Wednesday, August 08, 2018

Skim Pinjaman Perumahan (SPP) Golongan Berpendapatan Rendah 2018


Skim Pinjaman Perumahan (SPP) diwujudkan bertujuan menyediakan kemudahan pinjaman kepada golongan berpendapatan rendah yang masih belum memiliki rumah sendiri.

Skim Pinjaman Perumahan (SPP)

Skim Pinjaman Perumahan (SPP) diuruskan melalui akaun tabung amanah yang dikenali sebagai Kumpulan Wang Amanah Pinjaman Perumahan Bagi Golongan Berpendapatan Rendah.

Kumpulan Wang ini telah diluluskan pada 17 Disember 1975 di bawah Akta Acara Kewangan 1957 (pindaan 1972) dan mula berkuatkuasa pada tahun 1976.

MAKLUMAN

"SUKACITA DIMAKLUMKAN BAHAWA PERMOHONAN SKIM PINJAMAN PERUMAHAN (SPP) BAGI NILAI PINJAMAN MAKSIMUM RM 60,000 AKAN DIBUKA BERMULA 1 JANUARI 2018.

PERMOHONAN BOLEH DIBUAT DENGAN MELENGKAPKAN BORANG SKIM PINJAMAN PERUMAHAN YANG DISEDIAKAN DIPAUTAN MUAT TURUN BORANG, LAMAN WEB JABATAN PERUMAHAN NEGARA DAN DIHANTAR KEPADA BAHAGIAN PENGURUSAN PERUMAHAN, JABATAN PERUMAHAN NEGARA.”

RASIONAL

Skim ini adalah salah satu usaha Kerajaan untuk membantu golongan berpendapatan rendah membiayai kos pembinaan rumah supaya golongan ini sekurang-kurangnya mempunyai sumber untuk memiliki rumah sendiri.

Melalui kemudahan ini pihak Kerajaan dapat memberi bantuan untuk persediaan tempat kediaman yang bersesuaian dan memuaskan dalam usaha untuk meninggikan taraf kehidupan golongan ini.

SYARAT-SYARAT PINJAMAN

1. Syarat Kelayakan Permohonan
  • Pemohon dan pasangan adalah warganegara Malaysia.
  • Berumur 21 hingga 70 tahun.
  • Bekerja dan mempunyai pendapatan.
  • Bukan kakitangan Kerajaan atau pesara (termasuk pasangan).
  • Pemohon dan pasangan belum mempunyai rumah.
  • Jumlah pendapatan kasar isi rumah di antara RM1,000.00 hingga RM3,000.00 sebulan.
  • Memiliki tanah sendiri atau tanah milik ahli keluarga terdekat.

2. Syarat Pinjaman
  • Had Pinjaman Maksimum RM60,000.00 (tidak termasuk perlindungan insuran).
  • Tempoh maksimum bayaran balik pinjaman 35 tahun atau sehingga umur 70 tahun.
  • Caj perkhidmatan 2% ke atas pinjaman.
  • Perlu mengambil perlindungan insuran yang disediakan oleh Panel Insuran, Jabatan Perumahan Negara ke atas rumah yang dibina.

3. Syarat Pinjaman Generasi Kedua
  • Pilihan pinjaman 2 generasi bagi pemohon yang berumur 45 tahun hingga 70 tahun dengan syarat penama kedua berumur 21 hingga 35 tahun, berpendapatan minimum RM1000.00 dan bukan kakitangan kerajaan.
  • Perlindungan insuran hanya untuk generasi kedua sahaja.
  • Generasi ke-2 mestilah anak kandung kepada pemohon.

4. Syarat Cagaran Tanah
  • Mencagar tanah milik peminjam atau tanah milik ahli keluarga terdekat dengan kebenaran bertulis pemilik tanah.
  • Nilai tanah (berdasarkan penilaian Jabatan Penilaian & Perkhidmatan Harta) yang dicagar tidak kurang daripada jumlah pinjaman.
  • Bagi tanah milikan secara pajakan, perlu mematuhi syarat berikut; Baki tempoh pajakan tanah yang dicagar sekurang-kurangnya 40 tahun dan mendapat kebenaran mencagar tanah daripada Pihak Berkuasa Negeri.

5. Syarat Pembinaan Rumah
  • Rumah kos rendah - keluasan lantai 700 – 1,000 kaki persegi, sekurang-kurangnya 3 bilik tidur dan 2 bilik air, ruang tamu dan dapur.
  • Diberi pilihan untuk menggunakan pelan-pelan yang disediakan oleh Jabatan Perumahan Negara (JPN) SAHAJA.
  • Pemohon TIDAK boleh menggunakan pelan sendiri.
  • Mendapatkan kelulusan Pelan Bangunan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) jika diperlukan.
  • Perlantikan kontraktor diuruskan oleh peminjam dan kontraktor tersebut:-
  • Kontraktor tempatan mengikut kawasan DUN;
  • Mempunyai Pendaftaran Syarikat atau Perakuan Pendaftaran CIDB yang masih sah;
  • Memiliki punca kewangan yang mencukupi dengan had minima kewangan adalah RM5,000.
  • Memiliki pengkhususan kerja berkaitan bidang pembinaan.

SUMBER PINJAMAN

Kumpulan Wang Pinjaman Perumahan Kepada Golongan Berpendapatan Rendah (SPP).

CONTOH PELAN

Peminjam perlu melantik kontraktor sendiri mengikut syarat pembinaan dan pelan rumah yang telah ditetapkan oleh Jabatan Perumahan Negara. Pemohon tidak boleh menggunakan pelan rumah sendiri.

BORANG PERMOHONAN SPP

Cawangan Pembiayaan Perumahan
Bahagian Pengurusan Perumahan
Jabatan Perumahan Negara
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan
Aras 30, No 51, Persiaran Perdana, Presint 4, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62100 Putrajaya MALAYSIA
Tel : 03-8891 4060, 4049, 4048
Faks: 03-8891 4269
Emel: spp@kpkt.gov.my

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: ehome

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon