Thursday, August 16, 2018

Apa Sebenarnya Perbezaan Alibaba Dan Aliexpress


Alibaba dan Aliexpress merupakan laman web ecommerce yang dimiliki oleh Alibaba Group. Jika anda lihat sekali imbas memang kedua laman web ini seperti sama. Macam sama tapi tak serupa.

Apa Sebenarnya Perbezaan Alibaba Dan Aliexpress

Sebenarnya mereka mempunyai kekuatan dan kelemahan masing-masing.

Alibaba

Alibaba merupakan laman web Business to business (B2B) yang menghubungkan para pengeluar dengan pembeli luar negara. Anda tidak dapat membeli produk terus di sini. Jika anda nak beli, anda perlu berurusan melalui email atau chat.

Anda tidak akan dikenakan sebarang yuran terhadap setiap pembelian di Alibaba. Para penjual di dalam Alibaba biasanya akan mengeluarkan produk hanya jika ada permintaan dari pelanggan.

Pengeluar atau pengilang akan mengeluarkan produk berdasarkan spesifikasi yang ditetapkan oleh pembeli.

Aliexpress

Aliexpress merupakan portal B2B dan juga Business to consumer dan fokus kepada pesanan kuantiti yang kecil untuk produk ready made.

Oleh sebab itu Aliexpress lebih sesuai untuk peniaga kecil-kecilan dan sederhana.

Apakah perbezaan Alibaba dengan Aliexpress?

1. KUALITI PESANAN MINIMUM (MQQ)

Alibaba

Pembekal/pengeluar biasanya mempunyai MOQ tinggi. Ini kerana mereka tidak menyimpan stok.

Lagipun, pengilang juga perlu mengeluarkan produk berdasarkan MOQ supaya mereka dapat menjana keuntungan.

Oleh sebab itu, Alibaba sesuai untuk perniagaan bersaiz besar.

Aliexpress

Kebanyakan pembekal di dalam Aliexpress menetapkan MOQ bermula dari 10 unit, namun harga seunit barang yang dikenakan lebih mahal.

2. HARGA

Alibaba

Tiada harga tetap ditawarkan di sini. Harga yang ditetapkan berdasarkan spesifikasi produk seperti warna, dimensi, material dan sebagainya.

Semakin tinggi kualiti produk yang anda mahukan, semakin mahal kos produk.

Namun harga seunit produk memang jauh sangat murah sekiranya anda beli mengikut MOQ.

Aliexpress

Biasanya tidak ada rundingan harga di sini dan harga sudah ditetapkan. Harga seunit barang dijual juga lebih mahal.

3. REKABENTUK DAN PENJENAMAAN

Alibaba

Jika anda beli dari Alibaba, anda boleh meminta pembekal untuk melakukan apasaja yang anda inginkan.

Anda boleh suruh mereka buat kasut yang seiras dengan kasut Adidas original.

Anda boleh suruh mereka keluarkan kasut seperti kasut Adidas tersebut dan meletakkan jenama anda sendiri.

Mereka akan buat mengikut spesifikasi yang anda mahukan.

Aliexpress

Produk di Aliexpress adalah ready made. Hanya tunggu orang untuk beli saja.

Akan tetapi ada juga penjual yang menawarkan khidmat untuk membuat logo ke atas produk yang anda inginkan.

Tapi jika nak buat custom design, Aliexpress tidak sesuai.

4. SIJIL PRODUK

Alibaba

Oleh sebab produk adalah made to order, anda mempunyai pilihan untuk meminta pengeluar untuk mengeluarkan produk yang mematuhi peraturan yang ditetapkan.

Contohnya barangan elektronik dan permainan mempunyai peraturan yang ketat dan hendaklah mematuhi standard dunia.

Aliexpress

Produk yang dijual sudah sedia ada dan tidak dapat diubah untuk mengikuti standard produk yang diingini.

5. ISU KUALITI DAN RISIKO

Alibaba

Anda perlu tahu apa yang anda mahukan di dalam sesebuah produk. Banyakkan bertanya kepada pengeluar.

Tanyalah tentang material dan adakah produk tersebut mematuhi standard yang ditetapkan.

Dengan cara ini masalah produk tidak berkualiti dapat dielakkan.

Lebih-lebih lagi terdapat banyak scammer di China.

Anda dinasihatkan untuk meminta sampel sebelum membuat order yang besar.

Aliexpress

Terma kualiti adalah subjektif. Mungkin bagi sesetengah negara seperti Ecuador produk itu berkualiti tetapi bagi negara kita ia tidak berkualiti.

Apa yang anda beli di sini itulah yang anda akan dapat.

Anda boleh sentiasa meminta sampel jika anda mahu.

Ada pengeluar yang sanggup bagi sampel percuma, namun kebanyakan mahu anda bayar sendiri.

6. MASA MENUNGGU

Alibaba

Ia memakan masa yang lama untuk berunding di sini. Ini kerana anda perlu mengenalpasti pembekal yang paling sesuai.

Anda perlu mengesahkan sampel, rundingan harga dan banyak lagi.

Semakin besar dan semakin rumit produk yang anda mahukan semakin lama lah anda tunggu produk siap dikeluarkan.

Oleh sebab kuantiti pesanan yang besar, maka shipping yang paling sesuai adalah dengan menggunakan kapal laut.

Aliexpress

Anda tidak perlu risau tentang masa. Anda hanya perlu order dan barang akan sampai kepada anda dalam beberapa hari.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: sambalserai

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon