Untuk memastikan kakitangan kerajaan tidak meminjam melebihi kemampuan, kerajaan menetapkan had kelayakan berdasarkan ansuran bulanan yang tidak boleh melebihi 60% daripada pendapatan kasar (gaji pokok campur elaun tetap).
Semua institusi kewangan kecuali MBSB mengambil had 60% ini untuk mengira jumlah pinjaman yang layak untuk setiap peminjam.
MBSB Bank
Asian Finance Bank (AFB) kini dikenali sebagai MBSB Bank Bhd (MBSB Bank) selepas pengambilalihan sepenuhnya oleh Malaysia Building Society Bhd (MBSB).
Menerusi pengambilalihan itu, MBSB Bank kini adalah bank Islam kedua terbesar di Malaysia dengan jumlah aset sebanyak RM43.7 bilion sewaktu pengambilalihan pada awal April 2018.
Apakah perbezaan kiraan kelayakan MBSB berbanding dengan institusi lain?
MBSB mengira jumlah pinjaman yang layak berdasarkan 70% kelayakan. Ini bermaksud peminjam MBSB layak dapat pinjaman yang lebih berbanding dengan institusi lain.
Kakitangan kerajaan yang sudah meminjam sehingga had kelayakan 60% masih lagi boleh membuat pinjaman di MBSB.
Adakah Potongan Di Slip Gaji melebihi 60% untuk peminjam MBSB?
Tidak. Potongan ansuran masih dihadkan kepada 60% yang ditentukan oleh kerajaan. Tetapi selepas 5 tahun, ansuran bulanan akan secara automatik meningkat.
MBSB telah menjangka selepas 5 tahun, gaji kakitangan kerajaan akan naik dan ansuran selepas 5 tahun tidak akan melebihi had 60%.
Kelebihan dan Kelemahan Pakej MBSB 70%
Kelebihan Pakej Pinjaman 70%
Keburukan Pakej Pinjaman 70%
Nasihat
Pinjaman MBSB 70% kelayakan sesuai untuk situasi dimana:
Selain daripada dua situasi di atas, pakej pinjaman lain lagi sesuai.
Semoga memberi manfaat.
BACA INI JUGA:
sumber: smartpinjaman

- Peminjam layak meminjam lebih.
- Peminjam yang tidak layak kerana sudah sampai had 60% masih dapat meminjam.
Keburukan Pakej Pinjaman 70%
- Ada kemungkinan peminjam MBSB menghadapi kesusahan memohon fasiliti kredit seperti kad kredit atau pinjaman kereta kerana komitmen masa depan tinggi.
- Pakej MBSB 70% sangat susah untuk overlap. Ianya akan memakan masa yang sangat lama (8 – 10 tahun atau lebih lama) untuk overlap.
- Ansuran MBSB akan naik secara otomatik selepas 5 tahun dan gaji bersih anda akan turun.
Nasihat
Pinjaman MBSB 70% kelayakan sesuai untuk situasi dimana:
- Peminjam sudah pinjam sehingga 60% tetapi amat memerlukan pinjaman.
- Peminjam masih layak meminjam kerana belum sampai had 60% tetapi jumlah pinjaman tidak mencukupi.