Pelancong Malaysia dilaporkan semakin sukar memasuki Australia ekoran ramai rakyat negara ini datang ke negara itu untuk bekerja sebagai pengutip buah haram.
Lapor portal news.com.au memetik seorang sumber di konsulat Malaysia sebagai berkata, ramai rakyat Malaysia dihalang daripada menaiki pesawat walaupun mempunyai visa pelancong yang sah.
“Mereka menelefon kami mengharapkan bantuan tetapi tiada apa yang dapat kami lakukan kerana halangan itu dibuat oleh pihak berkuasa tempatan,” kata sumber tersebut.
Jurucakap kepada Jabatan Hal Ehwal Dalam Negara Australia mengesahkan Malaysia menduduki tangga teratas untuk kes pembatalan visa, diikuti oleh China, Amerika Syarikat (AS), United Kingdom (UK) dan India.
Ujarnya lagi, beliau juga menafikan rakyat Malaysia tidak menerima layanan sebaiknya ketika berada di sempadan Australia.
“Australia mengalu-alukan kedatangan kira-kira 400,000 rakyat Malaysia ke negara ini setiap tahun untuk tujuan pengajian, perniagaan dan melancong, tetapi kami juga mempunyai proses yang ketat bagi memastikan tidak berlaku sebarang eksploitasi dalam sistem visa kami.
“Sebelum berkunjung ke Australia, orang ramai perlu memastikan mereka mempunyai jenis visa yang betul,” jelas jurucakap terbabit.
Tambah sumber terbabit, rakyat Malaysia juga dilihat semakin sukar untuk memasuki Australia kerana sejumlah besar daripadanya mendapatkan visa perlindungan berikutan kesulitan ekonomi.
“Kami baru-baru ini mengiklankan dua jawatan kosong di konsulat itu dan terdapat banyak rakyat Malaysia yang mempunyai visa perlindungan hadir untuk temu duga.
“Apabila seseorang menerima visa perlindungan Australia, mereka boleh mendapat semua kemudahan termasuklah juga hak pekerjaan yang tidak terhad dengan serta-merta,” ujar sumber itu.
Dalam pada itu, The Daily Telegraph melaporkan, lebih 64,000 orang melepasi tempoh visa mereka ketika berkunjung ke Australia pada tahun lalu dengan rakyat Malaysia mendahului senarai berkenaan.
APA ITU VISA PERLINDUNGAN?
Visa ini boleh difahamkan sebagai sejenis perlindungan yang diberikan oleh kerajaan Australia kepada individu yang dikenalpasti sebagai ‘refugee’ yang sudah berada di dalam Australia samada mendarat atau memasuki sempadan negara ini secara sah ataupun tidak.
Menurut konvension PBB berkaitan Status of Refugee 1951, pindaan protocol 1967, Australia adalah negara yang menawarkan perlindungan kepada bukan-rakyatnya yang berada di dalam Australia, yang mana individu ingin dilindungi tersebut berjaya membuktikan bahawa dirinya adalah pelarian (refugee).
Kepada individu yang tidak boleh didefinisikan sebagai ‘refugee’ tetapi berada di dalam negara Australia, berupaya untuk membuktikan dirinya akan teraniaya dan menderita teruk (significant harm) jika dia dihantar balik ke negara asalnya, layak diberikan perlindungan oleh kerajaan Australia atas dasar definisi Perlindungan Pelengkap, CP (Complimentary Protection).
Sejak 9 Ogos 2008, kepada individu yang memohon visa perlindungan ini akan di berikan ‘Permanent Protection visa’ (PPV) subclass 866 XA.
Visa ini membolehkan anda;
Keadaan yang pasti tidak akan dipertimbangkan untuk kelulusan visa perlindungan ialah:
BURUKKAN NEGARA SENDIRI
Suatu ketika dahulu, para pekerja haram Malaysia yang terdesak untuk mendapatkan visa perlindungan di Australia sanggup memfitnah negara sendiri dengan maklumat palsu sewaktu mengisi borang permohonan yang akhirnya memburukkan imej Malaysia di mata dunia.
Ketika itu, alasan paling popular iaitu terlibat dengan pertubuhan haram Bersih sehingga diburu oleh polis dan kerajaan Malaysia.
Alasan diburu kerajaan Malaysia selepas terlibat dengan Bersih amat popular, tetapi kena pastikan yang sebelum datang memang ada perhimpunan besar. Baru nampak lojik.
Ejen-ejen visa pun menggunakan alasan ini, semacam ada satu set alasan popular yang tidak memerlukan pembuktian secara berdokumen dan perkara ini sudah tersebar dari mulut ke mulut pada masa itu.
Apa pula alasan sebilangan rakyat Malaysia ketika ini? Kurang pasti pula admin.
Semoga memberi manfaat.
BACA INI JUGA:
sumber: utusan
Gambar hiasan.

- Menjadi Penduduk Tetap (PR) Australia.
- Berhak untuk diberikan kelas pembelajaran Bahasa Inggeris.
- Berhak untuk perlindungan sosial secara penuh serta manfaatnya termasuk ‘Medicare’.
- Membenarkan anda ‘sponsor’ ahli keluarga.
- Membenarkan anda untuk bekerja.
- Membenarkan anda mencapai khidmat ‘Settlement Support’.
- Membenarkan anda ‘leave’ dan ‘re-enter’ Negara Australia.
Keadaan yang pasti tidak akan dipertimbangkan untuk kelulusan visa perlindungan ialah:
- Alasan yang kukuh bahawa pemohon telah/sudah/dalam proses; terlibat dengan jenayah keamanan, jenayah perang, atau jenayah kemanusiaan; ATAU terlibat dengan isu jenayah politik yang serius sebelum memasuki Australia; ATAU bersalah terhadap akta atau prinsip kemanan dan kebebasan yang telah diwartakan oleh pihak PBB.
- Asas dakwaan yang kukuh bahawa pemohon adalah individu yang; berbahaya/memudaratkan perlindungan Australia; ATAU telah disahkan dengan keputusan juridikasi akhir bahawa individu pemohon mampu/boleh/berupaya untuk mendatangkan kesan bahaya/mudarat kepada komuniti masyarakat di Australia.
BURUKKAN NEGARA SENDIRI
Suatu ketika dahulu, para pekerja haram Malaysia yang terdesak untuk mendapatkan visa perlindungan di Australia sanggup memfitnah negara sendiri dengan maklumat palsu sewaktu mengisi borang permohonan yang akhirnya memburukkan imej Malaysia di mata dunia.
Ketika itu, alasan paling popular iaitu terlibat dengan pertubuhan haram Bersih sehingga diburu oleh polis dan kerajaan Malaysia.
Alasan diburu kerajaan Malaysia selepas terlibat dengan Bersih amat popular, tetapi kena pastikan yang sebelum datang memang ada perhimpunan besar. Baru nampak lojik.
Ejen-ejen visa pun menggunakan alasan ini, semacam ada satu set alasan popular yang tidak memerlukan pembuktian secara berdokumen dan perkara ini sudah tersebar dari mulut ke mulut pada masa itu.
Apa pula alasan sebilangan rakyat Malaysia ketika ini? Kurang pasti pula admin.
Semoga memberi manfaat.
BACA INI JUGA:
- 11 Fakta Dan Hakikat Sebenar Kerja Petik Buah Di Australia
- 10 Tips Cara Melepasi Imigresen Apabila Melancong Di Luar Negara
sumber: utusan