Wednesday, September 26, 2018

Hubungi 4PM Jika Hutang Bank Sedang Meratah Anda!


Bukan saja-saja nak ‘angkat’ badan bukan kerajaan (NGO) ini, tapi sepanjang Tumpang lalu ikuti perjalanan pahit-jerih Persatuan Penyelesaian Pengguna dan Peminjam Malaysia (4PM) diketuai Rosland Mohd. Ariff ini sejak lima tahun lepas, daya usahanya untuk membebaskan sebilangan peminjam daripada belenggu muflis nampaknya berhasil. Dengan kata lain, berbaloi - win-win situation di sebelah peminjam dan pihak bank.

Hubungi 4PM Jika Hutang Bank Sedang Meratah Anda!

Naik turun tangga puluhan bank, bukan sekali dihalau keluar pegawai sebilangan institusi kewangan sudah jadi perkara biasa buat Rosland dan orang-orangnya dan dalam kebanyakan kes rundingan penyelesaian, hartanah terutama rumah pengadu berjaya diselamatkan 4PM.

Ada satu dua kes sempat dibatalkan beberapa jam saja sebelum jualan lelong dibuka, maka tak hairanlah dari sebuah NGO yang dipandang sepi sebelah mata tetapi berkat kesungguhan Rosland, tahun lepas 4PM dipelawa menjadi rakan Jabatan Insolvensi Malaysia.

Kad kredit

Apa nak dihairankan dengan kes-kes muflis dihadapi pemegang kad kredit ini. Tak bayar interest, tanggung sendirilah akibatnya.

Lagi pun tak pelik kerana memang tanggungan hutang kad kredit terlalu tinggi dikenalpasti punca orang muda bawah 30 tahun, 1.1 peratus individu jatuh muflis antara 2014 hingga 2016 di negara ini.

Tambah lagi setakat Disember 2017 sahaja, terdapat 3.7 juta pemegang kad kredit utama dalam negara, dengan edaran 9.9 juta keping kad.

Dalam tempoh sama, bilangan kes muflis dek ‘penangan’ kad ini mencecah 1,600 orang.

Kata Rosland, “Pasal kad kredit itu betul, tapi yang nak kongsi ini lebih banyak tentang kerenah birokrasi bank mengendalikan kes mangsa kad kredit.

Ada satu kisah yang diadu seorang mangsa kepadanya begini, “Ini pasal kecurian kad kredit. Bagi 4PM, pengadu tak sepatutnya dipertanggungjawabkan di atas tindakan tanpa kebenaran (unauthorized) oleh pihak ketiga yang mencuri kadnya.

Ini kes kad dicuri, bukan kecuaian biarpun seorang pegawai dari bank berkenaan yang abang Lan tak mahu dedahkan nama bank, mendakwa pengadu cuai.

Kad mangsa telah dicuri dalam keadaan dia berhati~hati. Dakwaan pihak bank mengatakan mangsa cuai suatu tuduhan yang tidak bertanggungjawab.

Padahal juga, kata Rosland, “Tandatangan di sales draft dipalsukan, dan pastinya ibu pejabat bank di Kuala Lumpur sudah meneliti semua sales draft dari cawangan banknya di seberang laut (kes kecurian kad berlaku di negara asing).

Yang peliknya, kata beliau, cara menyelesaikan masalah ini diuruskan oleh pihak bank mangsa dengan kesemua tandatangan itu didapati bukanlah signature tulen pengadu.

Jadi, mengapa bank terbabit tidak berhentikan terus segala kadar faedah ke atas jumlah yang dicuri sebaik saja menerima laporan kehilangan kad kredit mangsa, soal Rosland.

Akibatnya, baki kad kredit itu melambung tinggi disebabkan kadar faedah meningkat.

Tambah mengejutkan lagi, tambah Rosland, bank mendesak pula mangsa supaya membayar RM25,000 dan pada masa sama, pihak bank membuat tuntutan RM25,000 lagi dari syarikat insurans mereka.

Ini bermakna bank akan mendapat balik hampir keseluruhan amaun yang dicuri melalui salah guna kad kredit mangsa yang kerugiannya mencecah RM60,000.

Yang ‘menjerat’ mangsa lagi, kata Rosland, bank melalui surat Mei lalu menolak pula cadangan penyelesaian berjumlah RM10,000.

Malahan turut menuntut jumlah penyelesaian sebanyak RM65,000 setelah campur tangan 4PM meskipun sebelum itu hanya RM25,000 daripada pengadu.

Ini tidak masuk akal dan sungguh menghairankan. Kenapa jumlah yang dituntut meliputi keseluruhan baki sedangkan sebelum ini pihak bank menuntut RM25,000.

Adakah ini tanda protes pegawai bank bergelar ‘Datin’ itu selepas mangsa memaklumkan kes dihadapinya kepada 4PM, Kementerian Kewangan, Bank Negara dan kementerian berkaitan?

Bila wakil-wakil 4PM sampai di bank itu, seorang pun tak dibenarkan masuk. Adakah ‘datin’ ini merasakan bank ini dia yang punya.

Pada awalnya bagi janji akan ada ‘orang besar’ bank datang settle, akhir sekali panggil sekuriti untuk bawa kami keluar, kata Rosland.

4PM, tegas Rosland, perlu mengingatkan bank terbabit bahawa rekod pembayaran bulanan kad kredit pengadu tidak pernah bermasalah sehinggalah isu kecurian kad itu berlaku.

Biarpun begitu, ia tidak mengabaikan tanggungjawab pengadu untuk membayar balik mengikut kemampuannya iaitu RM10,000 dan bukannya RM25,000.

4PM Rosland Mohd. Ariff
Rosland Mohd. Ariff (kiri).

Menutup perbualan, Tumpang lalu hanya terfikir satu dua perkara ini, Kenapa pegawai bank yang ada title ‘Datin’ ini melayan 4PM begitu teruk sekali? Bukankah 4PM sebuah NGO yang berdaftar di bawah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS)?

Adakah kisah yang dikongsikan Rosland itu cuma kes terpencil ‘kerenah birokrasi’ bank atau pegawainya yang ‘kepala angin’?

Dan akhir sekali, kalau cerita bab ‘kad kredit’ ini, sampai bila-bila tak akan selesai.

Ada dua ekor ‘hantu’ yang menjerat penggunanya - duit mengalir keluar macam orang berjudi di kasino menggunakan cip-cip plastik dan satu lagi ‘hantu’ - compounding interest yang tinggi. Alahai!

Jika ada bank sedang menjerut leher anda angkara hutang, Rosland boleh dihubungi di talian 03-23867835 atau 019-2531000, 019-3971000, 1700818707 serta www.ppppmalaysia.com.my/fb.ppppmalaysia.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: utusan

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon