Saturday, September 22, 2018

Scam Dana Datuk Lukman


Hari ini saya nak siarkan semula tulisan dari blog yang dipetik dari tahun 2016 lagi pasal penipuan manusia melalui pelaburan membawa wang bertrilion ringgit kononnya dari luar negara dan nampaknya terus segar menipu pada saat ini.

SKIM CEPAT KAYA

Saya disiarkan semula sebab hati ini rasa terpanggil dan kesian dengan nasib orang Islam yang tertipu oleh manusia yang tak berhati perut.

Paling mengejutkan jika korang sendiri terlibat, mangsa-mangsa scam ini adalah dari golongan bijak pandai, hakim, guru, ustaz malah anggota polis sendiri.

Nak dijadikan cerita, adalah pelaburan entah apa, macam-macam nama yang di dengar dan ditukar-tukar tapi corak permainan sama saja.

Lukman lah, Jasman lah, tapi 'man' tu tetap sama. Nanti letak lah Seman, Jeman yer.

TAK KISAHLAH MANA-MANA PELABURAN yang kita nak highlightkan disini, jangan guna ISLAM untuk keuntungan haram!

Kononnya, corak pelaburan ni, orang muslim je yang boleh join. Kalau kau bukan Islam tak boleh join (selamat laaa orang yang bukan islam).

So, kau bagi dulu sejumlah duit, tak kisah lah, RM1000, RM2000 atau lebih, yang penting labur lepas tu dapat pulangan berjuta.

RM100 pun ada dan ko boleh dapat 3 juta. Mak ai, kayo mok bapok aku.

Sedihnya. Betapa senangnya kita tertipu dengan duit juta-juta tu. Terus kabur. Logik tak?

Sebab apa mangsa percaya? Mulut longkang dorang la. SANGAT LEMBUT DAN MEMANIPULASIKAN AGAMA UNTUK PUJUK KITA.

DIORANG AKAN CAKAP;

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua AJK dan SH yang saya hormati dan kagumi.

Alhamdullilah, dengan berakhirnya 13hb petang kelmarin, dengan izin Allah program BPIP, perkembangan adalah sangat positive dan hanya menunggu masa untuk proses seterusnya yang mana duit dikeluarkan pada bila-bila masa.

Apa pun kita jangan berhenti untuk berdoa agar smuanya berjalan lancar tanpa sebarang masalah.

Walau bagaimanapun, pada yang ingin mengambil peluang di ambang kejayaan ini, untuk menyumbang masih di terima sehingga jam 12 tengahari ini, bersamaan 14hb September 2018.

*Sekian harap maklum*

NI CONTOH LAGI:

Asslamulaikum AJK n Share Holder semua.

Mohon dari anda agar bersabar serta teruskan berdoa agar segalanya berjalan dengan lancar tanpa ada apa-apa lagi yang sangkut di saat saat penghujung kejayaan program kita ini.

Menurut pengamatan saya sendiri, perjalanan projek kita ini, memperlihatkan bahawa sudah pun game.

Cuma kena ikuti prosedur pengeluaran yang selamat sahaja melalui KDN dan pengeluaran lori disusun atur oleh “XXXXX SECURITY”.

Surat setiap PO2 juga telah ditandatangani semalam termasuk Sabah dan salinan ada saya hantar sama Tn xxxxx dan Ustaz xxxxxx (SULIT!!!3x).

Kini kita hanya menunggu surat daripada KDN untuk proses pengeluaran lori yang dilaksanakan oleh “XXXXX SECURITY” mungkin hari ini atau mungkin minggu depan.

Setakat ini, belum ada cerita daripada atasan yang perlu di top up ($$$$). Pun demikian untuk yang SH ingin memanfaatkan ini sebgai peluang, saya masih menerima sebrang penambahan atau sumbangan sama ada ACC atau HARD CASH dengan nilai seperti nilaian yang terkini.

Pada AJK2 semua, jangan risau ya. Insyallah akan saya panggil juga mengikut giliran ya. Sabar... Sabar... Sabar ya...

*****

NAMPAK TAK? Lembutkan cara diorang ni. Lepas tu masalah timbul di mana;

Assalamualaikum dan salam sejahtera pada semua AJK dan Share Holder yang dihormati.

Berikut dimaklumkan;

Alhamdullilah penghujung urusan BPIP akan tiba. Kita hanya perlu menunggu dalam beberapa hari saja lagi.

Sementara menunggu hari pengeluaran tersebut, kita terpaksa berhadapan dengan bayaran warehouse selama 4 hari (14hb-17hb) sebanyak 96K.

Oleh itu mohon pada Tn XXX buka scoreboard di group AJK dan wajib kepada setiap AJK dengan kerjasama Share Holder untuk buat kutipan RM4K yang akan kita lengkapkan jam 5.00 pm esok (17.09.2018).

Arahan menyeluruh daripada Dato Owner, mana-mana Share Holder yang tidak mengendahkan kewajipan ini, Dato Owner tidak akan mengeluarkan Hard Cash (HC) kepada kumpulan berkenaan.

Pembayaran terakhir ini adalah wajib untuk pengeluaran Hard Cash pada minggu depan.

Kerja sama serta tindakan segera daripada semua AJK serta share holder amat-amatlah diperlukan sesegera yang boleh.

Sekian harap maklum.

KEMUDIAN, AYAT PAHIT MANIS;

MOHON KERJASAMA AJK DAN SH SEMUA UNTUK BUAT COLLECTION SECEPAT YANG BOLEH SEBAB KITA CUMA ADA MASA HARI INI SAJA.

NILAIAN UNTUK SETIAP SUMBANGAN MASIH SAMA IAITU;
  • HARD CASH LUMP SUM 2.6K = 150J 200K
  • RM100 = 300K
  • ACC/HIBAH 1K = 4T
  • RM100 = 3BILION

TAWARAN ISTIMEWA.

MANA-MANA AJK ATAU SHARE HOLDER YANG DAPAT BUAT COLLECTION SEBANYAK RM4K SEBLUM JAM 5 PTG INI, HADIAH TAMBAHAN MENANTI ANDA;
  • HC= 50JUTA
  • ACC=1TRILION

Wassalam.

TIBA-TIBA;

Assalamualaikum dan selamt malam AJK dan SH yang saya hormati.

Memandangkn jumlah collection masih belum mencapai sasaran, maka tempoh dilanjutkn sehingga jam 11.30 malam ini. Mohon kerjasama untuk terus buat sumbangan.

Jika malam ini tidak selesai juga maka, collection terpaksa dianjakkan ke hari esok 18.09.2018 yang kini berbaki 45K lagi setakat ini.

Kerjasama daripada anda semua amat saya harapkan dan hargai demi kejayaan kita bersama.

Wassalam.

AYAT-AYAT MENIPU DITERUSKAN LAGI;

Assalamulaikum dan selamat pagi semua.

Terima kasih yang tidak terhingga atas commitment semua AJK serta Share Holder yang telah berkerja keras untuk membuat collection meskipun tidak mencapai sasaran, namun itu telah membuktikan kesungguhan anda, demi melihat kejayaan semua pihak.

Hari ini adalah jadual untuk pengeluaran HARD CASH untuk 6 PO sahaja yang di susuli oleh po po lain dihari-hari berikutnya dalam jangkaan jam 2.30pm.

INGAT. KENYATAAN SaYA INI AMAT-AMAT SULIT!!!3x.

Namun itu, ada sedikit lagi tugasan yang perlu kita semua selesaikan iaitu bayaran yang tidak cukup semalam berjumlah hanya 15K lagi.

Oleh itu, collection diteruskan untuk menjayakan pelepasan Hard Cash seperti yang di rancang.

Sekian dan harap maklum.

Wassalam.

BAYARAN PARKING LORI;

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua AJK serta Share Holder yang di hormati.

Syukur Alhamdulillah, bayaran ware house telah selasai bayar petang tadi, kelewatan bayaran menyebabkan hari ini hard cash tidak sempat dikeluarkan.

Dato owner menyatakan, esok adalah mula pengeluaran 60 buah lori untuk diagihkan kepada semua PO2.

Masing2 PO kena bayar parking lori.

Lumpsum perlu dibayar RM10K sebelum jam 9.00 malam ini dan di maklumkan bahawa yang sebenarnya kutipan ini tidak ada nilainya.

Walau bagaimanapun, akan diberi nilai daripada Hard Cash sahaja dari pada saya sendiri seperti nilai sebelumnya iaitu rm100=300k.

Mohon kerjasama AJK serta Share Holder untuk percepatkan kutipan ini seawal yang boleh sebelum jam 9 malam ini.

Nota penting:- Semua share holder dilibatkan.

Sekian dan terima kasih.

KEMUDIAN MASALAH KESELAMATAN;

Terkini;

Dari maklumat diterima petang tadi pihak KDN Putrajaya membuat keputusan belum membenarkan lori-lori dilepaskan bergerak diatas jalanraya atas sebab faktor keselamatan masih belum memenuhi SOP dikehendaki.

Salah satu faktor ialah isu info yang viral di media sosial dan blog-blog menyebut hari bakal dilepas, masa lori akan bergerak keluar dari Ware house dan satu lagi ialah ada pihak dikalangan para SHARE HOLDER dan kumpulan masing-masing yang membuat tinjauan hendap di sekitar kawasan berdekatan Ware house dan terus menyebarkan mesej dan info tentang kedudukan Ware house kepada rakan-rakan lain atau grup masing-masing di media sosial.

Keadaan sebegini sangat merbahaya dari sudut atau aspek keselamatan pemilik dan petugas-petugas berkaitan urusan pelepasan lori-lori berkaitan maka pihak Securiti/Keselamatan KDN tidak mahu mengambil risiko sekiranya berlaku sesuatu perkara tidak diingini dan luar jangka sewaktu pelepasan terjadi.

Pihak Pengurusan BPIP disarankan tidak menyebarkan kaitan bila masa tempoh pelepasan bakal berlaku dan mengawal SHARE HOLDER masing-masing dari menyebarkan perihal urusan pelepasan sewenangnya bagi memastikan keselamatan pengendalian proses pelepasan tidak diganggu anasir-anasir tidak diingini.

Semua pihak terlibat diminta kunci mulut, diam dan tunggu dengan sabar sahaja sehingga berlaku pelepasan tanpa ada sebarang gangguan lagi.

PENGELUARAN TERTANGGUH

Assalam semua. Info confidential. Sedikit saja yang dapat disampaikan. Harap makluman ini tidak diviralkan sekalipun pada SH.

Cukup menghubungi diorang sahaja secara private demi keselamatan supaya pengeluaran tidak diketahui ramai terutama mereka yang nak menggagalkan urusan ini.

Pengeluaran hari ini tertangguh. Setiap PO/Leaders kena isi borang Pengesahan Ketidak Terlibatan Kegiatan Dibawah Akta 613 dan Akta A1467 yang saya hantar secara private. Semua PO n leaders dikenakan membayar 6.5K.

Perlu diingatkan semua ahli tidak dibenarkan menunggu atau berkumpul dimana-mana terutama di kawasan ke****. Tunggu saja ditempat masing-masing sehingga ada arahan.

Sekian terima kasih.

***

Tarikh dikemaskini pada 26.9.2018.

***

MANGSA SCAM TERUS MENGHARAP

Mangsa pula asyik top up dan menghabiskan duit belanja demi bayar bermacam masalah tu.

Yang ni belum sampai ke kemuncak lagi. Part paling best, mangsa kena buka akaun bank international untuk urusan agihan duit tu.

Bank tu pula ada satu je kat Malaysia ni, kat Kuala Lumpur!!!!

Difahamkan dana ini sudah wujud dari tahun 2009 lagi. Ada yang sudah meninggal dunia tunggu benda mengarut ni.

Kalau pelaburan ni betul dan sahih, takkan la dalam beribu-ribu seorang pun tak dapat sampai dah tahun 2018.

Kalau benda ni betul, mana hitam putih perjanjian/surat untuk segala urusan?

MANA LESEN KAU? Pelaburan kena ada lesen! Kenapa tak tampil dan tunjukkan muka DATUK OWNER tu? Sebab alasan rahsia kerajaan? Takut kena culik? Takut dirompak? Piirahh!!!

Sekarang makin ramai yang tertipu di seluruh Malaysia dengan aplikasi Whatsapp, Telegram dan melupakan urusan hitam putih.

Inilah punca mangsa lebih senang tertipu dan bergantung dengan ayat-ayat manis jilake ni.

Diorang cakap duit ni untuk orang muslim, hak orang muslim. Kalau tau diri tu muslim, ko tak buat la benda mengarut ni. Kalau ko pegang agama kau, ko tak tipu duit seagama dengan ko.

Dalam pelaburan ko guna nama Islam, tapi ko tak guna nama Islam untuk urusan harian.

Di dunia ko kenyanglah makan duit dorang ni, tapi duit haram yang ko makan tu la yang akan membinasakan kau kat akhirat nanti.

Mangsa dah join dari tahun 2014 sehingga sekarang dan ada sedikit maklumat tentang dana lain.

Tolong baca dan sebarkan ye demi adik-adik, kakak-kakak, abang-abang pak cik mak cik kat luar tu.

Aku pohon la buat mereka yang merancang nak join, tolong la, aku merayu sangat ni, fikir 200 kali, 300 kali atau fikir sampai mampos sebelum join.

Sebab benda ni berkaitan dengan duit. DUIT BRO.

Benda ni merenggangkan keluarga dan menjarakkan manusia serta membangkrapkan!! Demi nak kaya, semua pun sanggup buat apa saja!

INGATLAH bahawa duit tak datang bergolek ngadap muka. Duit datang dengan usaha (BUKAN USAHA TOP UP YER) dan doa selepas kita rajin berusaha dengan tangan yang Allah bagi kat kita.

Duit tak datang dengan doa je. Itu kita kena faham.

Kepada yang dah tertipu tu, dah terlambat nak tuntut balik duit sebab diorang takkan bagi balik punya. Gerenti siot.

Dan kepada yang masih percaya dana-dana jasman ni, lukman ke atau pelaburan lain tu, korang tunggu je sampai akhir dan aku nasihatkan supaya tak top up dah.

Nak melabur juga, laburlah duit korang tu untuk ASB atau pelaburan yang berlesen.

Kalau dah teringin sangat nak jadi jutawan, laburlah ke syarikat-syarikat besar. Kaya teruss..

Alangkah indahnya kita titipkan rasa bersyukur dengan kehidupan yang sudah sedia ada untuk kita.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: najwadivian

6 comments

  1. macam mana tak kena tipu, semua nak cari jalan mudah je dapat wang, tak masuk skim cepat kaya, pergi tikam nombor kat TOTO,Magnum dan da ma chai. Lepas tu lepak warung yang tayang bola, bertaruh pulak kat situ, pasukan mana menang, pasukan mana kalah.
    Sabtu-Ahad pergi mana-mana tempat yang ada "lumba kuda" lagi letak pertaruhan tinggi kat situ, sekali menang dapatle RM30,000, sekali kalah! ha ngaga ke jawabnya.

    ReplyDelete
  2. kenalan saya terlibat dgn projek fatamorgana ini...dn dia masih lg bayar yuran itu yuran ini...info terkini dia kena bayar yuran rm4000
    bahagian yg kenalan saya akn dapt bernilai rm4 trillion, sifu kenalan saya akan dapat rm35 trillion, dn bahagian kerajaan malaysia bernilai rm53 trillion...
    db ramai lagi pelabur pelabur yg dh bocor poket kerana taksib dengan projek fatamorgana ini..

    ReplyDelete
  3. Scam ni memang ramai orang 'pandai' pun tertipu. Kasihan.

    ReplyDelete
  4. Mereka menggunakan sihir jadi sesiapa yang join makan malam dgn mereka ni boleh la nampak macam2 diorg letak dlm makanan yg dihidang.Sebab tu ahli jadi bodoh nak mampus.Yelah dah la tamak haloba lepas tu doa/iman kurang kepada Allah.Bagus pun kena dah nampak mcm pengikut dajjal depe ni

    ReplyDelete
  5. Kepada siapa-siapa tolonglah buat Report polis tentang benda ni. Ahli keluarga saya sendiri pon terlibat dgn perkara ni. Saya sampai mati akal nak pesan. Saya tak berani nk ambik tindakan, kerana saya sedar diri saya. Tapi keadaan dah terlalu teruk. Memang saya doakan orang yg buat dana ni, celaka hidup dia��.

    ReplyDelete

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon