.

Bagaimanapun, tidak semua tempat atau kawasan seumpama ini mempunyai siren amaran bagi memberi amaran kepada pengguna di kawasan itu.

Pusaran air ini boleh dilihat melalui laluan arus sungai sama ada kuat atau perlahan. Pusaran air ini sering berlaku di kawasan sungai yang mempunyai jeram.

Faktor ketinggian air juga memainkan peranan penting kerana jika berlaku kenaikan air akibat hujan pada hari sebelumnya, kawasan pusaran air menjadi lebih kuat disebabkan arus yang menolaknya.

Kaedah menguji pusaran air itu dengan membuang objek seperti ranting kayu ke pusaran, adalah cara yang amat berguna dan sering digunakan oleh penggiat kayak dan rafting arus deras.

Jika objek yang dibuang ke dalam pusaran itu tidak ditolak keluar, menandakan pusaran air berkenaan berbahaya kerana pusaran air menarik objek yang melalui kawasan itu.

INFO: Punca Lemas

Pusaran air
  • Terhasil dari pertemuan arus berlawanan.
  • Memiliki aliran air ke bawah secara vertikal.
  • Mangsa seolah-olah ditarik ke bawah.
  • Pusaran kecil hanya berlaku di kawasan air terjun.
  • Menghasilkan pusaran berskala kuat.
  • Kawasan sempit menghasilkan pusaran kuat.

Tanda terdapat pusaran air
  • Sering berlaku di sungai yang mempunyai jeram.
  • Ketinggian air selepas hujan penentu kekuatan pusaran.
  • Uji kawasan dengan membuang objek seperti ranting kayu.
  • Jika objek itu tidak ditolak keluar menandakan air berkenaan bahaya.

Terbahagi kepada dua

1. Frowning
  • Berbahaya.
  • Pusaran air akan menarik apa sahaja objek yang melalui ke tengah jeram.

2. Smiling
  • Tidak bahaya.
  • Objek yang melaluinya dapat keluar dengan mudah dari sudut tepi jeram.

Kepala air
  • Gelombang aliran air mengejut dalam kuantiti besar.
  • Mengalir dari hulu sungai atau air terjun ke sungai utama.
  • Lazimnya berpunca takungan daripada hujan lebat di hulu sungai.
  • Amat bahaya kerana ia menghasilkan arus besar dan deras.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: bharian

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon