Sunday, October 07, 2018

Bahaya Makan Kentang Goreng!


Kentang goreng hangat dengan siraman mayonis dan sos cili pasti membuat anda ingin mencubanya namun, hati-hati kerana disebalik keenakan kentang goreng, ada bahaya yang tersembunyi!

Bahaya kentang goreng

Selain ia mudah disediakan, ianya turut menjadi pilihan ibu bapa untuk menjadikanya sebagai hidangan kepada anak-anak.

Tidak hairanlah kentang goreng menjadi makanan kegemaran kanak-kanak.

BAHAYA TERLALU KERAP MAKAN KENTANG GORENG

1. Mengandungi lemak

Tidak semua lemak harus dielakkan, ada banyak lemak baik seperti minyak zaitun yang boleh menjaga kesihatan anda.

Namun dalam kes kentang goreng, ia terkandung banyak lemak tepu yang tinggal di tubuh lebih lama dan masuk ke dalam aliran darah.

Akibatnya, terjadi tompok-tompok kecil yang boleh menjadi plak dan menutup aliran darah.

Plak ini menjadi faktor penyebab strok dan serangan jantung.

2. Kandungan garam yang tinggi

Kebiasaannya, selepas menggoreng, kentang akan ditabur garam bagi mendapatkan rasa yang enak.

3. Bahan pengawet

Warna kuning keemasan kentang goreng adalah warna tiruan dan bahan pengawet.

4. Lemak trans

Menggoreng dalam minyak yang banyak akan membawa lemak trans dalam tubuh anda.

Risiko Penyakit Akibat Kerap Makan Kentang Goreng;
  • Strok.
  • Serangan jantung.
  • Kencing manis.
  • Darah tinggi.
  • Kanser payudara.
  • Buah pinggang.

Kesimpulan

Pengambilan kentang goreng secara berpanjangan akan mengundang mudarat tanpa kita sedar.

Banyak penyakit yang berlaku pada hari ini, boleh dikategorikan sebagai kronik atau tahap yang bahaya oleh pakar perubatan.

Ini kerana, pemusnahan sel- sel badan juga berlaku secara perlahan tanpa kita sedar.

Oleh itu, seharusnya kita mengambil berat tentang pemakanan dan mempertimbangkan dengan tindakan yang bijak, bukannya mencari penyebab untuk menempah penyakit yang akhirnya mengundang maut.

Ini termasuklah mengambil makanan yang kaya dengan antioksidan seperti sayur-sayuran dan buah-buahan kerana mencegah itu lebih baik daripada berubat.

Beringatlah, makan secara sederhana dan mengambil langkah-langkah tertentu.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: wom

4 comments

  1. kena elakkan makan kerap ni..tak baik pula utk kesihatan..

    ReplyDelete
  2. Orang dulu-dulu makan ubai kayu rebus je. Kita sekarang semua ang 'insant' termasuk kentang goreng. Baik di beli di pasar malam atau di restoran makanan segera..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Masuk hospital pun instant jugak kan ;-(

      Delete

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon